Halaman Blog

Pengikut yang Baik Hati

Jiwa Terasing @ Pesbuk!

Masih adakah lagi ghuraba'? Jika ada, kitakah ghuraba' itu?

Di saat orang lain memilih untuk meminum arak, kita menjadi terasing kerana sibuk mencari makanan yang halal.

Di kala orang lain terbiasa dengan skirt dan boxer, kita ganjil kerana tegar mempertahankan jubah dan kopiah di kepala.

Ketika orang lain merasa senang dengan bermain golf, kita dianggap pelik kerana berhenti dari permainan semata-mata untuk mengerjakan solat.

Tatkala orang lain merasa bangga punya kekasih yang ramai, kita diherdik dan diketawakan kerana masih belum punya teman wanita.

Jika anda pernah berasa asing, ganjil, pelik, ditertawa, disinis, disindir, atau diperlekeh kerana mempertahankan kehidupan yang berprinsip seperti itu, terimalah khabar gembira yang disampaikan oleh Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.

Tooba lil Ghurabaa’!

Wednesday, October 28, 2009

Selamat Ulang Tahun, Sayang!



Kekti, itulah nama beliau. Bidadari kesayanganku di dunia ini. Dialah teman. Dialah penyeri hidupku.

Beberapa hari yang lepas, tanggal 20 Oktober, merupakan ulang tahun kelahiran Kekti yang ke-20.

Beliau merupakan kekanda tunggalku pada baitul muslim milik Mak Ayah. Yang sudi mendengar celotehku. Mangsa gurauan bodohku. Dan kadang2 rakan sembang juga. Walau beliau dilihat pasif, namun jika diransang beliau mampu berkomunikasi dengan baik.

Insya ALLAH, aku doakan moga beliau bakal berbahagia dengan 'pemuda kental' pilihannya.

Selamat ulang tahun, 'sayang'! Asih sayang bangat Kekti!

-------------------------------------------------------------------------------------

Lirik lagu khas buat Kekti:

Bidadari 2x
Temanilah resahku
Bidadari 2x
Tenangkanlah jiwaku
Sumpah setia hidup mati
Semuanya kerana kau isteriku
Isteriku tercinta pelengkap rusuk kiriku

Bidadari 2x
Jadilah pedampingku
Bidadari 2x
Jadilah sang setia
Kerna cinta cinta suci
Buktinya tidak pernah sepi
Sepi daripada cubaan yang tak terduga

Kau umpama bintang utara
Penunjuk jalan yang terang
Kau beri harapan saat ku jatuh
Bangun semula
Dan berikan sakti cintamu
Penawar racun berbisa
Dan ikatan kita cinta abadi hanya disyurga

Baca lagi tentang Kekti di sini.

Nota Hujung: Selamat ulang tahun juga buat idolaku sepanjang zaman, Ayah Cik (YB. Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Haji Awang). Tarikh lahir Ayah Cik juga tanggal 20 Oktober. Moga Ayah Cik sihat dan sentiasa tabah mendepani mehnah dan tribulasi dalam mengemudi bahtera penyelamat ini!

Friday, October 9, 2009

Bagan Pinang: Satu Analisis Ringkas


Setelah beberapa kali berulang alik dari Nilai ke Port Dickson, juga dari Kuala Terenganu ke Port Dickson, pada pengamatanku, tempat ini lebih kurang sama bi'ah atau suasananya di kampungku, Seberang Takir. Kedua2nya punya pantai. Bagan Pinang sendiri bukanlah bandar, hanya pekan kecil. Ia lebih sesuai disifatkan sebagai pusat pelancongan. Makna kata pelancong datang ke sini hanya untuk bersantai. Kedua2nya juga ada kem tentera, cuma bilangan pengundi pos di kampungku sekitar 1000 sahaja, berbanding di sini sebanyak 4000 lebih.

Rakyat di kawasan ini boleh dikatakan 'lagho'. Mana tidaknya, pesta dan konsert saja hampir setiap hari. Anak2 muda mereka terlalu dihidang dengan budaya hedonisme. Yang mereka tahu, pesta air, jetski dan banana!

Bagan Pinang letaknya dalam Parlimen Teluk Kemang. Parlimen Teluk Kemang telah dimenangi oleh calon PR pada PRU ke-12 yang lepas. Cuma 2 DUN sahaja yang dikuasai BN, sementara 3 DUN lagi dalam parlimen ini dimiliki PR. 2 kerusi itu ialah Bagan Pinang dan Linggi, sementara 3 lagi ialah Lukut, Port Dickson dan Chuah. Bagan Pinang dianggap sebagai kubu kuat BN sehingga ada yang mengatakan Pas akan beware pada PRK kali ini.

Penyokong pembangkang (PR) pula menganggap PRK kali ini adalah ujian kedua selepas berjaya menembusi kerusi milik Umno di Kuala Terengganu. Mungkin PRK ini dianggap sebagai kayu ukur atau penanda aras kepada fenomena tsunami Pakatan Rakyat, adakah masih berkesinambungan atau tidak.

PRK kali ini benar2 menguji kepimpinan Najib. Sebelum ini dikatakan PR menang kerana memang asalnya kerusi itu sudah dimiliki oleh PR seperti di Permatang Pasir dan Bukit Gantang. Sehingga selepas saja memenangi PRK kali ini, Isa Samad dengan bangganya mengumumkan bahawa kemenangan beliau memberi makna sokongan rakyat kepada kepimpinan PM. Habis tu, yang kalah 7 kali sebelum ni macam mana?

Selepas menang di Permatang Pasir yang dianggap sebagai 'Badar' (mungkin kerana PRK itu berlaku di bulan Ramadan) oleh Pas, kini Bagan Pinang dianggap sebagai 'Uhud'. Benar, kita telah menang pada awalnya. Melihat dari segi kehadiran ketika Penamaan Calon 3 Oktober 2009 di mana penyokong PR jauh lebih banyak sehingga mencecah 20, 000 orang dan juga kehadiran semasa kempen Pas. Ketika merayu undi pada 11 Oktober sendiri penyokong pas jauh mengatasi penyokong BN.

"Permulaan yang baik. Kemenangan dari sudut moral!", kata Pengarah Pilihan Raya Pas bagi PRK ini, YB Salahuddin Ayub seusai penamaan calon. Menurut seorang aktivis Pas pula, "Penyokong Pas yang datang ramai2 ni adalah atas jemputan penyokong Umno sendiri. Mereka yang mulakan provokasi", katanya bernada sinis.

Menang kalah adalah adat bertanding. Bagi Pas, kalah adalah perkara biasa, menang itu luar biasa. Pas sudah berkali2 kalah dan sentiasa bersedia menghadapi kekalahan. Kata Tuan Guru Presiden, "Kita berjuang Islam tak pernah kalah. Kalau atas dunia kita tak menang pun, di akhirat kita sudah menang!".

PRK kali ini dilihat sebagai terkotor. Lihat saja perangai samseng2 Umno yang tidak habis2 menimbulkan provokasi. Mereka menyerang markas Pas. Membelasah, menumbuk dan menyerang dengan pedang dan kapak. Inilah budaya sebenar mereka. Ketika hari mengundi sendiri, aku dapat melihat bagaimana jeleknya sikap orang Umno. Langsung tiada adab dan tatasusila. Mereka melakukan kempen lucah. Mengupah budak2 'bodoh' untuk memukul orang Pas. Ada yang dibaling batu sehingga pecah bibirnya. Yang dibaling batu di kening, nasib baik tidak kena di mata. Dibaling botol dan dihayun dengan helmet. Hari itu menyaksikan kebodohan dan kebangangan Umno!

Walaupun pada dasarnya Umno menang tapi mereka tewas dalam usaha perangi rasuah. Isa Samad adalah ikon perasuah Umno. Yang menghukumnya dulu bukannya orang Pas atau PKR, tapi pihak Lembaga Disiplin Umno sendiri. Nampak jelas Umno kekurangan pemimpin berwibawa sehingga mengangkat perasuah besar sebagai calon. Menurut Isa Samad, "Politik wang hanya kesalahan disiplin dalam parti, bukannya satu jenayah". Tengok, buat salah tak nak mengaku pula. Apapun, Pas tetap menghormati keputusan rakyat.

Melihat kepada peningkatan tajam majoriti kali ini, sangat menghairankan. Mungkin Umno sendiri terkejut. Mereka mungkin hanya menjangka menang dengan majoriti tipis. Tapi keputusannya mereka menang dengan majoriti besar. Entah di mana silapnya, hanya 1000 lebih saja undi rakyat biasa yang mengalir kepada Pas, sementara 1000 lebih lagi datang dari undi pos. Sama ada faktor kekuatan calon Umno atau kesilapan Pas mencatur strategi. Mungkin Pas Negeri Sembilan perlu melakukan post-mortem secepat mungkin. Serta mengkaji, menganalisis dan memuhasabah sikap rakyat terhadap Pas Negeri Sembilan.

"Rakyat bukan berubah kepada BN, hanya sekadar teguran kepada Pakatan Rakyat", kata Ustaz Mior Isfandy. "Lebih kerap bersama rakyat. Bukan kerana ingin menang dalam pilihanraya tapi disebabkan ISLAM menyuruh kita lebih bersosial dan memperbetulkan halatuju rakyat jika tersasar dari hukum yang sebenarnya" terang beliau. Menurut Ustaz Hasrizal dalam facebooknya pula, "Percaya bahawa kemenangan boleh menjadi fitnah, kekalahan boleh pula menjadi anugerah. Berbalik kepada cara kita menggarapnya. What you see is what you get, who you are determines how you see...".

Pakatan Rakyat mungkin perlu bekerja lebih keras lagi untuk menawan hati rakyat Negeri Sembilan. Pesanan Ketua Pemuda Pas, Ustaz Nasruddin Hasan yang meminta kita supaya tidak gopoh, over-confident juga perlu diambil ihtimam oleh semua pemimpin dan penyokong PR.

Akhirnya, aku menyeru kepada semua petugas Pas supaya jangan bersedih. Mungkin DIA ingin menguji kita dengan ujian kekalahan, di mana sebelum ini kita asyik diuji dengan kemenangan. Bersabar dan reda!

Wednesday, October 7, 2009

Kisah Hari Ini 2


Kisah hari ini bermula dengan pagiku iaitu menghantar Piyah ke sekolah beliau. Ingatkan hendak puasa hari ni, menghabiskan saki baki puasa enam yang tinggal beberapa hari saja lagi. Namun rasa senak pula di perut. Lantas aku membaham Nuget gorengan Mak dengan rakusnya.

Selesai sesi penghantaran, aku menghabiskan pula sisa2 hidupku dengan melihat2 di laptop kalau2 ada sesiapa yang ingin berbual maya denganku. Tiba2 Ustaz Mizan mengajakku ke pejabat. Aku pun bersetuju dan berjanji dalam pukul 12 tengah hari aku akan sampai ke sana.

Tengah hari itu pula aku perlu menghantar Yah ke sekolah. Makan2 dan solat Zohor, pukul 2 barulah aku boleh ke pejabat. Sampai di pejabat, terlihat Ustaz Mizan sibuk membuat kerja2 Ijtima' antaranya kerja2 urusetia iaitu berkaitan jemputan. Aku berbincang serba sedikit mengenai usrah di sekolah2 dan usrah Islah Pemuda sambil meminta pandangan beliau.

Sehinggalah jam menghampiri 3.45 petang, dekat pukul 4 petang, barulah aku ke sekolah. Tiba di sekolah aku cuba mencari kalau2 ada guru yang belum pulang. Sebenarnya aku ingin berjumpa sekali lagi dengan Teacher Wan Nabilah, tapi beliau sudah pulang. Guru2 yang ada ketika itu ialah Ustazah Zawiyah, Ustaz Amir, Ustaz Rosdi, Pengetua dan beberapa guru lain yang tidak ku kenali namanya termasuk guru2 baru. Kebetulan budak2 tingkatan 3 mula berPMR hari ini.

Sedang asyik bersembang dengan Ustaz Rosdi, azan pun berkumandang enak dari corong pembesar suara Surau al-Muttaqin. Aku segera menyahut panggilan itu dan meminta diri untuk ke surau. Alhamdulillah, masih ramai yang suka bersembahyang di surau. Suasana di surau pun tidak banyak berubah. Usai berwuduk, Syed dan Syafie menolakku ke hadapan untuk menjadi imam. Mulanya ingin saja aku tolak permintaan mereka. Tapi tidak sampai hati pula nak menolak. Kata mereka, "Bazzir je mari jauh2, dari Nilai tu.. Imam r sekali!".


Selesai solat, aku disapa Mat, rakan baikku di sekolah dulu. "Seh, kewajipan!", sapanya. Aku terpinga2 kepelikan. 'Kewajipan apa plak ni Mat?', fikirku. Oh, baru ku ingat tentang status YM yang ku tulis itu hari, 'Baitul Muslim: Keperluan atau Kewajipan'. Lalu aku berbincang dengan beliau mengenai masalah sekolah dan usrah. Namun masa sungguh berdengki sekali. Mak menelefonku mengingatkan tentang temu janjiku petang ini.

Pukul 5 petang pula aku ada appoinmnet dengan seorang ustaz di kampung. Ingin minta air penawar dari beliau. Usai urusanku dengan beliau, aku ke Alur Kuda bagi membotakkan rambutku. Namun hampa pula jadinya kerana pemilik kedai sudah ingin menutup premisnya itu. Beliau memintaku datang malam ini.

Tanpa berlengah lagi, aku pun pergi dengan hati yang penuh duka. Destinasiku kali ini ialah pasar minggu di Kg Baru Seberang Takir. Aku mengidam putu mayam. Tapi rupa2nya putu mayam tidak dijual di sini. Hampa lagi. Sebelum ke pasar, aku sempat menziarahi Acik Nah, sebagai pemberitahuan kepulanganku. Kata Acik, "Dakpe (takpe) ah, nanti Acik mari (datang) r rumoh". "Wat mari r makanan sedap2 skit!" kataku menambah.

Aku pulang melalui jalan pantai. Sungguh nyaman sekali terasa. Maklumlah di Nilai tiada pantai. Sebelum pulang ke rumah, aku sempat menjenguk sahabat2 kecilku iaitu Amirul, Afiq dan Zetty serta 2 orang lagi adik perempuan mereka. Sekadar bertanya khabar. Sempat juga aku bertanyakan adik Hafiz, sahabatku yang studi di UNIKL. Menurut adiknya, beliau akan pulang hari Ahad ini. Insya ALLAH, akan ku ajak beliau untuk turut serta dalam usrah Islah Pemuda itu nanti.

Malam ini Ayah mengajar di Surau Mawaddah. Ayah mengajar kitab Hayaatus Sohaabah (Kehidupan Para Sahabat). Di mana malam ini Ayah menceritakan tentang seorang sahabat Nabi dan merupakan perawi hadis iaitu Abu Darda'. Kalam Abu Darda' yang sangat masyhur, "Sesiapa yang tidak pernah merasa puas dengan dunia, maka tiada dunia baginya!". Teringat akan kenangan di sekolah. Kelasku di tingkatan 5 ialah Thanawi 2 Abu Darda'. Pukul 9 barulah aku ke kedai gunting rambut Bangkok Style. Lalu botaklah rambutku walaupun tidak licin, sehingga menampakkan 'stiker2' yang direka khas di atas kepala ini.

Sekian melaporkan dari meja Ghuraba'!

Absih Sayang Bayyin dan Yah


10 Fakta Mengenai Bayyin

  1. Bayyin merupakan anak bongsu dalam keluarga.
  2. Boleh bertutur dalam bahasa Terengganu fasih tanpa sebarang 'pelat'.
  3. Boleh menyanyikan banyak lagu antaranya lagu2 Azhan Atan.
  4. Pernah ke PASTI, tetapi tidak menggemarinya lagi kerana katanya 'cikgu tak pasang kipas'.
  5. Hari ini merupakan hari lahir beliau.
  6. Nama beliau, Nur Rahmah Baiyyinah diberikan oleh Ayah Chik Leh. Rahmah kerana beliau lahir di awal Ramadan. Baiyyinah pula membawa pengertian kepada sifat al-Quran yang diturunkan pada bulan itu.
  7. Seorang yang periang, ceria, dan peramah.
  8. Suka berceloteh, bercakap seorang diri, bercerita dan mengadu sesuatu kepada orang terdekat seperti ibu bapa dan adik-beradik.
  9. Umurnya hari ini genap 4 tahun.
  10. Seorang penggemar nasyid, basikal, permainan dan pakaian pengantin, conteng buku, dan minuman Milo.



10 Fakta Mengenai Yah

  1. Yah merupakan anak ke-7 dalam keluarga.
  2. Yah belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim Fikri, Kuala Terengganu.
  3. Hobi Yah ialah melukis, bermain game, menonton TV dan mendengar lagu nasyid.
  4. Yah berumur 14 tahun.
  5. Yah mempunyai kemahiran mengurut.
  6. Yah memiliki wajah persis warga Kemboja.
  7. Kadang2 abang2 yang menghantar Yah ke sekolah, kadang2 juga beliau pergi sendiri dengan basikal.
  8. Antara PC game kesukaan Yah ialah The Sims dan GTA.
  9. Yah merupakan kipas-susah-mati drama Intan.
  10. Yah mendapat 1a ketika UPSR iaitu Penulisan Bahasa Melayu.


Akhirnya Absih doakan adik2 Absih sihat selalu, berbahagia bersama Mak Ayoh dan adik-beradik, berjaya di dunia wal akhirat, dan berada di bawah lindungan muroqabatulloh sentiasa.

Nota Hujung: Sebenarnya aku nak tulis pasal Bayyin je, sempena hari lahir beliau. Tapi aku teringat yang aku tak tulis apa2 pun masa besdey Yah ritu (19 Jun). Memang sibuk bebenor ritu. Huhu..
Klik di sini untuk baca pasal Bayyin lagi dan boleh lihat sendiri kebolehan beliau menyanyikan lagu 'Fatimah'.. Apapun, Sanah Helwah ku ucapkan pada Yah dan Bayyin!



Tuesday, October 6, 2009

Kisah Hari Ini


Pagiku tidak ke mana2. Hanya di depan TV. Tetapi tidak bermakna aku menontonnya. Bahkan 'beliau' yang menontonku. Aku tidur dengan nyenyaknya di depan TV di rumahku itu. Oh, lupa nak bagitahu! Aku baru saja sampai ke rumah kesayanganku ini tepat jam 9.00 malam kelmarin.

Tengah hariku diisi dengan perbualan mayaku dengan beberapa kenalan di facebook dan YM. Ramailah pula yang ingin berchating denganku hari ni. Aku pun layan sajalah kehendak mereka. Mereka bertanya aku menjawab. Aku pula bertanya mereka pula menjawab. Kadang2 soalan berjawab soalan.

Sempat juga menghantar Yah ke sekolah beliau, SMKIF, Kuala Terengganu. Beliau bersekolah sesi petang. Solat Zohor di Surau Mawaddah, makan tengah hari dan mandi. Meneruskan lagi usahaku berbual dengan rakan2 di internet.

Solat Asar berimamkan Hj. Mohd Chik. Walaupun beliau yang mengazankan, tapi aku pula yang disuruh mengalunkan iqamah. Usai solat, aku bergegas ke Kedai D'Nur Optometris yang terletak di hadapan Pasarayaku, Batu Enam. Aku membaiki spekku yang longgar, sedikit berkarat dan lari 'allignment'nya.

Selesai kerja2 pembersihan yang dilakukan Yosu, beliau menghulurkan not berwarna merah padaku. Aku ke rumah Teacher Wan Nabilah yang mengajarku Matematik di sekolah dulu. Rumahnya terletak pula di belakang Pasarayaku, juga di Batu Enam. Sudah lama ku berniat ke sana, namun tak kesampaian. Raya 2007 yang lepas aku sempat bersama rakan2 ke rumahnya. Tahun ini, ketika raya ke-3, aku bersama Mu'iz, sepupuku ke sana. Tapi Teacher tiada pula di rumah. Kali ini nasibku baik kerana beliau menyambutku penuh ceria di rumah. Beliau menjamukanku Nasi Air. Sedap juga.

Selesai urusanku di rumah Teacher. Aku tunaikan pula janjiku pada Cikgu Faiz, sahabat baikku yang belajar di UPSI. Beliau memintaku berbincang dengan PIC Usrah Islah Pemuda, Rusydi Arif. Aku ke rumahnya yang juga rumah Kamal Hafizullah, abangnya yang kini menuntut di al-Azhar, Mesir.

Kami berbincang tentang pelaksanaan usrah termasuk hari dan waktu yang sesuai. Setelah diperbincangkan, kami menyetujui untuk mengadakan usrah minggu ini. Mungkin hari Sabtu. Aku menyuruhnya untuk memaklumkan pada semua ahli usrah termasuk naqib usrah sendiri, Khairul Aiman. Malam itu Aiman menghantar pesanan pada hensetku. Katanya usrah bakal diadakan hari Jumaat ini. Insya ALLAH, dengan kudrat yang ada, aku akan memenuhi permintaan Faiz untuk sama2 menghidupkan usrah Islah Pemuda itu. Islah Pemuda mengumpulkan para remaja dan pemuda yang ingin mengubah diri, keluarga dan masyarakat. Kebanyakan mereka terdiri daripada penduduk sekitar Seberang Takir.

Pulang dari rumah Arif, aku terus 'deccung' ke rumah. Melihatkan Bayyin yang sudah berada di luar rumah, aku bingkas mengajaknya ke Pantai Teluk Ketapang. Beliau bersetuju lalu terus membonceng motor LC milik Abang. Sampai di pantai, beliau mengatakan yang beliau malu bermain seorang diri. Kecil2 lagi sudah ada perasaan malu. Akhirnya aku menemani beliau bermain papan gelongsor, buaian dan jongkang-jongket. Beliau nampak seronok. Namun masa tidak mengizinkan. Walaupun beliau masih belum puas bermain, tapi aku tetap berkeras untuk pulang kerana Mak mengkhabarkanku malam ini Ayah akan mengajar di Surau Ustaz Yong. Aku bergegas pulang ke rumah. Sebelum itu, aku belikan Air Nyiur dan Nugget buat Bayyin.





Malam itu, solat Maghribku masih di Surau Mawaddah, Teluk Ketapang. Ayah tidak mengajar di Surau Ustaz Yong kerana tidak berkesempatan. Usai solat Isyak, Ayah mengajakku disertai Abang dan Ablem ke Taklimat Ijtima' Kepimpinan Pas Terengganu yang diadakan di Kubang Lembek. Program itu merupakan program 2 dalam 1. Di mana malam itu juga diisi dengan Majlis Sambutan Hari Raya peringkat Dun Manir. Kami dijamukan dengan Nasi Dagang yang enak sekali. Sungguh 'ummph' kata orang kampungku. Malam itu Ablem juga sempat menyanyikan lagu Beramal kerana Allah dan Sunnah Orang Berjuang secara spontan, atas permintaan Haji Yusof Embong, Ketua MTD Manir. Ayah yang merupakan Setiausaha Ijtima' yang bakal diadakan itu turut berucap sebagai pentaklimat selain taklimat dari Haji Muhyidin Rashid sendiri selaku Penolong Pengarah 1. Majlis diakhiri dengan sesi Q & A.









Nota Hujung: Insya ALLAH aku akan ke sekolah esok, sebagaimana yang dijanjikan.


Daripada Tuan Punya Blog

1. Minat menulis adalah datang daripada kesedaran dan rasa tanggungjawab di atas saranan Assyahid Imam Hasan Albanna kerana katanya: "Jangan kamu melawan globalisasi, kerana kamu akan kalah. Hendaklah kamu melawan globalisasi dengan globalisasi juga."

2. Segala kandungan yang ada dalam blog ini adalah pandangan/idea penulis dan tidak semestinya ia betul belaka.

3. Penulis berhak menulis, menganalisis atau mengkritik apa saja (kecuali perkara sensitif) atas dasar 'kebebasan bersuara'.

4. Sesiapa saja berhak menyalin, mengambil atau mencetak mana-mana bahagian dalam blog ini kecuali untuk tujuan selain dakwah seperti untuk tujuan duit dan perniagaan, maka perlu mendapat keizinan daripada penulis.

5. Sesiapa jua boleh menyatakan pandangan atau komen terhadap blog ini atau terhadap penulis sendiri.

6. Penulis boleh dihubungi melalui emel berikut: nasehulwan@gmail.com.