Singgah Tempat Kerja Ayah Wa
Ketika aku di pejabat Ayah, Ayah Wa mengajakku menjenguknya di Kedai Pustaka At-Tibyan, tempat beliau mencurah keringat. Memang kerja beliau design-mendesign. Sempat juga belajar sedikit-sebanyak mengenai design daripada beliau. Ayah Wa memang power!
Majlis Keraian SPM dan STAM
Di hari terakhirku aku sempat mengisinya dengan turut serta dalam Majlis Keraian SPM dan STAM yang diadakan di Marang. Ada juga di kalangan sahabatku yang mendapat penghargaan pada majlis itu iaitu sepupuku, Abdul Mu'iz Azhar. Aku ke sana dengan menumpang Atoz yang dipandu sepupuku itu sendiri.
Jalan2 Cari Makan
Malam itu Aiman yang menumpang di rumah Muzani mengajakku ke rumah Muzani bahkan bermalam di situ. Khabarnya akan diadakan usrah dengan pelajar SMAASZA. Namun ianya sekadar menjadi rumours sahaja. Mereka membatalkannya di saat2 akhir, walaupun kami telah sampai ke sana. Bagi mengisi masa terluang, kami mencari tapak yang dapat membina perut.
Ketemu Sahabat di Bandar KT
Hari itu sahabat2 sesekolah denganku dulu akan mengikuti satu temu duga dengan Yayasan Terengganu bagi mendapat pinjaman untuk ke Mesir. Ramai jugalah yang aku ketemu ketika itu termasuk Amin dan Jihad. Amin sanggup balik ke Terengganu (beliau tinggal di Bangi) semata2 ingin mengisi dan menghantar borang Al-Azhar di Terengganu.
Main Futsal
Pagi itu aku mengajak Muzani bermain bowling, tapi beliau mencadangkan supaya kami bermain futsal. Aku mengajak rakan2 lain untuk bermain sekali termasuk Muiz, Amir, Jihad, Fakih, Qatadah dan juga Luqman. Kami berfutsal di Banggol Peradong.
Nota Hujung: Bila lagi aku boleh bercuti lebih panjang? (konfius sungguh!).
5 comments:
salam..tahniah cuti yang penuh bermanfaat..tp sal ambk gambar x mntak izin..hihi
>Musafir
wsalam..alhamdulillah..namun,tdklah dimanfaatkan sepenuhnya..psl gamba 2,ana x perasan plk ada gamba nta..tp xtau kalo mmg ada..nta x sedar ke ana ambk gamba nta ari 2?an skdr nk jdkn ianya kenang2an je..bkn nk promot nta pon..
salam..pertemuan yang membawa rahmat dan mahabbah..nnt kte main fitsal lg ye
eh silap,futsal lah..:)
>amar90
insya ALLAH... moga ALLAH kuatkan lagi ikatan hati antara kita..
len kali boleh men lagi..kita men ramai lg,ajak belake sahabat2 x...
Post a Comment