Halaman Blog

Pengikut yang Baik Hati

Jiwa Terasing @ Pesbuk!

Masih adakah lagi ghuraba'? Jika ada, kitakah ghuraba' itu?

Di saat orang lain memilih untuk meminum arak, kita menjadi terasing kerana sibuk mencari makanan yang halal.

Di kala orang lain terbiasa dengan skirt dan boxer, kita ganjil kerana tegar mempertahankan jubah dan kopiah di kepala.

Ketika orang lain merasa senang dengan bermain golf, kita dianggap pelik kerana berhenti dari permainan semata-mata untuk mengerjakan solat.

Tatkala orang lain merasa bangga punya kekasih yang ramai, kita diherdik dan diketawakan kerana masih belum punya teman wanita.

Jika anda pernah berasa asing, ganjil, pelik, ditertawa, disinis, disindir, atau diperlekeh kerana mempertahankan kehidupan yang berprinsip seperti itu, terimalah khabar gembira yang disampaikan oleh Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.

Tooba lil Ghurabaa’!

Thursday, March 26, 2009

Bukit Gantang, Nantikan Kami!


Insya ALLAH kami akan ke sana petang ini!

Nantikan kami, huhuhu...

Jadi kepada sesiapa yang ingin bertemu dengan kami, eloklah menunggu di sana.


Kami akan berkampung selama 3 hari di sana.

Apapun, doakan kemenangan Islam! Kemenangan pastinya milik Islam.

Allahu Akbar!!!

Wednesday, March 25, 2009

Abang Sudah 25 Tahun Hari ini


Hari ini, 25 Mac 2009 genap usia 25 tahun abang sulungku. Abang sulungku yang kami panggil Abang itu kini telah mencecah usia matang.

Beliau akan bernikah pada akhir tahun ini. Beliau yang menjadi tunangan orang kini bekerja di Imtiaz Travel Sdn Bhd, sebuah syarikat pelancongan di bawah kendalian Ustaz Bukhari. Sebelum ini beliau bekerja di sebuah firma guaman. Tunang beliau, Kak Nana kini sedang menghabiskan ijazah beliau dalam tahun akhir di Egypt.

Beliau juga bergiat aktif dalam kerja2 jemaah, antaranya beliau kini memegang jawatan sebagai Ketua Pemuda PAS Cawangan Teluk Ketapang. Yang mana Setiausaha Pemuda yang baru dilantik merupakan seorang yang berdedikasi (huhu..). Pelantikan itu bagi menggantikan Salam (Pok Sa) yang turun ke jawatan bendahari. Salah satu sebab pertukaran itu ialah kerana bekas bendahari menurut beliau, "dok au benda" (nama bekas bendahari dirahsiakan kerana aib).


Abang seorang yang sangat bertanggung jawab terhadap adik2 beliau (puji lebih2 ni kalo x dapat prepaid free x tau r). Beliau sering mengambil adik2 yang baru pulang dari sekolah. Abang juga seorang yang rajin dan 'mudah basse' (kadang2 r).

Apa yang unik dan menariknya mengenai Abang ialah beliau mempunyai pusat pengajian yang sangat banyak. Antaranya ialah Taski Al-Hijrah Kg. Duyung, Madrasah Darul Taqwa Batu Enam, Maahad Darul Quran Rusila, Maahad Tahfiz Tok Jiring, SMU(A) Tarbiyyah Mardziah Pengkalan Chepa, Akademi Pengajian Dakwah Sungai Petani, dan Markas Pengajian Islam (MARPA) Yayasan Islam Terengganu.

Beliau kini diberitakan berada di Perak bagi membantu jentera pilihan raya PAS di P059 Bukit Gantang. Beliau ke sana bersama Ketua Pemuda Dun Seberang Takir, Fadhil Wahab dan beberapa sahabat yang lain sejak Jumaat yang lalu.

Ikhlas aku katakan yang aku memang lupa hari ini hari lahir beliau. Mujurlah Kak Nana yang ingatkan. Lepas pada itu, terus saja aku hantar SMS pada beliau: Salam 'id miilaad! Sanah helwah ya akhuya! Moga dmurahkn rezki y halal n dpnjgkn umur dlm kbrktn. Igtlh,smkin b'+ umur kita brmkna smkin dkt kita utk btemu dgnNya. Abglh abg yg tbaik y prnh asih ada. Moga trus thabat pd jln ini. Tiada noktah dlm pjuangn!.


Untuk akhirnya, beberapa pesanan dhaif untuk Abang;

  • Kahwinlah cepat2. Wat anak banyak2 sket. Aku dok sabar nak jadi Pok Darre.
  • Moga mung berbahagia dengan Kak Nana hingga ke syurga.
  • Kerja sungguh!
  • Jangan kuat ngajuk (merajuk).
  • Kalo aku salah, bettol r.
  • Maafkan dosa2 aku terhadap mung. Aku tau aku banyak wat salah.
  • Kalo gi jalan, ajak r aku etek.
  • Kalo ada pitih lebih, wi r kat aku etek. Aku bukan ada pitih ngat.

Saturday, March 21, 2009

Tahniah buat Rakan-rakan!


2 Minggu lepas aku dikunjungi sahabat2 sesekolah denganku dulu. Mereka baru pulang dari sekolah bagi mengambil keputusan STAM masing2. Kedapatan pada air muka masing2 ceria dan gembira saja. Terpancar senyum pada riak wajah masing2, menampakkan lagi riang tawa di dalam hati. Aku sempat belajar bersama2 mereka selama 3 tahun di SMAASZA.


Kejayaan mereka kali ini melakar sejarah gemerlapan buat sekolah. Tahun ini (2008) seramai 8 orang yang mendapat 10 mumtaz (straight mumtaz). Suatu angka yang cukup besar sebenarnya. Berbanding tahun sebelumnya yang paling cemerlang hanya seorang, itupun hanya mendapat 9 mumtaz. 2 tahun sebelumnya pula seorang mendapat 10 mumtaz iaitu kekandaku sendiri, Abdullah Haris bin Zakaria yang kini menyambung dirosahnya di Al-Azhar University.


Berikut senarai pelajar STAM di SMAASZA tahun lepas dan keputusan masing2;

- Mu'iz: 10 mumtaz
- Kamal: 10 mumtaz
- Syukri: 10 mumtaz
- Bahar: 9 mumtaz
- Azidi: 6 mumtaz
- Faqeh: 9 mumtaz
- Zahani: 9 mumtaz
- Aiman: 6 mumtaz
- Muzani: 9 mumtaz
- Hafiz: 4 mumtaz
- Jihad: jayyid jiddan
- Amir: 6 mumtaz
- Ulwan: mumtaz
- Qatadah: jayyid jiddan
- Hamdi: jayyid jiddan
- Idham: jayyid jiddan
- Rahman: jayyid jiddan
- Syafiq: mumtaz
- Bukhari: jayyid jiddan
- Khalil: mumtaz
- Azlan: jayyid
- Azwan: jayyid jiddan
- Nabilli: jayyid jiddan
- Khairudddin: 7 mumtaz
- Amin: jayyid jiddan
- Hakim: mumtaz

Tahniah!! Mabruk syeikh...


Kenangan 2 tahun lebih bersama kalian cukup bermakna dan tidak dapat aku letakkan harga! Terlalu mahal! Tidak akan ku jual! Ana bangga dengan antum semua! Bangga punya sahabat2 yang hebat seperti antum!

Suka duka kita menempuh medan tarbiyyah dulu tersemat kemas di jemala otak ini! Bila kita boleh jumpa lagi ya? Nanti antum semua akan ke Mesir, maka tinggallah ana seorang diri di sini berlagu sepi.


Juga buat adik2 yang mengambil SPM tahun lepas terutamanya Shahrir dan Muaz yang mendapat 10A. Kalian kebanggaan kami semua! Teruskan usaha kalian memartabatkan Islam. Kalian menjadi bukti bahawa 'Ghulamud Dakwah' tidak pernah ketinggalan dalam akademik! Malah lebih baik.


Tidak ketinggalan buat Mat yang mendapat johan dalam musabaqah Pidato sempena Maulidur Rasul peringkat Negeri Terengganu. Tahniah Mat! Nanti jangan lupa belanja ana (huhu). Rindu benar ana nak dengar tasyji' daripada enta! STAM nanti buat baik2 ya!

Thursday, March 19, 2009

Rasulullah sebagai Mentor

* SALAM MAULIDUR RASUL 1430! (Ingat pada Nabi bukan ada hari, tapi tiap2 hari!) *


-->
Rasulullah diutuskan oleh ALLAH untuk menyampaikan wahyu. Baginda merupakan manusia paling agung di muka bumi ini.
Ikuti sesi temubual antara wartawan kami, saudara Ibnu Abihi dan saudara Hafidz Nasir bersama Ustaz Engku Hasan, yang merupakan seorang pendidik di sebuah sekolah menengah agama Terengganu. Beliau cukup disenangi oleh para pelajar. Beliau merupakan seorang yang cukup tenang, berpandangan jauh dan suka memberi nasihat yang baik.
Q : Assalamualaikum, ustaz. Pertamanya terima kasih kerana sudi meluangakan masa untuk sesi temubual ini.
Ustaz : Wa’alaikumussalam w.b.t. Ya, terima kasih juga kerana sudi menemubual saya.
2. Boleh ustaz ceritakan tentang diri ustaz terlebih dahulu, iaitu latar belakang pendidikan dan keluarga.
Ustaz : Nama saya Engku Hasan bin Engku Wok Zin. Lahir di Kampung Gong Kapas, Kuala Terengganu. Pendidikan bermula di Sek. Men. Agama Sultan Zainal Abidin Ladang, seterusnya ke Sek. Men. Agama Atas Sultan Zainal Abidin, Batu Buruk. Selepas itu, saya ke KUSZA, K. Terengganu dan melanjutkan pelajaran ke bumi Anbiya’, Mesir selama 5 tahun. Selepas tamat pengajian saya pulang pulang ke Malaysia dan seterusnya menambahkan lagi ilmu di Pondok Pasir Tumboh, Kelantan. Saya merupakan anak yang ke 9 daripada 10 adik beradik. Sekarang mengajar di SMAASZA sebagai guru disiplin.
Q : Ustaz, bagaimana nak jadikan Rasulullah sebagai mentor?
Ustaz : Pada pandangan saya, Rasulullah memang mentor kita sejak azali lagi yang perlu kita jadikan panduan dan kayu ukur dalam meniti arus kehidupan. Kita juga mestilah menerima segala perbuatan Rasulullah dan mempunyai penghayatan yang mendalam terhadap baginda disamping mempunyai rasa kasih dan sayang terhadap Rasulullah.
Q : Ramai orang yang mengatakan cinta dan kasih kepada Rasulullah, tetapi ramai mana yang megamalkan sunnahnya? Bagaiman ustaz melihat fenomena ini?
Ustaz : Ramai yang kata kasih terhadap baginda tapi tidak mengamalkan segala sunnahnya. Ini diibaratkan seperti perbuatan orang munafik yang hanya menanam tebu di pinggir bibir. Kalau nak katakan kasih pada Rasulullah kenalah ikut segala sunnahnya. Mereka yang sentiasa melanggar perintah nabi, dustalah jika mereka mengatakan cinta pada Rasulullah.
Q : Akhlak Rasulullah ialah Al-Quran. Boleh ustaz terangkan?
Ustaz : Di dalam Al-Quran terkandung lebih banyak perkara tentang akhlak berbanding hukum-hakam. Al-Quran merupakan teori tentang akhlak nabi dan hadis pula merupakan contoh akhlak nabi. Selain itu, Al-Quran juga menterjemahkan perbuatan nabi. Jadi kita perlulah mencontohi akhlak nabi dengan menjadikannya teladan dan ikutan kerana akhlak nabi berlandaskan Al-Quran yang merupakan sumber perundangan Islam yang pertama dan juga merupakan pegangan hidup umat Islam di seluruh dunia.
Q : Kita melihat hari ini akhlak muda-muda makin punah. Bagaimana dengan menjadikan Rasulullah sebagai mentor dapat membendung perkara ini?
Ustaz : Sebenarnya, dalam membendung perkara ini, semua pihak harus memainkan peranan masing-masing, tidak boleh dibuat secara individu sahaja. Setakat ini, kita belajar mengenali nabi hanya sedikit sahaja. Jadi macam mana hendak dijadikan mentor? Kalau tidak kenal, macam mana nak cintakan nabi, bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta. Dalam sehari, banyak mana masa yang diperuntukkan untuk mengenali nabi? Sebab itulah tidak timbulnya rasa cinta akan nabi.
Q : Amalan sambutan keputeraan nabi atau disebut sebagai maulidur rasul seperti berarak sambil berselawat, berzanji, marhaban dan sebagainya tidak dilakukan pada zaman Rasulullah dan Sahabat. Adakah ianya dikira bid’ah?
Ustaz : Memanglah ianya dikira bid’ah kerana tidak dilakukan pada zaman nabi. Tetapi ianya diibarat memuliakan syiar Allah sama seperti membaca Al-Quran dan mendirikan masjid. Sambutan ini baik dengan bacaan selawat sedangkan nabi sendiri berpuasa pada hari Tasua dan menyuruh sahabatnya berpuasa pada hari tersebut sebagai tanda memuliakan kelahiran Nabi Isa A.S. Di Samping itu, nabi juga berpuasa pada hari isnin sempena kelahiran beliau dan menyuruh umatnya berpuasa pada hari tersebut sebagai tanda memperingati baginda.
Q : Adakah memperingati nabi hanya pada 12 Rabiul Awwal sahaja?
Ustaz : Sebenarnya ia tidak terhad pada tarikh tersebut sahaja. Kita perlu memperingati baginda setiap masa. Tetapi pada tarikh ini, bagi yang kurang mengingati nabi bagaikan terkejut dan tersentak kerana teringatkan nabi yang sudah lama meninggalkan kita. Selain itu, amalan berzanji pada hari lahirnya juga patut diadakan kerana ia menceritakan kisah nabi sepanjang hidupnya yang mempunyai pelbagai contoh teladan yang boleh kita amalkan dalam proses membentuk sahsiah dan jati diri kita sebagai seorang muslim.
Q : Penghinaan terhadap nabi seperti melukis kartun menghina nabi dan menghina keluarga nabi. Apakah pandangan ustaz?
Ustaz : Kita wajib kasih pada nabi dan keluarganya kerana barangsiapa yang membenci ahlul bait maka mereka ini dianggap sebagai golongan munafik. Banyak hadis yang menceritakan tentang keistimewaan ahlul bait namun kasih terhadap ahlul bait ini terbatas kepada perbuatan yang baik sahaja dan kita wajib mencegah jika mereka ini melakukan perbuatan mungkar.
Q : Kenapa Rasulullah perlu jadi mentor kita?
Ustaz : Kerana baginda satu-satunya manusia yang memang dipilih untuk menjadi mentor kita. Apabila kita betul-betul jadikan Nabi mentor kita, maka kita akan jadi baik kerana Nabi itu baik. Siapa lagi patut dijadikan mentor, kalau bukan nabi.
Q : Nabi sudah tiada. Jadi sipakah lagi yang boleh dijadikan mentor selain nabi?
Ustaz : Hanya nabi seorang saja layak jadi mentor kita. Namun, di sana kita juga boleh jadikan ulama’ sebagai mentor kita selepas nabi. Ulama’ adalah pewaris nabi. Bila tiada ulama’, kita tidak kan kenal nabi kerana hanya ulama’ betul-betul kenal nabi.
Q :. Baru-baru ini, berita melaporkan bahawa seorang pemimpin parti Gerakan meminta agar mufti Perak, Dato’ Harussani Zakaria dipecat. Apakah pandangan ustaz melihat keadaan ini?
Ustaz : Itu sudah menjadi sunnah. Bila nak tegak kebenaran, akan ada yang benci. Orang baik akan sentiasa berlawan dengan orang jahat. Nabi pun bila berdakwah, dicerca dan dipulau dan sehingga nak dibunuh. Imam Nawawi yang terkenal dengan bapa ulama’ pun di akhir hayatnya dipenjara. Nabi sudah menyediakan ‘track’ untuk orang yang nak ikut dia.
Q : Soalan terakhir, apakah peranan seorang pelajar terhadap nabi?
Ustaz : Kita kena zahirkan cinta kita pada nabi dengan mengikut sunnahnya. Di antara sifat nabi ialah istiqamah dan bersungguh-sungguh. Jadi nilai inilah yang perlu kita ikuti.
Q : Terima kasih sekali lagi kepada ustaz kerana memberi kerjasama yang baik sepanjang sesi temubual. Semoga ALLAH merahmati dan meredhai kehidupan ustaz. Diharap dapat bertemu lagi di lain waktu. Assalamualaikum.
Ustaz : Wa’alaikumussalam w.b.t.
p/s: Temuramah ini adalah antara artikel yang dimuatkan dalam majalah Al-Qudwah, keluaran Lajnah Penerbitan dan Publisiti, Persatuan Pelajar Thanawi. Untuk keterangan lanjut mengenai majalah tersebut, klik di sini.
p/s/s: Rindu 'bener' pada ustaz! Kali terakhir jumpa ustaz ialah ketika kepergianku ke UIA Nilai 2 bulan yang lalu. Kami bertemu di R & R Chendor, Pahang. Ustaz sekarang mengambil ijazah sarjana (master degree) dalam bidang Mantiq di UM. Ustaz memang 'bapak' Mantiq di sekolah dulu. Beliau mengajarku Mantiq dari Thanawi 1 hinggalah ke Thanawi 3. Ustaz juga seorang yang sangat prihatin terhadap isu akademik dan sahsiah pelajar.

Tuesday, March 17, 2009

Sambungan Kisah di Sebalik Perjalanan

Alhamdulillah kita masih dapat bersua lagi, walaupun tidak bersua muka apatah lagi bersuai kenal, kita hanya bersua di alam maya. Namun, kita adalah saudara. Tidakkah begitu?

Setelah sekian lama, 2 minggu blog Jiwa Terasing ini senyap tanpa khabar dan sepi tanpa bicara, akhirnya ter'hapdet' juga. Mengapakah begitu? Berkabungkah? Atau ...? Hmm.. Memang sengaja aku biarkan blog ini bersawang dan berhabuk. Aku sendiripun tidak tahu sebab utamanya. Mungkin kesibukan yang melanda (sibukkah?) atau mood menulis yang tidak datang2. Entah mengapa tanganku seakan kaku untuk menekan butang keyboard sebelum ini. Keanehan juga tu! Sepatutnya masa cuti di kampung inilah digunakan untuk mengemaskini blog.

Niatku untuk menyambung posting yang lepas akhirnya kesampaian juga. Baru saja nak update blog, tiba2 aku terbaca mesej daripada Rasya yang dibubuh beliau pada Cbox itu. Dengar cerita beliau kini menjadi guru sandaran/ganti di sebuah sekolah rendah di KL, kalau tidak silap. Lepas ni kena bahasakan diri beliau dengan panggilan ustazah lah pula. Ini antara mesej yang diutarakan ustazah tersebut, "dh guane koho snyp blog ni..".


Sebelum menyambung cerita yang belum berkesudahan itu, aku beritakan kejutan yang diterima, baru tadi. Mengenai mesej yang diterima di Cbox juga. Pesanan tersebut berbunyi begini, "Assalamualaikum timbalan pengerusi 1 biro penerangan, multimedia dan inovasi", sambil penghantarnya ialah Presiden. Tahulah aku siapa beliau. Tapi beliau ni bukan boleh percaya (jangan baca dengan thiqah) sangat. Beliaukan suka bergurau senda denganku sebelum ini. Manalah tahu beliau saja2 bergurau. Jadi untuk memastikan kebenarannya, aku cuba cek di blog PLPDT. Sah! Memang sah apa yang beliau katakan itu. Huhu... Tapi apa yang menggeramkan ialah beliau silap dalam mengeja namaku. Tak tahu samada sengaja atau 'sengerleng'. Aku pun dengan geramnya membalas mesej di Cbox blog itu, "pres,bakpe lantik g2 je..huhu...ringkas plek je..tp dakpe,insya ALLAH kita sama2 usahakn..pas2 nk tnye,bakpe tulis nama ambe salah or??bettol mulla..maroh guh..bile mase ade jiddan plok..mandai2 je".

Jadi tanpa membuang masa atau membuang sampah, aku sambung sedikit lagi cerita yang belum diceritakan habis lagi.

Aku pun buat2 tanya pada pair yang duduk depan aku tu, "Abang ngan akak ni suami-isteri ke?". Tercengang mereka! Lantas mereka tersengih2 (boleh lak camtu!). Jadi aku pun dengan sopannya menunjukkan kerusi yang kosong di sebelah mereka. Mujurlah ada Luqman sebagai supporter, kalau tak belum tentu aku seberani begitu.

Tapi mereka sekali lagi membuatkan darah kami menyirap. Lansung tidak mereka hirau akan teguran itu. Kami lantas berasa marah. "Biar ah, kita tegur dah. Atas dia r pulok", tegas Luqman. Akhirnya setelah beberapa minit kemudian (lama jugak la), barulah yang si lelaki itu berpindah dan menomadkan diri beliau ke kerusi sebelah (tau pun!). Mungkin pada mulanya mereka malu, mungkin.


Seterusnya, kita jengah ke cerita ketiga pula. Kisahnya bermula begini: ketika kami berhenti di Perhentian Bas Kuantan, maka adalah beberapa penumpang yang akan menurunkan diri mereka di Kuantan. Jadi bila jadi begitu, maka adalah pula penumpang yang bersilih ganti (betulkah?). Naiklah pula penumpang lain.

Ketika itu ada seorang 'budak lelaki' dan kakak beliau berjalan sambil menuju ke belakang. Bermakna ke kerusi sebelah kami. Yang menjadi masalahnya ialah kakak beliau itu memakai seluar pendek. Walaupun kakinya agak berkurap, namun ianya tetap menjejaskan pemandangan kami. Kami tak nak tengok pun sebenarnya. Tak hingin!

Jadi aku pun merasakan tanggungjawab aku selaku orang yang mengaku bahawa 'tiada tuhan melainkan ALLAH'. Aku wajib tegur beliau!

Aku pun cuba bersembang2 dahulu dengan 'adik lelaki' beliau. Beberapa soalan aku ajukan pada beliau, antaranya dari mana hendak ke mana dan umur berapa. Selepas saja mendengar suara beliau, terdetik pula musykil dalam hati. "Asal suara dia semacam je. Tak macam lelaki pun", getusku dalam nubari. Aku memberanikan diri untuk bertanya soal jantina budak yang aku kira 'lelaki' itu. Rupanya beliau perempuan! Ah!!! Tidak!!!

Jadi, alang2 mengorek hidung, biar sampai ke pangkal lengan! Aku pun buat2 tanya sekali lagi, "Kakak awak tu takde seluar panjang ke?" (baca dalam keadaan menyindir). "Takde", jawab beliau, ringkas. Sambil beliau menambah, "Bese r, orang Kuantan!". Ini juga satu masalah besar. Nak menyalahkan tempat pula! Padahal salah manusia! Mengapa Kuantan yang tidak bersalah itu pula menjadi hujah?


Lupa nak bagitahu yang ketika perbualanku dengan budak perempuan tu, Luqman pergi ke tandas Stesen Minyak. Mujur beliau tak kena tinggal. Nyaris2. Ketika Luqman naik ke dalam bas itu, aku khabarkan pada Luqman yang budak di sebelahnya itu ialah perempuan. Terkesima Luqman seketika lantaran mendengar khabaran itu. "Ye ke dok enta? Biar betul!", pintas Luqman. "Betul Mang. Ana tanya ye sendiri tadi", balasku.

Memang aku dan Luqman tidak menyangka langsung yang 'budak lelaki' pada mulanya itu adalah berjantinakan Hawa. Melihatkan pada pakaian dan gaya rambutnya yang pendek itu langsung tidak terfikir dek akal kami bahawa beliau seorang perempuan (nak baca seekor betina pun boleh).

Jadi, itulah saja coretan aku untuk kali ini. Nak tidur pula!

Ilalliqo', ma'assalaamah!

Wednesday, March 4, 2009

Kisah di Sebalik Perjalanan

-10.40 mlm (4 Mac 2009)
-Wawasan Komputer, Nilai.

Hari ini, aku dan Luqman berangkat pulang ke bumi Nilai. Kami menaiki bas seawal jam 10.30 pagi di Stesen Bas MBKT.

Sepanjang perjalanan kami ke sana, banyak juga cerita dan kisah yang menarik yang boleh dikongsi dengan para sahabat di luar sana.

Antaranya ialah sikap seorang pemandu yang suka menyaun (men + sound) para penumpang beliau. Amat memilukan hati kami apabila adanya kehadiran pemandu2 bas yang tidak secerdik beliau. Namun, bukan niatku untuk menghina beliau atau siapa2 saja dalam post ini. Sekadar berkongsi rasa dan pengalaman yang ditempuh.

Ceritanya bermula begini, ketika berhenti berehat di R & R (rehat dan rawat) Chendor, Pahang kami sedikit kelewatan. Diulangi, sedikit kelewatan. Hanya 3 minit saja, tidak sampai 5 minit pun. Apatah lagi sejam atau setengah jam.


Kami sudah berusaha sehabis laju untuk menunaikan beberapa keperluan seperti ke tandas, solat dan makan minum. Makanan dan minuman pun kami hanya membungkus. Bukannya kami makan di kedai pun. Cari pasal betullah mamat driver ni! (marah ke? haha...)

Ketika kami sampai ke pintu bas, beliau menyaun kami dengan bertanya, "kenapa bungkus?". Eh, banyak songeh lak! Kitorang bayar apa!, getus kami dalam hati. Selain itu, seorang lagi driver merangkap member kepada driver itu turut menyaun kami dengan mengatakan "lambat, lambat...". Geram betul kami.

Kami pun naik bas dengan selambanya disebabkan telah membeli tiket dengan harga RM 40.00, kalau seringgit dah tak naik dah. Tahap ketebalan muka kami bertambah dengan mendadaknya ketika itu.

Sempat juga kami menyumpah seranah dan mengumpat beliau dari belakang (don't try this at home). "Takpe, hari ni hari beliau", kata Luqman dalam kepedihan menanggung derita disound.


Cerita yang keduanya ialah berkenaan dengan sepasang manusia yang duduk berdua-duaan tanpa ikatan yang sah. Ini bukan kes khalwat pun, dalam bas. Beliau berdua ini duduk berhadapan dengan kami. Melalui perbualan mereka, dapat kami kenal pasti bahawa mereka bukan suami-isteri, adik-beradik, mahupun jiran tetangga (?). Aku ada dengar salah seorang dari 2 orang itu berkata "ayah aku...". Jadi, kami membuat hipotesis bahawa mereka ini tiada ikatan yang sah mahupun legal.

Aku pun cubalah memerah jemala otakku ini, bagaimana dan cara manakah untuk menegur beliau berdua itu. Fikir punya fikir, maka dapatlah idea.


To be continue kerana CC hendak ditutup.....

Monday, March 2, 2009

Semalam

-12.00 tgh hr (3 Mac 2009)
-Rumah aku la, mana lagi


Bermula daripada pagi sehinggalah petang, aku terperap di pejabat Ayah yang terletak di Taman Seri Intan, Jalan Sultan Omar di Bandar Kuala Terengganu.

Tiada sebarang aktiviti dilakukan selain mengakses laptopku ini dan mendengar siaran langsung sidang parlimen di laman web TVPas.com. Selain itu, kami (aku dan Ayah) makan tengah hari di kedai Mok Teh. Apa yang kami makan hanyalah pulut berlaukkan ikan dan minum Kopi Radix.

Selepas membaca akhbar Metro yang dibeli oleh Ayah, terkejut melihat Abang Ali, orang kampungku masuk dalam berita di muka surat 2. Beliau kini berada hospital bagi menjalani pembedahan plastik pada telinga, leher dan dada. Untuk berita lanjut boleh ke sini.


Selepas pulang, kami singgah di Sabasun. Pasar raya yang bertrade markkan 'Harga Muroh Sokmo' itu adalah favourite kami sekeluarga. Sememangnya kami lebih suka ke situ berbanding pasar raya2 lain seperti Mydin, Giant, Hock Kee Seng dan sebagainya. Sabasun sememangnya menjanjikan perkhidmatan terbaik dan apa yang lebih mengujakan kami ialah Sabasunlah yang paling terkehadapan dalam isu boikot, isu Palestin dan sebagainya. Sabasun juga tidak menjual barangan Israel, Amerika dan Belanda.


Petang itu, Ayah Wa datang menziarahiku di rumah. Terima kasih kepada Pak Sedaraku itu atas keprihatinan dan kecaknaan pada anak sedaramu ini. Malam ini aku akan ke rumah beliau bagi menyuruh beliau menginstall beberapa program dan sofware komputer pada laptopku ini seperti Adobe Photoshop dan Video Creator.


Malam itu, usai solat Maghrib, aku bergegas menuju ke SMKA Syeikh Abdul Malek bagi memenuhi permintaan Luqman yang akan berusrah dengan adik2 di sana. Buat pengetahuan, Luqman merupakan ex-student sekolah tersebut.

Sampai ke sana, aku parkirkan motosikalku di luar asrama. Aku hantarkan SMS pada Muzani, bertanyakan di mana beliau berada. "Surau", jawab beliau. Aku melilau2 mencari di manakah surau itu. Tiba2 nampak segerombolan manusia di dalam satu bangunan. Serasa aku itulah surau yang dimaksudkan. Tiba2 nampak kelibat Muzani di dalam bangunan tersebut. Sah! memang inilah surau yang aku cari.

Aku pun cuba memberanikan diri masuk ke dalam surau tersebut. Nampak di sisi Muzani ada Kamal dan Taufiq, rakan2 seperjuanganku semuanya. Kami berbual2 sehingga keluar api dari mulut masing2 (haha...). Banyak cerita yang kami sembangkan dari satu bab kepada bab2 yang lain.


Kini tibalah masa untuk solat Isyak. Azan berkumandang dengan enaknya. Kami solat berimamkan pelajar sekolah itu. Selesai solat mereka mengalunkan Asmaul Husna secara berjemaah.

Hujan turun dengan lebatnya ketika itu. Aku dan Muzani mengambil keputusan untuk mengalih kedudukan motosikal kami. Tapi, motosikal sudah basah lencun atau basah 'jerruk', kata orang T'ganu. Jadi kami batalkan saja niat kami itu.

Luqman masih belum kelihatan. Akhirnya beliau tiba juga. Beliau berjumpa dan bersalaman dengan junior2 beliau yang telah lama ditinggalkan, hampir 2 tahun. Beliau mengarahkan salah seorang junior beliau itu untuk mengadakan usrah.

Kami mengadakan usrah dalam keadaan yang sederhana. Majlis dipengerusikan oleh pelajar di situ sendiri. Antara yang memberi tazkirah pada malam itu ialah Luqman, Taufiq, Kamal, Muzani, dan aku sendiri.


Luqman memberikan tazkirah mengenai ciri2 yang perlu ada pada pemimpin, sambil aku pula menerangkan salah satu ayat al-Quran yang diambil daripada surah as-Sajdah, lalu aku terangkan beberapa persoalan dalam kehidupan kita, seperti 'dari mana kita datang', 'untuk apa kita diciptakan', 'dan ke mana kita akan dikembalikan'. Aku khabarkan pada mereka bahawa 'inna lillahi wa inna ilaihi roji'un', dari ALLAH kita datang dan kepadaNYA kita kembali serta tugas kita di atas muka bumi ini ialah beribadat, sebagai khalifah (iqamatuddin wa siasatuddunya bihi - menegakkan agama dan mentadbir dunia dengannya), dan amar makruf nahi munkar.

Kamal pula memberi taujihat mengenai tugas2 kerasulan iaitu 'tablighul ahkam', 'tanfizul hukmi', dan 'tazkiyatun nafsi'. Di mana tugas2 ini dipecahkan kepada golongan2 tertentu. Sedangkan sepatutnya perlu diambil kesemuanya. Tablighul ahkam (menyampaikan hukum-hakam) telah diambil oleh ulamak2 fiqh. Tanfizul hukmi (melaksanaan pemerintahan) pula diambil oleh ulamak2 haraki. Manakala tazkiyatun nafsi (pembersihan jiwa) diambil oleh ahli2 tasawuf.


Manakala Muzani memberi penekanan bahawa sebagai daie, kita perlu menguasai ilmu dan ilmu yang paling penting dan wajib dipelajari ialah Tauhid, Feqah, dan Tasawuf (Akhlak) sebagaimana yang disabdakan Nabi ketika menjawab persoalan seorang sahabat mengenai Islam, Iman, dan Ihsan. Akhir sekali Taufiq memberi peringatan bahawa dakwah bukan sahaja melalui lisan, penulisan dan sebagainya. Tapi juga dakwah melalui akhlak atau dakwah bilhaal. Malah, ianya lebih berkesan daripada dakwah melalui percakapan.

Selain daripada tazkirah, kami juga berbincang mengenai beberapa masalah yang timbul di kalangan mereka. Beberapa penyelesaian dijawab oleh Luqman dan lain2 lagi. Usrah kami ditangguhkan pada pukul 10.30 malam.

Malam itu juga Muzani sempat singgah di rumahku sebelum menghantar Kamal pulang. Boleh dikatakan agak lewat beliau pulang semalam.

Sunday, March 1, 2009

Malang yang Tersumbat Hidungnya

-4.30 pg (2 Mac 2009)
-By-Tiey Janna-Tiey

KRONOLOGI (1 MAC 2009)


Pagi

1. Jenguk Bayyin di tempat pra-persekolahan beliau, Pasti Al-Mawaddah, Teluk Ketapang yang bersebelahan dengan rumah. Bayyin senyap saja dalam kelas dan beliau langsung tidak ikut sama rakan2nya yang lain menyebut huruf2, kalimah2 dan ayat2 yang diajar Cikgu Norashikin ketika itu. Huhu... Nak kena budak ni! Bila beliau balik, dan kita tanya apa yang beliau belajar di sekolah, beliau tanpa segan silu menyatakan beliau lupa atau 'hilang ingatan'. Ada2 saja budak ni!




2. Beli keropok lekor di kedai Pak Ali dan Mak Ngah. Keropok tu cadangnya nak bagi kat Luqman, tapi tak sempat sampai rumah beliau walaupun sudah berusaha ke arah itu. Nak tahu kenapa tak sampai? Baca dulu.


Tengah hari

3. Hantar Yah ke sekolah beliau, SMK Ibrahim Fikri, Bukit Tok Beng.

4. Singgah di rumah Kamal. Bersembang dan berbual2 sambil teguk air. Lama juga kami sembang, semua cerita keluar. Agaknya dah lama sangat tak bertemu Kamal kot, tu yang lama semacam je duduk rumah beliau.

5. Solat Zohor di Surau Al-Hidayah, Alor Kuda. Lepas solat terus pulang kerana Mak menyuruh pulang cepat dan membelikannya nyiur (kelapa parut).

Petang

6. Pergi ke Bandar KT (Bandar rayakah?!).

7. Singgah di Pusat Celcom KT. Upgrade 3G pada kad sim aku. Mula2 kena isi borang, pastu kena beratur jap. Dia buat sekejap je, tak lama pun. Dah la tak kena charge apa pun. Free je. Lepas boleh 3G tu terus cuba. Mula2 nak call Faiz, tapi tak dapat. Last2 call Taufiq, pastu dapat. Huhu... bestnya ber3G dan bervideo call.


8. Singgah pula ke Kedai Komputer yang berdekatan dengan Pejabat Ayah. Beli PC DVD Bully. Asalnya nak beli GTA IV untuk Yah, tapi tak ada pula.


9. Disebabkan sakit perut yang sangat, jadi aku pun menumpang tandas di Pejabat Ayah yang terletak di Taman Seri Intan, Jalan Sultan Omar. Solat Asar bersama Ayah di sana.


10. Menaiki semula motosikal untuk meneruskan misi hari ini, bertemu dengan Syah di Wakaf Mempelam dan singgah di rumah Luqman di Padang Midin.

11. Misi kali ini gagal. Aku tereksiden di tengah jalan, betul2 tengah jalan. Asalnya aku nak potong lori, tapi tak pas (UMNO la tuh! Haha). Pastu datang pula kereta Kenari dari arah kanan, sehingga aku tersepit di tengah2 antara lori dan Kenari tersebut. Mujurlah motorku tersangkut di kereta, tidak pula lori. Kalau lori, alamatnya dah tak menulislah aku pagi ni. Ini kemalangan kedua dalam hidupku selepas berpuluh tahun dahulu eksiden bersama dengan Ayard dan Tok Lah. Sebelum inipun ada sebenarnya, cuma hanya eksiden kecil seperti langgar budak (bawa basikal tak tentu hala) dan jatuh longkang. Peristiwa jatuh longkang ketika aku berada di tingkatan 3. Selepas pulang dari tuisyen, aku ke kedai untuk membeli minyak motor. Masa tu hujan turun dengan lebatnya. Aku nak menyeberang ke kedai sebelah, tiba2 motorku terperosok ke dalam air. Huhu... Eh! kita cerita pasal eksiden aku yang berlaku semalam. Lepas je terlanggar tu, aku pun membelok ke kanan untuk berhenti kerana darah sudah bercelubur keluar dari kakiku. Namun aku masih steady, tak rebah pun sebenarnya. Huhu... Mak memberitahu, orang yang jaga motor ketika aku ke hospital berkata yang aku tak rebah sebab badan aku besar. Hahaha... Boleh pula macam tu.


12. Pastu abang yang aku langgar keretanya tu mengajak aku ke hospital dengan menaiki keretanya. Mula2 kami mencari klinik terdekat, namun semuanya tutup. Kami pun mengambil keputusan untuk ke hospital bagi mencuci kakiku yang luka berdarah ini. Ketika di dalam kereta, hanya istighfar dan takbir yang mampu aku kumat-kumitkan bagi menahan kesakitan dan kepedihan yang melanda. Kami tiba di hospital sekitar pukul 6 petang. Ketika sampai ke sana, aku diletakkan di atas kerusi roda (macam la teruk sangat!) lalu dibawa berjumpa dengan paramedik. Selepas itu aku diminta membayar RM 1.00. Aku pun tunggu sehingga dipanggil nama. Ketika menunggu, aku menelefon Ayah memberitahu tentang eksiden tadi dan memintanya membawa balik motor dan mengambilku di sini. Aku beritakan pada kawan2 seperti Syah, Luqman, Faris dan Taufiq. Hampir sejam menunggu, barulah aku diminta masuk ke dalam dan berjumpa dengan doktor.


Malam

13. Mula2 doktor tu tanya, sakit tak. Aku cakap sakitlah juga. Pastu dia tanya balik, kenapa muka selamba je, macam tak sakit pun. Alah doktor ni! Takkan nak cakap sakit kot! Pandai2 r cover. Pastu beliau suruh aku pergi Jabatan X-ray untuk melakukan x-ray terhadap kakiku itu. Bimbang ada patah2. Selepas dibuat ujian diagnostik (ekeke!) mendapati bahawa tiada sebarang kepatahan berlaku. Lantaran itu, beliau terus mencuci kakiku dengan ...... (aku lupa namanya). Sebelum itu, beliau menginject lenganku sebanyak 2 kali. 1 untuk tahan sakit dan 1 lagi untuk matikan kuman. AKu sempat berseloroh dalam keadaan kesakitan menahan injection, aku katakan pada doktor muda itu, kenapa lepas inject makin sakit, tadi cakap tahan sakit. Huhu.. doktor tu pun balas balik, katanya sakit di lengan saja, biasalah tu. Kakiku dibalut selepas dicuci. Aku dibenarkan pulang dan diberi ubat pencuci dan tahan sakit.


Di sini ada beberapa cerita menarik yang ingin dikongsi;

1. Sebelum menelefon Ayah, 'firasat' Ayah mengatakan akan ada panggilan daripada hospital. Memang sangkaan Ayah benar dan aku menelefonnya selepas itu ketika di hospital.

2. Ketika Mak pergi bertanya pada penduduk di sekitar tempat kejadian (Kg. Merbau Patah) mengenai kemalangan tersebut, orang kampung itu bertanya kepada Makku, adik ke yang belanggar tadi. Jawab Mak aku, "Dok, anak". "Bakpe muda ngat!", kata orang itu. Huhuhu... kelakar betul!

p/s: Di sini aku ingin ucapkan terima kasih terutamanya Mak dan Ayah yang sanggup datang ke hospital untuk mengambilku. Huhuhu... jasa dan tadhiyah kalian yang sangat tinggi itu akan sentiasa tertanam kemas di kotak fikiran ini dan pasti tidak akan terlupus begitu sahaja. Seterusnya buat Abang Zaimi, pemandu kereta Kenari kerana telah bersusah-payah menghantarku ke hospital. Katanya beliau pernah mengalaminya dahulu. Ketika itu beliau dilanggar kereta, namun yang geramnya walaupun dirinya tercampak, tapi kereta juga yang dirisaukan oleh si pemandu tersebut. Seterusnya buat pemerhati2 dan saksi2 kejadian serta abang yang menjaga motor sepanjang keberadaanku di hospital. Seterusnya buat Pak2 dan Mak2 Sedara serta sepupu-sepapat yang sanggup menjengukku di hospital, Ayah Su, Cik Ma, Cik De, Ayah De, Abang Mi, Adik Wan dan Auni Husna. Ada yang sanggup tinggalkan kerja semata2 untuk datang ke sini. Juga buat sepupuku, Amal yang sanggup menemani Ayah dan membawa balik motor ke rumah. Terima kasih banyak2 kepada semua! Sungguh besar jasa kalian! Sesungguhnya aku tidak mampu membalasnya. Hanya ALLAH sahaja mampu membalas jasa kalian. Doaku sentiasa mengiringi kalian, mudah2an kalian sihat sejahtera dan dirahmati oleh ALLAH kesemuanya.

p/s/s: Sememangnya hari ini lebih baik dari semalam. Hari ketiga yang memberikan 1001 'ibrah dan pengajaran. Ujian adalah tarbiyyah langsung dari ALLAH. Juga sebagai kaffarah buat hambaNya yang sering leka dan berbuat dosa. "Ya ALLAH! Ampunkanlah dosaku dan kedua ibu bapaku. Juga buat semua muslimin dan muslimat. Ameen...".

p/s/s/s: Bukti2 kejadian;


Side mirror tercabut. Cerminnya pecah berkecai di atas jalan raya

Hanya tinggal kenangan. Selipar ini baru dibeli minggu lepas. Tercabut sebelah ketika kemalangan


Daripada Tuan Punya Blog

1. Minat menulis adalah datang daripada kesedaran dan rasa tanggungjawab di atas saranan Assyahid Imam Hasan Albanna kerana katanya: "Jangan kamu melawan globalisasi, kerana kamu akan kalah. Hendaklah kamu melawan globalisasi dengan globalisasi juga."

2. Segala kandungan yang ada dalam blog ini adalah pandangan/idea penulis dan tidak semestinya ia betul belaka.

3. Penulis berhak menulis, menganalisis atau mengkritik apa saja (kecuali perkara sensitif) atas dasar 'kebebasan bersuara'.

4. Sesiapa saja berhak menyalin, mengambil atau mencetak mana-mana bahagian dalam blog ini kecuali untuk tujuan selain dakwah seperti untuk tujuan duit dan perniagaan, maka perlu mendapat keizinan daripada penulis.

5. Sesiapa jua boleh menyatakan pandangan atau komen terhadap blog ini atau terhadap penulis sendiri.

6. Penulis boleh dihubungi melalui emel berikut: nasehulwan@gmail.com.