Halaman Blog

Pengikut yang Baik Hati

Jiwa Terasing @ Pesbuk!

Masih adakah lagi ghuraba'? Jika ada, kitakah ghuraba' itu?

Di saat orang lain memilih untuk meminum arak, kita menjadi terasing kerana sibuk mencari makanan yang halal.

Di kala orang lain terbiasa dengan skirt dan boxer, kita ganjil kerana tegar mempertahankan jubah dan kopiah di kepala.

Ketika orang lain merasa senang dengan bermain golf, kita dianggap pelik kerana berhenti dari permainan semata-mata untuk mengerjakan solat.

Tatkala orang lain merasa bangga punya kekasih yang ramai, kita diherdik dan diketawakan kerana masih belum punya teman wanita.

Jika anda pernah berasa asing, ganjil, pelik, ditertawa, disinis, disindir, atau diperlekeh kerana mempertahankan kehidupan yang berprinsip seperti itu, terimalah khabar gembira yang disampaikan oleh Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.

Tooba lil Ghurabaa’!

Sunday, July 5, 2009

16 Tahun Kita Bersama


Assalamualaikum Yek,

Asyih harap Yek dalam keadaan sihat ketika membaca lontaran kata2 Asyih ini. Sempena hari lahir Yek pada tahun ini iaitu kali yang ke-16, Asyih dengan berbesar hati mengucapkan Selamat Hari Lahir buat Yek!

Walaupun Asyih kira agak terlewat untuk mengucapkannya saat ini, namun Asyih percaya itu tidak penting. Yang penting Yek tahu yang Asyih sentiasa menghargai Yek selaku satu2nya adik lelaki yang Asyih ada di dunia ini.




Yek pasti tahu yang Asyih sayang benar Yek kan? Pasti kan? Walaupun mungkin Asyih tak zahirkan kasih sayang Asyih terhadap Yek, tapi Asyih yakin Yek mampu memahaminya. Mungkin selama ini kita selalu bergaduh, tapi itu tak bermakna kita bermusuh. Yek banyak memberi Asyih inspirasi dalam kehidupan ini. Kadang2 Asyih terfikir, memang besar sungguh hikmahnya kita dipertemukan dalam baitul muslim yang Mak Ayah bina dengan gigih selama ini.

Sungguh, Asyih kagum dengan Yek. Yek bagus dalam pelajaran, dapat 8a dalam PMR, akhlak pun baik. Tidaklah seperti Asyih ketika berumur sebaya Yek dahulu. Yek begitu cepat matang. Teruskanlah mencintai kebenaran dan kebaikan. Asyih nampak potensi yang sangat besar pada diri Yek, mungkin ianya masih tenggelam dan belum timbul sebetulnya.


Teguran Asyih pada Yek selama ini, anggaplah ianya sebagai nilai kasih sayang seorang abang pada adiknya. Sungguh, tidak pernah pun semena2 ingin marah2 pada Yek. Asyih tak nak Yek jadi seperti Asyih dulu. Asyih sudah menyesal dan menerima akibatnya, jadi mengapa Asyih ingin biarkan Yek juga terpalit pada dosa yang sama dengan dosa silam Asyih?

Dulu Asyih pernah memaksa Yek ke usrah yang dianjurkan Perintis. Asyih ingin benar melihat Yek merasai juga bahang tarbiyah yang Asyih pernah rasa, walaupun bukanlah sehangat lava yang tunggu saat untuk meletus dari gunung berapi.


Asyih masih ingat ketika Asyih mengalami gangguan dalaman dulu, Yek lah yang meneman Asyih, tolong mengurut jika Asyih mengadu sakit pada badan, memimpin tangan Asyih ke sana ke mari, mendengar dengan tekun celoteh Asyih, dan yang memerhatikan gerak-geri Asyih yang tatkala itu hanya separa sedar atau di luar sedar.

Pada ruang yang ada ini, Asyih mohon sangat sekiranya Asyih sudah tiada, Yek teruskanlah nilai2 dan semangat yang pernah Asyih cipta. Agar nanti Asyih dapat menjawab dengan tenang soalan ALLAH di mahsyar kelak. Asyih mohon maaf atas segala khilaf selama ini!


Asyih ingin sangat melihat Yek berjaya dan cita2 Yek untuk menjadi doktor tergarap. Di bahu Yek terpikul amanah keluarga, jangan sesekali disiakan bebanan itu.

Akhirnya di kesempatan ini, Asyih ingin memetik kembali buah nasihat yang pernah Asyih nukilkan buat Yek dulu;

-Jadilah seperti Ayah!
-Jangan malu bawa imej Islam.
-Jadilah anak soleh kebanggaan Mak Ayah!
-Semua orang sayang Yek.

Sanah Helwah Yek!

nota hujung: Hari lahir Yek jatuh pada tanggal 24 Jun 1993.



1 comment:

Abdullah Haris Zakaria at-Takeeriy said...

sanah helwah ke16 farid luqman @ payed @ yek @ GreenLover @ dll..susoh gop kalu byk ngat name..haha. smoge dirimu dikasihi Alloh, Rosul, & seluruh manusia. jadilah anak soleh & kbanggaan mok ayoh & kluarga. semoga Alloh realisasikan cite2 & matlamatmu dlm hidup & berjaya dgn cemerlang dlm hidup di dunia & akhirat..ameen


Daripada Tuan Punya Blog

1. Minat menulis adalah datang daripada kesedaran dan rasa tanggungjawab di atas saranan Assyahid Imam Hasan Albanna kerana katanya: "Jangan kamu melawan globalisasi, kerana kamu akan kalah. Hendaklah kamu melawan globalisasi dengan globalisasi juga."

2. Segala kandungan yang ada dalam blog ini adalah pandangan/idea penulis dan tidak semestinya ia betul belaka.

3. Penulis berhak menulis, menganalisis atau mengkritik apa saja (kecuali perkara sensitif) atas dasar 'kebebasan bersuara'.

4. Sesiapa saja berhak menyalin, mengambil atau mencetak mana-mana bahagian dalam blog ini kecuali untuk tujuan selain dakwah seperti untuk tujuan duit dan perniagaan, maka perlu mendapat keizinan daripada penulis.

5. Sesiapa jua boleh menyatakan pandangan atau komen terhadap blog ini atau terhadap penulis sendiri.

6. Penulis boleh dihubungi melalui emel berikut: nasehulwan@gmail.com.