Halaman Blog

Pengikut yang Baik Hati

Jiwa Terasing @ Pesbuk!

Masih adakah lagi ghuraba'? Jika ada, kitakah ghuraba' itu?

Di saat orang lain memilih untuk meminum arak, kita menjadi terasing kerana sibuk mencari makanan yang halal.

Di kala orang lain terbiasa dengan skirt dan boxer, kita ganjil kerana tegar mempertahankan jubah dan kopiah di kepala.

Ketika orang lain merasa senang dengan bermain golf, kita dianggap pelik kerana berhenti dari permainan semata-mata untuk mengerjakan solat.

Tatkala orang lain merasa bangga punya kekasih yang ramai, kita diherdik dan diketawakan kerana masih belum punya teman wanita.

Jika anda pernah berasa asing, ganjil, pelik, ditertawa, disinis, disindir, atau diperlekeh kerana mempertahankan kehidupan yang berprinsip seperti itu, terimalah khabar gembira yang disampaikan oleh Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.

Tooba lil Ghurabaa’!

Friday, October 9, 2009

Bagan Pinang: Satu Analisis Ringkas


Setelah beberapa kali berulang alik dari Nilai ke Port Dickson, juga dari Kuala Terenganu ke Port Dickson, pada pengamatanku, tempat ini lebih kurang sama bi'ah atau suasananya di kampungku, Seberang Takir. Kedua2nya punya pantai. Bagan Pinang sendiri bukanlah bandar, hanya pekan kecil. Ia lebih sesuai disifatkan sebagai pusat pelancongan. Makna kata pelancong datang ke sini hanya untuk bersantai. Kedua2nya juga ada kem tentera, cuma bilangan pengundi pos di kampungku sekitar 1000 sahaja, berbanding di sini sebanyak 4000 lebih.

Rakyat di kawasan ini boleh dikatakan 'lagho'. Mana tidaknya, pesta dan konsert saja hampir setiap hari. Anak2 muda mereka terlalu dihidang dengan budaya hedonisme. Yang mereka tahu, pesta air, jetski dan banana!

Bagan Pinang letaknya dalam Parlimen Teluk Kemang. Parlimen Teluk Kemang telah dimenangi oleh calon PR pada PRU ke-12 yang lepas. Cuma 2 DUN sahaja yang dikuasai BN, sementara 3 DUN lagi dalam parlimen ini dimiliki PR. 2 kerusi itu ialah Bagan Pinang dan Linggi, sementara 3 lagi ialah Lukut, Port Dickson dan Chuah. Bagan Pinang dianggap sebagai kubu kuat BN sehingga ada yang mengatakan Pas akan beware pada PRK kali ini.

Penyokong pembangkang (PR) pula menganggap PRK kali ini adalah ujian kedua selepas berjaya menembusi kerusi milik Umno di Kuala Terengganu. Mungkin PRK ini dianggap sebagai kayu ukur atau penanda aras kepada fenomena tsunami Pakatan Rakyat, adakah masih berkesinambungan atau tidak.

PRK kali ini benar2 menguji kepimpinan Najib. Sebelum ini dikatakan PR menang kerana memang asalnya kerusi itu sudah dimiliki oleh PR seperti di Permatang Pasir dan Bukit Gantang. Sehingga selepas saja memenangi PRK kali ini, Isa Samad dengan bangganya mengumumkan bahawa kemenangan beliau memberi makna sokongan rakyat kepada kepimpinan PM. Habis tu, yang kalah 7 kali sebelum ni macam mana?

Selepas menang di Permatang Pasir yang dianggap sebagai 'Badar' (mungkin kerana PRK itu berlaku di bulan Ramadan) oleh Pas, kini Bagan Pinang dianggap sebagai 'Uhud'. Benar, kita telah menang pada awalnya. Melihat dari segi kehadiran ketika Penamaan Calon 3 Oktober 2009 di mana penyokong PR jauh lebih banyak sehingga mencecah 20, 000 orang dan juga kehadiran semasa kempen Pas. Ketika merayu undi pada 11 Oktober sendiri penyokong pas jauh mengatasi penyokong BN.

"Permulaan yang baik. Kemenangan dari sudut moral!", kata Pengarah Pilihan Raya Pas bagi PRK ini, YB Salahuddin Ayub seusai penamaan calon. Menurut seorang aktivis Pas pula, "Penyokong Pas yang datang ramai2 ni adalah atas jemputan penyokong Umno sendiri. Mereka yang mulakan provokasi", katanya bernada sinis.

Menang kalah adalah adat bertanding. Bagi Pas, kalah adalah perkara biasa, menang itu luar biasa. Pas sudah berkali2 kalah dan sentiasa bersedia menghadapi kekalahan. Kata Tuan Guru Presiden, "Kita berjuang Islam tak pernah kalah. Kalau atas dunia kita tak menang pun, di akhirat kita sudah menang!".

PRK kali ini dilihat sebagai terkotor. Lihat saja perangai samseng2 Umno yang tidak habis2 menimbulkan provokasi. Mereka menyerang markas Pas. Membelasah, menumbuk dan menyerang dengan pedang dan kapak. Inilah budaya sebenar mereka. Ketika hari mengundi sendiri, aku dapat melihat bagaimana jeleknya sikap orang Umno. Langsung tiada adab dan tatasusila. Mereka melakukan kempen lucah. Mengupah budak2 'bodoh' untuk memukul orang Pas. Ada yang dibaling batu sehingga pecah bibirnya. Yang dibaling batu di kening, nasib baik tidak kena di mata. Dibaling botol dan dihayun dengan helmet. Hari itu menyaksikan kebodohan dan kebangangan Umno!

Walaupun pada dasarnya Umno menang tapi mereka tewas dalam usaha perangi rasuah. Isa Samad adalah ikon perasuah Umno. Yang menghukumnya dulu bukannya orang Pas atau PKR, tapi pihak Lembaga Disiplin Umno sendiri. Nampak jelas Umno kekurangan pemimpin berwibawa sehingga mengangkat perasuah besar sebagai calon. Menurut Isa Samad, "Politik wang hanya kesalahan disiplin dalam parti, bukannya satu jenayah". Tengok, buat salah tak nak mengaku pula. Apapun, Pas tetap menghormati keputusan rakyat.

Melihat kepada peningkatan tajam majoriti kali ini, sangat menghairankan. Mungkin Umno sendiri terkejut. Mereka mungkin hanya menjangka menang dengan majoriti tipis. Tapi keputusannya mereka menang dengan majoriti besar. Entah di mana silapnya, hanya 1000 lebih saja undi rakyat biasa yang mengalir kepada Pas, sementara 1000 lebih lagi datang dari undi pos. Sama ada faktor kekuatan calon Umno atau kesilapan Pas mencatur strategi. Mungkin Pas Negeri Sembilan perlu melakukan post-mortem secepat mungkin. Serta mengkaji, menganalisis dan memuhasabah sikap rakyat terhadap Pas Negeri Sembilan.

"Rakyat bukan berubah kepada BN, hanya sekadar teguran kepada Pakatan Rakyat", kata Ustaz Mior Isfandy. "Lebih kerap bersama rakyat. Bukan kerana ingin menang dalam pilihanraya tapi disebabkan ISLAM menyuruh kita lebih bersosial dan memperbetulkan halatuju rakyat jika tersasar dari hukum yang sebenarnya" terang beliau. Menurut Ustaz Hasrizal dalam facebooknya pula, "Percaya bahawa kemenangan boleh menjadi fitnah, kekalahan boleh pula menjadi anugerah. Berbalik kepada cara kita menggarapnya. What you see is what you get, who you are determines how you see...".

Pakatan Rakyat mungkin perlu bekerja lebih keras lagi untuk menawan hati rakyat Negeri Sembilan. Pesanan Ketua Pemuda Pas, Ustaz Nasruddin Hasan yang meminta kita supaya tidak gopoh, over-confident juga perlu diambil ihtimam oleh semua pemimpin dan penyokong PR.

Akhirnya, aku menyeru kepada semua petugas Pas supaya jangan bersedih. Mungkin DIA ingin menguji kita dengan ujian kekalahan, di mana sebelum ini kita asyik diuji dengan kemenangan. Bersabar dan reda!

3 comments:

k u f a i z said...

Kalah itu bermula apabila kamu rasa lemah dalam perjuangan, Menang bermula apabila kamu atasi rasa lemah itu - Syed Qutb...

Istilah kalah xpernah ada dalam pjuangan. Cuma kmenangan ditangguh. Islam pasti menang. insyaAllah

Naseh Ulwan said...

ya faiz..kita tidak kalah di Bagan Pinang,cuma BELUM menang..

Mior Isfandy said...

Kita tidak perlu gundah dengan kekalahan ini. Asasnya,mesti postmortem, mencari ibrah dan membuat political wisdom selepas ini


Daripada Tuan Punya Blog

1. Minat menulis adalah datang daripada kesedaran dan rasa tanggungjawab di atas saranan Assyahid Imam Hasan Albanna kerana katanya: "Jangan kamu melawan globalisasi, kerana kamu akan kalah. Hendaklah kamu melawan globalisasi dengan globalisasi juga."

2. Segala kandungan yang ada dalam blog ini adalah pandangan/idea penulis dan tidak semestinya ia betul belaka.

3. Penulis berhak menulis, menganalisis atau mengkritik apa saja (kecuali perkara sensitif) atas dasar 'kebebasan bersuara'.

4. Sesiapa saja berhak menyalin, mengambil atau mencetak mana-mana bahagian dalam blog ini kecuali untuk tujuan selain dakwah seperti untuk tujuan duit dan perniagaan, maka perlu mendapat keizinan daripada penulis.

5. Sesiapa jua boleh menyatakan pandangan atau komen terhadap blog ini atau terhadap penulis sendiri.

6. Penulis boleh dihubungi melalui emel berikut: nasehulwan@gmail.com.