-B2-1-2, Mahallah Abdul Rahman Ibn 'Auf, CFSIIUM, Nilai.
Kartun ini adalah ihsan daripada majalah Al-Qudwah (majalah rasmi Persatuan Pelajar Thanawi) edisi bumper 1428 di mana aku pernah ditaklifkan sebagai Naqib Lajnah Penerbitan dan Publisiti. Majalah tersebut adalah keluaran setiap tahun dan dipertanggung jawabkan ke atas lajnah tersebut. Dalam sidang redaksi majalah tersebut atau disebut sebagai Team Al-Qudwah, aku hanya sebagai Ex-officio atau pemantau sahaja. Bagiku, itulah majalah yang terbaik pernah dihasilkan oleh persatuan. Kami mendapat untung yang sangat besar dan terbesar sepanjang penubuhan persatuan yang kini mencecah umur 20 tahun! Sebelum aku meninggalkan sekolah dan persatuan yang amat aku cintai itu, aku sempat membuat jamuan meraikan kejayaan jualan dan lebih penting dari itu, dakwah melalui majalah tersebut. Buat pengetahuan kalian, majalah ini terjual sebanyak 600 naskhah dan dipasarkan ke seluruh negeri Terengganu (lebih tertumpu kepada sekolah2, samada sekolah agama atau kebangsaan). Angka tersebut sangat besar, kerana dari 700 naskhah, hanya 100 naskhah yang tidak terjual (disebabkan hilang atau mungkin dibuang). Namun ianya bukanlah untuk dibanggakan atau dijadikan kebanggaan, malah kami sangat ingin berkongsi kejayaan ini dan juga sebagai tanda kesyukuran kami kepada ALLAH. Kini semuanya hanya tinggal kenangan. Diberitakan kemungkinan kerajaan negeri melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) akan menghazaf persatuan yang telah lama berkhidmat dan berjasa untuk sekolah itu. Lebih mengejutkan lagi apabila mereka ingin menghapuskan Thanawi, satu2nya aliran agama Islam tulen di bumi para ulama' ini. Sungguh melampau, sadis juga menyedihkan...

No comments:
Post a Comment