Halaman Blog

Pengikut yang Baik Hati

Jiwa Terasing @ Pesbuk!

Masih adakah lagi ghuraba'? Jika ada, kitakah ghuraba' itu?

Di saat orang lain memilih untuk meminum arak, kita menjadi terasing kerana sibuk mencari makanan yang halal.

Di kala orang lain terbiasa dengan skirt dan boxer, kita ganjil kerana tegar mempertahankan jubah dan kopiah di kepala.

Ketika orang lain merasa senang dengan bermain golf, kita dianggap pelik kerana berhenti dari permainan semata-mata untuk mengerjakan solat.

Tatkala orang lain merasa bangga punya kekasih yang ramai, kita diherdik dan diketawakan kerana masih belum punya teman wanita.

Jika anda pernah berasa asing, ganjil, pelik, ditertawa, disinis, disindir, atau diperlekeh kerana mempertahankan kehidupan yang berprinsip seperti itu, terimalah khabar gembira yang disampaikan oleh Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.

Tooba lil Ghurabaa’!

Tuesday, November 3, 2009

Puasa dan Raya di Kampung


Antara kenangan yang tidak dapat dilupakan sepanjang berpuasa dan beraya di kampung ialah:

  1. Berbuka puasa di rumah
  2. Diberi peluang menyampaikan kuliah Dhuha di Surau al-Mawaddah
  3. Solat Tarawih berimamkan Ablem
  4. Berpeluang memberi tazkirah selepas solat Tarawih
  5. Berijtima' Ramadan di Marang
  6. Berhari raya di rumah sanak-saudara, rakan2 dan guru2
  7. Kereta rosak ketika dalam perjalanan ke rumah Kak Nana
  8. Menghadiri Majlis Hari Raya Pas Terengganu bersama perantau
Album 'Idul Fitri 1430


























Monday, November 2, 2009

Untungnya Mereka yang Hadir 'Perang 1 Ogos'

Jika ibnugharib membawakan kisah Ruginya mereka yang tak hadir 'kenduri 1 Ogos', aku pula dengan nada yang serupa cuma bunyinya agak kontra. Aku akan membawa kalian ke dalam sebuah kisah yang sebelum ini pernah diceritakan, cuma mungkin diberi nafas baru atau nafas lebih segar.

Mengambil latar di sebuah kota diberi nama Metropolitan, maka disebut ia Kota Metropolitan. Nasri al-Mujahid Abdul Hadi mula mengorak langkah berani. Pagi itu semangatnya lain benar dari biasa. Kerana hari itu bukan biasa2. Sungguh luar biasa baginya dan bagi jiwa2 yang cintakan kebenaran, malah benci akan kezaliman. Dia tidak mahu berdiam diri lagi. Membisu adalah tindakan orang bodoh. 'Hari ini akan ku serlahkan hammasatus syabab (jiwa kepemudaan) yang ALLAH kurnia padaku! Tidak mahu sekali tergolong mereka yang kufur nikmat!', getus hatinya penuh yakin. Yakin pada janji ALLAH.

Nasri al-Mujahid bersiap untuk keluar ke medan penentuan. Beberapa keperluan dan barang2 yang perlu dibawa disimpan kemas di dalam kantung begnya. Ayat al-Quran yang pernah menjadi moto seorang sahabat Nabi dalam misi menawan Konstantinople, Abu Ayyub al-Ansori, "Infiruu khifafan wa thiqola" dibacanya berkali2 bagi membangkitkan ruh jihad yang sedia bangkit. Hadis Nabi yang didengarnya pagi tadi melalui radio Islam.fm masih terngiang2 dan seakan berbisik2 di cuping telinganya., "Siapa yang bersiap siaga di Jalan ALLAH adalah lebih baik daripada dunia dan seisinya".

Dia tidak mahu berpatah balik. Lari dari medan peperangan adalah dosa besar. Tawakkallah yang cuba diletakkannya paling hadapan.

"5 orang pejuang kita telah ditawan di sana!", teriak salah seorang pejuang yang turut serta dalam perang itu. Hatinya agak gusar mendengar khabaran itu. Adakah dia akan menerima nasib yang sama. 'Ah! Persetankan itu semua! Aku berjuang kerana Tuhanku, kenapa perlu risau kerana DIA pasti menolongku. Sepatutnya aku risaukan sahabat yang tertawan, bukan pada diri sendiri', monolognya sambil beristighfar.

Ketika di dalam gerabak, mulutnya terkumat-kamit menuturkan beberapa bacaan antaranya ialah ayat ke-7 dari surah Yasin, Surah al-Quraish dan ayat Kursi. Melihatkan ramai juga yang turun pada hari itu, langsung membarakan lagi api semangat di jiwanya.

'Hari ini sejarah pasti tercipta', ungkapnya secara monolog. Dia berkumpul bersama anak muda yang punya harapan yang sama dengannya, ingin melihat Daulah Islamiah berdiri megah di negara mereka, Malarsegar.

"Sila berkumpul di Masjid Malarsegar! Kita akan bersolat di sana. Selepas itu barulah kita akan berarak. Sebelum itu, saya akan memberikan sedikit briefing mengenai perjalanan kita ke Istana Malarsegar!", laung Chief Commander, seakan mendesak.

Nasri hanya bersolat di Stesen Kereta Api Kota Metropolitan kerana pihak tentera berkepala merah telah menghalang orang ramai dari memasuki kawasan masjid.

Dia berjalan menuju ke Istana Malarsegar. Sementara Chief Commander yang berjaket hitam memberi arahan dan orang ramai menyusuri perjalanannya.

Sampai di sekitar shopping complex Sembel, perjalanan mereka terhenti. Sekali lagi tentera berkepala merah menahan mereka dari berarak secara aman menuju ke Istana Malarsegar. Akhirnya mereka dibedil dengan gas pemedih mata. Mata2 mereka yang hadir mula merasa pedih. Akhirnya seorang teman Nasri, al-Haqq mengajaknya untuk berundur. "Ini bukan lari dari medan, tapi strategi!", tegas al-Haqq. Teringat Nasri akan strategi yang pernah dibuat Khalid al-Walid dalam satu peperangan suatu masa dulu.

Sempat juga Nasri bertemu dengan sahabatnya yang seusrah dengannya di sekolah menengah dahulu, antaranya ialah Amar, Akmal, Muhammad, Ahmad, Maas, Iman dan naqib mereka Ustaz Hamizan. Mereka bersalaman dan berpelukan. Sempat juga Amar mengambil gambar Nasri, sebagai kenangan katanya.

Akhirnya Nasri beserta sahabat2nya mengambil keputusan untuk mara. "Kali ni kita pergi saja, kalau kena bedil pun takde masalah!", ucap Nasri pada sahabat2nya. Mereka menuju dekat dengan tentera berkepala merah. Akhirnya mereka dibedil lagi. Mereka lari ke belakang satu bangunan. Orang ramai turut bertempiaran melarikan diri. Mereka meletakkan garam di lidah dan membasuh muka dan kepala dengan air mineral. Terasa pedih mata, sangat pedih.

Akhirnya peperangan itu berakhir jua. Nasri pulang bersama rakan2nya dengan menaiki monorail. Dia pulang dengan membawa semangat yang baru. Pulang dengan puas.

Hari itu berlalu indah, namun masih belum terluput mudah dari jemala otak. Hari itu sudah menjadi sejarah. Hari yang penuh sejarah. Sejarah suka dan duka, pahit dan manis, serta nikmat dan azab.

Mereka adalah an-Naasut Taghyiir (Agen Perubahan). Mereka adalah golongan yang beruntung. Mereka jugalah Generasi yang Menang. Menang di atas perjuangan yang hak, mendapat reda dari Tuhan mereka.

Kehadiran mereka hari itu menjadi bukti mereka pernah berbuat sesuatu, walaupun hanyalah seakan usaha seekor burung yang cuba memadamkan api membara dalam kisah Ibrahim alaihissalam.

Hari ini, 21 Oktober 2014 tiada lagi akta jahanam yang boleh menangkap sesiapa saja tanpa dibicarakan. Kononnya yang ditangkap ialah teroris yang boleh mengancam keselamatan negara. Tanpa bukti yang kukuh mereka ditangkap. Kini tiada lagi akta drakonian yang zalim itu. Semua kesalahan mestilah dibicarakan di mahkamah secara telus dan adil.

Hari ini juga mereka boleh berbangga bahawa atas usaha mereka pada 1 Ogos bertahun lalulah, akta itu dihapuskan dan kini negara Malarsegar menjadi aman dan tenteram. Dan cita2 mereka sudahpun dikabulkan ALLAH, Malarsegar kini berdiri megah sebagai sebuah Daulah Islamiah, seperti dirindu oleh mereka selama ini.

bersambung..

Sunday, November 1, 2009

Dari Nilai ke Alor Setar dan Permatang Pauh

Alor Setar

Aku tiba di rumah Anas sekitar jam 2 pagi. Aku disambut oleh Tok dan Mak Anas yang sungguh mesra. Soalan ditujukan bertalu2 oleh nenek Anas terhadap Anas sendiri. Nampak Anas seperti malas hendak menjawabnya. Mungkin sudah mengantuk. Letih juga mungkin. Sebelum masuk tidur, kami sempat dijamukan bihun goreng, buat mengisi kekosongan perut.

Malam itu aku tidur di bilik Anas. Paginya aku bersahur bersama keluarga Anas. Pagi itu aku menyambung lagi 'rehat' yang belum cukup aku kira. Aku bersolat Zohor di Masjid Sultanah Nor Bahiyah bersama Anas. Seusai solat, kami menuju ke asrama Kolej Universiti Insaniah (KUIN) bagi bertemu dengan Abang Mie, rakan kampungku yang mengaji di sana. Bersembang selama setengah jam, aku meminta diri untuk ke Pulau Pinang. Abang Mie hanya merelakan kepergianku.

Anas menghantarku di Terminal Syahab Perdana. Dari situ aku mengambil bas ke Butterworth atau dalam Bahasa Melayunya Bagan. Tayar bas berpusing, lalu berjalanlah bas itu dengan megahnya. Sampai di Bagan, aku menunggu selama sejam di situ sebelum Ayah Wa mengambilku.

Permatang Pasir

Malam itu solat Tarawih di sebuah surau di Kg Permatang Tengah. Setelah solat kami makan2, sembang2 dan misi terakhir malam itu, tidur.

Paginya kami bangun sekitar jam 5 pagi. Bersahur di Markaz Induk Terengganu. Solat Subuh di Masjid Permatang Gajus. Imam membaca ayat yang sangat menekan kalbu. Apa yang aku fahami dari ayat itu ialah di mana akan ada satu puak akan ke syurga dan satu lagi akan ke neraka. Dan parti ALLAH ialah mereka yang menang. Kuliyah Subuh asalnya disampaikan oleh Tuan Guru Presiden, tapi digantikan oleh Saudara Wan Faizul Wan Abas, Setiausaha DPPNT. Tazkirah masih berkisar tentang puasa dan Lailatul Qadar.

Petang itu kami bersiar-siar sekitar Pulau Pinang. Kami singgah di salah satu kompleks membeli-belah. Ayah Wa dan Abang Fadhil teruja ingin membelikan baju buat anak2 di rumah. Usainya kami menaiki feri. Sungguh indah sekali pemandangan di sana.

Malam itu kami tidak ke mana2. Hanya berehat di markas penempatan jentera Terengganu.

Esoknya itu kami mengikut calon PAS PRK Permatang Pasir, Ustaz Salleh Man berkempen. Kami berjalan dari rumah ke rumah mengiringi calon. Calon dilihat begitu mesra dan dekat dengan penduduk sekitar.

Petang itu pula diadakan Majlis Berbuka Puasa (untuk orang Islam) dan Hi-Tea (untuk bukan Islam) bersama calon. Antara yang hadir ialah pengundi kaum tionghua di sana.

Malam itu barulah aku pulang semula ke Nilai. Mulanya aku ingin menaiki kereta api, namun perkhidmatan untuk hari itu telah ditamatkan. Maka pilihan terakhirku ketika itu ialah menaiki bas. Ayah Wa menghantarku ke Stesen Bas Bagan.

Abang Fadhil menemaniku yang sedang membeli tiket pulang. Waktu itu pukul 11.20 malam. Penjual tiket itu memberikan tiket yang tertera waktu padanya 11.15 malam. Aku tidak mengesyaki apa2 pada mulanya. Aku terus menunggu bas yang dikatakan akan tiba di terminal 5 sehinggalah pukul 11.30 malam. Aku meluru ke tempat penjualan tiket tadi bagi bertanyakan bila lagi bas yang akan ku naiki itu akan sampai. Tunggu dulu katanya.

Aku masih boleh bersabar sehinggalah jarum jam menunjukkan pukul 11.45 malam sudah. Datang seorang remaja, juga penjual tiket. Dia meminta untuk melihat tiket di tanganku. Selepas dilihat tiket itu beliau mengatakan yang bas itu telah lama pergi. Aku merasa geram. Sah aku ditipu.

Aku meluru sekali lagi kepada lelaki dan perempuan ulat tiket sebentar tadi. Aku bertanya dengan keras kali ini. Ingin saja aku libas penumbuk buat melepas geram, namun sabar masih menebal dalam diri. Lelaki itu meminta tiket tadi dariku. Akhirnya dia memintaku supaya menaiki bas Durian Burung. "Tapi kena tambah r skit, bas ni bas sky view", kata dia padaku. "Kena tambah berapa?", tanyaku semula dalam nada marah. Dia ketakukan agaknya sampai tidak sempat meminta duit tambahan itu dariku.

Akhirnya dia memintaku menaiki bas itu. Rupa2nya sudah ada orang di tempat aku, sebagaimana no. seat yang tertera pada tiket baruku itu. Aku merasa tertipu lagi. Akhirnya aku ditempatkan di ruangan bawah. Aku bertanya kepada orang di sebelahku, "Berapa harga tiket?". "44 ringgit!", jawabnya. Itulah sebenarnya hikmah yang sudah kelihatan. Sebenarnya aku hanya membayar rm40 pada mulanya. "4 ringgit untung kot.. huhu", fikirku di dalam hati sambil ketawa kecil.

Aku sampai di Nilai sekitar subuh dan Hadi mengambilku di Stesen KTM Nilai (terima kasih Hadi!). Dan itulah buat pertama kalinya aku bersahur di dalam KTM. Alhamdulillah, kenangan ini sangat indah jika diulang tayang dalam tasik pemikiran.

Gambar Kenangan

Bergambar kenangan di Terminal Syahab Perdana

Inilah dia Anas

Bergambar kenangan di penempatan kami di Permatang Tengah

Wan Faizul Wan Abas menyampaikan kuliah Subuh

Pemandangan indah Pulau Pinang

Bergambar kenangan di atas feri

Bergambar di tingkat atas feri

Kempen calon rumah ke rumah

Sempat bergambar kenangan bersama calon

Berkempen di markas BN

Calon menyampaikan ucapan ketika Majlis Berbuka Puasa/Hi-Tea



Daripada Tuan Punya Blog

1. Minat menulis adalah datang daripada kesedaran dan rasa tanggungjawab di atas saranan Assyahid Imam Hasan Albanna kerana katanya: "Jangan kamu melawan globalisasi, kerana kamu akan kalah. Hendaklah kamu melawan globalisasi dengan globalisasi juga."

2. Segala kandungan yang ada dalam blog ini adalah pandangan/idea penulis dan tidak semestinya ia betul belaka.

3. Penulis berhak menulis, menganalisis atau mengkritik apa saja (kecuali perkara sensitif) atas dasar 'kebebasan bersuara'.

4. Sesiapa saja berhak menyalin, mengambil atau mencetak mana-mana bahagian dalam blog ini kecuali untuk tujuan selain dakwah seperti untuk tujuan duit dan perniagaan, maka perlu mendapat keizinan daripada penulis.

5. Sesiapa jua boleh menyatakan pandangan atau komen terhadap blog ini atau terhadap penulis sendiri.

6. Penulis boleh dihubungi melalui emel berikut: nasehulwan@gmail.com.