Halaman Blog

Pengikut yang Baik Hati

Jiwa Terasing @ Pesbuk!

Masih adakah lagi ghuraba'? Jika ada, kitakah ghuraba' itu?

Di saat orang lain memilih untuk meminum arak, kita menjadi terasing kerana sibuk mencari makanan yang halal.

Di kala orang lain terbiasa dengan skirt dan boxer, kita ganjil kerana tegar mempertahankan jubah dan kopiah di kepala.

Ketika orang lain merasa senang dengan bermain golf, kita dianggap pelik kerana berhenti dari permainan semata-mata untuk mengerjakan solat.

Tatkala orang lain merasa bangga punya kekasih yang ramai, kita diherdik dan diketawakan kerana masih belum punya teman wanita.

Jika anda pernah berasa asing, ganjil, pelik, ditertawa, disinis, disindir, atau diperlekeh kerana mempertahankan kehidupan yang berprinsip seperti itu, terimalah khabar gembira yang disampaikan oleh Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.

Tooba lil Ghurabaa’!

Tuesday, January 27, 2009

Sambutan Tahun Baru Cina di Mid Valley

-12.00 mlm (28 Jan 2009)
-B2-1-2, Mahallah Abdul Rahman ibn 'Auf, CFS IIUM.


Pernah suatu ketika ada seorang lelaki datang berjumpa dengan Tok Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat dan memarahi ulama' murabbi tersebut. Beliau marah kerana Tok Guru meraikan sambutan tahun baru cina. Tok Guru yang terkenal dengan sifatnya yang tenang menjawab, "saya suka orang tegur saya!" Tok Guru tidak pula marah pada lelaki tersebut.

Menarik sekali! Mengapa Tok Guru tidak terangkan padanya bahawa tidak salah menyambut atau meraikan tahun baru cina kerana ianya bukanlah perayaan agama dan boleh menjejaskan akidah? Ini kerana Tok Guru ingin menjaga hati lelaki tersebut. Sekiranya Tok Guru memarahinya semula atau mengatakan bahawa lelaki tersebut salah, maka pasti kethiqahan Tok Guru akan jatuh. Ternyata sungguh hebat psikologi yang dipamerkan oleh Tok Guru yang kita cintai ini!

Berbalik pada tajuk di atas, Isnin lepas (26 Januari 2009) aku bersama Faris dan Luqman telah berjaya melarikan diri dari kepompong dan atmosfera UIA Nilai yang agak membosankan ini. Amir Qayyum menjadi mangsa kali ini untuk menjadi driver kami ke KTM Nilai. Sekitar jam 11.30 pagi kami bertolak ke sana. Ramai betul orang dalam komuter hari tu, macam sardin! Maklumlah hari cuti.

Sesampai kami di Mid Valley, kami cuba mencari di mana berlangsungnya Festival Pembangunan Ekonomi Islam (i-fest '09). Ini ialah kali kedua aku ke Mid Valley, pertama kali ialah ketika datang bersama keluargaku. Kami menggunakan lif untuk ke third floor. Kami berjalan menuju masuk ke tempat berlangsungnya i-fest iaitu di pusat pameran.

Kelihatan orang ramai berpusu2 mengerumuni festival tersebut. Pandangan pertama (first impression) kami ialah 'baik dan bagus'. Sememangnya itulah yang kami harapkan, namapun Festival Pembangunan Ekonomi Islam, maka kenalah grand dan hebat. Bimbang juga jika kesungguhan kami itu dibalas dengan 'indah khabar dari rupa'.

Seperti yang telah dijanjikan, aku akan bertemu dengan sepupuku, Kak Aida. Beliau akan menjaga booth Bank Muamalat, jadi kami cuba mencari di mana booth tersebut. Ternyata kelibat Kak Aida tidak kelihatanpun di booth tersebut. Jadi aku cuba bertanya pada kakak yang menjaga booth tersebut dan beliau menyatakan bahawa Kak Aida belum lagi sampai. Aku cuba 'mengekol' Kak Aida lalu menyatakan beliau ODW (on de way la tuh). Kami pun mengambil keputusan untuk jalan2 dulu sekitar festival tersebut.

Booth yang dibuka memang banyak dan hampir beratus2. Memang tak sempat menjenguk semuanya. Antara yang menarik perhatian kami ialah gerai jualan. Semua barangan ada terjual dan 100% keluaran bumiputera muslim. Antaranya ialah pakaian, makanan dan minuman, rawatan lintah, buku, rawatan mata (Permata Hijrah) dan lain2. Booth Permata Hijrah yang paling mendapat sambutan di mana syarikat ini menawarkan rawatan mata. Respons/testimoni yang diterima dari pengguna sememangnya menakjubkan, mereka boleh 'melihat semula'! Produk yang ditawarkan syarikat itu dapat mengurangkan power mata.

Sedih juga bila mengetahui bahawa produk bumiputera kurang mendapat sambutan di pasar raya besar, malah tidak diterima masuk langsung. Sepatutnya produk bumiputera bahkan muslimlah yang patut didahulukan. Selepas berkunjung ke i-fest, aku amat dan bertambah yakin bahawa usaha memboikot produk yahudi sememangnya wajib dan tidak boleh berdalih lagi. Semua barangan harian (halal lagi baik) yang kita perlukan sudah berada di pasaran, cuma mungkin marketnya kurang.

Ketika dalam komuter, aku sempat membaca akhbar Sinar Harian. Antara yang menariknya ada satu artikel mengenai boikot. Beliau menyatakan bahawa pengusaha francais hari ini mendakwa pekerja2 francais mereka adalah majoritinya Melayu Islam. Tapi sebenarnya itu tidak menjadi masalah kerana masih banyak lagi kerja yang ada di negara kita. Orang luar sanggup mengambil risiko untuk bekerja di sini. Yang menjadi persoalannya ialah samada mahu kerja atau tidak. Beliau turut mencadangkan supaya pengusaha francais yang telah lama mengumpul harta dan telah kaya raya supaya membuka francais sendiri. Sudah tiba masanya kita mempunyai francais sendiri. Aku amat memuji keberanian HPA yang telah membuka francais sendiri iaitu Radix Fried Chicken (RFC). Namun masih baru dan hanya punya satu cawangan iaitu di Alor Setar kalau tidak silap. Mungkin usaha untuk membuka cawangan di seluruh Malaysia adalah yang terbaik kerana di saat ini ramai yang meluat dengan francais2 tajaan Amerika dan Israel Laknatullah.

Berbalik pada cerita Kak Aida tadi, selepas beberapa ketika beliau datang bersama suami beliau, Abang Subki atau kami panggil beliau Abang Ki saja. Ternyata kehadiran kami sangat menggembirakan beliau berdua. Kami disambut dengan wajah yang ceria. Selepas itu Abang Ki belanja kami makan, hehe (ini la yang paling best!). Sebelum itu kami sempat solat Zohor di musolla Mid Valley. Apa yang menyedihkan, tempat ni punyalah besar tapi surau dia punyalah kecik! Sepatutnya surau yang lebih selesa disediakan, orang Islam ramai yang berniaga dan berkunjung ke sini.

Kami sangat teruja dengan i-fest ini. Maklumlah ini ialah kami pertama kami ke sini. Kata Faris, "Kalimah ekonomi itulah yang menambahkan minat beliau ke sini". Aku menambah, "Ekonomi Islam". Faris mencelah lagi, "Kalau ekonomi bukan Islam pun apa salahnya, kita boleh ambil apa yang baik dan belajar dari mereka. Lagipun sistem ekonomi selain Islam banyak menceduk sistem ekonomi Islam". Ya, betul juga! Nabi pun tidak menghazaf secara total sistem Arab Quraisy kerana ada yang baik boleh diambil seperti menghormati tetamu, mentaati ibu bapa dan lain2 lagi. Bagiku aku sangat menyambut baik kehadiran usahawan muslim dalam arena ekonomi. Umat Islam perlu pegang ekonomi kerana itulah antara sumber kekuatan Islam. Nabi sendiri pun berniaga dan pernah bersabda bahawa 9/10 rezeki itu adalah datang daripada perniagaan.

Kami pulang dari i-fest dengan hati yang riang dan gembira. Malam itu kami menginap di rumah Kak Aida di Desa Park City. Keesokan hari kami dihantar pulang ke KTM Kepong. Seterusnya kami membeli tiket ke KTM Nilai. Terima pada Kak Aida dan Abang Ki yang sudi menjemput kami ke rumah mereka. Kak Aida dan Abang Ki memang sempoi! Kak Aida dengan kenakalan dan kemesraan beliau, manakala Abang Ki penuh dengan pengetahuan semasanya. Kami amat mengagumi Abang Ki yang banyak membaca. Huraiannya mengenai Palestin cukup mengujakan kami. Terima kasih dan maaf kalau kami menyusahkan kalian.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Inilah gambar yang sempat kami rakamkan sepanjang sehari berada di sana:

Perutusan Tahun Baru Cina - Presiden PAS

Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Mon | Jan 26, 09 | 2:26:18 am MYT

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua anggota masyarakat Tionghua di Malaysia. Semoga tahun yang baru ini akan membawa kesejahteraan dan keamanan kepada semua, dan mudah-mudahan ia menjadi tahun yang baik, malah lebih baik dari yang terdahulu khasnya dari segi ekonomi dan politik buat negara kita yang tercinta dan seluruh dunia amnya.

Sesungguhnya masyarakat Tionghua tempatan telah memainkan peranan yang penting dalam membentuk dan mempengaruhi lanskap politik baru di Malaysia dan dengan dokongan kaum-kaum lain termasuklah orang-orang Melayu dan India, kita telah bersama-sama memberikan harapan baru ke arah lahirnya nanti satu negara Malaysia yang lebih adil dan aman buat semua.

Terbaru adalah peranan mereka dalam memenangkan calon PAS dari Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu.

PAS akan sentiasa menghormati dan mengiktiraf kehadiran dan peranan masyarakat Tionghua di Malaysia dalam membentuk sebuah kerajaan yang lebih adil dan makmur.

PAS juga kini melalui Kelab Penyokongnya telah berjaya menjalin hubungan baik dengan masyarakat Tionghua khususnya dalam saling memahami dan hormat-menghormati serta tolong-menolong di antara satu sama lain. Semoga sifat persefahaman dan saling menghormati ini akan terus diperkasakan.

Allah s.w.t. sendiri menyeru agar hubungan seumpama ini sentiasa dibentuk sebagaimana firman Nya dalam surah al-Hujuraat ayat 13 yang bermaksud:

"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain)."

Gong Xi Fa Cai kepada semua. - azm


Ikhlas,
Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang
Presiden PAS _

Sunday, January 25, 2009

Almarhum Ustaz Hatta dalam Kenangan

-1.00 pg (26 Jan 2009)
-Atas meja studi Kerol, B2-1-2, Mahallah Abdul Rahman ibn 'Auf.



Sedih dan sebak.

Itulah perasaan aku sebaik saja mengetahui, mendengar dan membaca berita berkenaan kepergian seorang sahabat bagi bertemu Tuhannya. Pergi almarhum bukan seminit dua, tapi selama2nya.

Mengenali almarhum Ustaz Hatta adalah suatu kenangan yang pasti tidak akan kulupakan. Almarhum sememangnya seorang yang soleh dan berjiwa besar ketika hayatnya. Pertama kali bertemu dengan almarhum ialah ketika menghadiri satu meeting yang dianjurkan oleh sebuah badan dakwah sekolah2 di negeri Terengganu. Pengalaman itu cukup berharga!

Mesyuarat tersebut dimulakan dengan agenda tazkirah. Almarhum antara orang yang pertama memberikan tazkirah. Antara mutiara yang sempat almarhum lontarkan ialah tentang kata2 Assyahid Imam Hassan Al-Banna iaitu, "Islam itu ibarat bangunan yang runtuh. Aku akan mencari ke seluruh pelusuk dunia hati2 yang ingin bersamaku membina kembali Islam menjadi bangunan yang tersergam indah". Kata2 itu pertama kali didengar dan aku semat kemas sehingga ke hari ini. Tazkirah almarhum cukup terkesan dalam diri yang mendengarnya ketika itu. Seolah2 ruh Assyahid Imam Hassan Albanna mengalir dalam batang tubuh almarhum. Moga2 almarhum turut dikurnia dengan gelaran assyahid. Almarhum turut memberi tasyji' dalam tazkirahnya bahawa disiplin sangat penting kepada daie. Disiplin ilmu, akhlak dan masa antara yang ditekankan almarhum ketika itu.

Almarhum sememangnya terkenal sebagai seorang yang berwibawa dan punya daya kepimpinaan yang cukup tinggi. Ramai yang 'tidak berani' dengannya atau 'malu muka' bila bertemu dengannya ketika almarhum memimpin Dewan Perwakilan Pelajar (DPP) Maahad Tahfiz Al-Quran Negeri Terengganu (kini Institut Al-Quran Terengganu). Almarhum sememangnya cukup disegani dan dihormati oleh para pelajar di sana, malah oleh rakan2 yang sebaya dengannya.

September tahun lalu almarhum berangkat ke bumi anbiya' bagi meneruskan cita2nya untuk Islam. Almarhum mengambil jurusan Usuluddin dalam tahun satu di universiti tertua di dunia, Al-Azhar Assyarif.

Menurut Ablim menerusi blognya:
Almarhum telah seminggu diserang sakit yang sehingga kini doktor masih belum dapat mengesahkan penyakit yang dihidapinya. Ada yang kata Paru-paru berair, dan ada setengah hospital pula enggan menerima untuk memberikan rawatan kepadanya kerana dikatakan almarhum dihinggapi penyakit Tibi (dikhuatiri akan dijangkiti kepada pesakit lain),
wallahu a'lam, hanya Allah Taala saja yang tahu akan hakikat ujian yang di'kurniakan' ke atas hambanya yang soleh ini..

Jenazah almarhum akan disembahyangkan pada pagi ini, jam 10.30 pagi di Kompleks Hayyu 'Asyir, Kaherah. Kemudian jenazahnya akan diterbangkan ke Malaysia pada awal pagi esok, kira-kira jam 3 pagi.
Walaupun aku tidak sempat menziarahi almarhum di saat kematiannya di sana, namun cukuplah aku mengutuskan doa kesejahteraan ke atas almarhum. Moga2 ruhnya dicucuri rahmat ALLAH dan ditempatkannya sebaris dengan solihin dan muttaqin. Mudah2an juga ALLAH turut mengampunkan dosa2nya ketika di dunia, Ameen. Buat keluarga almarhum, takziah aku ucapkan, ingatlah kata ALLAH dalam surah Luqman, وَٱصْبِرْ عَلَىٰ مَآ أَصَابَكَ "Dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu."

Kematian adalah satu kepastian!

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Lagu ini aku dedikasikan buat almarhum dan semua yang mengenali beliau. Mudah2an beliau tenang di sana!

Detik Kematian

Tertulis kematian
Pada suratan kehidupan
Namun hanya ALLAH yang tahu
Bilakah ajal bakal bertamu

Detiknya menghampiri
Tanpa petanda yang menanti
Bila tiba saatnya nanti
Tak siapa dapat melarikan diri

Itu hakikat dan kepastian
Hadirnya tidak pernah kita alukan
Tua dan muda, miskin dan kaya
Semua insan pasti melaluinya

Sakit dirasa tidak terkata
Tika dipisahkan jiwa dari jasadnya
Hanya amalan bisa redakan
Bebanan derita di ambang kematian

Denyutan nadi akhirnya terhenti
Bersama nafas yang tak terhela lagi
Kerana jiwa meninggalkan pergi
Pulang kembali untuk menghadap Ilahi

Dari ALLAH kita datang,
KepadaNya kita pasti pulang

Detiknya pasti tiba
Adakah kita bersedia?

p/s: Alfatihah buat almarhum Ustaz Mohd Hatta bin Mohd Hanafi.

Bila Terasa 'Buhsan'

-7.00 mlm (25 Jan 2009)
-Tepi tingkap dorm aku, blok B2 Mahallah Abdul Rahman ibn 'Auf.

Hari2 cutiku yang berlangsung selama 4 hari berlalu pergi dengan begitu lembab sekali seakan2 kura2 yang baru belajar berjalan, lebih lambat dari kura2 serasa aku. Orang lughoh kata bathii' jiddan! Inilah penyebab kepada simptom2 kebosanan yang amat melanda diriku. Virus2 malas mula menjalar dan menyelinap ke segenap batang tubuhku. Ah! Aku pula disyaki mengidap suatu penyakit setelah disahkan oleh doktor peribadi, nama saintifiknya ialah 'boring tak tau nak buat apa'. Panjang betul namanya, sehingga tak terhafal dek akal ini.


Apalah nasibku kali ini, semua student di sini balik kampung, tapi aku masih termangu di sini, menantikan hari2 indah. Berapa kerat saja yang tak pulang ke desa halaman, boleh kira dengan jariku yang sempurna ini. Asalnya aku bercadang nak balik juga, tapi emakku menghalang dengan alasannya yang tersendiri menyebabkan aku terpaku di sini. Emak kata keluarga akan pergi ke kenduri kahwin saudara-mara belah ayah di Rompin hari Sabtu (semalam). Huh! tekanan jiwa betul!


Sudahlah begitu, rancanganku sempena cuti ini semuanya hampir tak menjadi. Ini ialah kali pertama aku bercuti panjang di bumi berNilai, jadi kenalah rancang elok2. Bermula hari Jumaat, pada malamnya aku bercadang untuk ke ceramah perdana PAS di Taman Melewar bersama teman2. Dengar saja nama penceramah, hatiku terus membuak2 untuk ke sana. Tuan Guru Presiden, Ketua Pemuda PAS Pusat, YB Kuala Terengganu yang baru dan seorang wakil PKR antara penceramahnya. Maklumlah dari dulu lagi aku memang peminat no.1 Tuan Guru Presiden yang merupakan orang negeriku. Nak dijadikan cerita, kami tak dapat ke sana kerana sedikit kesilapan teknikal. Seniorku telah mengisi van yang disewa dengan minyak diesel sedangkan yang sepatutnya diisi ialah petrol. Oh! melepas lagi!, getus hatiku. Sempat juga aku menjenguk sahabat yang 'terbengkalai' di stesen minyak Shell. Lama juga mereka di sana kerana menunggu mekanik yang tidak sampai2. Sambil menunggu aku dan Faris sempat bertukar cerita dan pengalaman dirasuk jin. Hehehe.. seram bunyinya. Cuma bezanya dia cuma mengalaminya sehari, sedangkan aku sebulan. Ada masa nanti akan aku ceritakan in the future. Insya ALLAH!


Hari sabtu pula aku tidak merancang untuk ke mana2. Cukup sekadar rehat2 di bilik. Tapi yang menariknya, mujurlah ada kerja Islam yang boleh dibuat, dapat juga menghilangkan sedikit kebosanan. Faris selaku CEO Entrec mengarahkan aku untuk membuat banner program i-scent yang akan berlangsung tak lama lagi. Aku apa lagi, sami'na wa atho'na sajalah. Sambil itu terdetik juga idea beliau untuk membuat logo baru bagi society kami itu. Logo lama tak komersial dan profesional sangat katanya, ataupun tak kena dengan market. Jadi akupun buatlah apa yang beliau suruh itu. Aku cuma sebagai designer, idea asalnya datang dari beliau.


Hari ini sangat menyedihkan. Aku merancang untuk menziarahi emak sepupuku yang tinggal di Beranang. Aku mengajak Faris dan Luqman sekali. Namun niatku nyata tidak kesampaian. Malam itu, aku menelefon Mak Anjang dan bertanya tentang ziarahku ke terataknya. Beliau bersetuju untuk mengambil kami di sini sekitar pukul 8. Sudah jatuh ditimpa tangga, aku mengalami nasib yang sama, amat malang! Ketika Mak Anjang sampai di sini, aku terlelap. Beberapa kali beliau menelefon aku, namun tak diangkat sekalipun. Mulanya aku sudah bertekad untuk tidak tidur selepas subuh. Namun, aku tidak sedar entah bila aku terlelap. Kawan di bilikku yang menyedari ketiduranku tidaklah pula mengejut aku dari ibadah senyap itu. Nampaknya aku terpaksa 'isytihar perang' dengan tidur lepas subuh yang memang kesukaanku sejak dahulu, susah juga tu! Sekiranya Mak Anjang membaca post ini, aku ingin meminta beribu kemaafan atas kelalaianku. Namun, aku yakin dan percaya pasti ada hikmah di sebaliknya.


Sebelum aku mengakhiri post yang membosankan ini, harapnya esok, seperti yang dirancang, dapatlah aku ke Mid Valley bersama Faris dan Luqman. Ingin sekali aku bertemu dengan kazenku, Kak Aida yang akan menjaga booth Bank Muamalat di I-Fest nanti. Nak tahu apa itu I-Fest? Lu tunggu...

Saturday, January 24, 2009

Song for Gaza : We Will Not Go Down - Micheal Heart

WE WILL NOT GO DOWN (Song for Gaza)
(Composed by Michael Heart)
Copyright 2009


A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they’re dead or alive

They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who’s wrong or right

But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight



Message from Michael

Dear friends,

I have been overwhelmed by the warmth and the friendship you have all given me in response to my song for Gaza, "We Will Not Go Down". I am doing my best to go through your numerous messages, emails and comments, and ask you to kindly bear with me until I am able to do so. Please forgive me if I am not able to respond to each and everyone of you; but please also know that I really appreciate your messages.

My original intention to donate proceeds from the sale of the MP3 to charity has been complicated by technical matters; therefore, I have decided to make the song available free of charge. I would like to request that after downloading the song from this page, you kindly donate directly to a charity or an organization dedicated to alleviate the suffering of the Palestinian people. Worthy of note is UNRWA (United Nations Relief and Works Agency for Palestine Refugees in the Near East), which has been helping Palestinian refugees since their dispossession in 1949. Please click here to donate through them: http://www.un.org/unrwa/

Thank you for your continued encouragement of my work as a musician, for your purchases of my CD, and for spreading the song, the video and the message as you have been doing. I am grateful for every demonstration of support I have received from you, and for every thought and prayer that has gone to the people of Gaza.

Sincerely,

Michael Heart




Click the Button Below to download "We will not go down" Song for Gaza MP3

Thursday, January 22, 2009

Pro-Mahasiswa UIAM Menang Bergaya!

-5.45 pg (23 Jan 2009)
-Depan Laptop HP Compaq Presario C700

Gembira melihat dan membaca entri sahabat2 tentang kemenangan Pro-Mahasiswa di UIAM Gombak dan Kuantan. Syukur alhamdulillah! Pasti ALLAH ingin membentangkan selautan hikmah untuk diambil 'ibrah daripadanya oleh kader2 Jemaah Islam Kampus.

Apa yang lebih penting daripada itu ialah pastinya jalur2 Islam di UIAM lebih mekar berseri. Mudah2an dengan kemenangan itu bukanlah melahirkan mereka yang riak, tapi mereka yang bijak. Dan bukan juga mereka yang khianat, tapi mereka yang cermat. Menang tidak beretri betul dan kalah tidak semestinya salah. Di Amerika, mengapa Bush boleh menang? Adakah kerana dia betul? Adakah kerana dia benar? Jadi, usah berlagak!

UIAM adalah harapan umat Islam sedunia kerana di situlah lahirnya ulamak dari seluruh dunia, Malaysianya, Khazastannya, Palestinnya, Turkinya dan lain2 negara lagi. Kerana apa? Bukankah ia dibina atas asas pertubuhan OIC? Jika yang diharap inipun fail, maka apa lagi yang nak kita harapkan? Nak harap pada universiti lain? Jangan harap! Mereka bukan universiti Islam.

Menang bererti berkuasa. Maka kuasa yang ada gunakanlah sebaiknya. Gunakannya untuk Islam. Guna untuk kerja kebaikan. Jangan rasuah, khianat, gila kuasa. Teringat pada kata2 sahabat tentang gila kuasa. Katanya, "Kita bukan gila kuasa, tapi kita takut kuasa jatuh pada orang gila". Mengapalah begitu ramai yang ingin kritik kita. Kata mereka kita gila kuasa, tamak jawatan, tapi mereka buat apa? Mereka sekadar mengkritik dan 'berdakwah dengan cara mereka sendiri' yang mereka dakwa sunnah itu.

Keputusan penuh PRK 2009

Kata mereka Nabi tak berpolitik pun. Sampai ada yang membid'ahkan politik. Politik tiada dalam Islam kata mereka. Ini sudah sekular lagaknya! Biarkan, kita ada banyak lagi kerja yang ingin dibuat. Bila kita kata kuasa, maka tak boleh lari dari politik. Nabi tak berpolitikkan? Tapi macam mana Nabi boleh perintah Madinah? Maknanya nabi berpolitiklah tu. Nabi berpolitik cara Nabi. Kita ada sistem demokrasi.

Maka mereka kata pula demokrasi salah. Ciptaan barat. Maka susahlah kita nak menjawab. Mudahnya kita kata, wuduk tu tak wajib, tapi bila nak sembahyang maka jadi wajib. Begitu jugalah kita, kalau nak laksana Islam maka kena ada kuasa, dan kalau nak kuasa kena masuk politik. Maka sebab itulah tak kira ulamak, ustaz, doktor, jurutera dan lain2 lagi bertanding pilihan raya. Tapi tak bermakna kita berkuasa baru nak laksanakan Islam. Kalau tak berkuasa pun kena laksanakan Islam, selagi termampu. Kita jawab mudah2 saja, takut mereka tak faham pula.

Buat rakan2 yang menang di UIAM Gombak dan Kuantan, tahniah dan takziah ana ucapkan. Selamat menjalankan tugas baru anda sebagai YB - Yang Berkhidmat. Buat yang 'belum' menang, kalian tidak pernah kalah. Jangan kecewa dengan keputusan di dunia, kerana keputusan di akhirat kalian sudah menang!

Sekian, wassalam.

UIA Nilai.

Terima kasih sahabat UIAM dan syukur pada ALLAH

Wednesday, January 21, 2009

UIAM Abaikan Konsep Islam

Rakan2 yang membelek helaian akhbar Utusan bertarikh 21 Januari 2009 agak sugul dan terkejut apabila ada berita tentang UIA dan berita itu bukanlah mengenai kejayaan anak didik UIA, tapi tentang keburukan dan kejelekan akhlak serta sakhsiah mereka. Sudahlah begitu, ditambah pula yang memberitakannya adalah pelajar UIA sendiri. Lebih mengecewakan lagi, disebut pula UIA Nilai, amat memalukan! UIA ada banyak, ada main campus iaitu di Gombak, ada kampus Kuantan, Petaling Jaya dan Nilai. Satu tamparan hebat buat warga 'Taman ILMU dan BUDI', terutamanya pihak pentadbiran. Aku bukanlah ingin mengulas tentang kebenarannya yang memang sedia benar, namun aku ingin tahu jawapan dari Rektor atau Dean UIA, sangat ingin tahu, itu saja!

Ini ialah artikel berita yang diambil dari laman web Utusan;
Sumber: Utusan Malaysia Online - Forum


UNTUK menyebarkan agama Islam, kerajaan kita dengan kerjasama negara-negara Islam telah bersepakat menubuhkan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Pada ketika ini umat Islam seluruh dunia amat memandang tinggi institusi ini. Ini kerana UIA menekankan ciri-ciri Islam kepada pelajar-pelajar dan pekerja. Malah pelawat luar juga dikenakan peraturan untuk menutup aurat apabila memasuki kawasan kampus UIA dan kepada pelawat bukan Islam sekurang-kurangnya memakai selendang bagi perempuan.

Namun pada ketika ini peraturan dan undang-undang yang diwujudkan itu semakin diabaikan oleh pelajar, malahan tiada penguatkuasaan terhadap pelawat yang tidak menutup aurat. Ini dapat dilihat pelajar-pelajar perempuan UIA hanya mengenakan tudung yang jarang, nipis dan amat singkat.

Pelawat yang datang juga hanya mengenakan pakaian paras lutut dan baju tanpa lengan, perkara ini dapat dilihat pada hari pendaftaran. Begitu juga pembekal yang menghantar barang ke dalam kampus.

Saya amat bimbang mengenai perkara ini sekiranya tiada tindakan yang diambil oleh pihak universiti. Jika perkara ini diabaikan lama-kelamaan UIA akan dipandang hina oleh masyarakat dan negara luar terutamanya negara-negara Islam.

Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Nilai

Oleh itu saya amat berharap pihak bertanggungjawab di UIA dapat mengambil inisiatif mengatasi perkara tersebut. Saya juga dengan rasa prihatin ingin mencadangkan supaya perkara ini dapat dibincangkan oleh pihak dekan, bahagian disiplin dan juga pihak pengawal keselamatan.

Perkara ini juga meliputi akhlak pelajar-pelajar UIA Kampus Nilai yang mana disiplin mereka berada pada tahap yang agak kritikal apabila tiada sebarang tindakan yang diambil oleh pihak pentadbiran. Ini kerana Kampus Nilai terbuka dan tanpa pengawasan dari pengawal dan pihak bertanggungjawab. Perkara ini amat dikesali kerana di Kampus Nilai dapat dilihat pelajar UIA ada yang tidak mengenakan tudung apabila keluar dari kawasan kampus dan pelajar lelaki hanya memakai seluar pendek apabila keluar dari bilik.

Saya amat berharap pihak bertanggungjawab dari UIA dapat mengambil tindakan yang tegas dan mengetatkan peraturan-peraturan di kampus agar UIAM dapat mengekalkan imej Islam di mata masyarakat.

LOVE ISLAM,

UIA.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

p/s: Buat sahabat2 di UIA Gombak yang akan membuang undi esok hari, 22 Januari, ana mendoakan kesejahteraan kalian. Mudah2an ALLAH memberkati perjuangan dan penat lelah kalian menegakkan Islam dan membina biah solehah di main campus, insya ALLAH. Pesananku, undi elok2 ya! Jangan tersalah pangkah pula, susah nanti! Hehe...

Tuesday, January 20, 2009

Siapa Aku?

(Sebuah Puisi Biografi Syeikh Ahmad Yasin, 1938-2004)


Lahirku di Kampung Al-Jaurah,
Selatan Tebing Gaza, 1938 Masihiah,
Tercetus perang 1948, familiku berpindah,
Mengharung kaki menuju Ghazzah. (Gaza)

Tika asyik beriadah bersama teman,
Malang menimpa, aku terhumban,
Lumpuh seluruh badan,
Namun, kutekad kekuatan,
Lumpuhku tidak bisa menghalang pergerakan,
Minda, fikiran, tadbir jua amalan...

Kutamatkan pengajian sekolah,
Kuteruskan ke Universiti Ain Syams, padah,
Setahun berlalu dan aku terpaksa berhenti,
Hati yang terhiris itulah,
Yang kubawa ke Mesir gagah,
Kukenal Ikhwan, sertai jamaah.

Di Palestin,
Akulah guru, mengajar tatatertib,
Berkhutbah di masjid, akulah khatib,
Akulah pengasas Majma' Islami,
Pada 70-an tekad bersemi.

1983, aku ditangkap dituduh,
Pengasas Majd Mujahidin pembunuh,
13 tahun penjara, mahkamah menyuruh,
Namun terbebas selepas bulan kesepuluh.

Kuasaskan lagi gerakan HAMAS,
Gerakan Penentangan Islamiah, kemas,
1987, HAMAS berdiri tegas!

Sekali lagi, ditangkap askar Yahudi,
Dihukum penjara seumur abadi,
Ditambah 15 tahun lagi,
Kerana mengasas HAMAS menggempa Yahudi!
Makin hari, kumakin lemah, di penjara,
Pandangan kananku hilang mutiara,
Mata kiriku kabur, terseksa didera,
Penyakitku kronik, dihantar ke Hospital Penjara.

Subuh 1 Oktober 1997 barakah,
Aku dibebas dengan janji payah,
Antara Jordan & Israel laknatullah,
Selepas serangan Khalid Masy'al tergagal, musnah.

Kusenyum, kulihat
Intifadah Aqsa, bangkitnya ummat,
Menentang, melawan Zionis penjajah laknat,
Hingga terbunuh jua tercedera berat.

Pagi,
Malam Isnin aku bersolat sendiri,
Munajatku mohon ke hadrat Ilahi,
Agar ganjaran Syahid diberi di sisi,
Dan kuniat puasa di pagi hari.

Masjid, 22 Mac 2004 - Fajarnya,
Usai solat Subuh, tiada lama hanya,
Tika berjalan pulang, aduh sakitnya,
Tiada rasa nyeri, pulanglah,
Pulanglah ke hadrat Tuhanku, Allah,
Haruman syurgawi, rohpun terbanglah,
Duniaku, pisahlah,
Nyata kerananya dan kerana-Nya aku lelah...

Akulah Syeikh Ahmad Ismail Yasin!
Siapa kamu?
Apa yang kamu telah sumbangkan untuk agama Allah?

Wait and see?? Sampai bila??!

Para syuhada' Palestin. Kita bila lagi?

Monday, January 19, 2009

Muhasabah: Ada Apa Dengan Hijrah

-5.30 ptg (3 Jan 2009)

-Bas Transnasional Ekspres, Chendor, Pahang (Dalam perjalanan ke Kuala Lumpur) .

Ambillah 'ibrah dari Hijrah Nabi yang agung

Saban tahun kita melihat umat Islam menyambut Awal Muharram atau Maal Hijrah. Namun, keanehan timbul apabila aku cuba menulis tentang Hijrah sedangkan hari ini orang sudah bercakap tentang perkara lain. Lebih malang lagi ada yang langsung membungkus dan membuangnya jauh2 dari kotak fikiran, amat malang sekali! Sekadar tazkirah atau ulangan yang sudah biasa diulang, hari ini aku mengajak kalian untuk bermuhasabah. Sudahkah kita berhijrah? Memanglah Hijrah sudah tidak ada lagi hari ini, tapi hijrah yang ini ialah hijrah dari yang buruk kepada yang baik, yang baik kepada yang lebih baik dan begitulah seterusnya. Tahukah kita mengapa hijrah begitu penting sehingga diangkat sebagai tahun bermulanya Kalendar Islam? Apakah peri pentingnya itu?

Ketika zaman khalifah Umarlah tercetusnya idea untuk mengadakan kalendar Islam. Sebelum itu, masyarakat Arab mengira tahun berdasarkan peristiwa. Contohnya banjir besar, maka tahunnya disebut 1 tahun sebelum atau 1 tahun selepas banjir. Ataupun tahun berlakunya pencerobohan Baitullah di Mekah oleh tentera bergajah Abrahah dan sebagainya. Sebelum hijrah dipilih sebagai tahun bermulanya kalendar itu, timbul beberapa cadangan lain seperti tahun kelahiran Nabi, turun wahyu pertama dan perang badar. Namun Saidina Umar Al-Khattab tetap memilih Hijrah. Mengapa?

Sudahkah kita berazam untuk masa depan Islam?

Cuba kita buat perbandingan bagaimana kondisi Islam sebelum Hijrah dan selepas Hijrah. Sebelum Hijrah, umat Islam ditekan dan ditindas sedangkan selepas Hijrah umat Islam berkuasa. Sebelum Hijrah juga Islam sekadar sembunyi2, selepas hijrah pula umat Islam bebas ber’Islam’ dan menyebarkan fahaman mereka. Sekiranya ketika di Mekah Nabi hanya mampu menegur orang kafir yang minum arak dan menyembah berhala, tetapi selepas hijrah Islam lebih kepada pelaksanaan dan terdapatnya hukum-hakam yang ditetapkan oleh Allah. Dan apa yang lebih penting daripada Hijrah ialah tertegaknya Daulah Islamiah yang dirindui dan dinanti2 selama ini.

Orientalis Barat menyifatkan Hijrah Nabi sebagai satu pelarian ataupun kerana takutkan kuffar. Sedangkan kita tahu bahawa Hijrah itu adalah wahyu dan perintah Allah. Lagipun Hijrah Nabi disambut dengan meriah oleh penduduk Madinah. Malahan Nabi dijemput oleh penduduk Madinah ke sana. Ketika umat Islam sampai di sana, penduduk Madinah atau disebut sebagai Ansar sanggup menyediakan tempat tinggal dan memberikan isteri kepada Muhajirin bagi yang beristeri ramai. Betapa dakwaan ini sangat dangkal dan patut disangkal sama sekali!

Hijrah bukan hanya pada perkataan tapi lebih kepada pelaksanaan

Banyak kisah menarik yang boleh diambil dari Hijrah antaranya ialah kisah Suraqah bin Malik yang mengejar Nabi tetapi pulang dengan janji Nabi, Suhaib Ar-Rumi yang rela meninggalkan sehabis mungkin hartanya di Mekkah, Ummul Qais yang terkenal dengan Hijrah kerana wanita yang ingin dikahwininya, Jundik yang wafat ketika dalam perjalanan Hijrah, Abu Salamah yang ditentang dan dilarang oleh mertuanya dan bermacam2 lagi kisah menarik yang dirakamkan melalui Hijrah.

Mahu aku petik dua kisah yang aku sebutkan tadi. Kisah yang pertama mengenai Suraqah bin Malik. Beliau memang terkenal dengan kepandaian menunggang kuda dan seorang perisik atau spy bertaraf professional. Bila saja mendengar tawaran dari penguasa Quraish bahawa sesiapa yang dapat menangkap Muhammad akan dihadiahkan 100 ekor unta merah, maka Suraqah pun pergilah menjejak Nabi. Cakap pasal tawaran teringat pula pada BN yang tidak habis2 menawarkan pembangunan dan sebagainya, memang musuh Islam ni tak pernah lari konsepnya, sama saja. Unta merah ini kalau kira nilainya pada zaman sekarang ialah seperti kereta Mercedes. Siapa yang tak terliur dengan tawaran sebegitu, nak2 orang Arab yang terkenal dengan sikap rakusnya.

Pergaulan kita macam mana? Ikut syariat ke tak?

In short, maka bertemulah beliau dengan kelibat Nabi. Beliau mengejar dari belakang. Bila saja nak dekat dengan kenderaan nabi, tiba2 kaki kudanya terperosok atau terjerlus ke dalam pasir. Begitulah beberapa kali sehingga membuatkan Nabi kasihan melihatnya, lalu turun dari kenderaan baginda itu. Nabi seterusnya memberi surat jaminan keselamatan kepadanya dan menyuruhnya supaya pulang ke Mekkah dan memberitahu orang lain supaya pulang juga dan tidak terus memburu Nabi. Satu sikap yang ditunjukkan Nabi iaitu menggunakan musuh untuk melawan musuh.

Sebelum Suraqah pulang, Nabi sempat berjanji kepadanya bahawa mahkota dan gelang Qisro kebesaran kerajaan Parsi akan dipakaikan dan dikalungkan kepadanya. Begitulah jauhnya pemikiran Nabi dan tingginya keyakinan Baginda pada janji ALLAH. Sedangkan pada waktu itu Baginda belum mengetahui bagaimana nasibnya apabila sampai di Yathrib nanti dan Islam belum lagi memerintah Madinah apatah lagi dapat menguasai kerajaan besar seperti Parsi dan Rom. Ketika pulang, apabila Suraqah bertemu dengan mereka yang ingin menjejak Nabi, maka beliau akan berkata, “Pulanglah kamu. Sedangkan aku yang hebat inipun tidak dapat memburunya, apatah lagi kamu”.

Ketika pemerintahan Khalifah Umar Al-Khattab barulah janji Nabi pada Suraqah yang sekian lama itu tertunai. Janji itu tidak terjadi ketika Nabi memerintah Negara Islam Madinah. Kerana apa? Kerana perjuangan Islam itu suatu proses yang amat panjang dan sentiasa bersaki-baki. Selepas dapat menakluk Rom, Khalifah memanggil Suraqah lalu dipakaikannya dengan pakaian kebesaran Rom, mahkota dan gelang Qisro. Suraqah yang telah Islam ketika itu barulah teringat akan janji Nabi padanya berpuluh tahun dahulu. Oh! Rindunya pada Rasulullah hanya Tuhan yang tahu. Begitulah sifat kita sebagai seorang pejuang Islam, di mana kita tidak perlu berputus asa dan perlu sentiasa mengharapkan kemenangan dariNya kerana bukankah kemenangan itu datang daripada ALLAH?

Sudah tergolongkah kita dalam kalangan tentera Nabi Muhammad?

Kisah kedua pula ialah mengenai Jundik. Seorang muslim yang sangat sudah tua. Keuzurannya itu tidak menghalang perjuangannya bersama Nabi. Beliau terkenal sebagai seorang yang suka membaca al-Quran dan bukan setakat itu saja malah juga seorang yang kuat mengamalkan kandungannya. Suatu hari, turunlah wahyu tentang keizinan berhijrah dan pada ayat itu ada pengecualian kepada mustadh’afin (golongan yang lemah). Maka disangkanya beliau tidak perlu mengikut sama Nabi berhijrah. Namun, selepas pada itu, turun pula ayat yang menyuruh berhijrah bagi mereka yang mengenal jalan ke Madinah dan beliau memang mengenali jalan ke Madinah.

Tanpa mengambil masa yang lama, pagi2 lagi Jundik yang uzur itu mengerahkan anaknya untuk menggendong atau mengangkatnya untuk dibawa ke Madinah. Ketika dalam perjalanan, ternyata hidupnya tidak lama, sampai di Quba’ beliau terus nazak. Sebelum menghembuskan nafas yang terakhir beliau sempat berpesan dan bersumpah dengan ucapan yang sangat agung iaitu; “Tangan kiriku ini sebagai tanda cinta dan kasihku pada Rasulullah dan tangan kananku ini menjadi saksi ketaatanku pada ALLAH”. Beliau mengucapkan demikian sambil kedua2 tangannya diletakkan di atas perut seperti dalam keadaan bersolat. Sejurus kemudian, beliau menamatkan riwayat hidupnya dan rohnya dibawa ke langit sebelum sempat beliau sampai ke Madinah. Kisah agung yang sangat meruntun jiwa pejuang ini sangat menarik untuk dibicarakan namun tidak berapa ada platform yang menyediakan untuk ke arah itu. Yang ada ialah untuk konsert2 nyanyian dan hiburan hedonisme mainan Barat yang lebih mendapat tempat dan mengambil tempat yang tidak sepatutnya. Sedih!

Sudahkah kita berintima' dan berilzam dengan Jemaah Islam?

Izinkan aku berbicara sejenak tentang bagaimana cara Nabi berhijrah. Adakah secara semberono atau mengkhinzir buta sahaja? Pastinya tidak. Nabi mengajar kita hikmah, nasihat dan muzakarah. Nabi juga tidak pernah ketinggalan mengajar kita strategi dalam berdakwah. Ada yang bertanya, mengapa perlu strategi? Kita buat benda baik, kerja Islam, takkan Tuhan tak tolong. Baik, jadi mengapa Nabi berperang? Mengapa Nabi berhijrah? Tidak bolehkah Tuhan memberi Nabi kemenangan secara percuma atau langsung begitu saja? Tidak bolehkah ALLAH menjadikan Nabi berkuasa di Mekkah? Kalau kalian menjawab tidak boleh, maka jelas akidah kalian salah dan perlu diperbetulkan, sangat perlu. Maka, aku tegaskan dakwah perlu kepada strategi!

Kalaulah kita kata Nabi tidak berstrategi, mengapa Ali disuruh mengganti tempat tidur Nabi, Asma’ binti Abu Bakar menghantar makanan kepada Nabi, Abdullah bin Umar ditugaskan sebagai spy untuk memberi khabar tentang berita dan keadaan orang Quraish, Abdullah bin Uraiqit seorang Yahudi yang menjadi driver Nabi dan Amir bin Furaihah yang diperintahkan mengembala kambing bagi menghapus jejak Nabi dan Abu Bakar yang menjadi temannya.

Satu lagi persoalan, mengapa Nabi bersusah payah memilih Abu Bakar sebagai teman Hijrahnya? Bukankah lebih mudah berhijrah dengan Umar Al-Khattab yang berani mengisytiharkan hijrahnya? Beliaulah satu2nya muslim yang berani berkata begini ketika itu, “Siapa yang mahu anaknya menjadi yatim dan isterinya menjadi janda, maka datanglah halang aku dari berhijrah!”. Cukup tegas nadanya. Nabi mengajar kita bahawa susah payah lebih baik untuk mendapat kemenangan daripada kesenangan tapi bersekongkol dengan kezaliman (aku tak maksudkan Umar dengan kezaliman). Pada masa yang sama, Nabi juga mengajar bahawa susah itu memang adat berjuang, sunnah bagi mereka yang berjuang. Kalau mudah tidak pula dipanggil perjuangan. Pernahkah kita mendengar seorang sahabat yang dimarahi Nabi kerana mengisytiharkan keIslamannya di hadapan khalayak ramai di Kaabah ketika Islam belum lagi popular? Tidakkah ini dinamakan strategi?

Bacaan al-Quran kita bagaimana? Adakah masih di takah lama?

Ini sekadar perkongsian, maka aku ingin bertanya waktu bilakah Nabi keluar berhijrah? Pagikah atau tengah harikah atau malamkah? Aku berpegang selama ini bahawa Nabi berhijrah waktu tengah hari. Mungkin ada yang tidak bersetuju denganku. Biarlah, aku punya alasan tersendiri dan merasa selesa dengannya. Alasanku cukup kukuh, waktu tengah hari adalah waktu yang cukup panas di Mekkah maka orang Arab Mekkah tidak akan keluar rumah pada waktu ini. Bijakkan Nabi?

Nabi turut memilih seorang Yahudi sebagai penunjuk jalan. Di sini Nabi mengajar bagaimana tahaluf siyasi (kerjasama politik) dibenarkan dalam Islam dan kita boleh menggunakan musuh atau orang kafir bagi mencapai cita2 mengangkat Islam sebagai penguasa dan pemerintah. Ketika itu Nabi memilih jalan selatan di mana jalan ini agak jauh dan amat memenatkan. Malah, pada suatu tempat Nabi perlu berpatah balik. Psikologi Nabi cukup tinggi kerana pastinya kafir Quraish tidak akan menyangka Nabi mengambil jalan tersebut dan Nabi rela berpenat lelah untuk umatnya hari ini. Hari ini kita dapat kecap nikmat Iman dan Islam bukankah kerana jihad (perjuangan), mujahadah (kesungguhan) dan tadhiyah (pengorbanan) Nabi yang sangat ampuh?

Sudahkah kita bercinta dan bertunang dengan al-Quran?

Sebenarnya telah lama inginku post artikel ini, namun sengaja aku peram dulu dan mengetengahkannya di waktu ianya sudah tidak panas lagi untuk dibicarakan. Bukankah ini juga strategi? Jadi, aku berstrategi dan berstrategi itu sunnah (aku berani katakan), maka aku telah mengikut sunnah, mudah bukan?

Akhirnya, janganlah kita hanya beriya-beriya menyambut Hijrah dengan berarak ke hulur dan ke hilir sambil membawa sepanduk sedangkan sebaliknya kitalah yang melawan Nabi dan menghalang kepada usaha mendokong ajaran Islam di muka bumi Allah ini.

Bak kata Prof. Izi, fikir2kan dan selamat beramal...

Agamaku Semakin Dagang


AGAMAKU SEMAKIN DAGANG
Oleh: Ummu Hani Abu Hassan
http://ummuhani.com


Bagaimanakah dengan ketawa, kita boleh menyimpan simpati?

Pagi kami dimulai dengan rasa marah yang tragis. Marah yang sekadar boleh dihembuskan dengan air mata dan kutukan, bukan pukulan, jauh sekali membalas dendam. Siapakah yang mempunyai perasan tetapi jiwanya tidak tersentuh melihat kanak-kanak dibom dengan rakus? Siapakah yang keras hatinya untuk bersimpati dengan penduduk Palestin di Tebing Gaza? Siapakah yang sanggup memberi cinta kepada syaitan zionis Israel -AS? Kucing pun bahkan berkata; Tuhan selamatkan dunia akhir zaman. Datangkanlah segera penyelamat (Imam Mahdi). Ya Allah.

Tetapi simpati kita tidak serius. Pagi yang dimulai dengan air mata seterusnya terlelap dek panggilan duniawi. Apabila fikiran mula berjalan ke daerah kerjaya, ke daerah kelelahan, ke daerah hiburan, bertebangan simpati di gentayangan tersorok. Hanya sesekali, bila terbuka radio atau televisyen, atau terbaca mana-mana akhbar tentang kekejaman sayap kiri dajal (Israel laknatullah) baharulah hadir semula simpati.

Begitulah kita dalam negara Islam yang serba mewah ini. Malaysia bagi anak-anak kelahiran pasca moden, adalah sebuah bumi tempat mencari harta kekayaan dan ketenangan hidup. Di sini, kita serba-serbi aman. Walaupun birokrasi berkarenah, masih banyak jalan penyelesaian. Untuk belajar dan bekerja, selalu didahulukan dengan wang pendahuluan. Kalaupun susah, tidaklah sampai tidur di bawah jambatan atau tepi-tepi longkang. Itu adalah kebiasaan bagi mereka yang berakal fikiran sihat. Kalau orang gila atau penagih dadah, lain ceritanya kerana dunia mereka berbeza.

Kita patut bersyukur, nikmat kurniaan Tuhan ini berlangsungan lama. Tiada lagi dalam catatan arkib negara, sejak 50 tahun merdeka, Malaysia pernah mengalami Peristiwa Intifadhah atau Pembunuhan beramai-ramai seperti di Shabra dan Shatilla. Belum ada lagi musuh seganas Israel yang mahu merampas tanah air kita, lalu melakukan gerila pencerobohan yang dahsyat seperti yang berlaku kepada rakyat Palestin. Sejak enam puluh tahun yang lalu, rakyat Palestin terjajah di bumi mereka sendiri. Bergenerasi lama dan tidak berkesudahan.

Perlunya kita mengambil pengajaran daripada apa yang berlaku di Palestin. Dari perspektif kiri, kemusnahan negara Palestin turut berpunca daripada sikap rakyatnya. Mereka sudah lama hilang kesepaduan, mereka menjadi rakyat yang saling berbalah, mereka berebutan tanah, sejarah memaparkan mereka adalah masyarakat yang tidak berusaha banyak dan sebahagian tidak mengikut syariat Allah SWT. Lalu Allah SWT menghilangkan rasa gerun musuh terhadap mereka. Strategi Israel -AS mudah, selagi Islam dipinggirkan daripada hidup para penganutnya, kemenangan musuh akan mudah dicapai.

Hedonisme dan modernisme tajaan Zionis sangat berkesan melalui peluru globalisasi. Selepas penduduk dunia ramai yang tunduk dan sujud di kiblat barat. Itulah pencapaian kemenangan terbesar. Selepas itu, apa dunia boleh lakukan selain bercakap sahaja untuk rejim Zionis bertindak sesuka hati menaikkan matlamatnya; Israel Raya.

Dan ketika ini, kala di pagi hari air mata mengalir melihatkan kekejaman Israel di muka depan akhbar. Malam hari, kita boleh berseronok dan bergelak-ketawa di depan televisyen; misalnya menonton drama cinta Korea . Simpati kita ditabur sedikit, ketawa dan rasa gembira lebih panjang. Kita sebenarnya hanya cukup dengan berkata; Kasihan orang Palestin. Sebentar kemudian, kita terbahak-bahak dek lakonan para pelakon tajaan Zionis. Simpati kita sekadar itu. Esoknya kita begitu juga walaupun jumlah kematian saudara Muslim di Tebing Gaza meningkat. Drama hedonisme tetap kita tunggu siarannya..aduh malang nasib umat Islam kini. Tidak membahagikan rasa ukhwah dan cinta Muslimnya sepenuh hati.

Jelas sabda Nabi SAW sedang bersiaran langsung bahawa Islam itu agama yang dagang dan asing. Datangnya seperti orang asing, dan perginya juga nanti bagai orang asing. Tetapi kata Nabi SAW, berbahagialah mereka yang tergolong dalam kalangan yang asing itu.

Marilah kita menjadi orang asing yang banyak menangis, bermuhasabah dan berjihad berbanding orang yang banyak ketawa, berhibur, mencari dunia dan selesa hidupnya. Bagi teman-teman yang mempunyai kefahaman agama yang banyak, andalah yang perlu menjadi orang asing itu.

www.ummuhani.com

Sunday, January 18, 2009

Sehari Bersama Rehlah di Ulu Bendul

-1.30 ptg (19 Jan 2009)
-B2-1-2, Mahallah Abdul Rahman Ibn 'Auf, CFSIIUM, Nilai.

Semalam yang telah berlalu pasti meninggalkan kenangan atau pengalaman samada semanis madu atau sepahit hempedu. Member di sebelah pula menambah, sepalat Bash (bukan nama sebenar).

Semalam jugalah, Gabungan Anak Terengganu (GATE) telah mengaplikasikan konsep Amal Jamaie dan Amal Ijtimaie, seperti yang dikehendaki Presidennya, Saudara Demang. Program yang diberi nama Rehlah Ukhuwwah itu telah dimanifestasikan di Hutan Lipur Ulu Bendul, Nogori.

Menjadi salah seorang committee program, membolehkan aku mengikutinya secara lebih khusus. Meeting yang dijalankan selama seminggu amat memenatkan fizikal untuk turun naik ke blok C dan akal fikiran untuk menggembeleng dan memerah otak. Syukurlah program yang agak sederhana itu bergerak secara normal dan teratur atau munazzomah.

Bilaku menelefon ayah, responnya selepas mengetahui kehadiranku ke Ulu Bendul ialah seperti berikut: "Maren gi jalan doh, hari ni gi pulok.. Kerek teh jalan!". Walaupun begitu, tidaklah pula aku dimarahi apa lagi ditengking. Ayah memang terkenal dengan hikmahnya dalam mendidik anak2. Hikmah pula tidaklah aku maksudkan perlu senantiasa berlembut, tapi perlu juga berkeras kadang-kala, sekadar mengajar, bukan menghukum semata-mata. Dan kadang2 juga yang keras itulah yang memberi kesan sehingga mereka dewasa, di mana yang keras itulah yang sukar diterima pada mulanya. Pasti kalian bersetuju dengan aku.

Kembali kepada poin utama, antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program ialah solat Dhuha beserta tazkirah, futsal, ting2 bola takraw, tarik tali, bola tampar dan aktiviti paling syok dan menyeronokkan, mandi-manda. Peserta dilihat sangat berpuas hati dan enjoy, kata orang putih. Ulu bendul memang menjanjikan kehangatan dan keseronokan yang pasti tidak dapat dilupuskan dek minda kita!

Buat pengetahuan kalian, rehlah ini berlangsung selama sehari bermula jam 8 pagi dan berakhir jam 6 petang. Cukuplah sampai di sini laporan yang tidak berupa laporan sangat dari diri yang faqir lagi dhoif di bumi ALLAH ini. Wa akhiron, terima kasih Ulu Bendul!

First Impression! So cool!!

Kami datang bawa hajat

Duduk relak sambil makan aiskrim

Committee turut bergambar bersama

Siapakah mereka ini?

Kalau berani pukul r!

Apa pasal pegang besi tu?

Kami empat orang ni lelaki

Bakpe pulok senyum? Orang nak ambek gambo je

Dang lagi tangkap gambo mase main bola

Pandai main dok?

Gembira dapat main air

Sahabat suka duka

Posing atas batu

Smart dok ana?

Inilah dia Presiden GATE, Abang Demang

Mandi dan manda

Inginku lontar batu ini pada muka Israel, kalau boleh

Cover album sulung

Posing maut

Posing lemas

Ketenangan yang mendamaikan

Siapalah aku di sisiMu Tuhan

Buat apa tu? Mandi la..

Nok ambek gambo pon biar la aku duk bettol lu

Main bola tampar dalam sungai

Cam gaya calon pilihan raya je!

Selamat tinggal Ulu Bendul!

Daripada Tuan Punya Blog

1. Minat menulis adalah datang daripada kesedaran dan rasa tanggungjawab di atas saranan Assyahid Imam Hasan Albanna kerana katanya: "Jangan kamu melawan globalisasi, kerana kamu akan kalah. Hendaklah kamu melawan globalisasi dengan globalisasi juga."

2. Segala kandungan yang ada dalam blog ini adalah pandangan/idea penulis dan tidak semestinya ia betul belaka.

3. Penulis berhak menulis, menganalisis atau mengkritik apa saja (kecuali perkara sensitif) atas dasar 'kebebasan bersuara'.

4. Sesiapa saja berhak menyalin, mengambil atau mencetak mana-mana bahagian dalam blog ini kecuali untuk tujuan selain dakwah seperti untuk tujuan duit dan perniagaan, maka perlu mendapat keizinan daripada penulis.

5. Sesiapa jua boleh menyatakan pandangan atau komen terhadap blog ini atau terhadap penulis sendiri.

6. Penulis boleh dihubungi melalui emel berikut: nasehulwan@gmail.com.