Halaman Blog

Pengikut yang Baik Hati

Jiwa Terasing @ Pesbuk!

Masih adakah lagi ghuraba'? Jika ada, kitakah ghuraba' itu?

Di saat orang lain memilih untuk meminum arak, kita menjadi terasing kerana sibuk mencari makanan yang halal.

Di kala orang lain terbiasa dengan skirt dan boxer, kita ganjil kerana tegar mempertahankan jubah dan kopiah di kepala.

Ketika orang lain merasa senang dengan bermain golf, kita dianggap pelik kerana berhenti dari permainan semata-mata untuk mengerjakan solat.

Tatkala orang lain merasa bangga punya kekasih yang ramai, kita diherdik dan diketawakan kerana masih belum punya teman wanita.

Jika anda pernah berasa asing, ganjil, pelik, ditertawa, disinis, disindir, atau diperlekeh kerana mempertahankan kehidupan yang berprinsip seperti itu, terimalah khabar gembira yang disampaikan oleh Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.

Tooba lil Ghurabaa’!

Monday, May 16, 2011

Selamat Berjuang, Sahabatku!

Aku akhiri tulisan ini dengan lirik beserta lagu Selamat Berjuang dendangan asal Brothers. Tatkala mendengar lagu ini, sayu terasa hatiku. Bagi menambah 'jiwa' dalam tulisan kali ini, aku mendengarnya sambil mencatat nota² ini, sehingga berkali² ia diulang. Lagu ini cukup nostalgia buatku dan sahabat² seThanawi. Lagu ini pernah dimelodikan sebagai intro kepada persembahanku bersama Bytiey saat Malam Wida' Thanawi 3 2008. Hati bertambah sayu apabila Ustaz Fahmi Che Nordin memaklumkan kepadaku bahawa ketika Muzani beserta rakan² menyanyikan lagu itu ketika program Orientasi pelajar baru di Mesir, kata Muzani, "Kalaulah Nasih ada sama". Terharu! Sungguh aku terharu!

Untuk baris² kata selepas ini akan aku ceritakan dan luahkan satu-persatu tentang persahabatan aku dan mereka! Mereka adalah figur² penting dalam membentuk acuan diriku yang serba kurang ini.

Abdul Mu'iz Azhar

Beliau adalah insan paling penting dan sangat rapat denganku ketika di SMAASZA suatu masa dahulu. Beliau seorang yang selamba, sangat mudah masuk dengannya dan selalu sangat aku 'sekepala' dengannya dalam banyak hal. Aku sangat suka bersembang dengannya walaupun kadang² topik yang dibincangkan langsung tak memberi manafaat, kadang². Beliau juga suka merujukku dalam banyak hal, biasanya dalam perkara selain akademik yang menjadi minatku. Aku pula suka bertanyakannya dalam hal pelajaran. Beliau memang dikenali sebagai seorang yang bijak. Ketika aku hanya mendapat 5a dalam SPM, beliau menggondol 7a, jauh mengatasiku. Beliau juga cemerlang dalam STAM dengan menggondol mumtaz penuh, iaitu 10 mumtaz.

Dari segi khalqiyyah, beliau seorang yang kecil molek. Cute mute orangnya! Ketampanannya usah dikira, jauh mengatasi anda semua! Walaupun bertubuh kecil, namun berjiwa besar! Aku suka melihat semangatnya waima dalam mujahadah ilmu, perjuangan dan sebagainya. Beliau juga seorang yang memahami. Aku kurang suka berahsia dengannya. Lupa pula beritahu, beliau merupakan sepupuku. Mungkin itu antara faktor utama keintiman kami selain satu tempat belajar. Beliau nampak matang. Pemikirannya kadang² jauh mengatasi sempadan masa. Beliau juga punya suara yang lunak. Pernah kami sama² menyertai musabaqah tilawah dan beliau mendapat tempat ke-3 dan aku di belakangnya di tempat ke-4. Aku suka mendengar beliau membawa lagu² al-Quran dengan tarannum yang cukup mengasyikkan. Pernah juga bernasyid bersama beliau. Sangat banyak kenangan manis kami berdua namun tak mampu aku cicipkan semuanya di sini. Ok, selesai!

Ahmad Kamal Hafizullah Sidek

Aku suka beliau! Kalaulah ALLAH takdirkan beliau seorang wanita, sudah lama aku mentaqdimnya! hehe.. Beliau seorang yang kelakar habis. Mengenali beliau adalah suatu harga yang cukup mahal. Kata² dan ucapannya selalu berilmiah dan berhikmah. Seorang yang suka mengaji dan mengajar. Kewarakannya membuatkan aku segan dan kagum. Beliaulah insan paling zuhud yang pernah aku jumpa dalam dunia ini. Buku tidak pernah tidak ada dan lekang dalam genggaman tangannya. Ke mana saja beliau pergi pasti buku menemani. Sangat suka bersembang dengan beliau. Di kampung, aku sama² mengusahakan usrah Islah Pemuda dan Remaja Islah dengannya. Kami satu usrah sejak tahun 2006.

Beliau turut punya suara yang enak. Seenak karipap yang baru diangkat dari kuali. Pernah beberapa kali mengalunkan irama nasyid bersama beliau. Sejak kepergian beliau ke Mesir, sudah dua kali beliau pulang ke Malaysia. Kepulangannya sangat menggembirakan jiwaku. Sekian lama tidak berjumpa, akhirnya rinduku padanya terubat jua. Pernah aku bertanya padanya di Formspring, "Best dop bercuti di kampung halaman Mal?". Aku membahasakan dirinya sebagai Mal. Singkatan daripada Kamal, mungkin lebih mesra. Di kampungnya, Bukit Tok Beng, rakan²nya memanggilnya dengan nama Hafiz. Mana² pun boleh. Beliau menjawab, "Sedap la seh.. Bakpe dok bestnye". Aku bertanya lanjut, "Mende yang sedap sangat tu Mal?". Beliau menjawab lagi, "bleh tengok Naseh.. Nikmat paling besar di dunia". Haha. Kelakar benar!

Ahmad Muzani Abdul Rahman

Muzani merupakan insan yang banyak mentarbiah diriku. Kalaulah aku sebuah organisasi maka beliaulah biro atau lajnah dakwah dan tarbiahnya. Walaupun mengenalinya tidak kurang dari 5 tahun, namun kami seolah² sudah kenal lama. Sikapnya yang tegas membuatkan aku kadang² gerun untuk bersuara. Namun dalam ketegasannya beliau sangat mesra dan baik orangnya. Beliau merupakan 'hantu nasyid', sama sepertiku. Minat beliau pada nasyid sangat jelas terlihat. Ketika di sekolah dulu, setiap kali aku menyanyi, pasti beliau ada di sebelah. Kami berkongsi minat yang sama.

Kami juga satu usrah dulu. Beliau banyak menasihatiku ketika dalam usrah dulu. Antara yang masih aku ingat ialah beliau nasihatkanku tentang ayat ALLAH ini, yang maksudnya, "Serulah kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah (kebijaksanaan) dan nasihat yang baik." Beliau sudah punya isteri sekarang dan insya-ALLAH akan menimang cahaya mata tidak lama lagi. Aku doakan moga beliau bahagia selalu dengan zaujah tersayang dan bakal mendapat anak yang soleh dan solehah!

Noorahmad Hakim Ngah @ Mohd Noor

Hakim yang lebih manja dengan gelaran Hakim Jin sangat peramah orangnya. Kadang² beliau kelihatan agak zuhud di mataku. Ketika di bangku sekolah, beliau kerap kali sakit dada. Entahlah, mungkin ALLAH ingin mengujinya dengan cara itu. Yang pasti, beliau sangat baik orangnya! Sangat murah dengan senyuman yang menawan hatiku. Pernah suatu ketika dalam usrah kami, beliau ditanya oleh naqib kami ketika itu, iaitu Abang Wais, siapa teman paling rapat beliau. Beliau menjawab, "Naseh!"

Sangat bersyukur punya teman sepertinya. Bila aku susah, ditolongnya. Bila aku lalai, ditegurnya. Bila aku lupa pula, diingatkannya. Sekarang beliau berada di Malaysia kerana terpaksa pulang dari Mesir akibat kesakitan yang dialaminya iaitu sakit saraf atau G.B.S. dalam bahasa perubatannya. Aku doakan moga beliau sihat dan cepat sembuh agar dapat beliau menyambung kembali pengajiaannya di Universiti al-Azhar, Mesir. Diberitakan beliau akan menduduki peperiksaan di sana bulan depan. Kalau beliau tak ambil peperiksaan itu bermakna beliau perlu mengulang tahun. Aku harap beliau dapat ke sana, paling awal akhir bulan ini. Doakan temanku ini ya, sahabat pembaca sekalian!

Muhammad Al-Amin Salleh

Amin seorang yang sangat hensem dan kacak orangnya! Beliau sangat sempurna di mataku yang membuatkan kadang² aku berasa jealous dengannya, walaupun aku tidaklah kurang kacaknya. Hehe.. Beliau sangat baik dan pemurah orangnya. Masihku ingat ketika bulan puasa tahun 2009, beliau yang ketika itu telah berpindah ke Bandar Seri Putra, Bangi mengunjungiku. Sebelum itu banyak kali juga beliau menziarahi aku serta teman SMAASZA yang lain seperti Hafiy dan Hafidz. Ketika itu beliau dalam persediaan ke Mesir. Sebelum pulang beliau memberikan aku sebekas kurma dan sekeping not hijau bernilai RM50. Sambil beliau bercanda, "Nanti tulis dalam blog ya!" Maaf Min, baru sekarang ana sempat tulis di blog. Lama sangat dah puasa menulis ni! Hehe..

Beliau sangat obses terhadap kamera dan design. DSLR pasti tak lepas dari tangannya. Ada saja gambar yang nak diambilnya. Gambar yang beliau ambil sangat cantik di mataku. Walaupun aku juga punya minat yang sama, namun bidang fotografi bukan bidangku. Aku kurang mahir dan tidak semahir beliau. Begitu juga dalam bidang design, walaupun aku yang mula-mula menerokai dan merintis penggunaan photoshop di sekolah, tapi beliau lebih cepat dan cekap belajar berbanding aku. Gambar-gambar yang diedit oleh beliau jauh lebih cantik berbanding gambar yang disungting oleh aku. Beliau merupakan Ketua Pengawas ketika di bangku sekolah dulu. Beliau seorang pemimpin yang mudah menerima teguran dan nasihat walau daripada rakyat bawahan sepertiku.

Merekalah teman, merekalah wali. Sayang bangat kalian!

Azarul Aiman Rosli

Aiman seorang yang sangat cute lagi comel. Badannya yang kecil molek sangat padan dengan kecomelan wajahnya. Aiman seorang yang sangat sederhana. Banyak kali jadi teman pendengar celotehku. Beliau pendengar yang setia. Masih aku ingat, ketika berlangsung peperiksaan SPM 2007, ayahnya meninggal dunia. Beliau yang masih dalam kesedihan masih mampu menduduki peperiksaan penting itu dan mendapat keputusan yang agak cemerlang. Banyak kisah suka duka kami bersama. Tidak pernah aku jumpa sahabat sebaik dan sesetia beliau.

Tahun ini beliau dipaksa pulang ke Malaysia. Sebelum beliau pulang ke Mesir, sempat beliau ziarahi aku di rumah. Kami bertemu di Batu Enam yang mana ketika itu aku sedang mengikuti suatu mesyuarat agung di sana. Sempat juga beliau merasai kesedapan ice blendedku. Beliau datang bersama Wafi Kisas ketika itu. Katanya selepas beliau pulang ke Mesir, beliau pulang semula ke Malaysia. Sekarang beliau berada di Malaysia. Entah kenapa sebabnya aku pun masih tak mengerti. Cuba juga hubungi beliau, tapi tak dijawabnya.

Abu Jihad Sabri, Wan Mohd Khairuddin Wan Isa, Ahmad Ulwan Hassim, Abdullah Amir Zabuddin, Bukhari Yahaya dan Mohd Zahani Abdul Ghani

Maaf temanku sekalian, Jihad, K-din, Ulwan, Amer, Kori dan Zahani! Bukan tak mahu menulis satu persatu tapi masa dan ruang yang tak mengizinkan. Tak mengapa, kita mulakan dengan Jihad. Beliau seorang yang hebat bagiku kerana kepetahannya berucap. Pernah mewakili sekolah dalam pertandingan debat malah pernah menjadi juara. Beliau agak tua dalam kalangan kami. Kematangannya menyebabkan tiada topik lain selain nikah kahwin yang gemar beliau bualkan. Namun beliau baik orangnya. Banyak kali juga menolong dan menasihatiku yang banyak silap ini. Beliau orang Selangor tapi salah seorang ibu bapanya berasal dari Terengganu. Beliau seorang yang perasan kacak walaupun kalau nak dibandingkan dengan aku, aku jauh lebih kacak daripadanya. Haha.. Beliau juga seorang pemain bola sepak yang agak baik. Banyak kali mewakili sekolah dalam Majlis Sukan Sekolah Menengah Agama Terengganu (MASSMAT).

K-din sangat nakal orangnya. Banyak kali mengusik dan bergurau denganku. Ada saja yang nak diusiknya tentangku. Aku jadi sudah lali dengan kenakalannya itu. Sempat juga beliau merasa kesedapan ice blended yang dijual oleh aku di rumah. Ketika itu beliau datang bersama Abang Duan YDP KPT. Beliau mahu bertemu dengan Y.B. Haji Razif. Beliau juga seorang pakar komputer. Di Mesir, beliau mengajar orang lain dan pernah mengadakan kursus berkenaan dengan penyuntingan video. Aku suka berbincang soal isu semasa dan pengetahuan am dengannya kerana idea dan pemikirannya sangat kritis.  Aku juga sangat kagum dengan pengetahuan amnya dan kepakarannya dari segi teknologi maklumat.

Ulwan pula seorang yang cepat berubah. Daripada seorang yang suka bercakap banyak, beliau menjadi sangat pendiam. Sejak ditaklifkan sebagai Presiden Badan Bahasa Arab dan Agama Islam (BADAI), ketika itulah beliau mula berubah. Sangat suka melihat beliau berwirid dan berzikir sambil kepalanya terangguk². Beliau juga terkadang seorang yang kelakar. Banyak kali sudah aku ziarahi rumahnya di Kg Petaling, Tepoh itu. Cuma beliau saja yang belum ziarahi aku di rumah. Beliau sangat hebat di mataku. Sekarang sudah jadi Naib Setiausaha Keluarga Penuntut Terengganu (KPT) Mesir.

Amer seorang yang suka tersenyum dan baby face. Muka keanak²an beliau membuatkan aku rasa ingin cubit saja pipinya. Beliau juga berkongsi minat dengan Amin dalam fotografi. DSLR juga jarang lepas dari tangannya. Mengenali beliau sejak di SMASZA Ladang lagi. Muka beliau ketika mula² kenal memang cute tak ingat! Tersangatlah cute dan baby face wajah beliau ketika itu. Apa yang aku suka tentangnya ialah bila berkawan dengan beliau, aku tak akan rasa lapar. Ibu bapanya selalu membawa makanan ke asrama dulu. Kerana itu beliau pernah ditaklifkan sebagai Ketua Biro Pengisian bilik kami dulu. Pengisian perut sebetulnya! Haha..

Kori pula seorang yang sangat kelakar. Tazkirah beliau selalu semacam Ustaz Azhar Idrus. Badannya yang tough dan sasa itu menyebabkan aku berasa selamat berada di sampingnya. Beliau juga seorang yang mudah marah. Bekeng kata orang Terengganu. Tapi hatinya sangat baik. Aku suka berkawan dan bersembang dengannya. Beliau agak gila² bila bersembang, itu yang membuatkan aku gemar berbual dengannya. Ketika beliau pulang tahun ini dalam Ops Piramid, kami tidur sekatil di rumah murabbi kami, Ustaz Mizan. Ketika itu kami baru pulang dari program Ijtima' Tarbawi anjuran Pemuda PAS Pusat di Masjid Rusila.

Zahani kami panggil Abang Long kerana beliau paling tua dalam batch kami. Berasal dari SMKA Durian Guling, beliau pelajar lelaki pertama mengambil STAM selepas SPM di SMAASZA. Sangat bijak dan hebat orangnya. Beliau juga selalu kelihatan tenang dan matang dari segi pemikiran dan tindakan. Walaupun beliau lebih tua, namun beliau menganggap kami sebaya saja dengannya. Sangat suka bergurau dengannya kerana bila beliau tersenyum, sangat comel mukanya ketika itu. Hehe.. Beliau sekarang sudah jadi orang kuat Keluarga Penuntut Terengganu (KPT) Mesir.

Persembahan Bytiey ketika Malam Wida' Thanawi 3 2008

Selamat Berjuang

Malam siang berlalu
Gerhana kesayuan
Tiada berkesudahan

Detik masa berlalu
Tiada berhenti
Oh syahdunya

Sejenak ku terkenang
Hakikat perjuangan
Penuh onak dan cabaran

Bersama teman-teman
Arungi kehidupan
Oh indahnya

Berat rasanya
Di dalam jiwa
Untuk melangkah
meninggalkan semua

Kasih dan cinta
Yang terbina
Iakan selamanya

Selamat berjuang sahabatku
Semoga ALLAH berkatimu
Kenangan indah bersamamu
Takkan kubiar dia berlalu
Berjuanglah hingga ke akhirnya
Dan ingatlah semua ikrar kita

Hati ini sayu mengenangkan
Sengsara di dalam perjuangan
Jiwa ku merana dan meronta mengharapkan
Kedamaian dan jua ketenangan

Tetapi kuatur pada hakikat
Suka dan duka dalam perjuangan
Perlu ketabahan dan kekuatan
Keteguhan hati berlandaskan iman


Nota hujung: Teman, moga kita ketemu di Mesir ya! Doakan moga aku dapat ke sana! Kalau tidak di sana pun, kita bertemu di syurga, insya-ALLAH! Aku sayang kalian kerana ALLAH! :)

9 comments:

Khairuddin Isa said...

Salam Seh...

Terharu rasanya dengar ayat rindu, Seh.

Naseh Ulwan said...

Wslm Din..

Terharu ke? hehe.. Rindu guh ke mu K-din! Taun depan balik pulop deh? hehe..

aminmenulis said...

Allohu allah, terlalu tinggi label yg diberi, hakikatnya tidak seperti itu. Aku mengenal siapa diriku. Apapun, terima kasih sahabatku. Huhu.. Sungguh terharu.. Semoga Allah merahmati mu dunia dan akhirat.

Naseh Ulwan said...

Saya memandang tinggi terhadap anda! Aku juga kenal siapa dirimu itu! Sama-sama sahabatku. Terima kasih atas doanya! Moga ALLAH rahmati dan ampuni dosamu juga! Ameen.. :)

RuMaH TuA said...

Indah persahabatn jika disulami iman & taqwa kepadaNYA...

"Salam Juang"

Naseh Ulwan said...

Benar sekali. Persahabatan itu indah jika bertemu dan berpisah kerana ALLAH.

Salam juang juga daripada ana! (:

Anonymous said...

salam...aiwah ! Ya Robbi...moga2 kalian dirahmatiNya...

Anonymous said...

Lagu selamat berjuang merupakan kenangan bersama kak2 Thanawi 3 2009 kerana lagu ini merupakan lagu serta doa perpisahan kami...

Naseh Ulwan said...

Insya-ALLAH, ameen. Syukron atas doanya ukhti!

Oh, ya kah? Alhamdulillah.. Lagu ini sangat bermakna kan?


Daripada Tuan Punya Blog

1. Minat menulis adalah datang daripada kesedaran dan rasa tanggungjawab di atas saranan Assyahid Imam Hasan Albanna kerana katanya: "Jangan kamu melawan globalisasi, kerana kamu akan kalah. Hendaklah kamu melawan globalisasi dengan globalisasi juga."

2. Segala kandungan yang ada dalam blog ini adalah pandangan/idea penulis dan tidak semestinya ia betul belaka.

3. Penulis berhak menulis, menganalisis atau mengkritik apa saja (kecuali perkara sensitif) atas dasar 'kebebasan bersuara'.

4. Sesiapa saja berhak menyalin, mengambil atau mencetak mana-mana bahagian dalam blog ini kecuali untuk tujuan selain dakwah seperti untuk tujuan duit dan perniagaan, maka perlu mendapat keizinan daripada penulis.

5. Sesiapa jua boleh menyatakan pandangan atau komen terhadap blog ini atau terhadap penulis sendiri.

6. Penulis boleh dihubungi melalui emel berikut: nasehulwan@gmail.com.