Halaman Blog

Pengikut yang Baik Hati

Jiwa Terasing @ Pesbuk!

Masih adakah lagi ghuraba'? Jika ada, kitakah ghuraba' itu?

Di saat orang lain memilih untuk meminum arak, kita menjadi terasing kerana sibuk mencari makanan yang halal.

Di kala orang lain terbiasa dengan skirt dan boxer, kita ganjil kerana tegar mempertahankan jubah dan kopiah di kepala.

Ketika orang lain merasa senang dengan bermain golf, kita dianggap pelik kerana berhenti dari permainan semata-mata untuk mengerjakan solat.

Tatkala orang lain merasa bangga punya kekasih yang ramai, kita diherdik dan diketawakan kerana masih belum punya teman wanita.

Jika anda pernah berasa asing, ganjil, pelik, ditertawa, disinis, disindir, atau diperlekeh kerana mempertahankan kehidupan yang berprinsip seperti itu, terimalah khabar gembira yang disampaikan oleh Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.

Tooba lil Ghurabaa’!

Saturday, February 28, 2009

Hari Ini dalam Sejarah

-11.30 mlm (28 Feb 2009)
-Tingkat bawah, dalam rumah

Pagi


1. Pergi ke Pasar Pagi Teluk Ketapang. Beli nasi lemak 9 bungkus dan laksan sebungkus (yang sebungkus tu, pastinya aku punya. Tukang beli mesti dapat lebih kan? hehe). Pastu beli Sinar Harian di kedai Ayah Wer.


2. Call Pok Lie PSM bagi bertanyakan lesenku yang masih lagi bertanda L. Beliau pun menyuruhku ke PSM Academy. Aku pun pergi ke sana. Sampai di sana beliau ajak aku berlatih naik motor. Aku pakai selipar masa tu, jadi kena balik rumah tukar kasut. Pastu datang balik dengan kasut yang agak bergaya dan 'jangok'.

Tengah hari

1. Jenguk2 sekolah rendahku, Madrasah Darul Taqwa, Batu Enam. Masih gah dan tersergam indah. Rindunya pada suasananya suatu ketika dulu. Di sinilah medan aku mengenal ilmuNya.


2. Sambung lesen L di Pejabat Pos Batu Enam.


3. Ke kedai spek Ayah Su di Batu Enam bagi membaiki spekku yang agak longgar dan tak berapa kemas bila dipakai. Aku turut membeli sport band (kalau tak silap) dan sun glasses sebagai aksesori tambahan.


4. Niat nak ke Gong Badak untuk mencucuh duit. Alang2 lalu Wakaf Tembesu, singgah sebentar di Kedai Makan Ayah Cik Lan. Duduk2 sembang sambil pekena Milo Ais (air free, bukan beli ya!). Ayah Cik pelawa makan nasi minyak, namun aku tolak sebab perut masih kenyang. Sebelum pergi, Ayah Cik menyuruhku membelikan bateri remote alarm kereta beliau.

5. Beli bateri tersebut di Pustaka Seri Intan (PSI). Harganya RM 6.00.

6. Jenguk Munzir, sepupuku di rumah Ayah Ngah yang bersebelahan PSI.

7. Singgah di rumah Ayah Long yang baru berpindah ke Terengganu. Masuk ke rumah, sembang2 sambil minum ais oren dan makan keropok keping.

8. Berhenti di Hock Kee Seng. Usha2 DVD game. Nak cari GTA IV, sudah lama Yah meminta aku membelikannya. Namun, DVD tu tak ada pun. Kat Seremban hari tu ada je, cuma harganya agak mahal, RM45 (3 DVD). Orang Teganu kata, mahal pe bedil! So, kepada Yah, nanti lah ya, cari kat Bandar, mesti ada punya,

8. Menuju ke Bank Rakyat yang berdekatan dengan Kusza, eh... silap! UDM. Sampai saja terus cucuh not berjumlah RM 50.

9. Singgah kedai Rawatan Inabah. Rawatan Inabah ialah rawatan mata, macam Permata Hijrah juga la. Saja tengok2 produk tu, tak beli pun.

10. Bagi bateri kat Ayah Cik.

Petang

1. Sebelum pulang ke rumah, jalan2 ke tapak surau baru dekat rumah aku. Mula2 terkejut bangat menengokkan kehenseman (;p) surau tersebut, sehensem orang2 kampungnya (huhu). Aku pun snap ar 2,3 gambar. Mak cik2 yang baru pulang dari 'makan pulut' hairan melihatkanku. "Ingat kan sape takdi, main ambik2 gambo", kata diorang padaku.


2. Pulang ke rumah. Azan Zohor berkumandang. Ambil wuduk, pastu capai kopiah. Meluru laju ke Surau Hj Mohd Chik. Masing2 bertanya bila aku pulang dan lama mana cuti. Soalan sama sejak kebelajaranku di Nilai.

3. Menaiki motor ke Kedai Runcit Hj Mokhtar untuk fotostat IC, Lesen baru dan lama seperti yang diminta Pok Lie, cikgu memanduku.

4. Pergi ke PSM semula. Jelaskan bayaran RM 150 untuk test JPJ nanti. Test JPJ akan dibuat pada 19 Mac nanti, lambat lagi.

5. Ke dNur Optometris (milik Ayah Su dan Cik Su) bagi membayar hutang aksesori yang dibeli tadi.


6. Solat Asar di Surau Al-Hidayah, Alor Kuda yang diimamkan Ustaz Mat, idola Faiz.

7. Jenguk Kamal di rumahnya, namun beliau ketiadaan. Jenguk pula jiran beliau, Faiz. Faiz diberitakan pening kepala oleh ibu beliau. Faiz meminta aku datang esok ke rumahnya.

8. Tiub tayar motor bocor. Repair di Kedai Wan Nasran Motor (milik Ayah Teh Jamil). Sementara menunggu, naik ke atas rumah beliau. Ketika itu Ayah Wa, Ayah Yard, Tok dan Abang Pi Dungun juga ada di sana, 'sedang molek' kata orang Teganu.

9. Pulang ke rumah semula. Pastu, Bayin dan Piyah ajak pergi jalan2. Pergi jalan2 round Pantai Teluk Ketapang.

Malam

1. Mandi dan bersiap untuk ke Surau An-Nur, Telaga Daing atau lebih mesra dipanggil Surau Ustaz Abas. Ayah mengajar kitab Tarbiyyatul Aulad karangan Syeikh Abdullah Nasih Ulwan.


2. Solat hajat dan tahlil ringkas di Restoran D'Duyung Seafood, Kg. Duyung. Restoran tersebut baru saja dibuka. Turut kelihatan pada majlis itu Wakil Rakyat Seberang Takir merangkap Exco Pelajaran, Pendidikan Tinggi, Sains dan Teknologi, dan Sumber Manusia, YB Razif Abdul Rahman.

3. Pulang ke rumah. Pastu main laptop. Huhu... Gumbira rasanya hati ini!

p/s: Hari kedua yang cukup bermakna selepas hari pertama di Sekayu! Moga hari esok lebih baik!

p/s/s: Esok cadangnya nak pergi ke bandar. Nak cari DVD Yah. Pastu, nak jumpa Syah di Wakaf Mempelam. Pastu pulak, jumpa adik2 SMKA Syeikh Abdul Malek. Tu pun kalo Luqman ajak.

Friday, February 27, 2009

Picnic a.k.a. Berkelah

-7.30 pg (28 Feb 2009)
-Meja komputer, Baity, Teluk Ketapang

Semalam (Jumaat, 27 Februari 2009 bersamaan 1 Rabi'ul Awwal 1430) aku bersama keluarga besar a.k.a. big family a.ka. usroh kabiiroh belah ayah aku telah pergi berkelah ke Sekayu, Kuala Berang. Ekspedisi kami itu bermula sejak pukul 8.00 pagi dari rumah. Kami berkumpul di rumah Tok di Kg. Batin sebelum pergi bersama2 ke sana.

Kami tiba di tempat yang tidak mempunyai banyak kayu (Sekayu lah tu! huhu...) sekitar jam 10.00 pagi. Sesampainya kami di sana, pastinya aktiviti pertama ialah makan pagi. Aku menibai bihun goreng masakan Mak. Kanak2 istimewa dilihat sudah berendam di dalam air.

Seterusnya tibalah masanya untuk patik bersiram di dalam air (huhu). Mulanya takut juga melihat batu2 yang sebesar alam. Batu sungai dikatakan hidup. Tak dapat dibayangkan batu2 tersebut 20 tahun akan datang. Agaknya lebih besar dari seniorku yang agak sihat, Judin (sorry!).

Di samping mandi-manda, antara aktiviti yang disediakan ialah bakar ayam (BBQ), main badminton, tidur dalam khemah, dan main tangkap gambar.

Sebelum pulang, kami mengadakan sedikit mesyuarat atau boleh juga disebut usrah. Sedikit perbincangan mengenai keluarga dibuat, di samping beberapa keputusan diambil.

Kami pulang pada pukul 5.00 petang. Sebelum straight ke rumah masing2, kami singgah di rumah Cik Ani, keluarga angkat Ablim yang menetap di Binjai Rendah.

Gembira benar hati ini tatkala dapat bertemu dengan Pak2 dan Mak2 sedara serta sepupu-sepapat yang best! Memang best pun! Rasa sangat bertuah lahir dalam keluarga yang menitik beratkan nilai2 Islam dalam kehidupan seharian.

Sekian dahulu laporan, gambar bakal menyusul selepas ini. Wakaka!

Menjamu selera secara berjemaah

Payed, Bayin dan Yah

Ceh dan Yek

Bayin yang kesejukan

Ayard bersama 2 puteri kembar beliau, Raudhah dan Irdina

"Bazzir je mung maghi Sekayu, dok mandi pong!", kataku pada Abang.


Abang kelihatan sedih tatkala tunang tiada di sisi

Ayah pun mandi sekali

Bayin bersama abang beliau

Ayard dan Cik Yu

Budak kat sebelah tu namanya Adhwa' Haikal

Sesi mesyuarat berjalan secara aman tanpa sebarang balingan kerusi

Habis je mesyuarat terus balik ke rumah

Wednesday, February 25, 2009

Menjawab Tag untuk Kali yang Kedua

-1.00 pg (26 Feb 2009)
-Dormiey, Al-Jami'ah Al-Islamiah Al-'Alamiah


Ini ialah tag yang aku terima daripada seseorang yang bernama Kak Baity. Pertama kali mengenali beliau ialah ketika mengikuti Kem WaJA Seberang Takir beberapa tahun yang lepas. Katanya aku agak agresif ketika program itu. Aku pun tak tahu agresif yang bagaimanakah ingin beliau maksudkan. Mungkin ketika perbentangan. Aku menjawab beberapa soalan dengan agak 'ganas' (huhu!). Masih terlekat di benak fikiran yang beliau juga bertanya padaku ketika itu. Soalannya timbul lantaran melihatkan keagresifanku menjawab soalan. Lalu beliau bertanya dengan selambanya, "Kenapa kena jawab macam marah2? Sedangkan ianya bakal menjauhkan orang daripada kita." Aku pun mula mencari akal ketika itu. "Apalah yang aku nak jawab ni? Soalan membunuh (mappuh dalam bahasa Teganu) ni...", bentakku dalam hati.

Lalu aku pun jawablah dengan seadanya. Aku kata memang betul dalam Al-Quran ada sebut yang kalau kita terlalu keras dalam dakwah, maka orang akan lari. Kemudian aku menambah, "Orang yang bertanya dengan keras, maka saya pun jawab dengan keras jugak la". Huhu... Kini semuanya hanya tinggal kenangan. Kalaulah sekiranya aku diberi peluang untuk involve program WaJA lagi, nescaya aku sanggup. Rindu betul pada rakan2 peserta dan abang2 serta kakak2 fasi (tak termasuk Kak Baity, haha...).

Jadi kita cerita bab tag dululah ya, cerita tu kita sambung lain kali sajalah.

Di sini adalah apa yang patut aku buat. Simple je.

Senaraikan 5 produk dari senarai panjang di bawah yang telah anda boikot, dan senaraikan 5 produk yang anda cuba untuk boikot. Akhir sekali, senaraikan juga 5 produk yang anda dapati amat sukar untuk diboikot. Kemudian, tag 5 orang sahabat blogger anda yang lain.

Tag ni bertujuan memastikan mereka yang memperolehnya mengenalpasti produk yang dipakai yang telah memberi kesan pada hidup mereka dan hidup rakyat Palestin! Anda juga boleh membandingkan senarai anda dan senarai rakan anda dan lihat : jika mereka boleh memboikot sesuatu produk yang anda belum boikot, kenapa anda tidak boleh memboikotnya juga?



Syarikat : Phillip Morris
Produk : Rokok dan Makanan
Jenama : Marlboro, Virginia Slims, Benson & Hedges, Winston, Gold Coast, Merit, Parliament, Alpine, Basic, Cambridge, Bristol, Bucks, Chesterfield, Collector’s Choice, Commander, English Ovals, Lark, L&M, Players and Saratoga, Philadelphia, Polo, Milka, Malabar, Marabou, Prince

Syarikat : Coca-Cola - McDonalds - Burger King - Pizza Hut - KFC
Produk : Minuman
Jenama : Light Coke, Fanta, Sprite, Canada Dry, Crush, Schweppes, Minute Maid, Nestea, Dr. Pepper

Syarikat : Nestle
Jenama : Kit Kat, Perrier, Libby, Nescafe, Maggie, Buitoni, Nestea, Freskies, Vittel, Pure Life, Nido, Smarties, Lion, Polo, After Eight, Coffee Mate, Nesquik, Aero, Quality Street, Felix (cat food), Crosse & Blackwell, Milkmaid, Carnation, Shreddies, Baci Baby Ruth, Butterfinger, Milkybar, Frutips, Milo

Syarikat : Disney
Produk : Disneyland, Euro-Disney
Jenama : Disney, Kartun, Filem

Syarikat : Delta Galil Industries Ltd.
Produk : Pasaraya, Pakaian dan Kasut
Jenama : JC Penney , Carrefour, Nike, Reebok, Converse, Calvin Klein, Gap, Boss, Ralph Lauren, Banana Republic, Bauer, Wrangler, Dim, Old Navy Dockers, Celio, J. Crew , Caterpillar, Lou Riders, Pryca

Syarikat : Nokia
Produk : Telekomunikasi, telefon bimbit dan elektronik

Syarikat : Danone
Produk : Makanan, minuman dan biskut
Jenama : Evian, Alpina, LU Biscuits, Tuc, Volvic, Strauss dairy, Jacob biscuits, Danone yogart, HP foods, LEA & PERRINS, Sant? Galbani, Danao, Danette, Biskut Tiger, Oreo



Syarikat : Johnson & Johnson
Produk : Kesihatan

Syarikat : Revlon
Produk : Kosmetik

Syarikat : AOL Time Warner
Produk : Media Elektronik dan Cetak
Jenama : ICQ, Warner Bros, CNN, AOL, Times magazine

Syarikat : IBM

Syarikat : L’Oreal
Jenama : Giorgio Armani, Lancome, Biotherm, Garnier, Helena Rubinstein, Donna Karan, Vichy, Cacharel, Maybelline, Redken, La roche-posay, Carson

Syarikat : Intel
Produk : Perkakasan computer

Syarikat : Estee Lauder
Jenama : Clinique, Tommy Hilfiger, DKNY, Aramis, Origins, Ko Malone, La Mer, Prescriptives, Bobbi Brown Essentials, Aveda, Jane, MAC Cosmetics, Kate Spade, Fragrances, Stila

Syarikat : News Corporation
Produk : 20th Century Fox, Star, SKY, New York Post, National Geographic Channel, News of the World, The Times, The Sun, Nursery World, The weekly Standard, Daily Telegraph, Harper Collins

Syarikat : Kimberly-Clark
Produk : Huggies, Kotex, Kleenex, Scott, ANDREX products Freedom, Scottex

Syarikat : Sara Lee
Produk : Pakaian, Kesihatan
Jenama : Hanes, Playtex, Champion, Leggs, Douwe Egberts, Bryan, DIM, Ambi Pur, Bali, Superior Coffee, Just My Size, Kiwi, Maison Cafe, Nur die, Pilao, Lovable, Outer Banks, Wonderbra, Sanex, Pickwick, Gossard, Body Mist, Brylcreem, Aqua Velva, Mandian Radox, Glade

Syarikat : Procter and Gamble
Produk : Kesihatan, sabun, syampu
Jenama : Head & Shoulders, Pert Plus, Pentain, Always, Tide, Crest, Pampers, Lux, Palmolive, Camay, Zest, Ariel, Fairy, Signal 2, close up, Colgate, Monsieur Propre, Oil of Olaz, Petrol Hahn, Pringles, Sanicroix, Tampax, Tempo, Vicks, Vizir, Yes Swiffer, Ace, Action 500, Bonux, Mr Clean

MARS INC - Bounty, M&M’s, Mars, Snickers, Twix, Uncle Ben’s, Whiskas, Pedigree, Balisto, Brebbies

HASBRO - Parker, Pokemon, Star Wars, Episode I, Monopoly, Brothers, MB, Playskool, Tiger

GILETTE - Braun, Duracell, Gillette, Oral-B, Paper-Mate, Parker, Waterman

COLGATE PALMOLIVE - Ajax, Palmolive, Tahiti, Axion, Bingo, Fabe, Felire, La croix, Mennen, Murphy, Paic

Haagen, Dazs Ben & Jerry, CAMPBELL, Kellogg, Canderel, Levis, Raid, Heinz

Caltex


5 produk yang aku dah boikot:
1. Coca-cola, Mc D, Pizza Hut (Coca-cola memang tak minum dari dulu lagi pun, Mc D ngan Pizza Hut pun tak pernah pergi. KFC pernah r. Aku konfius r berkenaan KFC ni, kena boikot ke tak? Ada yang kata tak perlu boikot berdasarkan hujah2 tertentu. Entahlah...)
2. Nestle (Nescafe/Milo – Minum Radix Coco dan Horlicks, lagi best!)
3. Colgate (Guna jarang2 je, tu pun pinjam kawan punya sebab 'terdesak' sangat, kalo beli ubat gigi, samada Halagel ataupun Mukmin)
4. Nokia (Sekarang dah tukar ngan Sony Ericsson, best siot!)
5. Disney (Pernah dan sangat suka tengok ceritanya kat TV3suku, pagi Jumaat kalo tak silap. Tapi VCD atau DVD memang tak pernah beli)

5 produk yang aku dah cuba boikot:
1. Danone (Dulu suka makan Biskut Tiger, skang ni rasa nak beli, tapi tak lalu. Rasanya ari tu ada terbeli biskut Jacobs. Lepas ni tak beli dah)
2. Nokia (Dah bagitau tadi aku skang ni dah guna Sony.. hehe)
3. Kit Kat – (Makanan yang agak menyelerakan, tapi tetap tak nak beli)
4. Tisu Scott, Scottex dan Kleenex (Dulu pernah guna kat umah kot. Skang insya ALLAH tak dah kot)
5. Maggi -
(Aku dah tak makan megi lagi, baik makan nasi, dah la berkhasiat, kenyang pon kenyang. Takpe la korban duit sikit)

5 produk yang sukar diboikot:
1. Google – Selalu sangat guna selain Yahoo! Hmm.. no komen!
2. Intel – Laptop aku memang guna Intel - Pentium Dual-Core. Boleh ke nak tukar ke AMD camtu je?
3. Ambi Pur – Rasanya kereta ayah guna jenama ni. Tak pasti samada dah tukar atau tak. Tapi baunya memang sedap, sehingga menusuk dan mencengkam hidungku.
4. Rasanya tu je kot. Dalam dunia tak ada benda yang susah. Tinggal lagi antara kita nak atau tak je. Susah sangat ke boikot?

5 Orang Yang Aku Nak Tag (kalau lebih boleh tak? huhu!):
1. Akh Taufiq
2. Akh Amiruddin
3. Akh Rdhanz
4. Akh Hamidi
5. Akh Akif
6. Akh Syahir
7. Akh Nik Hanis
8. Akh Syafie
9. Akh Hafizuddin
10. Akh Hafizul Faris
11. Akh Abdullah

Selamat menjawab!

Tuesday, February 24, 2009

Antara Katak, Lembu, Bukit, Bogel dan Bahasa

-8.30 mlm (24 Feb 2009)
-Bilikku yang 'sangat' indah. 'Seindah mentari pagi'

Salam sejaterakepada sahabat2 pembaca sekalian!

Pada mulanya aku tak berapa ada idea untuk menulis tentang isu semasa yang sedang hangat saat ini. Tapi, ada sesuatu yang memungkinkan aku untuk ke arah itu. Mungkin kerana terlalu lama sudah tidak menulis sendiri hal-ehwal politik atau siasah di bumi Malaysia ini. Sebelum ini pun hanya mengambil kata2 Mursyidul Am PAS untuk menjadi paparan dan siaran. Apa salahnya aku menulis tentang siasah, memang sudah minat aku ke arah itu pun. Kerana harapan aku saat ini ialah dapat menggantikan ayahku yang telah lama berjuang di kampungku. Nanti bila beliau sudah tiada bolehlah aku tolong gantikan tempatnya. Tapi siapalah aku jika nak dibandingkan dengan orang tuaku itu. Memang jauh sangat! Bukan setakat langit dan bumi, bahkan Matahari dengan Pluto!

Menulis berkenaan politik sememangnya mematangkan pemikiran, malah membuka minda yang sempit dan jumud. Agak bodoh dikatakan jika kita hanya melihat sahaja apa yang berlaku di depan mata tanpa memberi apa2 sumbangan atau sekurang2nya mengambil inisiatif yang perlu, mungkin. Memang waktu ini semua meluat dengan kerenah bobrok dan bangsat politik kotor pihak kerajaan yang bertopengkan s*****n. Terkilan juga melihatkan rakanku tadi di kedai runcit, apabila aku sibuk membaca akhbar Sinar Harian, beliau merungut padaku, "Bosan aku dengan politik, PAS ke, PKR ke, sama je! Baik baca sukan". Sungguh dangkal sekali pemikiran beliau, mungkin diracuni oleh media BN seperti TV3suku, Berita Hairan atau mungkin Utusan Meloya.

Jadi untuk kali ini, aku punya tajuk tersendiri, dan aku akan ulas dan analisis satu-persatu, sekiranya sempat. Kerana aku juga punya masa yang diperuntukkan untuk studi Maharaat (Qiraa'ah, Kitaabah, Kalaam dan Istimaa'). Insya ALLAH, di bawah ini aku perturunkan sedikit penilaian aku berkenaan isu yang dikemukakan.

Katak

Boring betul dengan katak seekor ni! Melampau betul. Ada2 saja dia ni. Memang kalau dah katak tu, katak la juga. Maaf ini katak Kelantan ya! Bukan katak2 bodoh dan bangang di Perak tu.

Aku masih ingat ketika Syawal yang lepas, ayahku ada menerima kad raya dari si katak ini. Sempat aku baca beberapa kata2 beliau dalam kad tersebut, antaranya ialah 'Jatuh bangun bersama rakyat'. Cis! kononnya berjuang untuk rakyatlah, konon! Tapi yang kamu lompat sana sini tu untuk rakyat la ek, katak? Bukan untuk perutmu yang sudah buncit itu? Jangan hipokritlah, nak jadi pejuang mana boleh menipu!

Apa lagi yang aku nak bagitahu fasal budak katak ni ya. Hmm... oh, PAS Kelantan! Aku ada dengar2 yang ura2 mengatakan YB Takiyuddin mengkritik si katak itu, maka beliau pun mula naik marah. Tak pasti samada sebelum itu atau selepas itu, beliau membuat statement bahawa beliau mempunyai beberapa rahsia tentang kelemahan kerajaan PAS Kelantan pimpinan Tok Guru. Apalah agaknya ya. Yang pasti, rakyat Kelantan lebih mengetahui tentang itu. Sekiranya rakyat di sana tahu tentang kelemahan itu, maka mengapa masih memilih PAS sehingga ke hari ini yang mana umur kerajaan PAS Kelantan sudah 19 tahun?

Masa pilihan raya umum yang lepas, ramai yang tidak berpuas hati apabila katak itu dicalonkan di Parlimen Pasir Mas atas tiket PAS, namun kapasiti beliau masih sebagai calon bebas, maknanya hanya menumpang nama dan logo PAS saja. Tapi, ramai juga yang tidak dapat menyanggah keputusan itu kerana ianya pilihan Tok Guru sendiri. Jadi kita lihatlah hari ini, macam mana si katak itu membalas jasa PAS dan Tok Guru sendiri. Tapi, dalam berita hari ini ada menyiarkan kenyataan beliau yang mengatakan beliau masih menghormati Tok Guru dan tidak akan mendedahkan kepada umum 'rahsia' yang beliau dakwa ada di tangan beliau itu.

Sedarlah wahai katak! Kamu menang dan dapat ke parlimen kerana kamu menumpang bendera PAS. Kalau tidak, jangan harap! Kamu ingat rakyat Kelantan boleh termakan dengan ceramah kamu yang entah apa2 tu? "Blah la lu!!!", teriak aku dalam hati.

Kini ada suara2 dalam PAS sendiri yang inginkan beliau meletak jawatan. Jangan haraplah beliau nak letak jawatan. Memang dasar katak macam tu lah.

Lembu


Ini pula kisah lembu korban dan tuannya. Pada suatu hari, ada beberapa ekor lembu yang agak berisi bakal dikorbankan oleh tuannya. Tapi tuan cik2 lembu itu berfikir, kalau aku jual lembu2 ni ok juga. Jadi beliau pun jual lembu2 kesayangan beliau itu pada seorang kenamaan. Tiba2 lembu2 beliau itu menjadi glamour. Siap boleh masuk TV dan surat khabar lagi. Si tuan ni bukan main kembang, bangga dapat lembu2 seperti mereka. Itulah kisah lembu dan tuannya yang masih tiada kesudahan.

Bodohlah PM, TPM dan menteri2!!!

Kenapa aku kata bodoh? Aku punya pasallah nak kata kat siapa2 pun, takkan nak kata kat kambing kot! Kambing memang bodoh. Oh, lupa, lembu pun bodoh rupanya.

Izinkan aku sentuh isu SPRM. Aku sangka bila dah upgrade jadi Suruhanjaya ni, makin bebaslah. Tapi, hampeh! Kuda tunggangan tu, kudalah juga!

Yang korang sibuk dengan perihal lembu dan MB Selangor tu apa pasal? Banyak lagi kes pimpinan UMNO terutamanya MT yang dah kaya-raya gila babi. Kes ciput dan tahap semut yang tak sampai juta2 ni korang nak kisah sangat! Bongok! Haprak!

Memang betullah tindakan beliau atas sifat beliau selaku MB, beri kebajikan pada rakyat. Bukannya macam pemimpin korang yang kenyangkan perut sendiri dan bagi dekat kroni saja!

Bukit

3 bukit bakal melakar sejarah tersendiri. Bukit Selambau, Bukit Gantang dan Bukit Lanjan. Semua bakal mengatur langkah. PAS dengan kesediannya yang tidak dapat disangkal lagi lantaran ramainya para pekerja, petugas atau 'amil parti. BN bakal mencatur langkah berjaga2 dan waspada selepas 2 kali kalah teruk (Permatang Pauh dan Kuala Terengganu). Manakala PKR yang sudah tercalar dan rosak teruk imejnya memikirkan strategi menarik hati pengundi semula.

Apapun, kepada semua selamat bekerja! Bekerja untuk apa itu korang punya pasallah!

Alfatihah buat bekas YB Bukit Gantang, Almarhum Roslan Shaharum.

Bogel

Kisah gambar separuh bogel YB Elizabeth Wong yang ditangkap curi ketika tidur menjadi isu paling hangat tika ini. Memang orang Melayu suka sangat cerita2 panas macam ni, apatah lagi melibatkan 'orang besar' dalam kerajaan PR di Selangor.

Berita terbaru yang aku terima, seramai 10,000 orang menanda tangani petisyen sebagai tanda belas kasihan terhadap beliau dan meminta beliau untuk bertugas semula sebagai YB. YB Eli sememangnya dikenali sebagai wakil rakyat yang baik. Penduduk di Bukit Antarabangsa sebagai contoh, merasa terhutang budi terhadap beliau atas kecaknaan dan keprihatinan beliau sebagai pemegang kapasiti Exco Pelancongan dan Alam Sekitar terhadap mangsa2 di situ.

Berbalik pada kes beliau itu, cuba anda bayangkan kalau sekiranya gambar emak, adik atau kakak kalian sedang tidur dalam keadaan mengaibkan disebarkan kepada umum? Anda malu atau marah? Malu? Bodoh! Marahlah!

Bahasa

Untuk point terakhir ini, perasaan malas mula timbul, jadi aku copy paste saja artikel yang aku tulis 4 tahun yang lalu, iaitu pada tahun 2005, ketika umurku 14 tahun, tingkatan 2 (Haha! Hebat kan?). Artikel ini pernah disiarkan di laman web Tranungkite.net.

Walaubagaimanapun (perkataan paling panjang dalam Bahasa Melayu), aku menyokong penuh usaha ke arah memansuhkan PPSMI dan bersetuju dengan Presiden PAS yang mengatakan hanya golongan celaka sahaja yang mahu meneruskan PPSMI itu.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

PANAS !! : LUKA RAKYAT MASIH BELUM SEMBUH


# Masalah rakyat diabaikan!
# Maruah bangsa dipemainkan!
# Maruah agama semakin tercabar!



1. Masalah rakyat masih belum selesai… Ramai rakyat yang miskin dan papa kedana, sedang pemimpin kaya raya. Ramai rakyat yang menganggur, sedang pemimpin bergaji lumayan. Ramai rakyat menderita kelaparan, sedang pemimpin dalam kekenyangan.


Rakyat sendu, pemimpin sendawa. Boleh diharapkah pemimpin sebegini? Rakyat sedang ketagih dan dahagakan penyelesaian masalah mereka. Siapa lagi yang mesti membela rakyat kalau bukan pemimpin?, fikir-fikirkanlah.


Kerajaan BN telah memerintah negara dah nak ‘jubli emas’ dah… Takkan tak tahu nak selesai masalah rakyat. Atau tahu, tapi tak reti nak buat. Kalau begitu buat apa memerintah, untuk kesenangan diri, keluarga, dan kroni? Fikirlah… Kalau dah tahu macam tu, pilihanraya nanti tak payah berkempen, buat apa juga, kalau tak boleh@reti memerintah.
Perintah dah bertahun-tahun, tapi…begitulah. Apa ni?? Kerajaan goyang kaki?. Tadbirlah dengan amanah, telus dan adil. Nanti pemimpin akan disoal, bagaimana dia menjalankan amanah yang diberi.


Rakyat beri mandat, buatlah kerja baik-baik. Jangan hancurkan harapan rakyat. Setinggi gunung Everest harapan rakyat, sebesar lautan Antartika impian rakyat. Luka rakyat masih tercalar, dihiris gerimis. Gerimisnya adalah kerajaan.


2. Kenapa semua luka ini semacam tidak dapat disembuhkan? Atau tidak relevankah soalan sebegini. Inilah sebenarnya kenyataan dan realiti kehidupan. Kita sebagai rakyatlah menjadi mangsanya. Cuba kita berfikir, bila agaknya luka ini akan sembuh? Kita sepatutnya melakukan perubahan, yang buruk kepada yang baik, yang negatif kepada positif, yang batil kepada yang hak, yang baik kepada yang lebih baik, dan begitulah seterusnya.


Berfikirlah secara orang tua, takkan kita nak biarkan kita tertindas. Bagi yang bernasib baik, tak apalah, mereka tidak merasainya, tapi mereka perlu menyelami isi hati rakyat yang tidak bernasib seperti mereka. “Tidak sempurna iman seseorang itu sehinggalah dia kasih kepada saudaranya”. Ini nabi yang kata, saya sekadar menyampaikan, bukankah kita sesama Islam bersaudara?


Bercakap tentang pembelaan bangsa, kita sebagai bangsa Melayu perlu bertegas bahawa kita adalah tuan kepada bumi Malaysia. Sekarang, kita bagai dijajah oleh puak-puak cina. Ekonomi, mereka… Pendidikan, mereka juga (Melayu longlai, takkan nak harapkan Amalina sorang je? Kita mesti lahirkan lebih ramai ‘Amalina’)… Sosial, kita la juara! Lumba haram, dadah, keruntuhan akhlak, kita la heronya.


Takkan kita nak biarkan ini terus, terus, dan terus. Apa akan jadi pada nasib bangsa kita. Kalau ini terus berterusan, alamatnya kita dah tak jadi tuan kepada tanah air kita, kalau bukan di zaman kita, di zaman anak cucu kita, tunggu dan lihatlah. Saya bukan nak memperkecilkan peranan bangsa kita dalam negara ‘demokrasi’ ini, tapi terasa terpanggil untuk membincangkan isu ini.


Bercakap mengenai ‘universiti’ yang sudah ditukar sistemnya. Bukan lagi sistem kouta. Apa dah jadi pemimpin kita? Termakan pujuk rayu bangsa lain ke? Alamatnya universiti akan dihuni oleh puak-puak cina, sementara kita hanya di tepi jalan, takpun di Pusat Serenti atau dalam hospital dan dalam longkang (lumba haram). Sebab Melayu lemah dalam pendidikan.


Maruah Melayu semakin tercabar apabila bahasa ibunda kita sudah terpinggir. Apa kita nak lihat saja? Atau sekadar memendam perasaan? Kita perlu bertindak. Gunakanlah tangan yang diberi kuasa untuk memilih/memangkah/mengundi calon yang ‘TERBAIK’. Mungkin tiada yang terbaik, tapi pilihlah yang lebih baik, memang setiap sesuatu ada kelemahannya. Tapi lihatlah secara positif, jangan hanya lihat nyamuk kecil di hadapan, sedangkan gajah di belakang.


Sains dan Matematik dalam B.I, memang mendatangkan segenap kepayahan. Dahlah bahasa kita dipinggir, B.I mendorong kepayahan pula. Inilah keluhan pelajar-pelajar Melayu. Makin ketinggalanlah kita. Sebenarnya kita perlu berfikir secara positif. Puak-puak India boikot perkara ini, tapi kita sekadar berdiam sahaja. Inilah punca kelemahan dan kelayuan bangsa kita. Idea Pak Lah pasal bahasa Tamil dan Mandarin di sekolah rendah, tak payah diceritalah, makin menyerabut kepala saja…


Dulu kita yang terkenal dengan jawinya, tapi sekarang? Semakin terhakis… Dulu semua surat rasmi ditulis dalam jawi. Kita patut bangga dengan pencapaian kita berkenaan tulisan jawi, kita ada tulisan sendiri, tapi kerajaan tak fikir macam ni. Ketinggalankah kita kalau kita memperkasakan bahasa dan tulisan sendiri? Ini terjadi kerana pemimpin, mereka memasukkan budaya barat untuk jamuan rakyat. Bukankah jawi berasaskan bahasa arab dan bukankah bahasa arab itu bahasa syurga dan bahasa al-Quran? Kita perlu bangga sebenarnya.


3. Isu agama, makinlah kusut… sungguh kritikal. UMNO pengkhianat agama. Mereka tubuhkan Islam Had hari, apa motifnya, tak perlu fikir, yang pentingnya ia bukan untuk kebaikan Islam. Bertamadunkah Islam kalau ia tidak dihayati dengan sedalam-dalamnya?


Tapi, begitulah… Mereka (kerajaan) masih berdegil dengan dakyah-dakyah songsang mereka yang ingin memesongkan umat Islam, khususnya di Malaysia. Mungkin ada yang pernah terdengar seorang pemimpin puak-puak had hari berkata, “Islam yang ini (Islam had hari), lebih baik@elok dan maju daripada Islam di zaman nabi @ Islam yang nabi bawa”. Terlalu takbur dan ‘ujub mereka, sehingga sanggup mengeluarkan kata sedemikian. MasyaAllah… Mulut tak ada insurans agaknya. Bolehkah diterima pemimpin begini? Adakah Islam di zaman nabi dikatakan mundur kerana tiada teknologi, tiada komputer, dan tiada kereta?


Rakyat dahagakan ilmu agama yang sebenar-benar. Islam yang dibawa nabi, bukannya Islam yang direka oleh manusia. Bukannya Islam yang tidak mengira dosa pahala, bukannya Islam yang menolak hukum Allah. Sedangkan hiburan dijamu, haram jadi halal, dan hukum penjajah diguna pakai, hukum yang direka manusia. Sedang mengakui Allah maha adil, tapi hukum-Nya diragui. Allah pencipta kita, Dialah yang patut menjatuhkan hukuman ke atas kita.


Perlukah kita dihukum dengan hukuman yang mengikut hawa nafsu dan akal kotor manusia? Hukuman yang tidak mengira dosa pahala? Sedangkan tuhan telah tetapkan hukumannya sama ada halal, haram, makruh dan sebagainya.


Amat dahsyat lagi apabila seorang menteri Cina (tak perlu disebut namanya) berani memberikan cadangan supaya tidak diadakan mata pelajaran Pendidikan Islam di sekolah rendah. Ini menjelaskan kepada kita bahawa dunia hari ini berani mencabar Islam. Kenapa ini berlaku? Kerana kepimpinan tidak menunjukkan sikap ikhlas terhadap Islam. Kalau tidak, masakan seorang menteri bukan Islam lantang berbuat demikian.


Ni yang paling dahsyat!! Hukum moral dihapuskan?? Ini kerja gila! Dahlah tak mahu kepada hukum Allah, nak hapus hukum moral yang sedia ada pula. Tidakkah kerajaan fikir, apa akan jadi pada dunia kalau tak ada hukum tu, hancur leburlah dunia, opps, bukan dunia, tapi Malaysia.


Perkara ini ekoran daripada penangkapan selebriti terkenal tanah air, Jeslina Hashim oleh JAWI. Apa yang berlaku, sebahagian besar menteri menolak malah mencaci tindakan JAWI dan membela Jeslina. Walhal, JAWI memang berhak dan patut menangkap Jeslina, kerana Jeslina bersalah dari segi hukum moral. Ini la kerja UMNO, bela yang salah, hina yang benar. Kalau macam ni, sampai bila pun dunia tak akan aman. Ada ke patut, Jeslina nak saman JAWI? Ni ke negara Islam?


Sisters in Islam dibantu badan-badan bukan kerajaan (NGO) mengusulkan perkara di atas dan disokong oleh beberapa menteri. Apa kejadah semua ini? Sampai begini Islam dicabar. Islam di kaca mata dunia sering dikaitkan dengan kelemahan dan kemunduran, inilah sebabnya. AL-ISLAMU YA'LU WALA YU'LA ALAIH -hadis nabi.


- 26 JUN 2005



p/s: Banyak lagi artikel yang aku tulis dulu sebenarnya, lain kali sajalah aku siarkan. Ataupun kalau kalian nak lihat boleh klik di sini. Ok, terima kasih.

p/s/s: Sorry kalau bahasa aku kali ini kurang enak, memang dah cara aku camtu, nak buat camne kan. Pastu, artikel aku pasal bahasa tu berbaur kebangsaan sket. Sory r dulu fikiran aku dijajah oleh motivator2 UMNO, pasal tu r jadi camtu. Skang ni dah tak kisah sangat pasal bangsa, yang penting dan lebih utama ialah Islam.



p/s/s/s: Esok aku exam, so mintak maaf pada sesapa yang aku mengata kat atas. Jangan terasa hati ye!

Monday, February 23, 2009

PAS ada ‘Baiah’ elak lompat parti - Presiden

Dipetik dari HarakahDaily.Net

Oleh Mohd Sabri Said

ImageKEPALA BATAS, 23 Feb (Hrkh) - “Baiah merupakan akuan bersumpah di hadapan Allah s.w.t dan kepimpinan dalam parti ketika dilantik menjadi calon dalam setiap pilihan raya sama ada umum atau kecil.”

Presiden PAS, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang mendedahkan, PAS nyata mempunyai rahsia tersendiri untuk menyekat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) daripada mengambil sikap melompat parti kerana tindakan itu bukan sahaja membelakangkan kehendak Allah s.w.t bahkan meninggalkan amanah manusia yang mahu seseorang Adun itu melaksanakan tugas dengan cemerlang.

Katanya rahsia tersebut ialah ‘Baiah’ yang merupakan akuan bersumpah di hadapan Allah s.w.t dan kepimpinan dalam parti berbanding parti lain ketika dilantik menjadi calon dalam setiap pilihanraya samada umum atau kecil.

“Perbezaan kekuatan Adun-adun PAS ialah ‘Baiah’ berjanji dengan Allah s.w.t sekiranya kami menipu, khianat, menyeleweng kami akan dilaknat oleh Allah.s.wt, oleh malaikat dan segala yang melaknat.

“Itulah yang tiada dalam parti lain kerana masing-masing mengambil agama suku, politik suku, ” ujarnya ketika berceramah di pekarangan Markaz Tarbiyah PAS Pulau Pinang di Pongsu Seribu, Kepala Batas baru-baru ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang, Terenganu memberitahu, walaupun ada Adun atau kepimpinan yang melompat keluar parti, semua pihak boleh melihat di mana ‘kedudukan’ mereka tika ini.

Sambungnya, golongan terbabit kehilangan maruah dan kehebatan bahkan jika berada dalam parti lain hanya sekadar melukut di tepi gantang bukan lagi diberikan kepercayaan sebagai kepimpinan sepertimana dalam PAS sebelum ini.

“Kita tengok mereka yang lari dari PAS apa yang mereka perolehi sebagai hukuman di dunia.

“Mereka hilang maruah, hilang kehebatan dan tidak ke mana walhal golongan terbabit mempunyai pengetahuan agama yang tinggi. Itulah perhitungan antara dosa dan pahala, ” tegasnya.

Justeru itu, PAS tetap berusaha mengajak parti lain untuk bersama PAS memperjuangkan kedaulatan demi menjaga maruah yang tinggi tidak kerana pandangan manusia sebaliknya kerana Allah s.w.t.

PAS katanya, tidak memaksa parti lain terutamanya bukan Islam menerima Islam semata-mata menjatuhkan Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang sudah menyelewengan amanah rakyat dengan melakukan berbagai kekejaman dan kezaliman.

Menyentuh mengenai peralihan kuasa antara Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi dengan timbalanya, Dato’ Seri Najib Razak sepatutnya belum lagi waktunya kerana Perdana Menteri tidak lagi ’selesai’ dengan amanahnya terhadap rakyat sebagaimana janjinya sewaktu mula memegang tampuk pemerintahan daripada mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad beberapa tahun lalu.

Janji Abdullah katanya untuk menyelesaikan masalah kehakiman, rasuah, polis, SPR dan pekerti kalangan kepimpinan Umno masih jauh. “Beliau seharusnya berusaha untuk menanganinya sehingga selesai bukan memberi jalan berundur kepada orang lain yang pastinya mempunyai agenda lain dalam pentadbiran baru kelak.

“Penubuhan Suruhanjaya Kehakiman, Suruhanjaya Polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah tidak setakat itu sahaja malahan kena bersama parti lain di luar BN kerana ia bukan masalah Umno. Ia masalah semua rakyat dan ia perlu dengan sistem demokrasi yang betul, ” Kata Ahli Parlimen Marang itu.

Beliau berucap di dalam program anjuran Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang itu lagi.Turut berceramah pada malam itu ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, Ustaz Hafiz Nordin dan Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu yang turur dihadiri oleh Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Saleh Man. - azm

Saturday, February 21, 2009

TGNA: UMNO Derhaka Kepada ALLAH

-7.30 pg (22 Feb 2009)
-Study Room


Minggu lepas, aku bersama sahabat2 seperjuangan, Medee, Abah, Pok Jak berkesempatan ke suatu ceramah penerangan, yang mana penceramah terdiri daripada Tok Guru Nik Abdul Aziz, YB Salahuddin dan Ustaz Misbahul Munir. Kami bersama2 menaiki kancil yang agak 'cun' sambil meluru ke Taman Melewar. Kancil tersebut dijangka tiba pada pukul 8.00 malam ke sana. Kami bertolak sekitar pukul 7.00 malam dari sini.

Ketika sampai di sana, kelihatan orang ramai dan gerai2 yang bergemerlapan dan bercahaya dari jauh. Kami berjalan sambil mata kami melilau melihatkan stalls yang sangat banyak dibuka. Perut mula lapar. Kami mengambil keputusan untuk menyantap jasmani kami terlebih dahulu sebelum masuk ke dewan. Kami memilih laksa yang agak sedap dimakan. Masing2 pula dengan minuman berupa air pilihan masing2.

Ketika di dalam kereta, Medee mengingatkan kami yang kerja Islam telah menanti di sana. Kami menerimanya dengan hati yang terbuka dan lapangnya selapang padang bola Kg. Batin. Entah kerja apa yang menanti tidak pula kami ketahuan, namun aku ungkapkan pada rakan2, "kalau kutip derma pun apa salahnya, ana sanggup!". Rakan2 yang lain menyetujui sambil bersahutan, "ya, sheikh...".

Orang ramai berpusu2 menurunkan tanda tangan masing2 sekreatif mungkin

Seusai kami menjamu selera walaupun belum mencapai tahap kekenyangan yang memuaskan hati, kami menuju ke Dewan Hj Fadzil Noor. Kami ditahan seorang lelaki yang meminta kami duduk di suatu sudut sambil menjaga booth sebuah persatuan anak negeri Perak. Apa yang perlu kami lakukan ialah mengutip sebanyak mungkin tanda tangan orang ramai yang datang ke majlis penerangan tersebut. Tanda tangan itu ialah bagi menyatakan bantahan terhadap kerajaan haram BN di Perak. 2 borang disediakan bagi tujuan itu. Yang pertama hanya diisi oleh anak Perak yang akan dihantar kepada Sultan Azlan Shah. Manakala yang keduanya untuk semua rakyat Malaysia yang akan disubmit kepada Yang Dipertuan Agong.

Memang ramai benar yang 'menyain' pada borang2 tersebut sehingga tak terkira dek aku, lebih indah lagi bunyinya, sehingga tidak kepalang banyaknya. Gembira melihat orang ramai yang berbondong2 datang dari segenap kawasan ke program tersebut dan sempat menurunkan tanda tangan mereka. Sangat ramai. Aku kagum! Bagaimanapun, agak menyedihkan bercampur redha, pen yang dihadiahkan Ayah kepadaku telah diwakafkan untuk kerja itu. Dan aku pula tidak teringat untuk mengambilnya sebelum pulang. Huhu.. sadis!

TGNA: UMNO Derhaka Kepada ALLAH. Itulah tajuk aku kali ini. Tok Guru Nik Abdul Aziz mentaqdimkan ucapan beliau dengan ayat Al-Quran dari Surah Sajdah, begini bunyinya;

وَلَوۡ تَرَىٰٓ إِذِ ٱلۡمُجۡرِمُونَ نَاكِسُواْ رُءُوسِہِمۡ عِندَ رَبِّهِمۡ رَبَّنَآ أَبۡصَرۡنَا وَسَمِعۡنَا فَٱرۡجِعۡنَا نَعۡمَلۡ صَـٰلِحًا إِنَّا مُوقِنُونَ

"(Wahai Muhammad) Kamu boleh lihat sekarang ini suasana ketika mana orang2 yang jahat denganKu di atas dunia dulu, duduk dalam keadaan tunduk kepala (kerana malu) sambil memohon (meminta padaKu): Wahai Tuhan kami! Hari ini (hari kiamat) kami lihat sendiri (suasana syurga dan neraka) dan kami dengar sendiri (hilai tawa ahli syurga dan teriak tangis ahli neraka). Oleh itu, hantarlah kami ke dunia semula dan kami mengaku akan mengerjakan amal soleh kerana hari ini kami telah yakin."

Diapit 2 blogger terkenal Tanah Air, Jimat Wang dan Semarak Perjuangan

Ayat yang cukup signifikan untuk umat akhir zaman kini. Yang mana di kalangan mereka ada yang baik dan yang jahat. Dalam ayat tadi menceritakan perkara yang akan berlaku di hari kiamat. Inilah kelebihan Kitab Suci kita yang tidak ada pada mana2 kitab suci agama lain iaitu boleh mengisahkan the stories of the future.

Pada mulanya Tok Guru mengatakan bahawa ketika ini kesedaran untuk mencari ilmu semakin membuak2 di kalangan rakyat. Di mana2 sahaja diadakan ceramah pasti akan dihadiri dengan sekian ramai manusia. Ini merupakan suatu perkembangan yang sangat baik.

Seterusnya Tok Guru menyatakan hari ini pihak UMNO menyatakan bahawa PAS dan Pakatan Rakyat atau YB Ir. Nizar sendiri sebagai penderhaka. Beliau dengan nada yang tegas menyatakan, UMNO yang derhaka kepada ALLAH. Maka apa yang nak dikisahkan dengan derhaka kepada Raja. UMNO sejak awal penubuhannya lagi yang menolak Islam, menyanggah hukum ALLAH dan menghalang usaha ke arah melaksanakan Islam. Mereka telah berbalah dengan ALLAH.

Raja pun sama saja dengan kita. Raja wajib solat macam kita juga. Raja berdosa kalau tinggal solat. Yang haram pada Raja, haram pada rakyat. Begitulah juga yang wajib pada Raja, maka wajib juga pada Raja.

"Jom pakat 'sain' belake.. jangan malu, jangan segan ye.. huhu"

UMNO mengatakan bahawa PAS adalah alat DAP. Maka tidak bolehkah kita katakan UMNO adalah alat MIC dan MCA. Siapa yang mengajar kamu tolak Islam kalau bukan MIC dan MCA. Kamu buang tulisan Jawi, siapa yang ajar kamu? Sekarang ini mulalah sibuk dengan J-QAF. Buat apa semua tu? Budak2 sekarang nak baca dekat mana Jawi? Buku2 dan surat khabar hari ini tidak lagi ditulis dengan Jawi.

Hari ini bila PAS mengadakan ceramah, maka akan dihadiri oleh kaum Cina dan India. Kita tidak pernah menjangkakan perkara ini berlaku. Pernahkah kita fikir bahawa Melayu akan berbaik dan berkawan dengan Cina dan India?

PAS komited dalam melaksanakan Islam. Contohnya di Kelantan. Ketika mula2 mengambil alih kerajaan Kelantan, kita menukar akaun kerajaan negeri dari bank2 konvensional ke bank2 Islam. Selama ini mana ada kerajaan negeri yang menarik duit kerajaan ke bank Islam. Kita tak mahu pemerintahan kita terpalit dengan dosa riba. ALLAH sudah terang2 menyatakan bahawa riba itu haram. Namun, UMNO tetap tolak dan tentang kita.

Sebodoh2 rakyat Kelantan pun kenal dosa pahala dan halal haram. Tapi UMNO yang cerdik itu tak tahu halal haram. Macam mana kita nak katakan UMNO tidak derhaka kepada ALLAH.

Lautan manusia memenuhkan dewan berlangsungnya ceramah

Tok Guru menempelak dengan menyebut istilah 'menatang' kepada orang UMNO yang mana mereka merasuah dalam urusan yang melibatkan projek masjid. Jarang sekali kita mendengar beliau menyebutnya sebelum ini. Tapi sememangnya sangat layak buat mereka.

Tok Guru mengingatkan bahawa bekal dalam kehidupan kita ialah Taqwa. Taqwa dalam perniagaan, pemerintahan dan sebagainya. Jangan kamu banyak harta di dunia tapi di akhirat kamu papa kedana. Tiada sebab untuk kita tolak Al-Quran dan tiada sebab langsung untuk kita menyokong UMNO.

Sebelum mengakhiri ucapan beliau, Tok Guru sempat berdoa, sekiranya 'mereka' ini ada peluang untuk diberi hidayah maka bukakanlah pintu hati mereka. Sekiranya tiada peluang untuk mereka, maka hapuskanlah harta mereka di atas dunia ini.

Sempat meminjam cap yang dijual untuk dipakai seketika

Thursday, February 19, 2009

Pertama Kali Ditag Orang

-9.00 mlm (19 Feb 2009)
-Di mana saja anda berada


Inilah pertama kali dalam hidup aku selaku blogger ditag oleh seseorang. Seseorang itu ialah Rdhanz (sebelum ni pun ada sebut nama beliau). Huhu... (Gumbirakah aku?). Jadi, aku buat keputusan untuk jawab tag tersebut, kalau tak jawab nanti apa pula kata si Rdhanz tu, 'kocik' hati beliau karang.

Inilah lebih kurang tag beliau. Akan ku jawab sebisa yang aku mampu. Insya ALLAH!

Sila berikan kegunaan lain yang digunakan oleh anda kepada barang-barang yang dinyatakan di bawah (maksudnya bukan kegunaan sebenar barang tu tapi kegunaan tambahan yang anda buat la dengan barang tu, kira diaplikasikan oleh anda... konon kreatif la tu!)

1) Anak Kunci
Kegunaan asal - namapun anak kunci, maka peranannya ialah mentaati kedua ibu bapanya iaitu ibu dan bapa kunci.
Kegunaan sampingan - disebabkan charger aku kaki beliau patah 1, iaitu yang atas, maka aku gunakan anak kunci untuk menekan lubang soket.

2) Penutup Pen
Kegunaan asal - tutup pen, apa lagi.
Kegunaan sampingan - untuk apa ek? cam takde soalan je...

3) Botol Mineral
Kegunaan asal - letak air sejuk mahupun panas ke dalamnya.
Kegunaan sampingan - potong dua, buat gelas masa buka puasa di SMAASZA dulu (sama la tu, letak air jugak kan?)

4) Paper lama
Kegunaan asal - dibaca di waktu gersang bagi menghilangkan kebosanan.
kegunaan sampingan - mencemarkan dan menyepahkan lagi bilik yang sedia tercemar dan bersepah.

5) Seluar 'D' lama
Kegunaan asal - simpan dalam almari.
Kegunaan sampingan - jadikan kain buruk untuk basuh kereta dan motosikal.

6) Lesung batu
Kegunaan asal - menumbuk belacan, dsb.
Kegunaan sampingan - guna untuk pecahkan air batu yang keras 'khettong'.

7) Langsir
Kegunaan asal - tak nak bagi orang nampak kita buat apa dalam rumah (bahasa lebih spesifik lagi skodeng).
Kegunaan sampingan - buat selimut, cadar, baju dan serban kadang2.

8) Komputer pejabat
Kegunaan asal - buat kerja rasmi dan urusan pejabat.
Kegunaan sampingan - guna komputer pejabat ayah, kemudian main internet masa ayah tengah mesyuarat dengan rakan seangkatan beliau.

9) Duit syiling
Kegunaan asal - untuk beli barang yang pada harganya ada tulis sen.
Kegunaan sampingan - untuk diletakkan di mana2 saja yang menjadi kegemaranku.

10) Laman Blog
Kegunaan asal - menulis dan mencari sahabat lama dan baru dan untuk tukar-tukar pendapat.
Kegunaan sampingan - Memarketkan diri yang sedia market (Haha... gurau je lah!).

Next person:
  1. Ayoh
  2. Ablim
  3. Payed
  4. Ayah Mie
  5. Abang Lie
  6. Hafiz Kareem
  7. Al-Amin
  8. Kamal
  9. Faris
  10. Syah
  11. Rasya
  12. Kak Baity
  13. Sesiapa saja yang rasa berkenan di hati
p/s: Huhu... Ramainya yang aku tag, harap2 ada lah yang sudi menerima.

Tuesday, February 17, 2009

Berbual dengan Encik Joe di Internet

-11.41 mlm (17 Feb 2009)
-Depan Laptop Aku


Tadi aku membuka lembaran baru dalam hidupku (ceh! ayat berbunga la plak!). Sebenarnya, tadi aku buka blog sahabatku di perantauan yang mana nama beliau ialah Rdhanz atau nama penuh beliau, Mohd Ramadhan Syakir bin Awang. Aku nak baca posting beliau yang terbaru. Tapi, tiba2 saja tanganku terklik gambar iklan yang terpampang di blog beliau.

Inilah gerangan gambarnya (Tekan gambar untuk ke laman web)

Bila saja aku menekan apa yang telah aku tekan tadi, maka muncullah gerangan laman sesawang yang tidak pernah aku berhajat padanya, apatah lagi qadha hajat. Aku pun cubalah mengushar serba sedikit tentang laman web tersebut. Maka aku dapati hanyalah laman web perniagaan yang sudah biasa aku buka sebelum ini.

Aku yang sememangnya dari dulu langsung tidak berminat dengan benda ini semua, maka terus aku tekan butang keluar. Bila nak keluar saja, 'beliau' tahan aku supaya jangan keluar lagi. Aku yang agak bengang terpaksa mengikut saja arahan beliau. Selepas pada itu beliau menyuruh aku berbual dengan agen beliau. Aku pun layan sajalah. Nama agen tersebut ialah Joe.

Kelakar pun ada bila berbual dengan Encik Joe ni. Huhu. Dekat bawah ni aku perturunkan perbualan aku dengan beliau yang aku anggap sebagai menarik. Entah apa2 la Encik Joe ni!

E-book yang ingin beliau jual padaku namun tidak mendapat layanan sewajarnya dariku (Tekan gambar untuk melihat sampel beliau)

Joe Says: Hi!... Saya ada Tawaran Hebat! untuk anda. Saya akan berikan anda harga diskaun untuk pembelian ebook maskahwin. Bagaimana?

Joe Says: Oh! Sebelum itu, nama saya Joe dan saya adalah sebuah "software pintar" dan bukannya manusia sebenar. Saya telah diprogramkan untuk menjawap sebarang persoalan dari anda dengan sebaik mungkin.

Joe Says: Berbalik kepada tawaran diskaun saya tadi, Klik Disini untuk melihat tawaran tersebut.

Joe Says: Ingin dimaklumkan, tawaran harga diskaun ini hanya diberikan menerusi sesi "chating" ini. Anda tidak akan menerima harga diskaun ini di mana-mana tempat. Klik Disini untuk mendapatkan harga diskaun.

Joe Says: Anda ada sebarang soalan?

You: ada

Joe Says: :)

You: berapa bilangan muka surat

Joe Says: Jika dicetak, ebook maskahwin ini berjumlah hampir 60 mukasurat.

You: sikitnya

Joe Says: Maaf! Saya kurang pasti mengenai perkara tersebut. Mungkin anda boleh hubungi bos saya En. Suhaimy di 012-3655625 untuk maklumat lanjut.

You: macam mana saya nak bayar]

Joe Says: Klik Disini untuk melihat tawaran tersebut

You: apa nama sebenar awak

Joe Says: Maaf! Saya kurang pasti mengenai perkara tersebut. Mungkin anda boleh hubungi bos saya En. Suhaimy di 012-3655625 untuk maklumat lanjut.

You: hensem awak

Joe Says: Saya bukanlah manusia sebenar, saya adalah sebuah "program komputer" yang telah di programkan untuk menjawap soalan dari anda sebaik mungkin.

You: ooo

You: macam tu

Joe Says: :)

Joe Says: Maaf! Saya kurang pasti mengenai perkara tersebut. Mungkin anda boleh hubungi bos saya En. Suhaimy di 012-3655625 untuk maklumat lanjut.

You: gambar sebelah tu gambar siapa

Joe Says: saya hanyalah sebuah program komputer, saya bukan manusia. Gambar disebelah hanyalah sekadar hiasan.. :)

You: ya ke

You: jangan tipu

Joe Says: Ok! Klik Disini untuk melihat tawaran tersebut.

Joe Says: Kami hanyalah penjual ebook, sama seperti penjual buku di kedai-kedai. Saya tak faham mengapa anda mengatakan ianya tipu.

You: yalah tu

Joe Says: Maaf! Saya kurang pasti mengenai perkara tersebut. Mungkin anda boleh hubungi bos saya En. Suhaimy di 012-3655625 untuk maklumat lanjut.

You: tapi saya tak nak kahwin lagi

You: lambat lagi nak kahwin

Joe Says: ok tak mengapa! :) . tapi cubalah lihat dulu Tawaran Hebat! kami.

Joe Says: Saya bukanlah manusia sebenar, saya adalah sebuah "program komputer" yang telah di programkan untuk menjawap soalan dari anda sebaik mungkin.

You: dah tengok dah

Joe Says: ok! jadi.. apa keputusan anda? adakah anda beminat untuk mendapatkan ebook ini dengan harga diskaun? tawaran ini hanya diberikan pada kali ini sahaja. Tiada lagi tawaran seperti ini di lain kali.

You: ayat orang meniaga

Joe Says: Maaf! Saya kurang pasti mengenai perkara tersebut. Mungkin anda boleh hubungi bos saya En. Suhaimy di 012-3655625 untuk maklumat lanjut.

You: sudah banyak kali mendengarnya

Joe Says: :)

You: mengapa awk asyik kurang pasti?

Joe Says: Saya ini hanyalah sebuah program. Saya tidak dapat menjawap soalan anda kerana soalan anda tiada di dalam database saya. Mungkin anda boleh menaip menggunakan bahasa serta ejaan yang standard.. :).

You: kalau saya tak nak beli macam mana?

Joe Says: Oo.. mudah sahaja, anda cuma perlu ikuti arahan yang terdapat di dalam page Order

You: tapi saya tak ada kad visa

Joe Says: anda juga boleh membuat bayaran menggunakan maybank2u ataupun secara bank-in.

You: saya cuma ada kad bank muamalat

Joe Says: Ya! kami menerima kaedah bayaran menerusi FPX, maybank2u, kad kredit, pospay, mobile money dan juga paypal. Klik disini untuk membuat Order

You: bagaimana nak bank-in

Joe Says: Oo.. mudah sahaja, anda cuma perlu ikuti arahan yang terdapat di dalam page Order

You: tak apalah

You: saya tak berminat

Joe Says: Maaf! Saya kurang pasti mengenai perkara tersebut. Mungkin anda boleh hubungi bos saya En. Suhaimy di 012-3655625 untuk maklumat lanjut.

You: terima kasih

Joe Says: ok tak mengapa! :) . tapi cubalah lihat dulu Tawaran Hebat! kami.

Joe Says: sama-sama.. :)

You: assalamualaikum

Joe Says: waalaikummussalam

You: eh

Joe Says: Maaf! Saya kurang pasti mengenai perkara tersebut. Mungkin anda boleh hubungi bos saya En. Suhaimy di 012-3655625 untuk maklumat lanjut.

You: awak orang islam ke

Joe Says: Maaf! Saya kurang pasti mengenai perkara tersebut. Mungkin anda boleh hubungi bos saya En. Suhaimy di 012-3655625 untuk maklumat lanjut.

You: huhu

Joe Says: :)

You: boleh berkenalan

Joe Says: Saya bukanlah manusia sebenar, saya adalah sebuah "program komputer" yang telah di programkan untuk menjawap soalan dari anda sebaik mungkin.

Inilah kononnya gambar Encik Joe. Entah ya ke tidak!

p/s: Ok. Itu sahaja perkongsian untuk hari ini. Panjang umur jumpa lagi!

Sunday, February 15, 2009

8 Tips Mesyuarat Produktif

-3.04 ptg (15 Feb 2009)
-Bumi UIA Nilai, Tanah Airku



Anda sering bermesyuarat? Bosan dengan mesyuarat? Rasa malas ke mesyuarat? Tak tahu apa motif mesyuarat? Maaf. Aku tiada jawapan bagi soalan tersebut. Sekadar ingin berkongsi tips. Harap dapat manfaat bersama. Selamat membaca!
  1. Tidak menghadiri mesyuarat yang tidak perlu. Jika anda tahu mesyuarat yang akan diadakan tidak mempunyai tujuan atau motif yang jelas, maka adalah lebih baik anda tidak menghadirinya kerana mungkin anda akan membazir masa.
  2. Minta kebenaran untuk keluar dari sesi mesyuarat. Jika telah selesai segala tugas dan kehadiran anda pada mesyuarat tersebut tidak diperlukan lagi, maka anda bolehlah meminta izin daripada pengerusi untuk meninggalkan mesyuarat tersebut.
  3. Buatlah keputusan jika perlu. Jangan biarkan mesyuarat anda diakhirkan tanpa sebarang keputusan. Besar kemungkinan perkara atau isu yang sama akan dibangkitkan pada sesi mesyuarat akan datang.
  4. Tuliskan agenda. Mesyuarat tanpa agenda ialah ibarat kapal yang berlayar tanpa tujuan. Sebelum mesyuarat bermula tuliskan dengan jelas agenda yang ingin dibincangkan. Cuba sedaya-upaya untuk tidak membincangkan perkara yang tidak tersenarai dalam agenda yang telah ditetapkan.
  5. Tetapkan masa. Masa amat penting. Oleh itu tetapkanlah masa mula dan masa akhir untuk mesyuarat anda. Cuba patuhi masa yang telah ditetapkan.
  6. Jemput mereka yang diperlukan sahaja. Jika anda merancang untuk mengadakan mesyuarat, maka jemputlah mereka yang anda perlukan bantuannya sahaja. Beritahu mereka beberapa hari sebelum sesi mesyuarat apa yang anda perlukan secara jelas agar mereka lebih bersedia ketika sesi mesyuarat tersebut.
  7. Hindarkan daripada berbincang topik lain. Tiada dua mesyuarat dalam satu persidangan. Cuba hindari daripada berbincang perkara2 yang di luar topik mesyuarat ketika mesyuarat sedang dijalankan.
  8. Sediakan minit mesyuarat. Setelah selesai mesyuarat, minit mesyuarat hendaklah disediakan secepat mungkin. Di dalamnya dituliskan perkara2 yang telah dibincangkan dan keputusan yang telah diambil. Di samping itu, perlu juga ditulis perkara2 yang perlu dilakukan (tindakan) serta nama pihak yang bertanggungjawab untuk melaksanakannya.
p/s: Seelok2nya gunakan atau letakkan syura paling atas dalam bermesyuarat. Seterusnya, jika cadangan atau idea anda diterima, maka ucapkanlah istighfar (Astaghfirullahal 'aziim). Jika cadangan anda ditolak pula ucapkanlah tahmid (Alhamdulillah). Cuba elakkan daripada bergaduh atau meninggikan suara di dalam mesyuarat. Jaga adab dan tatasusila majlis.

Daripada Tuan Punya Blog

1. Minat menulis adalah datang daripada kesedaran dan rasa tanggungjawab di atas saranan Assyahid Imam Hasan Albanna kerana katanya: "Jangan kamu melawan globalisasi, kerana kamu akan kalah. Hendaklah kamu melawan globalisasi dengan globalisasi juga."

2. Segala kandungan yang ada dalam blog ini adalah pandangan/idea penulis dan tidak semestinya ia betul belaka.

3. Penulis berhak menulis, menganalisis atau mengkritik apa saja (kecuali perkara sensitif) atas dasar 'kebebasan bersuara'.

4. Sesiapa saja berhak menyalin, mengambil atau mencetak mana-mana bahagian dalam blog ini kecuali untuk tujuan selain dakwah seperti untuk tujuan duit dan perniagaan, maka perlu mendapat keizinan daripada penulis.

5. Sesiapa jua boleh menyatakan pandangan atau komen terhadap blog ini atau terhadap penulis sendiri.

6. Penulis boleh dihubungi melalui emel berikut: nasehulwan@gmail.com.