Halaman Blog

Pengikut yang Baik Hati

Jiwa Terasing @ Pesbuk!

Masih adakah lagi ghuraba'? Jika ada, kitakah ghuraba' itu?

Di saat orang lain memilih untuk meminum arak, kita menjadi terasing kerana sibuk mencari makanan yang halal.

Di kala orang lain terbiasa dengan skirt dan boxer, kita ganjil kerana tegar mempertahankan jubah dan kopiah di kepala.

Ketika orang lain merasa senang dengan bermain golf, kita dianggap pelik kerana berhenti dari permainan semata-mata untuk mengerjakan solat.

Tatkala orang lain merasa bangga punya kekasih yang ramai, kita diherdik dan diketawakan kerana masih belum punya teman wanita.

Jika anda pernah berasa asing, ganjil, pelik, ditertawa, disinis, disindir, atau diperlekeh kerana mempertahankan kehidupan yang berprinsip seperti itu, terimalah khabar gembira yang disampaikan oleh Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.

Tooba lil Ghurabaa’!

Tuesday, May 26, 2009

Asih Bangga Punya Abang seperti Abreh


Abreh adalah insan yang paling bermakna dalam hidupku. Abrehlah watak utama dalam membentuk baik buruknya aku. Antara adik-beradikku, siapa yang selalu marah2 pada aku? Abrehlah. Siapa yang selalu sepak terajang aku? Abreh juga. Siapa lagi yang selalu memaksaku ke surau kalau bukan Abreh. Payah amat mencari abang persis Abreh.

Masihku ingat, sewaktu kami kecil dahulu kami selalu mandi sama2 (huhu..). Pernah juga kami berdua ditinggalkan oleh Ayah di Surau Hj Jaafar di Seberang Takir akibat terlalu leka. Selesai solat Isyak Ayah terus menaiki kereta dan pulang meninggalkan kami. Ayah sememangnya seorang yang tegas. Ayah memang tegas dalam disiplin masa. Sudah puas kami ditinggalkan di rumah akibat lambat bersiap. Walaupun kami ketika itu masih kecil, kalau tidak silap masih di sekolah rendah. Kami terpaksa pulang berjalan kaki dari Seberang Takir ke Rumah Murah 100 Teluk Ketapang, rumah Tok kami.



Kalau nak tahu, Abreh ketika kecil2 dulu suka kencing malam (haha! terbongkar rahsiamu). Kalau bab bola Abreh peminat Liverpool, manakala aku Arsenal, Ablem Chelsea dan Payid Man U. Memang seronok kalau bercerita bab kami 4 beradik (Dah Abang gwane citer?). Kalau bab gusti pula Abreh meminati The Rock dan Jeff Hardy. Kami punya figur2 wrestling masing2. Keluarga kami adalah peminat wrestling. Tokki Gang merupakan kipas-susah-mati gusti. Ketika demam pun beliau sanggup bangun semata2 kerana gusti. Pernah Ayah Su dan Ayah Yard bergaduh dulu2 namun tak diendahkannya juga kerana gusti. Ngee~~

Sejak kecil hinggalah aku sebesar alam ini, Abrehlah yang selalu berdamping denganku. Yang selalu bergurau senda denganku. Selalu bergaduh denganku. Selalu memberi kata nasihat padaku. Sungguh besar jasa dan pengorbanan Abreh buat adiknya yang seorang ini. Bisakah aku melenyapkannya begitu saja?

Abreh seorang yang kelakar dan selamba. Di sekolah (SMAASZA), semua orang suka berdamping dengannya. Abreh power dalam pelajaran, mungkin sebab itu orang sukakannya. Walaupun ditaklifkan sebagai Ketua Pengawas di sekolah, yang sepatutnya menjadi orang no. 1 dibenci di sekolah, tapi lain pula jadinya dengan Abreh. Semua pelajar sukakannya dan menyayanginya. Alhamdulillah, aku ditakdirkan bersekolah di tempat yang sama dengannya iaitu di SMAASZA. Aku sempat setahun bersama dengannya di sana.

Aku masih ingat, setiap kali solat Isyak, solat Isyak yang berimamkan Abrehlah yang sentiasa ditunggu2 para pelajar ketika itu. Abreh punya suara yang unik. Mungkin dalam bidang nasyid Abreh tidak begitu menonjol, tetapi dalam bacaan al-Quran termasuk tarannum Abreh punya reputasi yang cukup kuat, sehingga ada seorang guru Tilawah yang mengatakan suara Abreh dalam tarannum lebih sedap daripada Ablem. Itu belum lagi mendengar Abreh mengalunkan azan. Cukup menusuk kalbu bak kata orang sastera.

Abreh adalah pelajar terbaik STAM peringkat negeri Terengganu tahun 2007. Kecoh dan kontroversi jugalah apabila Abreh langsung dianak tirikan dengan tidak diberi pinjaman pun oleh kerajaan negeri, jauh sekali biasiswa. Namun ALLAH menjanjikan yang lebih baik untuk Abreh. Abreh mendapat sumbangan yang sangat banyak daripada ahli Jemaah di seluruh Malaysia. Yang peliknya, mereka yang mendapat pinjaman pula terpaksa meminjam daripadanya apabila duit mereka masuk lambat. Abreh bukan saja hebat dalam bidang akademik, malah dalam bidang kokurikulum juga. Abreh pernah menang dalam pidato bahasa Arab dan Tilawah al-Quran peringkat sekolah menengah agama negeri Terengganu.

Kini Abreh meneruskan lagi cita2 yang tersemat kemas di dadanya untuk menjadi ulamak dengan menyambung pelajarannya di Universiti Al-Azhar dalam bidang Syariah. Rasa bersalah pula dengan Abreh apabila aku yang dulunya sangat bercita2 ke sana dan selalu berjanji untuk ke sana. Akhirnya impian itu lenyap begitu saja. Bukan tidak berminat, minat itu tetap ada. Tapi apakan daya Tuhan mentakdirkan aku untuk tercampak di sini. Aku redha.

Jika ditanya menyesalkah aku ke sini. Aku sekali2 tidak menyesal dengan ketentuanNya. Mungkin juga ada hikmah yang tersendiri dan ada hadiah yang lebih besar bagi menggantikan doaku untuk ke sana yang tidak termakbul. Tapi hati mana yang tidak terluka apabila azam yang ditekad kemas, hancur dan hangus sebegitu saja. Tanyalah Kamal, Muzani, Muiz dan sahabat2 seSMAASZAku yang lain. Bila ditanya ke universiti mana aku selepas ini, pasti dijawab Al-Azhar Mesir. Memang ada di kalangan sahabat yang tidak percaya dengan keputusanku untuk ke sini. Aku pun tidak pernah terfikir untuk ke sini. Pernah aku tulis di sekeping kertas ketika disuruh oleh seorang pengendali sebuah program motivasi anjuran pihak sekolah kepada pelajar SPM, di bawah ruangan universiti pilihanku, “al-Azhar as-Syarif, Intazirni! Sa’ahdhuru ilaika!”, tulisku. Itulah ungkapan yang menjadi kata2 semangat buatku suatu masa dulu.

Nampaknya aku sudah lari tajuk ni. Bukannya ruangan bercerita pasal diri aku. Silap pula. Maaf ya! Apapun aku masih ingat yang Abreh pernah memberi motivasi padaku dulu, katanya “Belajo mana2 pun sama je. Asal kita bersungguh nak belajo. Kalo belajo Mesir pun tapi malas, dok guna gok”. Aku begitu butuh pada motivasi2 Abreh. Abreh jugalah yang banyak membetulkan kesilapan bacaan al-Quran dan tata tetibku dalam solat. Sudah lama rasanya tidak ber’ym’ dengannya. Walaupun kadang2 kami berchating tentang perkara yang mengarut, tapi Abreh tidak pernah lekang memberi nasihat padaku. Abreh juga selalu bertanya khabar kami di Malaysia. Abreh sentiasa tak jemu menelefon keluarga di rumah.


Rindu pula pada soalan2 i’rob Abreh. Ada saja jumlah yang disuruh i’rob olehnya. Aku banyak belajar tentang nahu dengan Abreh. Abreh memang pakar Nahu. Aku makin jatuh cinta pada Nahu pun atas galakan Abreh. Abreh suka bertanyakanku soalan Nahu. Apabila aku menjawab dengan betul, beliau pasti memujiku, “Asih hebat!”. Aku pula membalas, “Abreh hebat gi”. Tapi bila aku musykil dalam Nahu dan aku bertanya soalan Nahu pada beliau, pasti aku yang kena, “Mung sek lughoh kan! Wanne tanye aku”.

Abreh sangat dikenali sebagai seorang yang humble. Sangat merendah diri dan bersederhana orangnya. Bajunya pun kadang2 dipakai dalam seminggu, baju yang sama saja. Abreh tidak punya banyak baju. Abreh lebih suka menggunakan baju yang ada dan yang telah lama. Abreh juga bukan seorang yang menyombong diri, namun sudah menjadi tabiatnya yang suka memuji dan berbangga dengan diri sendiri, aku mengangapnya sebagai gurauan sahaja kerana aktiviti itu hanya dilakukan di kalangan orang yang dikenali.

Masih aku ingat Abreh membelikan Kopiah Perwakilan padaku. Sehingga kini aku tak lekang memakainya. Tanda ingatan dan penghargaan yang tidak pernah putus2 padanya. Abreh bukanlah jenis yang berkira orangnya. Bila ada duit, pasti dibelanjakan dengan betul. Namun tidaklah pula boros orangnya. Abreh lebih suka berjimat. Sebelum menjejakkan kaki ke Mesir, Abreh sempat menghadiahkanku sepasang kasut hitam dan not berjumlah RM50. Aku sangat gembira kerana Abreh menghargai diriku, huhu.. Abreh juga menghadiahkan mak seutas jam tangan yang mahal, ayah sebuah handfone Nokia N70 dan juga adik-beradik yang lain. Jam yang aku pakai kini pun sebenarnya adalah hadiah daripada Baitul Mal Wilayah Persekutuan yang diterima beliau, tetapi 'disedekahkan' kepadaku.

Di rumah Abreh selalu menolong mak, sama ada si dapur atau membakar sampah di luar rumah. Kalau tidak pun ke kedai membeli barang2 yang diminta mak atau ke rumah tok bagi menghantar makanan. Rasa berdengki pula apabila mak selalu memuji Abreh di depanku. Insya ALLAH, Asih akan mengikut jejak Abreh.

Kepulangannya tahun lepas sangat menguja dan mengembirakanku. Akhirnya ketemu jua penawar rinduku pada Abreh. Ketika itu aku menghabiskan masa berbual2, berkongsi cerita dan bermain PES 2009 dengannya. Abreh pulang ke Malaysia kerana disahkan mengalami Hepatitis B atau penyakit kuning sehingga habis seluruh badannya menjadi kuning (kira maskot DiGi r! huhu). Doktor di Mesir mengatakan yang penyakit itu berbahaya dan digambarkan sebagai sangat teruk. Tapi lain pula yang berlaku ketika Abreh memeriksa kesihatannya di Malaysia. Kata doktor itu, “Woh, sakit ning je.. Bukan ada nape2 pon.. Dok teruk mane eh.. Dakyoh balik dakpe..”. Itulah gerangannya, hampa.

Asih sangat kagum dengan Abreh. Abreh, doakan semoga Asih dapat menjadi seperti Abreh. Asih rindu sangat pada Abreh. Pernah Asih bermimpi yang Abreh pulang ke rumah dengan wajah Abreh yang bercahaya. Asih bagaikan tidak percaya ketika itu. Mungkin Asih terlalu teringatkan Abreh sehingga terbawa2 dalam mimpi.

Asih tahu yang Abreh pasti membaca entri ini. Asih doakan semoga Abreh sihat sepanjang hayat (jangan kuning2 lagi deh!), sentiasa dalam rahmat dan keberkatan ALLAH, dimurahkan rezeki yang halal, dipanjangkan umur dalam kebaikan, dipermudahkan dalam semua urusan, nagah dalam imtihan, berjaya di dunia dan di akhirat dan dikasihi oleh makhluk di langit dan di bumi (macam doa Abreh je kan?). Lupa nak bagitahu, "Asih sayang ngat Abreh!" (haha.. jiwang plek!).

Kalau diikutkan memang terlalu banyak yang ingin dicoret mengenai Abreh. Kerana Abrehlah orang yang paling rapat denganku. Cukuplah setakat ini contenganku di blog ini. Bukan niatku menulis untuk mengelakkan blog ini daripada bersawang, tapi menghargai apa yang aku ada dan ALLAH kurnia padaku, iaitu insan yang paling aku sayang di dunia ini, Abreh. Abrehlah sebaik2 abang yang Asih ada! Moga kita ketemu di syurga yang dijanjikan buat mereka yang beriman. Ameen...

Perbualanku dengan beliau melalui YM:
nasih ulwan: salam
nasih ulwan: reh
Abdulloh Hares Zakaria Takeery: wsalam
Abdulloh Hares Zakaria Takeery: nape
nasih ulwan: dgn ini aku mengucapkan selamat hari lahir
nasih ulwan: sanah helwah ya akhuya mahbub
nasih ulwan: salam 'id miilaad
nasih ulwan: tggu jap
nasih ulwan: nk mikir ayt sdak jap
nasih ulwan: hhuhu
Abdulloh Hares Zakaria Takeery: ten Q laa
Abdulloh Hares Zakaria Takeery: tp kat nung 16 doh
Abdulloh Hares Zakaria Takeery: bkpe yg lambat ngat
nasih ulwan: ye ah
nasih ulwan: ak x igt td
Abdulloh Hares Zakaria Takeery: aku ingat mu x ingat doh
nasih ulwan: ak kan byk mikir
nasih ulwan: x dang nk mikir psl tarikh ni
nasih ulwan: igt dh bellom ni
nasih ulwan: tp tiba2 je luput g2 je
nasih ulwan: tekgi ak tulis r psl mg lam blog
nasih ulwan: byk ak update benornye
nasih ulwan: xdang ekpon
nasih ulwan: mlm esk ak nk g dah
Abdulloh Hares Zakaria Takeery: x pe ah
Abdulloh Hares Zakaria Takeery: sape ade umoh tuh
Abdulloh Hares Zakaria Takeery: ke tdo blake doh
nasih ulwan: x g
nasih ulwan: benah,mok,ayoh n ak je x tdo g
Abdulloh Hares Zakaria Takeery: doh bkpe ayoh, mok ,benah x tdo g
Abdulloh Hares Zakaria Takeery: bary balik jln ke
nasih ulwan: x,x eh
nasih ulwan: x au gop
nasih ulwan: reh
nasih ulwan: pekse blh jwb x BUZZ!!!
Abdulloh Hares Zakaria Takeery: doh mu x tdo g
nasih ulwan: nk tdo r ni

Bersama keluarga arwah Cik Dah di Sekayu (Abreh paling kanan)
Kenangan menganjurkan liga bola sepak di kampung (Abreh kanan sekali)


10 comments:

nasikerabupetro said...

Apasal akak pulak yang nangis ek?huhu...

radhiahsyahida said...

ye ar..
sdih plop bace..

Naseh Ulwan said...

>nasikerabupetro

ye ke?wah..sy bjaya men'touching'kn org..huhu

>radhiahsyahida

sdih anya..rilek doh r! beng sungguh ngat!

TENGKU KHAIRUL IDHAM said...

Wakpe yg posisi tangan areh dok stabil dlm gambor ngan cik dah tu???huhuuhu

Mcm nok nopat je..wakaka

Naseh Ulwan said...

>TENGKU KHAIRUL IDHAM

sebenarnya beliau cuba untuk menyamakan ketinggian beliau dgn anak cik dah (jang) dan ana..tp buruk benor plop jdnya..tp yg pasti ana lg tinggi dr beliau skang ni..hoho

HaresTakeery said...

huh...terharu guh abreh..walopon lambat sket(padahal byk)..sibok exam. bleh tahan gop mu lepas prasaan sih..sedih terus..huhu

ten Q atas ingatan & ucapan tulus ikhlas suci murni tu. walopon abreh x stuju mane dgn 'kencing malam' tu, abreh tetap teruja dgn mimpi pelik mu tu..haha. tapi abreh rase bkn muke abreh yg bcahaye tuh..tapi pale abreh..haha.

gane2 pom, abreh tetap sayang mu. abreh doakan mu jadi lebih baik drp abreh..siapelah abreh jika nok dibandingkan dgn mu. semoge asih dikasihi Alloh, Rosul, & manusia2. Serta tercapai cite2 yg diimpikan asih..semoge najah lam hidup.

sebagaimane kite disatukan ats dunia ni, kite akan disatukan jugok d akhirat kelak lam syurge..ameen

sepertimane mu sayangkan abreh..gitu lah gop abreh sayangkan mu. sepertimane abreh bharge lam hidup asih..mu juge bharge & bnilai lam hidup abreh.

abreh bsyukur kpd Alloh krn kurniakan adik spt asih kpd abreh..utk mjadi pdorong kpd abreh supaye mjadi yg terbaik.

byk gop abreh nok kabo ni..tp x kang nok posting kat komen plok..haha. nok wat blog..malas plok nok nulis2.

'Aaliyah said...

Mm.. Sedih lak bc. Nice entry

Naseh Ulwan said...

>HaresTakeery

mekasih byk.. insya ALLAH, ameen.. moga ALLAH makbulkn doa mg 2..

>'Aaliyah

sedih ka?besa2 ja..

Asmaa Wahad said...

wah . . kasih seorang adik thadap abangnya ^_^

Naseh Ulwan said...

Mestilah! Semua orang pun sayang abang mereka. Apatah lagi saya ni kan?


Daripada Tuan Punya Blog

1. Minat menulis adalah datang daripada kesedaran dan rasa tanggungjawab di atas saranan Assyahid Imam Hasan Albanna kerana katanya: "Jangan kamu melawan globalisasi, kerana kamu akan kalah. Hendaklah kamu melawan globalisasi dengan globalisasi juga."

2. Segala kandungan yang ada dalam blog ini adalah pandangan/idea penulis dan tidak semestinya ia betul belaka.

3. Penulis berhak menulis, menganalisis atau mengkritik apa saja (kecuali perkara sensitif) atas dasar 'kebebasan bersuara'.

4. Sesiapa saja berhak menyalin, mengambil atau mencetak mana-mana bahagian dalam blog ini kecuali untuk tujuan selain dakwah seperti untuk tujuan duit dan perniagaan, maka perlu mendapat keizinan daripada penulis.

5. Sesiapa jua boleh menyatakan pandangan atau komen terhadap blog ini atau terhadap penulis sendiri.

6. Penulis boleh dihubungi melalui emel berikut: nasehulwan@gmail.com.