Halaman Blog

Pengikut yang Baik Hati

Jiwa Terasing @ Pesbuk!

Masih adakah lagi ghuraba'? Jika ada, kitakah ghuraba' itu?

Di saat orang lain memilih untuk meminum arak, kita menjadi terasing kerana sibuk mencari makanan yang halal.

Di kala orang lain terbiasa dengan skirt dan boxer, kita ganjil kerana tegar mempertahankan jubah dan kopiah di kepala.

Ketika orang lain merasa senang dengan bermain golf, kita dianggap pelik kerana berhenti dari permainan semata-mata untuk mengerjakan solat.

Tatkala orang lain merasa bangga punya kekasih yang ramai, kita diherdik dan diketawakan kerana masih belum punya teman wanita.

Jika anda pernah berasa asing, ganjil, pelik, ditertawa, disinis, disindir, atau diperlekeh kerana mempertahankan kehidupan yang berprinsip seperti itu, terimalah khabar gembira yang disampaikan oleh Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.

Tooba lil Ghurabaa’!

Monday, May 4, 2009

Ambe Nok Kabor Skek!

5 Mei 2009

Salam Blogging!

Akhirnya, setelah sekian lama aku menyepi dari dunia blogging, aku kembali jua. Huhu..

Sekembalinya aku kali ini bukan dengan tangan kosong atau bual-bual kosong, ada bawa buah tangan tau!


Ini dia!! (bangga)

Menurut Ameen dalam blognya, "Anugerah Blog Paling Bercerita ni plak ana bagi kat sahabat ana Naseh Ulwan Dia ni kuat jugak bercerita.. Kadang2 sampai nangis2.. hehe..".



Terima kasih aku ucapkan pada sahabat yang aku kasihi kerana ALLAH, Muhammad Al-Amin Salleh! Ingat lagi enta kat ana. Bila nak datang jenguk ana di sini? Ana rindu kat enta la.. huhu..



Tidak dilupakan buat Rdhanz atas anugerah beliau padaku. Kali ini sudah 3 kali aku menerima anugerah daripada beliau. Sangat suka pada blog enta!

Untuk posting ini di bawah tajuk, Ambe Nok Kabor Skek (Aku Nak Bagitahu Sikit), aku ada beberapa cerita yang ingin dikongsi. Disebabkan telah mendapat anugerah blog paling bercerita, jadi aku nak teruskanlah konsep bercerita tu.

KUALA LUMPUR INTERNATIONAL BOOK FAIR (KLIBF '09)

Inilah kali pertama aku mengunjungi pesta buku bertaraf antarabangsa. Sepanjang KLIBF '09 berlangsung, 2 kali juga aku menjenguk ke sana.

Kunjungan kali pertama merupakan kunjungan yang tak dirancang. Kami asalnya hanya ingin menghantar Abang Amir ke Gombak. Ketika pulang kami tersesat. Kami pun tak tahu ke mana kami ketika itu. Yang kami tahu kami telah tersilap jalan. Kami bukannya orang KL, bumi ini sedikit asing bagi kami. Sudahlah high way yang memenatkan dan memeningkan otak kami, melilau2 kami mencari arah tuju. Perjalanan tetap diteruskan.

Beberapa kali kami terhenti di tengah jalan. Sehingga beberapa kali dihon pemandu di belakang. Akhirnya kami ternampak sign board yang tertulis padanya Pusat Bandaraya. Kami pun masuk ikut arah itu. Ketika itu Faris mencadangkan agar kami pulang lewat dan singgah ke PWTC, pusat di mana berlangsungnya KLIBF '09.

Kami tiba ke PWTC dengan selamat. Kami masuk ke dalam perut bangunan itu. Ketika itu agak ramai orang yang berpusu2 masuk dan keluar dari PWTC. Tapi tidaklah seramai ketika kali kedua kunjunganku ke sana.

Apa yang menarik perhatianku ketika masuk ke PWTC itu ialah booth Inteam. Di sana kedapatan Abang Amin bersama isteri dan anak2 beliau. Sempat juga bergambar bersama beliau sebelum pulang.

Terlalu banyak booth yang dibuka, antaranya Inteam Record, Galeri Ilmu, Anbakri Publika, Jundi Resource, DBP dan lain2 lagi.

Inilah buku yang sempat dibeli. Buah tangan hasil sentuhan Ustaz Hasrizal, Rindu Bau Pohon Tin. Seronok sungguh membaca pengalaman hidup beliau di dataran Syam. Aku juga jadi rindu pada bau pohon tin.


Kami pulang secara tergesa2 kerana menurut Faris, Ex-CEO ENTREC, setiap masa adalah wang. Kami menyewa kereta yang kami naiki itu. Jadi semakin lama disewa, semakin mahallah harganya.

Kali kedua pula dengan rakan2 sebilik. Pagi2 lagi kami sudah bersiap2. Walau mata mengantuk ya amat, namun kugagahkan jua diri. Entah kenapa, keterujaanku kali ini lain benar rasanya. Biasanya hujung minggu sebegini dihabiskan masa dengan 'uzlah' saja. Mungkin kerana kegemaranku sejak kecil, iaitu berjalan2, 'nurrung' ayoh kot! (mewarisi ayah).

Kami mengambil teksi dari Nilai ke KTM Nilai. Akhirnya dapat juga keluar dari tempurung Nilai. Rimas dan bosan sungguh!

Sampai saja ke KTM Nilai, kami membeli tiket KTM Putra. Orang dalam KTM ketika itu jangan katalah. Lebih dari sardin lagaknya! Kami sampai ke PWTC sekitar jam 11 pagi. Kelihatan segerombolan manusia pada bangunan yang tersergam indah itu. Sungguh ramai orang ketika itu. Sangat ramai!

Menjadi salah satu kebencian aku sebenarnya pergi ke tempat yang ada ramai orang, langsung tak selesa. Pening pun datang secara tiba2. Tapi nak buat macam mana, sudah sampai pun. Aku redah lautan manusia di situ bersama Faiz, S/U sulitku (Huhu.. ye ke Faiz?).

Ketika mula2 masuk, aku terjumpa seorang kenalan yang telah bertahun tidak ketemu, Hassan. Kami sekelas ketika di SMASZAL dulu. Selepas mencecah ke tingkatan 4, masing2 beralih angin. Aku ke SMAASZA, manakala beliau ke MRSM Pengkalan Chepa. Kini beliau mengaji di Matrik Gambang. "Jauhnya enta mari, dari Pahang nung", kataku padanya. "Cuti syeikh..", jawabnya pula.

Ketika aku dan Faiz memulakan misi kami, tiba2 aku terganggu dengan bunyi deringan yang datang dari hensetku. "Sape plop ni?! Kaca sungguh la..", bentakku dalam hati. Bila ku lihat nama yang tertera pada hensetku itu, rupanya Syazwan yang kami panggil Abah itu. "Ye, kenapa?", tanyaku dalam perbualan dengan beliau. "Enta ade mane?", tanya Abah pula. "Ada kat booth Anbakri Publika", jawab aku, ringkas. "Booth tu katne?", banyak tanya pula Abah ni! "Kat depan ni..", jawabku lagi, malas.

Beberapa kali beliau call hensetku. Akhirnya kami mengatur pertemuan. Abah menyuruhku ke kawasan pentas. Aku dan Faiz pun dengan rasa terpaksanya bergegas ke sana. Akhirnya ketemu jua Abah. "Menyusahkan tol la mamat ni!", hahaha, jangan marah ye bah!

Baru kutahu yang gelaran Abah padanya itu ialah warisan turun-temurun di sekolahnya. Beliau adalah generasi ke-3 yang mendapat gelaran itu. Tapi tidak ada lagi 'Abah' selepas beliau. Aku sempat bertemu dengan Abah no. 1 yang turut hadir ke PWTC hari itu. Ditanya apakah ciri2 yang melayakkan sesorang itu digelar Abah, "Orang yang ada jambang", jawab Abah. Yakin.

Banyak juga buku yang dibeli ketika itu, antaranya Bercinta Sampai ke Syurga, Bidadari dari Timur, Fiqh Al-Harakah, Kilauan Peribadi, Kamus Arab DBP dan lain2 lagi.

"Faiz, ana ngantuk r! Tak tidur lagi ni", khabarku pada sahabatku itu. "Doh enta nok tido mane? Tahan r sekejap g", cadang Faiz. Memang aku mengantuk gila ketika itu. Sudahlah pening2 dek ramainya orang dalam PWTC hari tu. Sabar sajalah.

Akhirnya kami mengakhiri misi kami dengan makan tengah hari. Ketika itu ada stall yang menjual makanan dan minuman. Kami memilih nasi lemak kerana itulah yang paling murah ketika itu, itupun RM3. Kami makan sama2 di suatu sudut yang terdapat meja dan kerusi.

Habis saja menyantap nasi lemak, kami memutuskan untuk pulang ke tempat asal kami. Kami ke KTM Putra semula dan pulang dengan jayanya ke Nilai. Ketika dalam KTM, aku dan Faiz goreng-menggoreng sesama sendiri. Aku bukannya minat sangat goreng2 ni, tapi bila bersama dengan Faiz (penggoreng sejati) jadi terbawa2 pula. Beberapa kali Faiz menyuruhku menulis nama beliau dalam blog. "Enta buat bibliografi ana terus pun dakpe", ada2 saja beliau ni. Sekian.

BLOGAWAN TERENGGANU

Minggu lepas aku mendapat berita tentang penubuhan Kelab Blogger Terengganu atau singkatannya Blogawan Terengganu. Agak menarik sebenarnya. Agaknya boleh 'celen' Perak Bloggers United tak? huhu...

Idea ini datang daripada pengerusi kelab itu sendiri iaitu Saudara Amdang. Penasihat kelab ini merupakan ayahandaku sendiri, Ustaz Ya Dagang.

Kelihatan Ayah begitu bersemangat sekali

Jumaat lalu telah berlangsung mesyuarat pertama kelab itu di Klinik Ummi, Chabang Tiga. Aku tidak dapat menghadirkan diri kerana punya komitmen di sini.

Apapun, tahniah atas penubuhan kelab itu. Jom kita jayakan motto kelab, "Amar Makruf Nahi Mungkar dan Kasih Sayang".

GAMBAR2 KLIBF '09











Nampak sesuatu tak?



5 comments:

Ibn 'AbdiLLAH As-Sarawaki said...

salam'alaik, akhi munauzaattakiri.

pada gambar last skali, nta tanya nampak sesuatu x?...ana x faham maxud nta tu...nampak ape ek?

Naseh Ulwan said...

>Ibn 'AbdiLLAH as-Sarawaki

wa'alaikumussalam, akhi ghulamassarawaki.

sbnrnya ana nak snap gamba bangunan pejabat pas pusat, tp x bape nampak..
cuba klik gamba 2..mgkin nmpk kot..

Ibn 'AbdiLLAH As-Sarawaki said...
This comment has been removed by the author.
Ibn 'AbdiLLAH As-Sarawaki said...

owh, hehehe, ingatkan ada kalimah ALLAH pd awan ke ape....a'ah, nampak, kalau dah zoom nampak dgn jelas sekali...

Naseh Ulwan said...

>Ibn 'AbdiLLAH as-Sarawaki

haa..nampak pon! hehe


Daripada Tuan Punya Blog

1. Minat menulis adalah datang daripada kesedaran dan rasa tanggungjawab di atas saranan Assyahid Imam Hasan Albanna kerana katanya: "Jangan kamu melawan globalisasi, kerana kamu akan kalah. Hendaklah kamu melawan globalisasi dengan globalisasi juga."

2. Segala kandungan yang ada dalam blog ini adalah pandangan/idea penulis dan tidak semestinya ia betul belaka.

3. Penulis berhak menulis, menganalisis atau mengkritik apa saja (kecuali perkara sensitif) atas dasar 'kebebasan bersuara'.

4. Sesiapa saja berhak menyalin, mengambil atau mencetak mana-mana bahagian dalam blog ini kecuali untuk tujuan selain dakwah seperti untuk tujuan duit dan perniagaan, maka perlu mendapat keizinan daripada penulis.

5. Sesiapa jua boleh menyatakan pandangan atau komen terhadap blog ini atau terhadap penulis sendiri.

6. Penulis boleh dihubungi melalui emel berikut: nasehulwan@gmail.com.