Pengikut yang Baik Hati

Jiwa Terasing @ Pesbuk!

Masih adakah lagi ghuraba'? Jika ada, kitakah ghuraba' itu?

Di saat orang lain memilih untuk meminum arak, kita menjadi terasing kerana sibuk mencari makanan yang halal.

Di kala orang lain terbiasa dengan skirt dan boxer, kita ganjil kerana tegar mempertahankan jubah dan kopiah di kepala.

Ketika orang lain merasa senang dengan bermain golf, kita dianggap pelik kerana berhenti dari permainan semata-mata untuk mengerjakan solat.

Tatkala orang lain merasa bangga punya kekasih yang ramai, kita diherdik dan diketawakan kerana masih belum punya teman wanita.

Jika anda pernah berasa asing, ganjil, pelik, ditertawa, disinis, disindir, atau diperlekeh kerana mempertahankan kehidupan yang berprinsip seperti itu, terimalah khabar gembira yang disampaikan oleh Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.

Tooba lil Ghurabaa’!

Sunday, June 27, 2010

Kembali Menulis


Assalamualaikum warahmatullohi wabarakatuh!

Pertamanya aku ingin meminta jutaan kemaafan di atas keterlewatan mengupdate blog atau ketidak caknaan aku pada blog ini. Sudah 7 bulan aku tidak mengupdate atau mengemaskini blog ini. Mungkin ada yang sudah membuang jauh2 blog aku dari link di blog mereka. Mungkin juga ada yang sudah menyampah, bilalah blog ini nak didelete terus. Apapun, aku masih percaya bahawa masih ada yang ingin membaca tulisanku, melihatkan kepada counter bilangan pembaca blog ini yang semakin hari, semakin meningkat.

Kenapa aku kembali menulis? Kerana minat menulis dan kelapangan masa mula hadir. Selama ini aku sibuk menguruskan hal2 pelajaran dan akademik sehingga tidak memungkinkan langsung aku untuk 'mencamek' (mengusik) blog kesayanganku ni. Aku sangat sayang blog ini seperti sayangnya aku pada buku2 milikku. Juga seperti sayangnya aku pada pembaca setia blog ini.

Aku mula sedar bahawa minat menulis yang sangat cenderung dalam diriku ini tidak dapat dibendung lagi. Semakin ditahan, semakin ia meminta. Jadi, hari ini, di pagi yang mulia ini, aku mula menulis lagi demi anda semua, pembaca di luar sana.

Sedikit perkembangan terbaru mengenai diriku, aku tidak lagi belajar di Pusat Asasi UIAM, Nilai. Aku kini kembali ke sekolah lamaku, yang juga merupakan sekolah kesayanganku, SMAASZA, Batu Burok, Kuala Terengganu bagi mengambil semula peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) pada tahun ini, tahun 2010. Keputusan ini agak berat untuk aku tanggung sebenarnya kerana jarang mereka yang sudahpun ke U balik semula ke sekolah. Apapun, aku bersyukur kerana diterima masuk semula. Aku mengharapkan doa daripada kalian semua, agar aku berjaya dengan cita2ku iaitu menjejaki universiti tertua di dunia, Universiti Al-Azhar, Mesir.

Hari ini, sudah 6 bulan aku belajar di sini dan aku sangat gembira dengan keadaan di sini. Bi'ah solehah yang pernah aku perjuangkan suatu ketika dahulu masih ada bunga2nya. Program2 keagamaan seperti kuliah dan tazkirah masih mekar dan mendapat tempat seperti dahulu. Aku juga punya teman yang ramai dan baik2 belaka. Mereka rajin belajar, menghormati guru2 dan suka berkasih-sayang serta bergurau senda. Kecerian mereka melayanku membuatkan aku mudah untuk melupakan sedikit demi sedikit kenangan manisku di Nilai dahulu, walaupun aku langsung tidak mampu melakukannya.

Pernah seorang sahabat bertanya, "eh lama tak jumpa enta, tak tau perkembangan terbaru enta, lost contact tekpon". "enta belajar katne sekarang?", tanya beliau lagi. Abangku, Ablem cuba menjawab untuk pihakku, katanya "dop bernilai doh lening". Nakal sungguh jawapan beliau, balaghah tinggi!

Jadi, setakat itu sajalah dulu untuk permulaannya, insya ALLAH, kita jumpa lagi di lain lapangan. Moga ALLAH permudahkan urusan kita dalam menjalani kehidupan selaku hamba ALLAH di muka bumi milikNya ini.

Wallahu a'lam. Wassalam.


Daripada Tuan Punya Blog

1. Minat menulis adalah datang daripada kesedaran dan rasa tanggungjawab di atas saranan Assyahid Imam Hasan Albanna kerana katanya: "Jangan kamu melawan globalisasi, kerana kamu akan kalah. Hendaklah kamu melawan globalisasi dengan globalisasi juga."

2. Segala kandungan yang ada dalam blog ini adalah pandangan/idea penulis dan tidak semestinya ia betul belaka.

3. Penulis berhak menulis, menganalisis atau mengkritik apa saja (kecuali perkara sensitif) atas dasar 'kebebasan bersuara'.

4. Sesiapa saja berhak menyalin, mengambil atau mencetak mana-mana bahagian dalam blog ini kecuali untuk tujuan selain dakwah seperti untuk tujuan duit dan perniagaan, maka perlu mendapat keizinan daripada penulis.

5. Sesiapa jua boleh menyatakan pandangan atau komen terhadap blog ini atau terhadap penulis sendiri.

6. Penulis boleh dihubungi melalui emel berikut: nasehulwan@gmail.com.