Halaman Blog

Pengikut yang Baik Hati

Jiwa Terasing @ Pesbuk!

Masih adakah lagi ghuraba'? Jika ada, kitakah ghuraba' itu?

Di saat orang lain memilih untuk meminum arak, kita menjadi terasing kerana sibuk mencari makanan yang halal.

Di kala orang lain terbiasa dengan skirt dan boxer, kita ganjil kerana tegar mempertahankan jubah dan kopiah di kepala.

Ketika orang lain merasa senang dengan bermain golf, kita dianggap pelik kerana berhenti dari permainan semata-mata untuk mengerjakan solat.

Tatkala orang lain merasa bangga punya kekasih yang ramai, kita diherdik dan diketawakan kerana masih belum punya teman wanita.

Jika anda pernah berasa asing, ganjil, pelik, ditertawa, disinis, disindir, atau diperlekeh kerana mempertahankan kehidupan yang berprinsip seperti itu, terimalah khabar gembira yang disampaikan oleh Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.

Tooba lil Ghurabaa’!

Tuesday, June 16, 2009

Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-55

Usai saja kerja2 yang masih tertangguh, aku bisa terbang jauh dari bumi Nilai. Namun hati dan perasaan masih gundah dan rasa bersalah. Gundah kerana bimbangkan Annual Grand Meeting hari Ahad ini. Maklumlah Pengarah Program lesap sebegitu saja. Namun aku yakin dengan kehebatan sahabat2 yang lain, mereka mampu walau tanpa kelibatku. Rasa bersalah pula kutujukan pada sahabat2 di Terengganu. Rakan2 di sana bertanyakan aku sama ada balik ke sana atau tidak minggu ini, kerana aku diminta untuk menjadi fasi. Bukan seorang yang bertanya, malah berorang2. Mula2 Amir, seterusnya Muzani dan paling lewat iaitu semalam pula Muiz. Sekiranya aku punya sayap nescaya sekarang juga aku terbang berkhidmat untuk negeriku. Aku punya komitmen di sini. Malu pula bila aku hampakan harapan sahabat di sana. Namun, hanya ucapan maaf yang mampu aku lafazkan tatkala jawapanku pada mereka menyatakan tidak dapat pulang.

Kini aku bersama keluarga aku yang aku hanya punya satu di dunia ini. Mungkin dua selepas ini (hehe). Awal2 pagi lagi Ayah, Mak, Abang, Kekti, Payed, Yah, Piyah dan Bayyin mengambilku di Nilai ini. Sepanjang di dalam kereta aku asyik berceloteh dengan Mak dan bertanyakan Mak beberapa soalan sehingga letih beliau ingin menjawabnya. Pagi esok aku akan ke Muktamar Tahunan PAS kali ke-55 di Stadium Malawati, Shah Alam. Ayah akan menjadi perwakilan bagi kawasan Kuala Nerus esok. Sekarang (4.40 pagi), aku di sebuah apartment yang disewa kawan ayah di Komuter Raya dekat dengan Stesen Komuter Shah Alam.



Kehampaan kerana tidak dapat hadir ke muktamar tahun lepas di Perak terubat jua. Hampir setiap tahun aku tidak ketinggalan untuk ke muktamar. Sebelum ini di Taman Melewar dan Putik yang sudah biasa bagiku. Ayah tidak pernah lekang mengajakku ke muktamar. Sejak kecil, akulah yang selalu mengikut Ayah ke program2 beliau dan turut menjadi wakil bagi ibuku (huhu..). Aku memang ‘kuat jallang’, bak kata orang kampungku. Hampir setiap program Ayah aku akan bersamanya termasuk program parti dan Pasti, di mana2 saja.

Pengalaman bermuktamar kali ini cukup menarik. Dapat ketemu dengan pimpinan yang hebat2. Mendengar ucapan daripada para perwakilan dan Presiden sendiri. Aku agak terkesan dengan ucapan daripada perwakilan Pahang, Ustaz Yusuf Embong. Ini kali kedua aku mendengar ucapannya. Aku mengganggap beliau seperti ayahku sendiri. Turut membangkitkan jiwa, ucapan yang aku kira cukup bertenaga daripada Timbalan Ketua Pemuda Pas Pusat, Ustaz Azman Shafawi, juga bekas Ketua Pemuda Pas Terengganu. Aku sempat merakam beberapa ucapan daripada para perwakilan dan pimpinan pusat. Beberapa kali juga aku terlelap sehingga dirunguti Payed, “3 orang berucap takdi, straight Abesih tido”, rungutnya pada Ayah Yard.

Muktamar kali ini dikira terbaik kerana mutu perbahasan dan fasiliti yang disediakan. Dengan kecanggihan IT yang dimanfaatkan sepenuhnya melalui multimedia presentation dan sebagainya. Ayah Wa merupakan salah seorang petugas IT. Aku agak terkilan dengan Petugas Media, walaupun disediakan ruang yang baik termasuk kemudahan WIFI dan extention wire. Cukup mewah sekali. Tapi apa yang ditulis di akhbar2 hanya isu2 panas sahaja. Namun aku masih ingat kata2 Tuan Guru Presiden, “Wartawan memang menulis dan melaporkan dengan betul, tapi yang mengubahnya kembali ialah editor”. Aku masih berhusnu zon pada mereka.

Muktamar sememangnya menjanjikan pengalaman yang cukup cantik. Gerai jualan usah dikira, banyak sangat, sehingga tidak sempat diziarahi semuanya. Namun, bukan itu yang menjadi maqasidnya. Apa yang dibeli hanyalah berupa makanan, minuman dan CD album Azhan Atan, Ku Milikmu. Sungguh asyik mendengar lagunya terutama lagu Ku Milikmu dan Di Sebalik Bayangmu (Ali & Fatimah). Suaranya cukup lunak, ada yang mengatakan seakan2 suara Jamal Abdillah. Beliau kini menjadi aset Pas. Kagum sungguh melihat kegigihan beliau dan isteri yang menjaga sendiri gerai jualannya. Beliau sememangnya seorang yang zuhud dan merendah diri, langsung tiada gaya artis. Beliau sendiri yang mengangkat speaker untuk diletak di hadapan gerainya. Aku terkedu sekali.

Malam kesenian ataupun konsert alternatif cukup mendapat sambutan. Antara artis yang memenuhi malam itu ialah Azhan Atan, Muadz, Akhil Hayy, Renggo dan Kumpulan Nusantara. Turut hadir ialah YB. Dato’ Hassan Ali, YB. Dato’ Mahfuz Omar, Mohd Sabu, dan YB. Dr. Hatta Ramli. Mohd Sabu dan Dr. Hatta turut membacakan sajak, Mohd Sabu dengan sajaknya yang bertajuk Altantuya. Menurut beliau sajak itu direka beberapa jam sebelum majlis bermula. Akhil Hayy mencipta kontroversi pada malam itu sehingga beliau disorak oleh penonton yang hadir. Beliau ketika ditanya dalam wawancara di atas pentas tentang perkembangan album, beliau spontan menjawab, “Album saya kat mahkamah”. Selain secara sinisnya berpesan kepada audiens, “Jika ada masalah rumah tangga, bolehlah berjumpa dengan media”. Aku juga teruja mendengar suara Renggo yang cukup lunak dan serak basah. Beliau menceritakan pengalamannya masuk Pas sejurus selepas mendengar kata2 Tok Guru Nik Abdul Aziz. Beliau kini tampil dengan album baru, Pesan Tok Guru.

Rasanya cukuplah sekadar itu. Gambar bakal menyusul. Sekian, melaporkan dari… mana entah.
















Saturday, May 30, 2009

Cerita dari Petaling Jaya

Terasa terlalu janggal pula apabila jari-jemari mula menari-nari di atas butang keyboard lantaran sudah lama tidak ditekan2 butang keyboard ini bagi menghasilkan sesuatu di blogku ini. Canggung kata orang Qlate.

Kesibukan yang melanda diri memungkinkan aku untuk tidak langsung sempat untuk menulis apa2 bagi mengisi kekosongan di blog. Kesibukan itu janganlah pula disalah mengertikan. Aku sibuk dengan kerja yang berfaedah. Tapi kadang2 tidur juga, tidur pun berfaedahkan?

Aku kini melabuhkan diri di Petaling Jaya. Di situ adanya Taaruf Week atau kami memandai meringkaskannya dengan TAWE. Taaruf Week ialah minggu orientasi atau pengenalan untuk pelajar baru Pusat Asasi UIAM yang mendaftar pada 23 dan 24 Mei yang lepas. Kami perlu memberi first impression untuk pelajar2 baru. Insya ALLAH, kami cuba memberikan gambaran yang terbaik.



Ditugaskan sebagai subcommittee PC (Programme Coordination) menjadikan aku ditempelkan di sini sebagai penyusun segala program sepanjang TAWE ini dan memastikan kelancarannya. Kami turut ditugaskan untuk menguruskan Briefing dan Cultural Night. Nak katakan berat tugas itu, tak adalah berat sangat jika nak dibandingkan dengan sahabat2 dari biro lain. Tapi beratlah juga, amanahkan tu. Bermandi peluh jugalah ke sana ke mari.

Terlalu banyak bangunan di sini dan jarak satu bangunan ke satu bangunan itu sangat jauh berbanding Nilai yang hanya punya beberapa bangunan saja, itupun dekat2 saja. Jika nak dibanding2kan antara Nilai dan PJ, memanglah Nilai lagi best (hehe.. jangan marah ya sahabat PJ!) walaupun tempat kami hanya berbekalkan bangunan rumah kedai saja.

Tempat kami tidak punya pagar. Bila2 masa saja boleh keluar. Berbanding pelajar di sini yang menghadapi kerenah peraturan keluar-masuk. Tapi yang sedapnya di PJ ini ialah harga makanan di kafe tersangatlah murah. Dengan makanan2 yang lazat2nya, sangat masyuk!

Hari pendaftaran adalah hari yang paling hot. Dengan kerenah pelajar baru lagi, ibu bapa pelajar lagi, memang menguji kesabaran. Sudahlah panas terik, parking pula penuh dan padang sesak dengan manusia. Terpaksa ke sana ke mari untuk menujukkan tempat pendaftaran, mahallah dan sebagainya. Ada juga ibu bapa yang marah2 pada committee dan pak guard.

Ada yang sampai nak bergaduh dan menunjukkan isyarat yang berbaur kesat. Namun itu hanya dilakukan segelintir daripada mereka, 2-3 orang saja. Walaupun begitu kami sangat memuji sikap ibu bapa yang sanggup mengangkat beg2 yang banyak, besar dan sarat dengan muatan. Malah mereka sanggup turun naik tangga berkali2. Pelajar baru ditempatkan di tingkat yang paling atas, tingkat 3 dan 4. Kasihan juga melihat kegigihan mereka, namun biasalah, anak2 masuk ‘U’, bukannya setahun sekali. “Tada hai ah”, bak kata Ahmad Syahid, Presiden FSCC (Foundation Studies Coordination Council).

Kemasukan pelajar tahun ini adalah bukan dalam jangkaan sebenar. Biasanya jumlah kemasukan tidak akan melebihi jumlah penerimaan masuk. Tapi lain pula jadinya. Jumlah pelajar baru tahun ini saja adalah mencecah 3500 orang. Ini kerana ada pelajar yang membuat rayuan lalu diterima masuk pada saat akhir. Silap benar pihak pentadbiran apabila mencampurkan pelajar PJ dan Nilai dalam satu TAWE. Sepatutnya tidak disekalikan seperti tahun lepas.

Pengalaman berucap di hadapan lebih 900 orang pelajar cukup besar ertinya. Walaupun hanya 10 minit bertazkirah, namun ianya cukup bermakna. Bukan senang nak dapat peluang sebegini.

Terlalu banyak cerita suka-duka aku di sini bersama sahabat2 committee yang lain. Nak kata sedih sebab kena korbankan cuti bersama keluarga pun tak juga, sebab masih ada ruang2 gembira bersama sahabat di sini. Nak kata suka sangat tu, taklah juga. Terasa juga bahang tarbiyyahnya di sini.

Kami (committee) mengakhiri TAWE dengan doa wehdah dan doa rabitoh di CFS Field. Selepas itu kami bersalam2an sesama kami sambil berselawat. Sungguh meriah sekali!

Usaha untuk mengislamisasi dan membiah solehahkan UIA mesti diteruskan. Doakan kami supaya mampu untuk memikul beban ini. Insya ALLAH, adik2 inilah yang bakal menjadi sebahagian daripada watak-watak utama dan front liner dalam perjuangan Islam. Ameen.

GAMBAR2 SEPANJANG TAWE






































Tuesday, May 26, 2009

Kalian Semua Adalah Guruku!

16 Mei disambut di 47 buah Negara sebagai Hari Guru. Siapakah guru? Sebagaimana yang disebut oleh Saidina Ali karramallahu wajhah (lebih kurang beginilah), “Setiap orang yang mengajarkanmu walaupun satu perkataan adalah guru kamu”.

Siapa guru dalam hidupku? Pastilah ALLAH guru pertamaku. Yang mengajarku segala2nya. Yang mentarbiyyahku dengan ujian dan sebagainya.

Seterusnya adalah Nabi Muhammad, junjungan besar. Tanpa Nabi siapalah aku di atas dunia ini. Apatah lagi di akhirat. Tanpa perjuangan dan kesungguhan baginda yang sangat tinggi, nescaya Islam tidak akan sampai kepadaku hari ini.



Pastinya Mak Ayah guruku sejak aku kecil. Membesarkan fizikal dan jiwaku dengan Islam, mendidik dengan Tarbiyyah Islam, memberi makan minum, memberi kasih sayang tanpa jemu!

Seterusnya Adik-beradik, Pak2 dan Mak2 Sedara, Sepupu-sepapat, dan Tok Tokki. Kalian mengajarku erti kehidupan sebenar. Memberi aku kebahagian dalam hidupku.

Tidak dinafikan, manusia banyak belajar daripada kawan2nya. Jika baik kawannya, maka baiklah dia. Begitulah pula sebaliknya. Terima kasih pada semua sahabat2 yang tak mampu ana nak tulis nama antum semua. Antum sangat baik pada ana! Muiz, Kamal, Muzani, Jihad, Amir, Aiman, Zahani, Bukhari, Syukri, Nabilli, Al-Amin, Khairuddin Isa, Hakim, Azidi, Fakih, Syafiq, Hamdi, Khalil, Idham, Hafiz Karim, Azlan, Rahman, Qatadah, Bahar, Azuwan, Hafiy, Hafidz, Ihsan, Solihim, Hafizuddin Jordan, Syed, Raziqin, Pi, Faiz Ismail, Abang Mie, Pa, Hafiz Unikl, Naquib, Anas Yusof, Addin, Luqman, Abah, Hamidi, Akif, Izzuddin, Bash, Syam, Zul, Zaid, Asyraf, Alhafiz, Fathi, Adib, Izhan, Aizat, Faiz MZ, Syauqi, Syahmi, Salam, Fattah, Adham, Anas Fitri, Mukmin, Nik Fakhri, Saadi, Syahir Halim, Syahir Safwan, Khairuddin Jailani, Anuar, Yasir, Najmi, Faiz Rejab, Amiruddin, Faris Zamri, Demang, Hafizul Faris, Nik Hanis, Arubi, Hazim, Lah, Taufiq, Faiz Zakaria, Ridwan, Hafizuddin M Nor, Khairul, Syafie, Syaufiq dan lain2 lagi. Itu saja yang sempat ana tulis dan ingat, yang lain tu jangan berasa hati pula ya! Antum lebih tahu siapa diri antum terhadap ana.

Para blogger sekalian yang banyak mengajarku uslub menulis dan berfikir. Tidak dilupakan, pengunjung blogku yang sungguh hensem, kacak, cantik dan bergaya (aku puji ni pasni kena jenguk lagi la blog aku!).

Akhir sekali, yang tak akan ku lupa, guru2 formalku di:

1. Pasti al-Hijrah Qaryah Kg Duyung



2. Madrasah Darul Taqwa, Batu Enam


3. Maahad Darul Quran, Masjid Rusila


4. Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin, Ladang


5. Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin, Batu Burok

9. Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Nilai


Pada malam 16 Mei yang lepas, ketika itu aku dan Luqman dalam perjalanan ke Petaling Jaya, aku sempat mengirim SMS yang lagaknya berbunyi begini: “Selamat hari guru saya ucapkan! Terima kasih dan tahniah kerana berjaya mendidik generasi Islam. Jasa dan jerit perih anda mengorbankan sebahagian hidup untuk mendidik saya sehingga saya menjadi saya yang hari ini akan saya kenang selamanya. TQVM. –anak didikmu, MUHAMMAD NASIH ULWAN ZAKARIA, UIA NILAI”.

Ku hantarkannya pada guru2 yang aku simpan no. telefon mereka. Antaranya ialah asatizah di Darul Taqwa: Ust. Hazha, Ust. Halim Wahab, Ust. Umar. Guru2 di SMASZAL: Cg. Ya, Ust. Farid, Ust Mahzur, Ustz. Rafidah, Cg. Ruziana Jalil. Guru2 di SMAASZA: Ust. Abd. Rahim, Ust. Hasan Mamat, Ust. Ku Apwa, Ust. Ku Hasan, Ust. Mat Sidi, Ust. Rosdi, Sir Yusri, Ustz. Hjh Amnah, Ustz. Nozera, Ustz. Norfaedah, Ustz. Wan Farisah, Ustz. Zawiyah, Tc. Wan Nabilah, Cg. Yasmin, Cg. Hayati, Cg. Naemah, Tc. Nazriah, Cg. Normaha, Cg. Rosmawati, Tc. Zalina. Lecturer Cenfos UIA: Sir Sharifuddin, Sir Syed Tazrin, Mdm Eleenda.

Ini pula antara balasan yang diterima:

Cg. Ya: “Ok. Tq”.

Cg. Rosmawati: “Trima ksh.. Tahniah krn telah b’jaya ke UIAM..”

Ust. Ku Apwa: “BarakaLLAH fiih”

Ustz. Wan Farisah: “(kosong)”

Cg. Rohana: “TQ Nasih krn msh m’ingati kami. Smoga ank2 Smaasza mjdi insan tbilang”

Ustz. Rafidah: “Syukran..masih ingat ustazah ye..study smart n good luck”

Cg. Normaha: “Terima kasih. Semoga nasih berjaya dlm apa jua bidang yang diceburi”

Ust. Hazha Rejab: “Jazakallah..moga andalah mata rantai DT d masa akan dtg.TQ.”

Sir Syed Tazrin: “Terima kasih – Syed Mohd Tazrin”

Cg. Wan Nabilah: “Syukran…”

Cg. Yasmin: “Tq ankku nasih”

Ust. Mat Sidi: “Saya doakan anda jaya mumtaz insya Allah”




Daripada Tuan Punya Blog

1. Minat menulis adalah datang daripada kesedaran dan rasa tanggungjawab di atas saranan Assyahid Imam Hasan Albanna kerana katanya: "Jangan kamu melawan globalisasi, kerana kamu akan kalah. Hendaklah kamu melawan globalisasi dengan globalisasi juga."

2. Segala kandungan yang ada dalam blog ini adalah pandangan/idea penulis dan tidak semestinya ia betul belaka.

3. Penulis berhak menulis, menganalisis atau mengkritik apa saja (kecuali perkara sensitif) atas dasar 'kebebasan bersuara'.

4. Sesiapa saja berhak menyalin, mengambil atau mencetak mana-mana bahagian dalam blog ini kecuali untuk tujuan selain dakwah seperti untuk tujuan duit dan perniagaan, maka perlu mendapat keizinan daripada penulis.

5. Sesiapa jua boleh menyatakan pandangan atau komen terhadap blog ini atau terhadap penulis sendiri.

6. Penulis boleh dihubungi melalui emel berikut: nasehulwan@gmail.com.