11 Mei 2009
Salam Blogging,
Semalam (10 Mei 2009) aku sempat menziarahi sahabatku, Abang Mie di rumah beliau di Kg. Bukit Tok Beng, Seberang Takir. Beliau telah mengalami kemalangan pada 16 April 2009, bulan lepas. Baru kini aku sempat menziarahi beliau setelah pulang ke desa halaman.
Aku bercadang mahu menziarahinya bersama Faiz. Tapi Faiz pula entah ke mana. Asyik sibuk saja beliau ni. Nak kata bekerja, sudah berhenti. Entahlah. Sejak dapat anugerah cemerlang STPM, beliau terus berhenti kerja di sebuah kedai makan.
Abang Mie mengalami kecederaan pada kaki. Kaki beliau patah dan terpaksa dimasukkan besi. Beliau sudah dapat berjalan tapi masih terhinjut2 dan dengan bantuan tongkat.
Kemalangan itu terjadi apabila motosikal beliau melanggar van yang hendak u-turn. Tempat kejadian ialah di Kg. Banggul Pauh, Seberang Takir.
Mula2 mengenali Abang Mie ialah ketika menyertai usrah dan qiamullail yang dianjurkan sebuah persatuan yang dinamakan Perintis. Beliau adalah orang kuat Perintis ketika itu. Sempat juga mengikuti beberapa siri kem yang dianjurkan Perintis untuk anak2 muda remaja di Seberang Takir bersama Abang Mie. Abang Mie masih giat dan aktif mengadakan usrah untuk remaja2 sekitar sini.
Abang Mie juga turut serta membantu jentera pilihan raya kecil di Bukit Gantang. Kami sama2 berkhidmat di Markaz Pilihan Raya Kawasan Kuala Nerus di Ayer Kuning, Changkat Jering.
Abang Mie baru saja menghabiskan pelajaran di Kusza, Kuala Terengganu dalam diploma Pengajian Islam. Beliau diberitakan akan menyambung pelajarannya di KUIN, Kedah.
Buat Abang Mie, 'syafaakallah' hanya mampu aku ucapkan. Kerana penentu sihat sakitnya manusia itu adalah Dia Yang Maha Mencipta.
Malam itu pula, Muzani dan Aiman mengajakku ke Surau al-Hidayah, Alor Kuda yang berdekatan dengan rumah Kamal dan Faiz.
Aku sempat bertemu Faiz malam itu. Kuliah disampaikan oleh Ustaz Abu Bakar Salleh, bekas Ketua Pemuda Pas Kawasan Marang. Kuliah ustaz berkisar tentang kematian di mana ustaz membaca kitab yang dikarang oleh Tok Guru Nik Abdul Aziz, Mati Suatu Peringatan.
Selepas saja berakhirnya kuliah dan solat Isyak, Muzani mempelawaku minum air buah gelas besar. Kami minum dan makan dengan enaknya malam itu. Huhu..
"Minum?", datang seorang pelayan wanita.
"Bagi mempelam erk", Beritahu Muzani.
"Saya pun mempelam gak", Aiman pula menambah.
Kamal juga tak ketinggalan, "Durian belanda ada?"
"Takdok", jawab si pelayan itu.
"Bagi kiwi jelah".
Tiba giliran aku, "Kasi carrot campur ciku", pintaku, spesial punya.
"Ciku takdok", tak ada pula.
"Hmm... carrot campur epal!"
Menurut Aiman, "Ada orang bagitau ana, Pak Lah dia dokleh minum air selain kiwi. Kalo nok minum air, mesti air kiwi punya", Aiman memberi fakta.
Aku berseloroh pada Kamal, "Kamal minum kiwi sebab dia nok jadi PM la tu.. Huhu".
Malam itu kami merasa puas benar. Perut pun sudah penuh. Jadi tibalah masanya untuk berangkat pulang. Terima kasih pada Muzani kerana belanja kami. Lain kali boleh belanja lagi. Huhu..
9 comments:
salam...
innalillah...hilmi excident...
nnti kim salam kat hilmi ye...didoakan agar cepat sembuh..
lame xjumpe hilmi...:)
Ana baru tau hilmi accident.. dia satu batch dgn ana masa d smaasza dulu.
Alhamdulillah dah sembuh...
seronok tngok kawan2 diikat dgn ikatan ukhuwwah islamiyyah..
Kirim salam dia kalau jmpa k.
>kembara
wslm..
insya ALLAH, 6t ana smpaikn salam nta tuh..
>al-aman
ooo...dia pun smaza gak dulu kan..
ye,sememangnya b'ukhuwwah krn ALLAH i2 seronok..
insya ALLAH,salam nta akn ana kirimkn..
Jiwa Terasing, ia memang dah ada.
daus kenal abang mie, dia yang urus kem remaja kat masjid kg batin...
betul x?
>D@U$™
ooo..psl iklan 2 ke?hmm,xleh tukor ke?
ya,mmg abg mie 2 lah..daus join gak k kem 2?
convey my regards to akh muzani n akh kamal..
>muzammir muhammad
owh..do u know them?
insya ALLAH, i'll convey yr regards to them!
wah3 naseh..u speak english nicely:)bangga ngan naseh...huhu
>amar90
ceh..actually,my english so broken..haha..don't proud with me lah..
Post a Comment