Pengikut yang Baik Hati

Jiwa Terasing @ Pesbuk!

Masih adakah lagi ghuraba'? Jika ada, kitakah ghuraba' itu?

Di saat orang lain memilih untuk meminum arak, kita menjadi terasing kerana sibuk mencari makanan yang halal.

Di kala orang lain terbiasa dengan skirt dan boxer, kita ganjil kerana tegar mempertahankan jubah dan kopiah di kepala.

Ketika orang lain merasa senang dengan bermain golf, kita dianggap pelik kerana berhenti dari permainan semata-mata untuk mengerjakan solat.

Tatkala orang lain merasa bangga punya kekasih yang ramai, kita diherdik dan diketawakan kerana masih belum punya teman wanita.

Jika anda pernah berasa asing, ganjil, pelik, ditertawa, disinis, disindir, atau diperlekeh kerana mempertahankan kehidupan yang berprinsip seperti itu, terimalah khabar gembira yang disampaikan oleh Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.

Tooba lil Ghurabaa’!

Saturday, July 11, 2009

PLKN oh PLKN!


Bulan lepas, aku dikhabarkan ayah tentang surat PLKN yang sampai ke rumah. Agak gusar bila mendengarnya. Entah kenapa, benci benar aku mendengar perkataan PLKN itu!

Selepas itu, ayah mengirimkannya pada seseorang untuk menyampaikan surat itu ke tanganku. Kaku aku melihat surat itu. Bila difikir2, kenapalah kerajaan pilih aku, pilihlah orang lain, ramai lagi yang nak, tapi tak dapat.



Mendengar pengalaman daripada sahabat2 yang pernah mengikuti program wajib itu, membuatkan kegusaranku bertambah. Gerun sungguh! Ramai juga yang menasihatkan supaya menangguhkannya. Cadangan itu baik. Sambil ada juga yang menggesaku supaya hadir saja ke program itu. 'Misi dakwah' katanya. Ada sahabat beritahu yang budak2 sekolah agama biasanya yang akan jadi imam solat dan kadang2 diberi peluang menyampaikan tazkirah.

Soalnya mampukah aku mempengaruhi mereka. Bimbang2 aku pula yang dipengaruhi. Sosialnya usah dikata. Melihatkan gambar2 mereka pun sudah tahu.


Menurut seorang sahabat, semuanya bergantung atas kem masing2. Tak semuanya sama. Menarik juga mendengarkannya. Ada pro dan kontra di situ. Maka apakah pilihanku?

Aku memilih untuk menangguhkannya saja. Mungkin ini pilihan terbaik saat aku sedang menghabiskan fatrah studiku di Pusat Asasi UIA ini. Tapi pilihan inilah yang banyak menyusahkanku kerana perlu mendepani beberapa prosedur dan kerenah birokrasi yang tidak sudah2.

Mula2 kena isi borang yang disekalikan dengan surat pemberitahuan. Lepas tu kena buat surat rasmi (melalui Deputy Dean Admission and Record) untuk dihantar ke Pengarah PLKN. Berulang-alik jugalah aku ke beberapa deparment dan ke pejabat pos di sini. Sudahlah cuaca di sini agak kurang enak dan kurang manis dipandang. El-Nino lah katakan. Semakin hari semakin panas terasa. Mungkin sebab banyaknya dosa kami. "Ya ALLAH! Ampunilah dosa2 kami dan turunkanlah hujan sebagai rahmat untuk kami!".

Bosan betul bila kena buat kerja2 lagu ni. Tapi aku sedar yang aku sedang belajar dan mempraktikkan skilku. Hehe. Aku perlu belajar berurusan dengan pejabat dan membuat surat rasmi untuk kerajaan. Haha.

Namun, surat itu agaknya belum berbalas. Harapnya permohonanku untuk menangguhkannya dimakbulkan. Sungguh rimas bila masih belum ketemu jawabannya.




9 comments:

Nasih Ulwan said...

narumi@KakNurul: assalamualaikum...apa la yang nasih nak takutkan, berbekal iman, faham dan istiqamah, harung je la PLKN tu, mana tu 1001 manfaat untuk diberitahu kepada yang lain
narumi@KakNurul: PLKN tu pun medan masyarakat juga, latihan mengenal sifat manusia, kira asas praktikal mengenal rentak manusia sebaya dcc anda...

komen yg aku kira agak menarik..
mungkin tahun akan dtg blh berkira-kira semula..

Hares Takeery said...

ksian ke mu sih. aku x tau nok komen nape..kalu suruh g kang, nyaknye ke mu plok, kalu kabo jgn layan, nyaknye gop ke mu..susoh2

Ibn 'AbdiLLAH As-Sarawaki said...

Salam'alaik ya akhil kareem al-takiri minal malizia darul 1-malizia..

Aiseh, kena PLKN la plak..

Time ana (bdk2 yg lahir thun 1986) time PLKN mula2 diperkenalkan dulu, ana solat hajat sampai nangis2 x nak PLKN huhuhu...bila kenangkan balik, rs lawak la jugak...

nasib baik x kena huhuhu...

Ibn 'AbdiLLAH As-Sarawaki said...

Ibn 'AbdiLLAH --> Hares Takeery:

Ye, betul sunggoh boh. Dok gi, nyaknye ke dier plok, kene saman kek gi. Suruh gi pong, nyaknye gok. nok wat guane...

kuFAIZ said...

salam, nilai msti sunyi kalu nta xdop. apetah lg gate op.. hoho.xpe, ana yakin msti ade hikmah dsebalik hk kte x suke.. ana doa y trbaik buat nta kt sana nnti, yakinlah dgn firman Allah dlm ayat 216, albaqarah yg slalu kte bace :)

Nasih Ulwan said...

>Hares Takeery
mekasih r sbb mu sian kat aku..huhu..
terharu pa aku..haha

>Ibn 'AbdiLLAH As-Sarawaki
wassalamu 'alaka aidon!
1malizia?huhu..
sampai gitu skali ye..ana x expect pon kena plkn..tp kena la plk..
eh..nta panda gop ckp tranung rupanya..haha..klako la..bagus2..

>kuFAIZ
eh..nta silap maklumat ni..ana x g la..bace gp molek..kan ana mtk postpone tuh..sunyi ke tanpa ana? x tau ah..apapun mekasih ats doa nta tu..

Ibn 'AbdiLLAH As-Sarawaki said...

biase je...dok dngor kuliah ustaz azhar sokmo,pah ke lening pong layan lagi kuliah dier...sbb tu kot pandai ckp ganu...huhuhuhu..bereh boh..

kuFAIZ said...

oyeke, silap. asif2.. ish. malunyee :P

Ibn 'AbdiLLAH As-Sarawaki said...

jazakaLLAHukhair atas respon nta terhdp entri2 ana tu,tuan yg mulia...

1. dulu ade doh, doh trime doh ari tu, tp lening single and available semule plok doh..dok dang nok nikoh,huhuhu

2. hehehe, tu jugak la ayat yg feymes masa ana ngaji kt kolej matrikulasi labuan dulu. time tu ana masih ngan jamaah tbligh.


Daripada Tuan Punya Blog

1. Minat menulis adalah datang daripada kesedaran dan rasa tanggungjawab di atas saranan Assyahid Imam Hasan Albanna kerana katanya: "Jangan kamu melawan globalisasi, kerana kamu akan kalah. Hendaklah kamu melawan globalisasi dengan globalisasi juga."

2. Segala kandungan yang ada dalam blog ini adalah pandangan/idea penulis dan tidak semestinya ia betul belaka.

3. Penulis berhak menulis, menganalisis atau mengkritik apa saja (kecuali perkara sensitif) atas dasar 'kebebasan bersuara'.

4. Sesiapa saja berhak menyalin, mengambil atau mencetak mana-mana bahagian dalam blog ini kecuali untuk tujuan selain dakwah seperti untuk tujuan duit dan perniagaan, maka perlu mendapat keizinan daripada penulis.

5. Sesiapa jua boleh menyatakan pandangan atau komen terhadap blog ini atau terhadap penulis sendiri.

6. Penulis boleh dihubungi melalui emel berikut: nasehulwan@gmail.com.