Halaman Blog

Pengikut yang Baik Hati

Jiwa Terasing @ Pesbuk!

Masih adakah lagi ghuraba'? Jika ada, kitakah ghuraba' itu?

Di saat orang lain memilih untuk meminum arak, kita menjadi terasing kerana sibuk mencari makanan yang halal.

Di kala orang lain terbiasa dengan skirt dan boxer, kita ganjil kerana tegar mempertahankan jubah dan kopiah di kepala.

Ketika orang lain merasa senang dengan bermain golf, kita dianggap pelik kerana berhenti dari permainan semata-mata untuk mengerjakan solat.

Tatkala orang lain merasa bangga punya kekasih yang ramai, kita diherdik dan diketawakan kerana masih belum punya teman wanita.

Jika anda pernah berasa asing, ganjil, pelik, ditertawa, disinis, disindir, atau diperlekeh kerana mempertahankan kehidupan yang berprinsip seperti itu, terimalah khabar gembira yang disampaikan oleh Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.

Tooba lil Ghurabaa’!

Wednesday, October 7, 2009

Kisah Hari Ini 2


Kisah hari ini bermula dengan pagiku iaitu menghantar Piyah ke sekolah beliau. Ingatkan hendak puasa hari ni, menghabiskan saki baki puasa enam yang tinggal beberapa hari saja lagi. Namun rasa senak pula di perut. Lantas aku membaham Nuget gorengan Mak dengan rakusnya.

Selesai sesi penghantaran, aku menghabiskan pula sisa2 hidupku dengan melihat2 di laptop kalau2 ada sesiapa yang ingin berbual maya denganku. Tiba2 Ustaz Mizan mengajakku ke pejabat. Aku pun bersetuju dan berjanji dalam pukul 12 tengah hari aku akan sampai ke sana.

Tengah hari itu pula aku perlu menghantar Yah ke sekolah. Makan2 dan solat Zohor, pukul 2 barulah aku boleh ke pejabat. Sampai di pejabat, terlihat Ustaz Mizan sibuk membuat kerja2 Ijtima' antaranya kerja2 urusetia iaitu berkaitan jemputan. Aku berbincang serba sedikit mengenai usrah di sekolah2 dan usrah Islah Pemuda sambil meminta pandangan beliau.

Sehinggalah jam menghampiri 3.45 petang, dekat pukul 4 petang, barulah aku ke sekolah. Tiba di sekolah aku cuba mencari kalau2 ada guru yang belum pulang. Sebenarnya aku ingin berjumpa sekali lagi dengan Teacher Wan Nabilah, tapi beliau sudah pulang. Guru2 yang ada ketika itu ialah Ustazah Zawiyah, Ustaz Amir, Ustaz Rosdi, Pengetua dan beberapa guru lain yang tidak ku kenali namanya termasuk guru2 baru. Kebetulan budak2 tingkatan 3 mula berPMR hari ini.

Sedang asyik bersembang dengan Ustaz Rosdi, azan pun berkumandang enak dari corong pembesar suara Surau al-Muttaqin. Aku segera menyahut panggilan itu dan meminta diri untuk ke surau. Alhamdulillah, masih ramai yang suka bersembahyang di surau. Suasana di surau pun tidak banyak berubah. Usai berwuduk, Syed dan Syafie menolakku ke hadapan untuk menjadi imam. Mulanya ingin saja aku tolak permintaan mereka. Tapi tidak sampai hati pula nak menolak. Kata mereka, "Bazzir je mari jauh2, dari Nilai tu.. Imam r sekali!".


Selesai solat, aku disapa Mat, rakan baikku di sekolah dulu. "Seh, kewajipan!", sapanya. Aku terpinga2 kepelikan. 'Kewajipan apa plak ni Mat?', fikirku. Oh, baru ku ingat tentang status YM yang ku tulis itu hari, 'Baitul Muslim: Keperluan atau Kewajipan'. Lalu aku berbincang dengan beliau mengenai masalah sekolah dan usrah. Namun masa sungguh berdengki sekali. Mak menelefonku mengingatkan tentang temu janjiku petang ini.

Pukul 5 petang pula aku ada appoinmnet dengan seorang ustaz di kampung. Ingin minta air penawar dari beliau. Usai urusanku dengan beliau, aku ke Alur Kuda bagi membotakkan rambutku. Namun hampa pula jadinya kerana pemilik kedai sudah ingin menutup premisnya itu. Beliau memintaku datang malam ini.

Tanpa berlengah lagi, aku pun pergi dengan hati yang penuh duka. Destinasiku kali ini ialah pasar minggu di Kg Baru Seberang Takir. Aku mengidam putu mayam. Tapi rupa2nya putu mayam tidak dijual di sini. Hampa lagi. Sebelum ke pasar, aku sempat menziarahi Acik Nah, sebagai pemberitahuan kepulanganku. Kata Acik, "Dakpe (takpe) ah, nanti Acik mari (datang) r rumoh". "Wat mari r makanan sedap2 skit!" kataku menambah.

Aku pulang melalui jalan pantai. Sungguh nyaman sekali terasa. Maklumlah di Nilai tiada pantai. Sebelum pulang ke rumah, aku sempat menjenguk sahabat2 kecilku iaitu Amirul, Afiq dan Zetty serta 2 orang lagi adik perempuan mereka. Sekadar bertanya khabar. Sempat juga aku bertanyakan adik Hafiz, sahabatku yang studi di UNIKL. Menurut adiknya, beliau akan pulang hari Ahad ini. Insya ALLAH, akan ku ajak beliau untuk turut serta dalam usrah Islah Pemuda itu nanti.

Malam ini Ayah mengajar di Surau Mawaddah. Ayah mengajar kitab Hayaatus Sohaabah (Kehidupan Para Sahabat). Di mana malam ini Ayah menceritakan tentang seorang sahabat Nabi dan merupakan perawi hadis iaitu Abu Darda'. Kalam Abu Darda' yang sangat masyhur, "Sesiapa yang tidak pernah merasa puas dengan dunia, maka tiada dunia baginya!". Teringat akan kenangan di sekolah. Kelasku di tingkatan 5 ialah Thanawi 2 Abu Darda'. Pukul 9 barulah aku ke kedai gunting rambut Bangkok Style. Lalu botaklah rambutku walaupun tidak licin, sehingga menampakkan 'stiker2' yang direka khas di atas kepala ini.

Sekian melaporkan dari meja Ghuraba'!

2 comments:

Pozi ABB said...

<=================================>
Kalam Abu Darda' yang sangat masyhur, "Sesiapa yang tidak pernah merasa puas dengan dunia, maka tiada dunia baginya!".
<=================================>

Siapa pula yg mengeluarkan perkataan begini?

kejarlah akan dunia kamu seolah2nya kamu akan hidup seribu tahun! dalam riwayat yg lain...seolah2nya kamu tidak akan mati!

kekeliruan; jika ada keselarian di antara dua ungkapan ini...di mana? jika bertentangan antara kedua2nya...mengapa?

Naseh Ulwan said...

"bekerjalah utk duniamu spt kamu hidup selama2nya, n beramallah utk akhiratmu spt kamu mati esok hari".

kata2 ni adlh kata2 ulamak, bknnya hadis nabi spt yg ramai sangkakan. kata2 ini bkn mnyuruh kita bkerja bagai nk rak, tp faham yg btul dr kata2 ini ialah kerja dunia kita blh tangguh sbb kita akn hidup selama2nya, maknanya kalo x buat hari ni, blh buat esok, lusa n akn dtg.. kerja akhirat plak xleh tangguh, sbb esk dh kita nk mati, mana sempat buat lain kali, kena buat sekarang..

n apa yg asih fhm dr kalam abu darda' plk ialh siapa yg terlalu kejar dunia adlh kerja yg sia2 sbb dia x dpt apa2 pun dr dunia..sbb mtlmt kita bkn dunia,tp akhirat!

psl keselarian n bertentangan 2 asih xbape pasti..maaf a'chik! mgkin org len yg lbih alim blh jwb..


Daripada Tuan Punya Blog

1. Minat menulis adalah datang daripada kesedaran dan rasa tanggungjawab di atas saranan Assyahid Imam Hasan Albanna kerana katanya: "Jangan kamu melawan globalisasi, kerana kamu akan kalah. Hendaklah kamu melawan globalisasi dengan globalisasi juga."

2. Segala kandungan yang ada dalam blog ini adalah pandangan/idea penulis dan tidak semestinya ia betul belaka.

3. Penulis berhak menulis, menganalisis atau mengkritik apa saja (kecuali perkara sensitif) atas dasar 'kebebasan bersuara'.

4. Sesiapa saja berhak menyalin, mengambil atau mencetak mana-mana bahagian dalam blog ini kecuali untuk tujuan selain dakwah seperti untuk tujuan duit dan perniagaan, maka perlu mendapat keizinan daripada penulis.

5. Sesiapa jua boleh menyatakan pandangan atau komen terhadap blog ini atau terhadap penulis sendiri.

6. Penulis boleh dihubungi melalui emel berikut: nasehulwan@gmail.com.