Pengikut yang Baik Hati

Jiwa Terasing @ Pesbuk!

Masih adakah lagi ghuraba'? Jika ada, kitakah ghuraba' itu?

Di saat orang lain memilih untuk meminum arak, kita menjadi terasing kerana sibuk mencari makanan yang halal.

Di kala orang lain terbiasa dengan skirt dan boxer, kita ganjil kerana tegar mempertahankan jubah dan kopiah di kepala.

Ketika orang lain merasa senang dengan bermain golf, kita dianggap pelik kerana berhenti dari permainan semata-mata untuk mengerjakan solat.

Tatkala orang lain merasa bangga punya kekasih yang ramai, kita diherdik dan diketawakan kerana masih belum punya teman wanita.

Jika anda pernah berasa asing, ganjil, pelik, ditertawa, disinis, disindir, atau diperlekeh kerana mempertahankan kehidupan yang berprinsip seperti itu, terimalah khabar gembira yang disampaikan oleh Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.

Tooba lil Ghurabaa’!

Monday, September 6, 2010

Salam Ramadan!


Assalamu'alaikum!

Apa khabar kalian semua? Harap kalian semua sihat dalam lindungan ALLAH. Maaf jika agak lama aku tidak meng'update' blog aku yang tak seberapa ini.

Salam Ramadan aku ucapkan. Mudah-mudahan Ramadan kali ini memberi makna yang begitu besar kepada hidup kalian. Marilah kita memperbanyakkan amalan dan menjauhkan diri daripada maksiat dan perkara yang boleh membawa murka ALLAH. Moga puasa yang disebut Nabi sebagai hanya mendapat lapar dan dahaga itu bukan puasa kita.

Bagaimana amalan kita sepanjang bulan ini? Sama-sama kita muhasabah diri agar kita sentiasa tergolong di kalangan hambaNya yang beriman dan beramal soleh. Di mana syurga ALLAH itu diciptakan khusus untuk dua golongan ini.


Bulan ini adalah bulan untuk kita mendidik nafsu kita. Kalau selama ini nafsu yang mendidik kita selama 11 bulan, cuba pula pada 1 bulan ini untuk mendidik nafsu. Bulan ini juga bulan mujahadah. Bukannya bulan untuk bermalas-malasan dengan alasan letih berpuasa. Sehingga ada yang tidur selepas sahur dan hanya bangun ketika berbuka, dahsyat! Sedangkan para sahabat boleh berperang pada bulan Ramadan, apatah lagi kita yang langsung tidak berperang secara mengangkat senjata ini.

Akhirnya, itu sajalah yang dapat aku titipkan untuk catatan ringkas kali ini. Jumpa lagi di lain lapangan. Insya ALLAH, untuk posting selepas ini, aku akan memuatkan posting2 dari blog lain yang berkisarkan aku dan artikel yang ditulis khusus untuk aku. Sekian, wallahu a'lam!

No comments:


Daripada Tuan Punya Blog

1. Minat menulis adalah datang daripada kesedaran dan rasa tanggungjawab di atas saranan Assyahid Imam Hasan Albanna kerana katanya: "Jangan kamu melawan globalisasi, kerana kamu akan kalah. Hendaklah kamu melawan globalisasi dengan globalisasi juga."

2. Segala kandungan yang ada dalam blog ini adalah pandangan/idea penulis dan tidak semestinya ia betul belaka.

3. Penulis berhak menulis, menganalisis atau mengkritik apa saja (kecuali perkara sensitif) atas dasar 'kebebasan bersuara'.

4. Sesiapa saja berhak menyalin, mengambil atau mencetak mana-mana bahagian dalam blog ini kecuali untuk tujuan selain dakwah seperti untuk tujuan duit dan perniagaan, maka perlu mendapat keizinan daripada penulis.

5. Sesiapa jua boleh menyatakan pandangan atau komen terhadap blog ini atau terhadap penulis sendiri.

6. Penulis boleh dihubungi melalui emel berikut: nasehulwan@gmail.com.