Pengikut yang Baik Hati

Jiwa Terasing @ Pesbuk!

Masih adakah lagi ghuraba'? Jika ada, kitakah ghuraba' itu?

Di saat orang lain memilih untuk meminum arak, kita menjadi terasing kerana sibuk mencari makanan yang halal.

Di kala orang lain terbiasa dengan skirt dan boxer, kita ganjil kerana tegar mempertahankan jubah dan kopiah di kepala.

Ketika orang lain merasa senang dengan bermain golf, kita dianggap pelik kerana berhenti dari permainan semata-mata untuk mengerjakan solat.

Tatkala orang lain merasa bangga punya kekasih yang ramai, kita diherdik dan diketawakan kerana masih belum punya teman wanita.

Jika anda pernah berasa asing, ganjil, pelik, ditertawa, disinis, disindir, atau diperlekeh kerana mempertahankan kehidupan yang berprinsip seperti itu, terimalah khabar gembira yang disampaikan oleh Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.

Tooba lil Ghurabaa’!

Sunday, August 30, 2009

Semingguku di Terengganu

Setelah sekian lama menunggu dan menunggu, akhirnya masa yang dinanti tiba jua. Lama sudah ingin ku publish post ini. Sudah berkurun2 lamanya. Sengaja aku peramkan 'beliau' di dalam draft. Belum datang zouq kata orang Tasawuf tinggi, al-Jufri.

Cutiku pada akhir bulan 7 yang lepas, terisi jugalah. Walaupun tidaklah segenap isinya. Kata Ustaz Engku Hasan ketika kuliyah maghrib mingguan Kitab Muniyatul Musolli, "Kalaupun antum tak dapat 100 peratus, jangan sampai tak dapat 1 peratus pun". Disebabkan kami mempunyai kelas tambahan ketika sesi pengajiannya di Dewan Fikri. Kami hanya sempat mengikutinya beberapa minit saja, sebelum memasuki kelas.

Hari Pertama

Sampai di Terengganu pada jam 5.00 pagi. Kuliah tujuh minit (kultum) disampaikan Ayah pagi itu tentang kematian cukup mengesankan. Selepas solat Subuh di Surau Al-Mawaddah, pagi itu juga Mak dan Ayah mengajakku ke Dungun. Ayah Saudara Mak atau Tokki Saudaraku meninggal semalam. Aku tertidur keletihan sepanjang perjalanan.

Sampai di sana terlihat orang ramai menunggu di luar juga di dalam. Semua menunjukkan mimik muka kesedihan di atas kepergian arwah. Walaupun ada yang tidak berjaya menghayatinya. Siap boleh gelak ketawa lagi. Mungkin kerana berjumpa teman lama. Rasanya tidak salah, cuma perlu berpada2 sebagai menghormati keluarga arwah.

Setelah menunggu jenazah diuruskan seperti dimandi dan dikafankan, tibalah saat terakhir untuk ahli keluarga menatap wajah sayu milik arwah di dunia ini. Mungkin di akhirat boleh bersua lagi di jannah. Mak memanggilku untuk melihat wajah arwah. Aku tidak dapat mengecam wajah arwah pada mulanya. Tetapi akhirnya ingatanku kembali pulih. Tubuh kecil milik arwah aku cam. Arwah pergi ketika umurnya 90 tahun. Telah lama rasanya tidak menziarahi arwah. Setiap kali hari raya, walimah atau berlaku kemalangan, Ayah pasti mengajak kami menziarahi keluarga. Ayah sangat menekankan kepentingan ukhuwah, terutamanya sanak-saudara. Ayah turut mengambil peluang mencium dahi arwah seusai anak cucu arwah melakukannya untuk akhir kalinya.

Solat jenazah diimamkan oleh seorang ustaz muda dari kawasan itu sendiri. Ramai yang menyembahyangkan arwah termasuk para pelajar dari Pondok Pinang Merah. Mereka berjubah dan berserban hampir kesemuanya. Ayah, Mak, Tok, Abang, aku dan Bayin menuju ke tanah perkuburan, mauqi' jenazah dikebumikan. Talkin dibacakan oleh YB Ustaz Hassan Ramli, Adun Sura yang juga merupakan bekas exco Kebudayaan, Belia dan Sukan Terengganu. Talkin itu diberikan nafas baru. Seperti orang membaca khutbah bunyinya. Sehingga menusuk tajam pada jiwa2 yang mendengarnya. Setiap kali kepulanganku ke Terengganu pasti akan ada 'tazkirah' kematian. Di kampungku, hampir setiap hari berlaku kematian.

Selesai urusan perkebumian, kami ke hospital pula bagi menjenguk Acik Ma di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ). Acik Ma baru saja melahirkan anaknya yang ke-9. Namun yang menjadi kesedihannya aku tidak dapat turut serta naik ke atas kerana adanya 'budak kecik sorang ni'. Kanak2 tidak dibenarkan masuk ke Hospital kerana dibimbangi dijangkiti virus H1N1 bawaan Ahmad Farid Wan Salleh, calon BN PRK Kuala Terengganu (haha).

Maka terpaksalah aku menjaga Bayin ini. Sesekali duduk di tempat rehat yang disediakan. Sesekali juga kami berjalan2 mengelilingi sekitar kawasan hospital, termasuk membeli minuman buat Bayin. "Bosan guh Abecih! Lama Ayah duk atas nung or.. Wat nape au..", mulut kecil beliau mengomel. Kelakar. "Ayoh, lama lagi ke? Ke dok keluar gi baby?", panggilku. Namun ada sesuatu yang menyeronokkkan ketika bersama Bayin. Melihat telatah nakal beliau, sungguh mencuit hatiku. Sesekali beliau bernasyid lagu 'Fatimah' dendangan asal Azhan Atan yang dihafalnya. Kagum. Beliau menyebut dengan betul sekali. Entah beliau faham atau tidak, wallahu a'lam. Aku turut berduet dengan beliau menyanyikan lagu itu. Moga beliaulah 'Fatimah' yang seterusnya!

Rindu sungguh pada beliau. Pada wajah comel beliau. Pada gelagat dan 'ucapan' beliau. Setiap kali aku menelefon Mak, pasti beliau mahu bercakap juga denganku. Kepetahan beliau bercakap menjadikan kita tenang tanpa memikirkan masalah dunia. 'Mulut banyok', kata orang kampungku (walaupun beliau hanya memiliki 1 saja mulut).

Malam itu aku tidur dengan nyenyaknya tanpa menghiraukan dunia di sekelilingku. Faiz menghantar pesanan supaya aku menyertai usrah Islah Pemuda yang dirintis oleh beliau bersama Kamal, Pa dan aku. Beliau sekarang di UPSI. "Gi jugok tu syeikh..", tulis beliau. Maaf kerana tak dapat bagi komitmen. Namun letih tidak boleh selamanya dijadikan sandaran alasan.

Hari Kedua

Tidak ada sebarang aktiviti istimewa yang dilakukan. Hanya duduk di rumah. Goyang kaki sambil main laptop.

Hari Ketiga

Tengah hari itu aku bertemu dengan Pok Rahim, rakan 'berusia'ku. Kagum sungguh pada beliau kerana walaupun pada usia lanjutnya namun masih mampu melayani dan bergaul mesra denganku. Kagum juga pada anak2 beliau yang belajar tinggi termasuk di Australia. Walaupun beliau dulunya hanya bekerja sebagai Pengawal Keselamatan. Kini beliau telah pencen.

Malam itu pula aku mengikut Ayah ke Surau Ustaz Yong, di Seberang Takir. Ayah mengajar kitab al-Azkaar karangan Imam Nawawi. Kami diajar bagaimana adab dan doa ketika menziarahi pesakit. Usai moreh, kami berkunjung ke rumah Tok bagi mengetahui perkembangan Acik Ma. Ingatkan nak tengok baby, tapi baby pula kena tahan. Acik Ma bersama anak2nya yang bergelimpangan, masing2 sudah tidur.

Hari Keempat

Pagi itu Pok Rahim mengajakku bersarapan di kedai. Aku pun apa lagi, boleh saja. Hajatnya ingin makan roti canai di kedai makan seberang jalan menuju ke 'International' Airport. Tapi roti canai tak ada pula. Aku membaham nasi minyak ayam dengan rakusnya. Pok rohim pula mencuba nasi kunyit bersama kuih-muih, kalau tak silap.

Hari itu juga aku ke pejabat Ayah. Dapat juga aku berjumpa sahabat2ku di sana. Kami bergelak-ketawa, itulah rutin kami bila bertemu. Terharu kerana mereka masih menghargai diriku yang tak punya apa2 ni.

Malam itu aku ke Surau Al-Mawaddah. Ayah membaca kitab Hayaatus Sohaabah di surau.

Hari Kelima

Malam itu pula aku ke Masjid Kg Batin. Ustaz Roqim mengajar Hadis. Walaupun agak kelewatan, namun aku masih sempat mengambil sedikit ilmu. Sebelum pulang, Tok memintaku supaya menghantar beliau ke rumahnya.

Hari Keenam

Ayah mengajar di Surau Wan Ngah Kg Duyung. Apa yang disampaikan Ayah malam itu ialah berkenaan masalah imam dan makmum dalam solat seperti masbuq dan muafiq. Malamku itu juga dipenuhi dengan Ceramah Penerangan sempena Israk Mikraj di Kg Telaga Batin oleh Ustaz Nasir Mat Soh, AJK Pas Kawasan Bachok, Cikgu Shukrimun dan Ustaz Zakaria Dagang. Sudah beberapa kali Ustaz Nasir ke sini, seingatku sudah 3 kali. Ceramah berkisar tentang isu semasa seperti stadium runtuh, airport antarabangsa (kebetulan ceramah berdekatan dengannya), isu Najib (PM 1Malaysia benci) dan Nizar (isu memegang lilin). Namun ceramah lebih menekankan tentang Israk Mikraj yang dikupas oleh Ustaz Nasir, penceramah terakhir.

Hari Ketujuh

Kami sekeluarga bersama Pak2 dan Mak2 Saudara sebelah Ayah mengunjungi Teh Jah di Kelantan. Abang Ridhuan atau Duwe, anaknya menikah. Majlis walimah walaupun hanya sederhana namun begitu meriah sekali dengan kehadiran anak-beranak. Gembira sungguh dapat bertemu dan bersalam dengan Pak2 dan Mak2 Saudara yang lama tidak ketemu. Aku turut dapat bertemu dengan sahabat sepermainanku sewaktu kecil, Ramadhan atau Madden. Beliau yang dulunya hanyalah sebesar semut, kini sudah besar sikit, walaupun tak berapa tinggi (huhu). Suara pun sudah garau. "Eh! Naseh ko ni? Besar doh loni deh!", seru beliau padaku. Beliau belajar di Pakistan. Masihku ingat kami sama2 main bola dan dam haji dulu. Kenangan itu sungguh indah jika dikenang2 kembali.

Hari itu juga pihak AJK Surau al-Mawaddah mengadakan jamuan makan sempena perasmian surau baru itu. Majlis perasmian disempurnakan lagi dengan kehadiran Ustaz Azhar Idrus malam itu yang memberi kuliyah Maghrib. Ustaz yang cukup glamor di Terengganu itu punya ramai peminat. Surau baru yang lebih luas daripada surau lama (Surau Hj. Mohamad Chik) itu masih tidak mampu menampung kehadiran jemaah yang sangat ramai. Tikar dibentangkan di luar surau bagi yang tidak dapat memenuhi ruang solat dalam surau. Kuliyah ustaz pada malam itu masih berkisarkan Israk Mikraj Nabi. Ada saja modal lawak dari beliau, sehingga gusi kami pun tidak sempat kering. Terbahak2 kami menahan tawa. Ditambah lagi dengan bunyi ketawa seorang JKKK, lucu benar. Malam itu sungguh istimewa kerana ustaz sudi meluangkan masa bersama kami, di mana itulah pertama kali beliau ke surau itu.

3 comments:

Ibn 'AbdiLLAH As-Sarawaki said...

Salam'alaik akhi,

Nok tnye skek ni..

Rajin gop dngor perkataan 'dok mopong'...mende plok maksud tu? lebih kurang ngan "dok rok" ke?

Hares Takeery said...

antara sifat2 ayah yg bjiwa pemimpin yg patut dikagumi & dicontohi:
1) mjaga silaturrahim & ukhuwwah.
2) ziarah org sakit & org mati hingga ke kubur walaupon ketika tlalu sibuk.

ayah qudwah aku dlm mjaga silaturrohim sanak sedara..kagum aku dgn ayah. dgn slamber ayah jelaskan tertib kluarga dekat & jauh. mcmane la kita nak ingat semua silsilah kluarga kita kan.ayah mmg mantap!

*******************************
ksian guh ke mu sih..tpakse jage budok buas tu..haha. yg penting bayin semakin matang.."Bosan guh Abecih! Lama Ayah duk atas nung or.. Wat nape au.."..lame doh x dgr 'ayat org tua' drp bayin..haha

aku rindu guh ke bayin sih oi!! rase nak dgr ye nasyid plop..haha. kita (kita @ mu sorg je?haha) mase kecik2 dulu..nasyid pelat gop skit..tapi bayin molek2 ade sebut lirik nasyid. kalu yah..parok g..hancur terus!haha.

******************************
biar betol ust azhar mari surau kite sih..sedap3..akhirnya ade gop ulama' besor mari surau kite..jgn lupe letok kat papan sejarah surau mawaddah tu..haha

Nasih Ulwan said...

~As-Sarawaki

Salam ya akhi,
x ajin dgr pon..
tp mok ana kate dok ngopong ade r..
dok ngopong 2 maksud wat keje cakduh..
maksudnya bt kerja x cermat/gopoh..
sekian,jwpn..

~Abreh

Ayoh mmg insan yg paling aku kagum ats dunia ni!
bayyin phm sbnrnya apa yg dia tuturkan,tp phm stkt dye jelah..maknanya ye phm pringkat ye..
ye ah..mg beng wat barrang g2 surau kita..kemah keming lening! hehe


Daripada Tuan Punya Blog

1. Minat menulis adalah datang daripada kesedaran dan rasa tanggungjawab di atas saranan Assyahid Imam Hasan Albanna kerana katanya: "Jangan kamu melawan globalisasi, kerana kamu akan kalah. Hendaklah kamu melawan globalisasi dengan globalisasi juga."

2. Segala kandungan yang ada dalam blog ini adalah pandangan/idea penulis dan tidak semestinya ia betul belaka.

3. Penulis berhak menulis, menganalisis atau mengkritik apa saja (kecuali perkara sensitif) atas dasar 'kebebasan bersuara'.

4. Sesiapa saja berhak menyalin, mengambil atau mencetak mana-mana bahagian dalam blog ini kecuali untuk tujuan selain dakwah seperti untuk tujuan duit dan perniagaan, maka perlu mendapat keizinan daripada penulis.

5. Sesiapa jua boleh menyatakan pandangan atau komen terhadap blog ini atau terhadap penulis sendiri.

6. Penulis boleh dihubungi melalui emel berikut: nasehulwan@gmail.com.