Halaman Blog

Pengikut yang Baik Hati

Jiwa Terasing @ Pesbuk!

Masih adakah lagi ghuraba'? Jika ada, kitakah ghuraba' itu?

Di saat orang lain memilih untuk meminum arak, kita menjadi terasing kerana sibuk mencari makanan yang halal.

Di kala orang lain terbiasa dengan skirt dan boxer, kita ganjil kerana tegar mempertahankan jubah dan kopiah di kepala.

Ketika orang lain merasa senang dengan bermain golf, kita dianggap pelik kerana berhenti dari permainan semata-mata untuk mengerjakan solat.

Tatkala orang lain merasa bangga punya kekasih yang ramai, kita diherdik dan diketawakan kerana masih belum punya teman wanita.

Jika anda pernah berasa asing, ganjil, pelik, ditertawa, disinis, disindir, atau diperlekeh kerana mempertahankan kehidupan yang berprinsip seperti itu, terimalah khabar gembira yang disampaikan oleh Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.

Tooba lil Ghurabaa’!

Wednesday, September 30, 2009

Aku Sudah Futur

Mungkin aku sudah futur untuk menulis lagi. Aku butuh pada idea. Kadang2 idea itu bagai bermain layang2 di kepala, tapi untuk menarik layang2 itu keluar, lantas diabadikan dalam frame berupa web blog atau blog, itu yang susah. Sukar sebetulnya.

Layang2 punya nilai estetika yang tersendiri bagiku. Ketika umur kecilku, aku membeli layang2 kuning di Kedai Mek Zah (orang Teluk Ketapang pasti mengetahuinya). Ketika itu layang2ku paling tinggi berada di udara, sehingga memecah tradisi, memecah rekod yang pernah dipegang sebelum ini (memandai je tambah!). Lantaran itu ramailah yang berdengki.

Sehinggalah suatu hari layang2ku jatuh terperosok, namun tidak menyembah bumi. Beliau terlekat di suatu pokok yang agak misteri di belakang rumahku. Aku yang masih belum mengerti apa2 ketika itu terus membiarkannya. Mungkin kami tiada jodoh. Sehari dua selepas itu aku pergi ke Kuala Lumpur bersama keluargaku.

Selepas pulang, aku dapati layang2 itu sudah tiada, fikirku sudah diambil orang. Sehinggalah aku ketahui bahawa rakanku yang mengambilnya. Sahabat sekampung yang sangat ku kenali dan baik pula denganku. Kami selalulah bermain bola, gasing, keter 'dash', guli, congkak dan permainan serba canggih, versi komputer.

"Sih, Zering ambek wau mung. Mung tau dok? (Nasih, Azrin ambil ko nye layang2!)", kata seorang rakan yang mencucuh. "Ye dok? Biar betol mung! Doh dakpe ah aku gi ambek ekgi (Ye ke tak ni? Takpe r, nanti aku g amek)", kataku sebagai membalas. Aku cuba menyedapkan hati mengatakan bahawa Azrin menolongku mengambilnya.

Aku terus ke rumah Azrin. Tiba di rumahnya, aku melihat beliau sedang enak bermain dengan layang2ku. Aku beritahu pada beliau, "Reng, aku nok mulla wau aku! (Azrin, aku nak balik layang2 aku!)". Azrin yang kemarahan itu terus menggulung tali layang2ku itu. Ketika layang2 itu sampai ke tangannya, terus beliau carik rabakkan layang2ku itu. Aku yang sedih terus meluru kepada Azrin. Ingin saja aku pukul beliau. Aku menangis teresak2 ketika itu. Ayah Azrin keluar dan memarahiku. Lantas menyuruhku pulang.

Aku pulang ke rumah dengan nada kesedihan. Mahu saja aku ceritakan pengalamanku tadi kepada mak ayahku, tapi aku lebih suka memendamkannya saja.

Habis sudah cerita itu. Cerita ini banyak mengajarku erti kehidupan. Dan aku tidak pernah sekali2 berdendam dengan 'si Azrin' itu.

Pengajarannya:
  • Jangan rampas hak orang lain
  • Hidup tak akan selamanya indah
  • Redalah dengan ketentuannya
  • Belajar dari kehidupan


4 comments:

Ahmad Ulwan b Hassim said...

Salam sahabatku senama yang dirindui..huhu

btul tu pengalaman byk mengajar kita ttg kehidupan..semakin byk pengalaman semakin matang seseorg tu..akn tetapi yg paling penting adlh kita hendaklah mgmbil pengiktibaran terhdp prngalamn yg kita lalui...btul x?? ^_^

k u f a i z said...

huh, enta nak futur drp blogging. isk. ana x caye. hehe

Naseh Ulwan said...

~Musafir

Salam kembali shbt senama yg ku rindui juga..huu

btol3..pngalamanlah guru yg paling dekat dgn seseorg manusia itu..

~kuFAIZ

nta nih..futur 2 kn mksudnya letih..
ana bkn xnk tulis trus..

k u f a i z said...

ooo, bruku tahu...


Daripada Tuan Punya Blog

1. Minat menulis adalah datang daripada kesedaran dan rasa tanggungjawab di atas saranan Assyahid Imam Hasan Albanna kerana katanya: "Jangan kamu melawan globalisasi, kerana kamu akan kalah. Hendaklah kamu melawan globalisasi dengan globalisasi juga."

2. Segala kandungan yang ada dalam blog ini adalah pandangan/idea penulis dan tidak semestinya ia betul belaka.

3. Penulis berhak menulis, menganalisis atau mengkritik apa saja (kecuali perkara sensitif) atas dasar 'kebebasan bersuara'.

4. Sesiapa saja berhak menyalin, mengambil atau mencetak mana-mana bahagian dalam blog ini kecuali untuk tujuan selain dakwah seperti untuk tujuan duit dan perniagaan, maka perlu mendapat keizinan daripada penulis.

5. Sesiapa jua boleh menyatakan pandangan atau komen terhadap blog ini atau terhadap penulis sendiri.

6. Penulis boleh dihubungi melalui emel berikut: nasehulwan@gmail.com.