Halaman Blog

Pengikut yang Baik Hati

Jiwa Terasing @ Pesbuk!

Masih adakah lagi ghuraba'? Jika ada, kitakah ghuraba' itu?

Di saat orang lain memilih untuk meminum arak, kita menjadi terasing kerana sibuk mencari makanan yang halal.

Di kala orang lain terbiasa dengan skirt dan boxer, kita ganjil kerana tegar mempertahankan jubah dan kopiah di kepala.

Ketika orang lain merasa senang dengan bermain golf, kita dianggap pelik kerana berhenti dari permainan semata-mata untuk mengerjakan solat.

Tatkala orang lain merasa bangga punya kekasih yang ramai, kita diherdik dan diketawakan kerana masih belum punya teman wanita.

Jika anda pernah berasa asing, ganjil, pelik, ditertawa, disinis, disindir, atau diperlekeh kerana mempertahankan kehidupan yang berprinsip seperti itu, terimalah khabar gembira yang disampaikan oleh Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.

Tooba lil Ghurabaa’!

Wednesday, April 8, 2009

E-mel buat YB Khalid Samad

9 April 2009


Salam Terasing,


Bertemu lagi kita di ruangan maya serba canggih ini, bak kata pepatah Celcom, 'Segalanya di tangan anda'. Jadi untuk post kali ini, aku dengan penuh khusyuk dan tawaduk ingin menyiarkan e-mel yang ku hantar pada YB Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam. Niatku tidak lain tidak bukan hanyalah untuk mendapat penjelasan daripada YB sendiri dan ingin mendengar dari mulut beliau sendiri. Sebelum ini hanya mendengar cakap2 orang saja. Oleh itu, ikuti soal-jawab antara aku dan beliau;


YB,


1. Apakah tujuan Suara Islam ditubuhkan? Adakah benar yang dikatakan sesetengah pihak bahawa untuk melawan PAS? Jika ya, adakah penubuhannya atas dasar tidak puas hati?


Suara Al-Islam ditubuh demi memperjuangkan Islam di Malaysia. Ianya ditubuh pada tahun 1975/6 oleh beberapa pelajar Islam Malaysia di UK. Pada masa itu PAS masih bersama BN dan Dato’ Asri adalah Presidennya.


Pada masa itu, PAS dan juga ABIM belum lagi aktif di kalangan pelajar2 UK. Namun, pelajar2 kita mendapat pendedahan kepada perjuangan Islam melalui pelajar2 post-graduate Arab dan Pakistan yang sedang menuntut di UK. Oleh itu pelajar2 Malaysia terbagi kepada dua kumpulan besar, iaitu yang ingin bersama perjuangan Islam dan yang tenggelam dengan budaya barat.


Yang ingin mengikut perjuangan Islam pula terbahagi kepada beberapa kumpulan, yang paling dikenali adalah IRC dan Suara Al-Islam. Group IRC mencontohi gerakan Al-Ikhwanul Muslimun. Oleh kerana pada masa itu Ikhwan bergerak secara Siir atau rahsia, maka IRC mencontohi cara pergerakan yang sebegini. Tuan kena tanya orang IRC untuk penjelasan yang lebih terperinci berhubung konsep perjuangan IRC.


Kumpulan Suara pula merupakan kumpulan yang lebih minat bergerak secara terbuka dan melalui arena politik. Kami banyak membaca tulisan Maududi tetapi tidak bersetuju dengan corak Jamaat Islami yang kelihatan terlalu elitist. Kami melibatkan diri dalam perbahasan dengan berbagai kumpulan politik di UK termasuk golongan kiri. Kami juga mengikuti perkembangan perjuangan Islam seluruh dunia, termasuk gerakan Islam di Turki dan di Iran. Ahli2 kami turun bersama pelajar2 Iran tunjuk perasaan anti-Shah di London.


Kami akhirnya bercadang untuk membentuk parti Islam yang baru apabila balek ke Malaysia kerana dilihat PAS pada masa itu tenggelam dalam BN dan risalah Islam yang ingin dibawanya agak kabur. Perjuangan PAS juga diadunkan dengan semangat nasionalisma Melayu pada masa itu.


Setelah kembali kami cuba membentuk Parti Negara Islam Malaysia pada tahun 1981. Permohonan kami ditolak. Pada Pilihanraya 1982 kami meletak 2 calon di kawasan PAS tidak bertanding. Kawasan2 ini majoriti penduduknya adalah orang Cina. Bagi kami ianya tiada masalah kerana kami memahami Islam adalah untuk semua. Tiada niat nak lawan PAS tetapi ingin mempengaruhinya supaya risalah Islam yang dibawa lebih menonjol dan perlu PAS bergiat dikalangan semua kaum dan ugama.


Pada tahun yang sama, selepas PRU ke-6, PAS mengadakan Muktamarnya. Perubahan pimpinan berlaku dan konsep kepimpinan ulama’ ditegaskan. Al-Marhum TG Yusuf Rawa dipilih sebagai Presiden. Saya masuk PAS pada 1983 dan bergerak bersamanya sejak itu. Beberapa ahli Suara turut menyertai PAS.


2. Mengapakah YB dipecat dari jawatan Timbalan Pesuruhjaya 1 Selangor? Benarkah berlaku krisis antara YB dengan pimpinan di peringkat pusat?


Saya dipecat kerana tidak sehaluan dengan Dato PJ. Tiada krisis antara saya dengan pimpinan peringkat pusat. Soal tegur menegur sepatutnya merupakan perkara biasa dalam kita mengemudi jemaah Islam. Teguran saya terhadap beberapa pimpinan, khususnya Cikgu Pa dalam soal kenyataan peribadi beliau tidak sepatutnya dilihat sebagai krisis di antara saya dengannya. Kenyataannya melibatkan rakyat umum maka teguran saya juga melibatkan rakyat umum.


Saya masih ahli lujnah politik PAS Pusat dan ini adalah bukti bahawa tiada apa2 krisis di antara saya dan pimpinan pusat.


3. Benarkah dakwaan bahawa di dalam PAS ada beberapa kumpulan seperti pro-presiden dan pro-erdogan? Mengapakah istilah Erdogan digunakan dan adakah YB termasuk dalam kalangan pro-erdogan ini?


Ini dakwaan yang dibuat oleh mereka2 yang ingin melaga-lagakan ahli2 PAS satu sama lain. Bagi saya kumpulan2 ini tidak wujud tetapi saja diada-adakan. Dalam menangani keadaan baru kita di mana kita telah berjaya membentuk kerajaan PR di beberapa negeri, ada perbezaan pendapat. Ada yang tak selesa dengan pembentukan kerajaan PR di Penang, Perak dan Selangor kerana PAS minoriti. Ada yang lebih suka kita bersama BN atau terus bersendirian. Ada juga yang meletakkan syarat TGHH mesti disebut sebagai bakal Perdana Menteri, bukan DSAI walaupun tidak mungkin kita dapat melakukannya disebabkan jumlah kerusi dan keengganan DAP.


Oleh kerana kami lebih cenderung kepada PR dan sanggup menerima hakikat bahawa dalam keadaan sekarang DSAI sahaja yang boleh diterima oleh semua pihak, maka kami dilabel sebagai ‘kumpulan Erdogan’.Erdogan adalah Presiden Turki. Dia meninggalkan parti pimpinan Erbakan dan menyertai pilihan raya atas isu kerajaan yang bersih serta atas prinsip keadilan. Isu Islam dan Negara Islam tidak ditonjolkan sangat kerana memang di Turki isu ini diharamkan. Mereka melihat kami seperti itu dan gelaran itu adalah bertujuan menghina kami. Namun sekarang, nama Erdogan semakin wangi. Mungkin mereka kena cari nama lain tak lama lagi. Ya saya digolongkan oleh mereka, entah siapa tetapi golongan yang membaling batu dan sembunyi tangan, sebagai anggota golongan Erdogan.


4. Apakah perubahan yang telah dilakukan oleh YB di kawasan YB teruatamanya dan Selangor umumnya? Dan apa pula yang telah dilakukan ke arah usaha mengislah atau meng'islam'kan lagi rakyat Selangor selepas tertubuhnya kerajaan PR di negeri tersebut.


Kita berusaha kearah kerajaan yang bersih rasuah. Kita mengusahakan kerajaaan yang mementingkan kebajikan rakyat. Rakyat miskin dikenal pasti dan bermacam2 usaha dijalankan untuk membantu mereka. Kita ingin menentukan kekayaan Negeri dinikmati rakyat, khususnya rakyat yang miskin. Ini semua sebahagian dari tuntutan Islam.


JKK dan Ketua kampung ditukar dengan orang2 yang lebih amanah seperti juga ahli2 majlis PBT2. Wakil2 rakyat pula kerap turun bertemu rakyat melalui berbagai progrem. Kita cuba memberi contoh kepimpinan yang berakhlak. Ini semua juga dari ajaran Islam.


Dari sudut ‘Islam’ mengikut kefahaman terhad, kita membebaskan Masjid2 dan Surau2 supaya mereka boleh mengadakan progrem2 mendidik rakyat supaya lebih memahami Islam. AJK Masjid baru dan Nazir baru dipilih.Penceramah2 Ugama yang dulu disenarai hitam disenarai putihkan dan khutbah2 Jumaat semakin mantap. Sekolah2 ugama rakyat diberi sokongan dan guru2 agama dinaikkan gaji. Ini bererti kita bergerak membina kefahaman ummat Islam.


Dalam interaksi dengan masyarakat bukan Islam dan Islam UMNO, kita berusaha menjelaskan semua yang baik seperti di atas adalah tuntutan ajaran Islam. Ini merupakan aspek dakwah yang bermula dengan menghilangkan ketakutan mereka terhadap Islam.


Dari sudut fahaman Islam yang teramat sempit, kita belum lagi mengharamkan arak, judi dan belum lagi melaksanakan hukum hudud.


3 comments:

Anonymous said...

Salam Syeikh,

Pembetulan: Khalid Samad adalah ahli parlimen Shah Alam, bukan Kuala Selangor yg sedang dipegang oleh Dr. Dzul. Wallahu a'lam.

Naseh Ulwan said...

oh ya...ana lupa. sory ye.. mekasih atas teguran..

Kak Baity said...

Nasih,
bagus la, anta direct tanya YB daripada dengar kata-kata orang je...
maklumlah, kalau dengar dari pelbagai suara ni, banyak yang nak melaga-lagakan.
Tapi, masih ada banyak persoalan...


Daripada Tuan Punya Blog

1. Minat menulis adalah datang daripada kesedaran dan rasa tanggungjawab di atas saranan Assyahid Imam Hasan Albanna kerana katanya: "Jangan kamu melawan globalisasi, kerana kamu akan kalah. Hendaklah kamu melawan globalisasi dengan globalisasi juga."

2. Segala kandungan yang ada dalam blog ini adalah pandangan/idea penulis dan tidak semestinya ia betul belaka.

3. Penulis berhak menulis, menganalisis atau mengkritik apa saja (kecuali perkara sensitif) atas dasar 'kebebasan bersuara'.

4. Sesiapa saja berhak menyalin, mengambil atau mencetak mana-mana bahagian dalam blog ini kecuali untuk tujuan selain dakwah seperti untuk tujuan duit dan perniagaan, maka perlu mendapat keizinan daripada penulis.

5. Sesiapa jua boleh menyatakan pandangan atau komen terhadap blog ini atau terhadap penulis sendiri.

6. Penulis boleh dihubungi melalui emel berikut: nasehulwan@gmail.com.