Halaman Blog

Pengikut yang Baik Hati

Jiwa Terasing @ Pesbuk!

Masih adakah lagi ghuraba'? Jika ada, kitakah ghuraba' itu?

Di saat orang lain memilih untuk meminum arak, kita menjadi terasing kerana sibuk mencari makanan yang halal.

Di kala orang lain terbiasa dengan skirt dan boxer, kita ganjil kerana tegar mempertahankan jubah dan kopiah di kepala.

Ketika orang lain merasa senang dengan bermain golf, kita dianggap pelik kerana berhenti dari permainan semata-mata untuk mengerjakan solat.

Tatkala orang lain merasa bangga punya kekasih yang ramai, kita diherdik dan diketawakan kerana masih belum punya teman wanita.

Jika anda pernah berasa asing, ganjil, pelik, ditertawa, disinis, disindir, atau diperlekeh kerana mempertahankan kehidupan yang berprinsip seperti itu, terimalah khabar gembira yang disampaikan oleh Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.

Tooba lil Ghurabaa’!

Tuesday, April 14, 2009

Bertemu Pemimpin Masyarakat

14 April 2009

Salam Transformasi,

Semalam, tanggal 13 April 2009, kami sempat bertemu dengan pemimpin masyarakat yang tidak asing lagi di Malaysia, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man. Siapa tidak kenal beliau. Beliau sebelum bergiat aktif dalam politik, sangat terkenal dengan kepetahan berucap dalam siri ceramah beliau termasuk rancangan TV yang sangat masyhur di era 90-an, Forum Perdana Hal Ehwal Islam.

Pertemuan yang tidak dijangka ini sangat besar maknanya bagi kami kerana sempat bersalaman dan bergambar dengan beliau. Kami juga sempat mendengar tasyji' dan nasihat yang sangat berguna daripada beliau.

Beliau kini memegang kapasiti sebagai Pesuruhjaya Pas Negeri Pahang. Insya ALLAH, beliaulah yang kami jangkakan akan menjadi Menteri Besar negeri itu selepas PRU ke-13 akan datang.

Kami sangat berbesar hati dapat berjumpa dengan beliau dan mengambil semangat beliau untuk dibawa ke medan perjuangan kami, maksud kami di alam studi dengan mencontohi anak kandung beliau yang merupakan pelajar terbaik di CENFOS IIUM, PJ pada tahun lepas yang mendapat 4 flat dalam semua semester yang diduduki.

Tahniah kepada beliau kerana berjaya mentarbiyyah anak beliau, bukan saja dari sudut akhlak dan kepimpinan, bahkan akademik juga. Sesungguhnya kejayaan anak beliau itu adalah berkat daripada perjuangan beliau untuk Islam. Seperti kata ALLAH yang mafhumnya, "Jika kamu menolong (agama) ALLAH, nescaya ALLAH akan menolong kamu".

No comments:


Daripada Tuan Punya Blog

1. Minat menulis adalah datang daripada kesedaran dan rasa tanggungjawab di atas saranan Assyahid Imam Hasan Albanna kerana katanya: "Jangan kamu melawan globalisasi, kerana kamu akan kalah. Hendaklah kamu melawan globalisasi dengan globalisasi juga."

2. Segala kandungan yang ada dalam blog ini adalah pandangan/idea penulis dan tidak semestinya ia betul belaka.

3. Penulis berhak menulis, menganalisis atau mengkritik apa saja (kecuali perkara sensitif) atas dasar 'kebebasan bersuara'.

4. Sesiapa saja berhak menyalin, mengambil atau mencetak mana-mana bahagian dalam blog ini kecuali untuk tujuan selain dakwah seperti untuk tujuan duit dan perniagaan, maka perlu mendapat keizinan daripada penulis.

5. Sesiapa jua boleh menyatakan pandangan atau komen terhadap blog ini atau terhadap penulis sendiri.

6. Penulis boleh dihubungi melalui emel berikut: nasehulwan@gmail.com.