Halaman Blog

Pengikut yang Baik Hati

Jiwa Terasing @ Pesbuk!

Masih adakah lagi ghuraba'? Jika ada, kitakah ghuraba' itu?

Di saat orang lain memilih untuk meminum arak, kita menjadi terasing kerana sibuk mencari makanan yang halal.

Di kala orang lain terbiasa dengan skirt dan boxer, kita ganjil kerana tegar mempertahankan jubah dan kopiah di kepala.

Ketika orang lain merasa senang dengan bermain golf, kita dianggap pelik kerana berhenti dari permainan semata-mata untuk mengerjakan solat.

Tatkala orang lain merasa bangga punya kekasih yang ramai, kita diherdik dan diketawakan kerana masih belum punya teman wanita.

Jika anda pernah berasa asing, ganjil, pelik, ditertawa, disinis, disindir, atau diperlekeh kerana mempertahankan kehidupan yang berprinsip seperti itu, terimalah khabar gembira yang disampaikan oleh Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.

Tooba lil Ghurabaa’!

Thursday, March 19, 2009

Rasulullah sebagai Mentor

* SALAM MAULIDUR RASUL 1430! (Ingat pada Nabi bukan ada hari, tapi tiap2 hari!) *


-->
Rasulullah diutuskan oleh ALLAH untuk menyampaikan wahyu. Baginda merupakan manusia paling agung di muka bumi ini.
Ikuti sesi temubual antara wartawan kami, saudara Ibnu Abihi dan saudara Hafidz Nasir bersama Ustaz Engku Hasan, yang merupakan seorang pendidik di sebuah sekolah menengah agama Terengganu. Beliau cukup disenangi oleh para pelajar. Beliau merupakan seorang yang cukup tenang, berpandangan jauh dan suka memberi nasihat yang baik.
Q : Assalamualaikum, ustaz. Pertamanya terima kasih kerana sudi meluangakan masa untuk sesi temubual ini.
Ustaz : Wa’alaikumussalam w.b.t. Ya, terima kasih juga kerana sudi menemubual saya.
2. Boleh ustaz ceritakan tentang diri ustaz terlebih dahulu, iaitu latar belakang pendidikan dan keluarga.
Ustaz : Nama saya Engku Hasan bin Engku Wok Zin. Lahir di Kampung Gong Kapas, Kuala Terengganu. Pendidikan bermula di Sek. Men. Agama Sultan Zainal Abidin Ladang, seterusnya ke Sek. Men. Agama Atas Sultan Zainal Abidin, Batu Buruk. Selepas itu, saya ke KUSZA, K. Terengganu dan melanjutkan pelajaran ke bumi Anbiya’, Mesir selama 5 tahun. Selepas tamat pengajian saya pulang pulang ke Malaysia dan seterusnya menambahkan lagi ilmu di Pondok Pasir Tumboh, Kelantan. Saya merupakan anak yang ke 9 daripada 10 adik beradik. Sekarang mengajar di SMAASZA sebagai guru disiplin.
Q : Ustaz, bagaimana nak jadikan Rasulullah sebagai mentor?
Ustaz : Pada pandangan saya, Rasulullah memang mentor kita sejak azali lagi yang perlu kita jadikan panduan dan kayu ukur dalam meniti arus kehidupan. Kita juga mestilah menerima segala perbuatan Rasulullah dan mempunyai penghayatan yang mendalam terhadap baginda disamping mempunyai rasa kasih dan sayang terhadap Rasulullah.
Q : Ramai orang yang mengatakan cinta dan kasih kepada Rasulullah, tetapi ramai mana yang megamalkan sunnahnya? Bagaiman ustaz melihat fenomena ini?
Ustaz : Ramai yang kata kasih terhadap baginda tapi tidak mengamalkan segala sunnahnya. Ini diibaratkan seperti perbuatan orang munafik yang hanya menanam tebu di pinggir bibir. Kalau nak katakan kasih pada Rasulullah kenalah ikut segala sunnahnya. Mereka yang sentiasa melanggar perintah nabi, dustalah jika mereka mengatakan cinta pada Rasulullah.
Q : Akhlak Rasulullah ialah Al-Quran. Boleh ustaz terangkan?
Ustaz : Di dalam Al-Quran terkandung lebih banyak perkara tentang akhlak berbanding hukum-hakam. Al-Quran merupakan teori tentang akhlak nabi dan hadis pula merupakan contoh akhlak nabi. Selain itu, Al-Quran juga menterjemahkan perbuatan nabi. Jadi kita perlulah mencontohi akhlak nabi dengan menjadikannya teladan dan ikutan kerana akhlak nabi berlandaskan Al-Quran yang merupakan sumber perundangan Islam yang pertama dan juga merupakan pegangan hidup umat Islam di seluruh dunia.
Q : Kita melihat hari ini akhlak muda-muda makin punah. Bagaimana dengan menjadikan Rasulullah sebagai mentor dapat membendung perkara ini?
Ustaz : Sebenarnya, dalam membendung perkara ini, semua pihak harus memainkan peranan masing-masing, tidak boleh dibuat secara individu sahaja. Setakat ini, kita belajar mengenali nabi hanya sedikit sahaja. Jadi macam mana hendak dijadikan mentor? Kalau tidak kenal, macam mana nak cintakan nabi, bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta. Dalam sehari, banyak mana masa yang diperuntukkan untuk mengenali nabi? Sebab itulah tidak timbulnya rasa cinta akan nabi.
Q : Amalan sambutan keputeraan nabi atau disebut sebagai maulidur rasul seperti berarak sambil berselawat, berzanji, marhaban dan sebagainya tidak dilakukan pada zaman Rasulullah dan Sahabat. Adakah ianya dikira bid’ah?
Ustaz : Memanglah ianya dikira bid’ah kerana tidak dilakukan pada zaman nabi. Tetapi ianya diibarat memuliakan syiar Allah sama seperti membaca Al-Quran dan mendirikan masjid. Sambutan ini baik dengan bacaan selawat sedangkan nabi sendiri berpuasa pada hari Tasua dan menyuruh sahabatnya berpuasa pada hari tersebut sebagai tanda memuliakan kelahiran Nabi Isa A.S. Di Samping itu, nabi juga berpuasa pada hari isnin sempena kelahiran beliau dan menyuruh umatnya berpuasa pada hari tersebut sebagai tanda memperingati baginda.
Q : Adakah memperingati nabi hanya pada 12 Rabiul Awwal sahaja?
Ustaz : Sebenarnya ia tidak terhad pada tarikh tersebut sahaja. Kita perlu memperingati baginda setiap masa. Tetapi pada tarikh ini, bagi yang kurang mengingati nabi bagaikan terkejut dan tersentak kerana teringatkan nabi yang sudah lama meninggalkan kita. Selain itu, amalan berzanji pada hari lahirnya juga patut diadakan kerana ia menceritakan kisah nabi sepanjang hidupnya yang mempunyai pelbagai contoh teladan yang boleh kita amalkan dalam proses membentuk sahsiah dan jati diri kita sebagai seorang muslim.
Q : Penghinaan terhadap nabi seperti melukis kartun menghina nabi dan menghina keluarga nabi. Apakah pandangan ustaz?
Ustaz : Kita wajib kasih pada nabi dan keluarganya kerana barangsiapa yang membenci ahlul bait maka mereka ini dianggap sebagai golongan munafik. Banyak hadis yang menceritakan tentang keistimewaan ahlul bait namun kasih terhadap ahlul bait ini terbatas kepada perbuatan yang baik sahaja dan kita wajib mencegah jika mereka ini melakukan perbuatan mungkar.
Q : Kenapa Rasulullah perlu jadi mentor kita?
Ustaz : Kerana baginda satu-satunya manusia yang memang dipilih untuk menjadi mentor kita. Apabila kita betul-betul jadikan Nabi mentor kita, maka kita akan jadi baik kerana Nabi itu baik. Siapa lagi patut dijadikan mentor, kalau bukan nabi.
Q : Nabi sudah tiada. Jadi sipakah lagi yang boleh dijadikan mentor selain nabi?
Ustaz : Hanya nabi seorang saja layak jadi mentor kita. Namun, di sana kita juga boleh jadikan ulama’ sebagai mentor kita selepas nabi. Ulama’ adalah pewaris nabi. Bila tiada ulama’, kita tidak kan kenal nabi kerana hanya ulama’ betul-betul kenal nabi.
Q :. Baru-baru ini, berita melaporkan bahawa seorang pemimpin parti Gerakan meminta agar mufti Perak, Dato’ Harussani Zakaria dipecat. Apakah pandangan ustaz melihat keadaan ini?
Ustaz : Itu sudah menjadi sunnah. Bila nak tegak kebenaran, akan ada yang benci. Orang baik akan sentiasa berlawan dengan orang jahat. Nabi pun bila berdakwah, dicerca dan dipulau dan sehingga nak dibunuh. Imam Nawawi yang terkenal dengan bapa ulama’ pun di akhir hayatnya dipenjara. Nabi sudah menyediakan ‘track’ untuk orang yang nak ikut dia.
Q : Soalan terakhir, apakah peranan seorang pelajar terhadap nabi?
Ustaz : Kita kena zahirkan cinta kita pada nabi dengan mengikut sunnahnya. Di antara sifat nabi ialah istiqamah dan bersungguh-sungguh. Jadi nilai inilah yang perlu kita ikuti.
Q : Terima kasih sekali lagi kepada ustaz kerana memberi kerjasama yang baik sepanjang sesi temubual. Semoga ALLAH merahmati dan meredhai kehidupan ustaz. Diharap dapat bertemu lagi di lain waktu. Assalamualaikum.
Ustaz : Wa’alaikumussalam w.b.t.
p/s: Temuramah ini adalah antara artikel yang dimuatkan dalam majalah Al-Qudwah, keluaran Lajnah Penerbitan dan Publisiti, Persatuan Pelajar Thanawi. Untuk keterangan lanjut mengenai majalah tersebut, klik di sini.
p/s/s: Rindu 'bener' pada ustaz! Kali terakhir jumpa ustaz ialah ketika kepergianku ke UIA Nilai 2 bulan yang lalu. Kami bertemu di R & R Chendor, Pahang. Ustaz sekarang mengambil ijazah sarjana (master degree) dalam bidang Mantiq di UM. Ustaz memang 'bapak' Mantiq di sekolah dulu. Beliau mengajarku Mantiq dari Thanawi 1 hinggalah ke Thanawi 3. Ustaz juga seorang yang sangat prihatin terhadap isu akademik dan sahsiah pelajar.

3 comments:

Khairunnisa Alias said...

Teringat ustaz2 di SMAASZA.. Siapa lagi yg ada di sana,ye?//
dan mcmna pkmbgan Thanawi skrg..??



***xsmsza

ummuhaq said...

rindunye pd ust ku & k.sharifah...
dulu ust ku la yg latih akk b'pidato ms d smam

Naseh Ulwan said...

khairun: ramai lg yg ada..ust hassan,ustaz rosdi,ust abd rahim,ustzh wan farisah dll.
thanawi skg alhamdulillah,cuma tiada lg PPT!

ummu: kalo rindu mari la melawat sekolah..ust ku masih ada di sini lagi..


Daripada Tuan Punya Blog

1. Minat menulis adalah datang daripada kesedaran dan rasa tanggungjawab di atas saranan Assyahid Imam Hasan Albanna kerana katanya: "Jangan kamu melawan globalisasi, kerana kamu akan kalah. Hendaklah kamu melawan globalisasi dengan globalisasi juga."

2. Segala kandungan yang ada dalam blog ini adalah pandangan/idea penulis dan tidak semestinya ia betul belaka.

3. Penulis berhak menulis, menganalisis atau mengkritik apa saja (kecuali perkara sensitif) atas dasar 'kebebasan bersuara'.

4. Sesiapa saja berhak menyalin, mengambil atau mencetak mana-mana bahagian dalam blog ini kecuali untuk tujuan selain dakwah seperti untuk tujuan duit dan perniagaan, maka perlu mendapat keizinan daripada penulis.

5. Sesiapa jua boleh menyatakan pandangan atau komen terhadap blog ini atau terhadap penulis sendiri.

6. Penulis boleh dihubungi melalui emel berikut: nasehulwan@gmail.com.