Halaman Blog

Pengikut yang Baik Hati

Jiwa Terasing @ Pesbuk!

Masih adakah lagi ghuraba'? Jika ada, kitakah ghuraba' itu?

Di saat orang lain memilih untuk meminum arak, kita menjadi terasing kerana sibuk mencari makanan yang halal.

Di kala orang lain terbiasa dengan skirt dan boxer, kita ganjil kerana tegar mempertahankan jubah dan kopiah di kepala.

Ketika orang lain merasa senang dengan bermain golf, kita dianggap pelik kerana berhenti dari permainan semata-mata untuk mengerjakan solat.

Tatkala orang lain merasa bangga punya kekasih yang ramai, kita diherdik dan diketawakan kerana masih belum punya teman wanita.

Jika anda pernah berasa asing, ganjil, pelik, ditertawa, disinis, disindir, atau diperlekeh kerana mempertahankan kehidupan yang berprinsip seperti itu, terimalah khabar gembira yang disampaikan oleh Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.

Tooba lil Ghurabaa’!

Tuesday, April 7, 2009

Ablim Punya Hari

8 April 2009

Salam Terasing,

"Salam 'id miilaad! Sanah helwah ya akhuya! Moga dmurahkn rezki y halal n dpnjgkn umur dlm kbrkatn. Biarlah kuantiti umur seiring dgn kualiti amal. Syukur krn dprtemukn dlm baitul muslim yg mak ayh bina. Trus thabat pd jln ini. Tiada noktah dlm pjuangn! Aceh saayang ablim. Mana mungkin aceh blh bdiri hr ini tnpa ablim n abg2 yg len d blkg. hanya ALLAHlah yg mmpu mblsnya!" (06-Apr-2009 8:36 pm)

Itulah gerangan mesej yang kuhantar pada Ablim tanda ingatanku pada ulang tahun kelahiran beliau yang disambut saban tahun dan untuk tahun ini kali yang ke-23 pula!

Di blog Ayah, aku mengomen posting Ayah yang berkait dengan beliau. Beginilah komenanku: Nasih Ulwan berkata... ablim blh nikoh r pas ni..balik bln 7 tekgi pahtu tunang lallu.. huhu.. kira 3 pasang r yg akan nikoh taun ni tmasuk abang n kekti
07 April, 2009 20:43

Sebenarnya kalau nak diikutkan kenangan, memang terlalu banyak kenangan aku bersama Ablim. Bermula daripada aku mula membesar sehinggalah aku menjadi sebesar ini (huhu...). Sepanjang kehidupan kami selaku dua beradik, banyak dugaan yang kami tempuh bersama. Ayah dulu bukanlah dari kalangan orang berada. Cuma bila Pas boleh memerintah Terengganu, Ayah diberi jawatan dalam kerajaan sebagai Pengarah Urusetia Penerangan Negari Terengganu (UPNT) yang kini dikenali sebagai Unit Komunikasi. Mungkin kerana kerja kuat Ayah di Pejabat BPPNT dan Ayah merupakan Ketua Pemuda Pas Negeri pada masa itu. Ketika itulah kami sempat merasa hidup 'senang'. Masa itulah Ayah mampu membeli dan memiliki rumah sendiri, tanah, malah komputer buat kami.

Bukan aku tidak pernah bergaduh dengan Ablim. Pernah suatu ketika kami bergaduh besar sehingga Ayah menghalau kami keluar dari rumah. Ayah memang tegas dalam mendidik anak2. Walaupun begitu, kami adik-beradik tidak pernah berdendam atau merasa kecil hati dengan Ayah. Kami mengerti dan faham yang Ayah sibuk dengan kerja Jemaah, maka tak hairanlah Ayah mudah marah bila kami melakukan kesilapan. Ayah memang pantang kalau tengok kami adik-beradik bergaduh. Kami bergaduh bukan lama pun. Paling lama pun sehari. Lepas pada itu berbaik semula. Kini kami sudah besar, jadi takkan nak bergaduh lagi.

Aku masih ingat ketika kecil di mana ketika itu kami tinggal di rumah Tok Pat. Kami sangat obses terhadap bola sepak. Terutamanya kami 4 beradik termasuk Abreh dan Payed. Apa saja berkaitan dengan bola sepak, semuanya kami minat. Hatta game dalam PS atau PC pun kami main sama2. Siap buat liga lagi. Pernah suatu ketika dulu di rumah kami, Abreh mencipta sendiri bola sepak yang dimainkan dengan tangan (aku lupa namanya). Yang main pulas2 tu. Biasanya benda alah ni ada di kafe.

Selain itu, banyak juga perkara yang aku belajar daripada Ablim terutamanya berkaitan kehidupan, bola sepak, komputer, tarannum, nasyid (harmoni), dan sebagainya. Ablim sememangnya seorang yang kreatif dan mahir dalam segenap hal.

Sejak kecil, beliau selalu mendapat tempat teratas dalam liga akademik. Bermula di Pasti Al-Hijrah, seterusnya ke Madrasah Darul Taqwa (Ablim mendapat 8a dalam UPSRI), dan di Maahad Darul Quran, Maahad Tahfiz Wal Tarbiyah Darul Iman sehinggalah di Maahad Tahfiz Al-Quran Negeri Terengganu. Kini beliau menempatkan diri dalam arena thaqafah terutamanya Qira'at di Maahad Syoubra (cawangan Al-Azhar) di Mesir.

Ablim juga terkenal sebagai seorang yang suka mengambil hati orang lain, di samping sifat semula jadi beliau yang suka berjenaka. Tidak hairanlah beliau mempunyai sahabat2 yang sangat ramai, termasuk dari seluruh negara, malah seluruh dunia!

Ablim sangat aktif dalam bidang seni suara. Itulah agaknya minat beliau sejak kecil. Beliau pernah tampil dengan kumpulan nasyid Shoutul Amal melalui 3 album (1 album kompilasi) dan yang terbaru Jiilul Quran untuk 1 album. Aku sangat kagum dengan kemerduan, kelunakan dan keunikan suara beliau, lebih2 lagi bila azan dan tilawah. Sungguh asyik! Walaupun aku selalu mendengar suaranya menyanyi di rumah (tandas.. haha!) dan di luar (konsert dan sebagainya) namun tidak pernah pula merasa puas!

Mungkin kalian pernah mendengar lagu Nostalgia dan Guruku yang sangat popular dinyanyikan di sekolah2. Suara solo budak kecil itu adalah milik Ablim! Disebabkan suara beliau yang sedap itulah adanya pihak yang dengki dan hasad terhadap beliau. Sejak mula2 mengeluarkan album lagi. Beliau pernah diherdik oleh rakan2 yang tidak bertanggungjawab. Ejekan2 seperti "artis, artis..." semacam sudah lali bagi beliau. Seolah2 sejak beliau menjadi artis, beliau menjadi sombong. Ablim tidak pernah sombong pada sesiapa, malah selalu reda dan sedia memaafkan orang lain.

Ablim seorang yang tidak pernah kedekut ilmu dan lokek terhadap adik2. Malah beliau sangat mesra dan prihatin terhadap adik2. Beliau senantiasa bertanya khabar keluarga di Malaysia walau sesibuk manapun. Maklumlah beliau berada di tahun akhir dan beliau juga berjawatan dalam DPM Maqaz dan beberapa program PMRAM sendiri. Sehingga sahabat serumahnya berkata agak susah untuk bertemu Ablim hatta di rumah penginapan beliau sendiri. Maha dahsyat kesungguhan Ablim untuk Islam!

Aceh doakan moga Ablim berbahagia selalu dan 'Nagah' dalam imtihan akhir nanti, insya ALLAH. Jangan lupa doakan untuk Aceh juga. Sekali lagi, Aceh saayang Ablim! (haha.. jiwang la pulok!). Doa2lah juga supaya Aceh boleh jadi macam Ablim!

Rasanya cukuplah sekadar itu luahan (mungkin) hati kerdil seorang adik buat abang kesayangannya. Mudah2an mereka berdua hidup dalam kegembiraan dan kesejahteraan, bukan saja di dunia, malah lebih penting lagi di Akhirat, dengan izin ALLAH.

Gua tidak sesuai untuk orang yang 'lonjong' sepertimu!

Orang suruh pergi Mesir belajar, dia meniaga pulak!

Ni dok lama pah balik Mesia kena ISA r ni!

3 comments:

radhiahsyahida said...

betul ah pe nasih cite pasa ablim ye oo..
ustat alim ustat yg baik!

Naseh Ulwan said...

ho la...nama pon adik,xkang x tau nape2 psl abg..huhu

radhiahsyahida said...

anda di'tag'..
sori ah komen sini sbb kat tepi tu lambat ngt kuor..
berat nguh nk loading..
tafaddhol ye ;D


Daripada Tuan Punya Blog

1. Minat menulis adalah datang daripada kesedaran dan rasa tanggungjawab di atas saranan Assyahid Imam Hasan Albanna kerana katanya: "Jangan kamu melawan globalisasi, kerana kamu akan kalah. Hendaklah kamu melawan globalisasi dengan globalisasi juga."

2. Segala kandungan yang ada dalam blog ini adalah pandangan/idea penulis dan tidak semestinya ia betul belaka.

3. Penulis berhak menulis, menganalisis atau mengkritik apa saja (kecuali perkara sensitif) atas dasar 'kebebasan bersuara'.

4. Sesiapa saja berhak menyalin, mengambil atau mencetak mana-mana bahagian dalam blog ini kecuali untuk tujuan selain dakwah seperti untuk tujuan duit dan perniagaan, maka perlu mendapat keizinan daripada penulis.

5. Sesiapa jua boleh menyatakan pandangan atau komen terhadap blog ini atau terhadap penulis sendiri.

6. Penulis boleh dihubungi melalui emel berikut: nasehulwan@gmail.com.