Halaman Blog

Pengikut yang Baik Hati

Jiwa Terasing @ Pesbuk!

Masih adakah lagi ghuraba'? Jika ada, kitakah ghuraba' itu?

Di saat orang lain memilih untuk meminum arak, kita menjadi terasing kerana sibuk mencari makanan yang halal.

Di kala orang lain terbiasa dengan skirt dan boxer, kita ganjil kerana tegar mempertahankan jubah dan kopiah di kepala.

Ketika orang lain merasa senang dengan bermain golf, kita dianggap pelik kerana berhenti dari permainan semata-mata untuk mengerjakan solat.

Tatkala orang lain merasa bangga punya kekasih yang ramai, kita diherdik dan diketawakan kerana masih belum punya teman wanita.

Jika anda pernah berasa asing, ganjil, pelik, ditertawa, disinis, disindir, atau diperlekeh kerana mempertahankan kehidupan yang berprinsip seperti itu, terimalah khabar gembira yang disampaikan oleh Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.

Tooba lil Ghurabaa’!

Tuesday, January 27, 2009

Sambutan Tahun Baru Cina di Mid Valley

-12.00 mlm (28 Jan 2009)
-B2-1-2, Mahallah Abdul Rahman ibn 'Auf, CFS IIUM.


Pernah suatu ketika ada seorang lelaki datang berjumpa dengan Tok Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat dan memarahi ulama' murabbi tersebut. Beliau marah kerana Tok Guru meraikan sambutan tahun baru cina. Tok Guru yang terkenal dengan sifatnya yang tenang menjawab, "saya suka orang tegur saya!" Tok Guru tidak pula marah pada lelaki tersebut.

Menarik sekali! Mengapa Tok Guru tidak terangkan padanya bahawa tidak salah menyambut atau meraikan tahun baru cina kerana ianya bukanlah perayaan agama dan boleh menjejaskan akidah? Ini kerana Tok Guru ingin menjaga hati lelaki tersebut. Sekiranya Tok Guru memarahinya semula atau mengatakan bahawa lelaki tersebut salah, maka pasti kethiqahan Tok Guru akan jatuh. Ternyata sungguh hebat psikologi yang dipamerkan oleh Tok Guru yang kita cintai ini!

Berbalik pada tajuk di atas, Isnin lepas (26 Januari 2009) aku bersama Faris dan Luqman telah berjaya melarikan diri dari kepompong dan atmosfera UIA Nilai yang agak membosankan ini. Amir Qayyum menjadi mangsa kali ini untuk menjadi driver kami ke KTM Nilai. Sekitar jam 11.30 pagi kami bertolak ke sana. Ramai betul orang dalam komuter hari tu, macam sardin! Maklumlah hari cuti.

Sesampai kami di Mid Valley, kami cuba mencari di mana berlangsungnya Festival Pembangunan Ekonomi Islam (i-fest '09). Ini ialah kali kedua aku ke Mid Valley, pertama kali ialah ketika datang bersama keluargaku. Kami menggunakan lif untuk ke third floor. Kami berjalan menuju masuk ke tempat berlangsungnya i-fest iaitu di pusat pameran.

Kelihatan orang ramai berpusu2 mengerumuni festival tersebut. Pandangan pertama (first impression) kami ialah 'baik dan bagus'. Sememangnya itulah yang kami harapkan, namapun Festival Pembangunan Ekonomi Islam, maka kenalah grand dan hebat. Bimbang juga jika kesungguhan kami itu dibalas dengan 'indah khabar dari rupa'.

Seperti yang telah dijanjikan, aku akan bertemu dengan sepupuku, Kak Aida. Beliau akan menjaga booth Bank Muamalat, jadi kami cuba mencari di mana booth tersebut. Ternyata kelibat Kak Aida tidak kelihatanpun di booth tersebut. Jadi aku cuba bertanya pada kakak yang menjaga booth tersebut dan beliau menyatakan bahawa Kak Aida belum lagi sampai. Aku cuba 'mengekol' Kak Aida lalu menyatakan beliau ODW (on de way la tuh). Kami pun mengambil keputusan untuk jalan2 dulu sekitar festival tersebut.

Booth yang dibuka memang banyak dan hampir beratus2. Memang tak sempat menjenguk semuanya. Antara yang menarik perhatian kami ialah gerai jualan. Semua barangan ada terjual dan 100% keluaran bumiputera muslim. Antaranya ialah pakaian, makanan dan minuman, rawatan lintah, buku, rawatan mata (Permata Hijrah) dan lain2. Booth Permata Hijrah yang paling mendapat sambutan di mana syarikat ini menawarkan rawatan mata. Respons/testimoni yang diterima dari pengguna sememangnya menakjubkan, mereka boleh 'melihat semula'! Produk yang ditawarkan syarikat itu dapat mengurangkan power mata.

Sedih juga bila mengetahui bahawa produk bumiputera kurang mendapat sambutan di pasar raya besar, malah tidak diterima masuk langsung. Sepatutnya produk bumiputera bahkan muslimlah yang patut didahulukan. Selepas berkunjung ke i-fest, aku amat dan bertambah yakin bahawa usaha memboikot produk yahudi sememangnya wajib dan tidak boleh berdalih lagi. Semua barangan harian (halal lagi baik) yang kita perlukan sudah berada di pasaran, cuma mungkin marketnya kurang.

Ketika dalam komuter, aku sempat membaca akhbar Sinar Harian. Antara yang menariknya ada satu artikel mengenai boikot. Beliau menyatakan bahawa pengusaha francais hari ini mendakwa pekerja2 francais mereka adalah majoritinya Melayu Islam. Tapi sebenarnya itu tidak menjadi masalah kerana masih banyak lagi kerja yang ada di negara kita. Orang luar sanggup mengambil risiko untuk bekerja di sini. Yang menjadi persoalannya ialah samada mahu kerja atau tidak. Beliau turut mencadangkan supaya pengusaha francais yang telah lama mengumpul harta dan telah kaya raya supaya membuka francais sendiri. Sudah tiba masanya kita mempunyai francais sendiri. Aku amat memuji keberanian HPA yang telah membuka francais sendiri iaitu Radix Fried Chicken (RFC). Namun masih baru dan hanya punya satu cawangan iaitu di Alor Setar kalau tidak silap. Mungkin usaha untuk membuka cawangan di seluruh Malaysia adalah yang terbaik kerana di saat ini ramai yang meluat dengan francais2 tajaan Amerika dan Israel Laknatullah.

Berbalik pada cerita Kak Aida tadi, selepas beberapa ketika beliau datang bersama suami beliau, Abang Subki atau kami panggil beliau Abang Ki saja. Ternyata kehadiran kami sangat menggembirakan beliau berdua. Kami disambut dengan wajah yang ceria. Selepas itu Abang Ki belanja kami makan, hehe (ini la yang paling best!). Sebelum itu kami sempat solat Zohor di musolla Mid Valley. Apa yang menyedihkan, tempat ni punyalah besar tapi surau dia punyalah kecik! Sepatutnya surau yang lebih selesa disediakan, orang Islam ramai yang berniaga dan berkunjung ke sini.

Kami sangat teruja dengan i-fest ini. Maklumlah ini ialah kami pertama kami ke sini. Kata Faris, "Kalimah ekonomi itulah yang menambahkan minat beliau ke sini". Aku menambah, "Ekonomi Islam". Faris mencelah lagi, "Kalau ekonomi bukan Islam pun apa salahnya, kita boleh ambil apa yang baik dan belajar dari mereka. Lagipun sistem ekonomi selain Islam banyak menceduk sistem ekonomi Islam". Ya, betul juga! Nabi pun tidak menghazaf secara total sistem Arab Quraisy kerana ada yang baik boleh diambil seperti menghormati tetamu, mentaati ibu bapa dan lain2 lagi. Bagiku aku sangat menyambut baik kehadiran usahawan muslim dalam arena ekonomi. Umat Islam perlu pegang ekonomi kerana itulah antara sumber kekuatan Islam. Nabi sendiri pun berniaga dan pernah bersabda bahawa 9/10 rezeki itu adalah datang daripada perniagaan.

Kami pulang dari i-fest dengan hati yang riang dan gembira. Malam itu kami menginap di rumah Kak Aida di Desa Park City. Keesokan hari kami dihantar pulang ke KTM Kepong. Seterusnya kami membeli tiket ke KTM Nilai. Terima pada Kak Aida dan Abang Ki yang sudi menjemput kami ke rumah mereka. Kak Aida dan Abang Ki memang sempoi! Kak Aida dengan kenakalan dan kemesraan beliau, manakala Abang Ki penuh dengan pengetahuan semasanya. Kami amat mengagumi Abang Ki yang banyak membaca. Huraiannya mengenai Palestin cukup mengujakan kami. Terima kasih dan maaf kalau kami menyusahkan kalian.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Inilah gambar yang sempat kami rakamkan sepanjang sehari berada di sana:

2 comments:

Ibn 'AbdiLLAH As-Sarawaki said...

salam'alaik akhi,

nta yang mana satu ek? yg berspec atau tidak? kalau yg berspec, yg berjaket ke ataupun yg berbaju biru lengan pendek?

Naseh Ulwan said...

ana yg pkai spec n baju biru lengan pendek..huhu


Daripada Tuan Punya Blog

1. Minat menulis adalah datang daripada kesedaran dan rasa tanggungjawab di atas saranan Assyahid Imam Hasan Albanna kerana katanya: "Jangan kamu melawan globalisasi, kerana kamu akan kalah. Hendaklah kamu melawan globalisasi dengan globalisasi juga."

2. Segala kandungan yang ada dalam blog ini adalah pandangan/idea penulis dan tidak semestinya ia betul belaka.

3. Penulis berhak menulis, menganalisis atau mengkritik apa saja (kecuali perkara sensitif) atas dasar 'kebebasan bersuara'.

4. Sesiapa saja berhak menyalin, mengambil atau mencetak mana-mana bahagian dalam blog ini kecuali untuk tujuan selain dakwah seperti untuk tujuan duit dan perniagaan, maka perlu mendapat keizinan daripada penulis.

5. Sesiapa jua boleh menyatakan pandangan atau komen terhadap blog ini atau terhadap penulis sendiri.

6. Penulis boleh dihubungi melalui emel berikut: nasehulwan@gmail.com.