-12.10 tgh hari (16 Jan 2009)
-B2-1-2, Mahallah Abdul Rahman Ibn 'Auf, CFSIIUM, Nilai.
Undi Anda Akan Disoal Di Akhirat Kelak
Firman Allah Taala dalam surah al-Imran yang bermaksud, "Dan hendaklah ada di kalangan kamu (wahai orang-orang yang beriman) satu kumpulan yang menyeru kepada yang baik, menyuruh kepada yang makruf dan yang mencegah kemungkaran. Mereka itulah orang-orang yang mendapat kemenangan".
Peranan PAS dalam pilihan raya ini adalah untuk menunaikan kewajipan fardu kifayah yang sangat besar di dalam agama Islam. Wajib ada di kalangan umat Islam yang mengajak manusia kembali semula kepada Islam dengan makna yang menyeluruh sebagaimana yang diajar oleh Nabi kita Muhamad SAW, bagi mendirikan pemerintahan Islam.
Mengenai Pilhan Raya, maka tiada alternatif lain, iaitu WAJIB mengundi PAS demi Islam. Mengundi adalah amanah ALLAH yang akan dipersoalkan di akhirat nanti. Jika kita MEMILIH Islam, maka bolehlah kita BERBANGGA di hadapan ALLAH nanti, begitulah sebaliknya pula.
ISLAM tidak memberi, tapi meminta. Kerana daripada 'meminta' itulah akan lahirnya 'memberi'. PERJUANGAN Islam tidak memerlukan kita, tetapi kita yang memerlukan perjuangan sebagai MODAL kita di akhirat. Seringkali kita terdengar ustaz2 mengatakan ramai orang yang akan MUFLIS di akhirat nanti. Mahukah kita mahu menjadi orang yang muflis AMAL? Lantas kita dipenjarakan di neraka, mahukah kita?
Tidak timbul soal rasuah pahala dan syurga kerana bukankah hidup kita ini hanya ada dua dan tidak pernah lari dari keduanya yakni DOSA dan PAHALA, juga sebaik2 tempat kembali SYURGA dan seburuk2 destinasi NERAKA? Aku dikhabarkan oleh ayah bahawa yang selama ini pun berkempen tentang syurga dan pahala adalah dari kalangan penyokong hizb SEKULAR yang hanya berdrama dengan pakaian seolah2 muslimah ISLAM.
Ingin aku khabarkan pada MEREKA yang mahukan PEMERINTAHAN yang sekular dan mengutamakan KEBENDAAN dan PEMBANGUNAN material semata2, cukuplah, cukuplah! Hanya Islam mampu menjamin kehidupan yang lebih SELAMAT, AMAN dan MAKMUR. Buat yang inginkan GANJARAN 'menunggu' yang pasti, khabar GEMBIRA dariku untuk kalian. Sesungguhnya kalianlah satu GOLONGAN yang dikatakan oleh NABI itu, yang mana satu2nya DITERIMA oleh ALLAH. Moga aku turut sama dapat menumpang di SYURGA ALLAH yang dijanjikan untuk kalian, selamanya...
SELAMAT MENUNAIKAN TANGGUNG JAWAB MENGUNDI!!!
p/s: Dengar cite, kalo ngundi BN pahtu amek gambo kertas undi tu, buleh RM 1000.. Ye ke? Kaya ar orang Tganu pahni.. Kohor banyok ar duit rakyat yang dilacurkan untuk dunia..
*YA ALLAH! Berikanlah hidayahMu pada mereka, terimalah taubat mereka, mudah2an mereka mati di dalam Islam yang dibawa NabiMu.. Ameen
Pengikut yang Baik Hati
Jiwa Terasing @ Pesbuk!
Masih adakah lagi ghuraba'? Jika ada, kitakah ghuraba' itu?
Di saat orang lain memilih untuk meminum arak, kita menjadi terasing kerana sibuk mencari makanan yang halal.
Di kala orang lain terbiasa dengan skirt dan boxer, kita ganjil kerana tegar mempertahankan jubah dan kopiah di kepala.
Ketika orang lain merasa senang dengan bermain golf, kita dianggap pelik kerana berhenti dari permainan semata-mata untuk mengerjakan solat.
Tatkala orang lain merasa bangga punya kekasih yang ramai, kita diherdik dan diketawakan kerana masih belum punya teman wanita.
Jika anda pernah berasa asing, ganjil, pelik, ditertawa, disinis, disindir, atau diperlekeh kerana mempertahankan kehidupan yang berprinsip seperti itu, terimalah khabar gembira yang disampaikan oleh Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.
Tooba lil Ghurabaa’!

Thursday, January 15, 2009
Hari Esok: Khabarku Buat Kuala Terengganu
Lakaran Cinta:
Naseh Ulwan
at
8:22 PM
Kolum:
Catatan Diri,
Islamik,
PAS,
Politik,
Tazkirah,
Terengganu,
Umno
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Daripada Tuan Punya Blog
1. Minat menulis adalah datang daripada kesedaran dan rasa tanggungjawab di atas saranan Assyahid Imam Hasan Albanna kerana katanya: "Jangan kamu melawan globalisasi, kerana kamu akan kalah. Hendaklah kamu melawan globalisasi dengan globalisasi juga."
2. Segala kandungan yang ada dalam blog ini adalah pandangan/idea penulis dan tidak semestinya ia betul belaka.
3. Penulis berhak menulis, menganalisis atau mengkritik apa saja (kecuali perkara sensitif) atas dasar 'kebebasan bersuara'.
4. Sesiapa saja berhak menyalin, mengambil atau mencetak mana-mana bahagian dalam blog ini kecuali untuk tujuan selain dakwah seperti untuk tujuan duit dan perniagaan, maka perlu mendapat keizinan daripada penulis.
5. Sesiapa jua boleh menyatakan pandangan atau komen terhadap blog ini atau terhadap penulis sendiri.
6. Penulis boleh dihubungi melalui emel berikut: nasehulwan@gmail.com.

No comments:
Post a Comment