-11.35 mlm (17 Jan 2009)
-B2-1-2, Mahallah Abdul Rahman Ibn 'Auf, CFSIIUM, Nilai.
Pagi tadi, selepas usai solat Subuh, aku menuju ke bilik Taufiq, classmateku bagi mendapatkan kepastian samada beliau setuju atau tidak mengikutku ke KL pagi ini. Beliau yang baru saja bangun dari tidur, ikhlasnya menjawab, "Kalau Luqman nak pergi, aku pun akan pergi la". Mungkin beliau mengagak Luqman, roomateku dan sahabat yang agak rapat denganku tak akan mengikutku ke KL. Aku merancang untuk ke Dewan Bahasa dan Pustaka bagi menghadiri satu program diskusi penulisan sastera selepas mendapat inform daripada Kak Jamilah. Menurut Kak Jamilah dalam blognya aku perlu mengambil KTM dari Nilai ke Bandar Tasik Selatan, lantas menaiki STAR ke Hang Tuah, barulah boleh sampai ke DBP.
Mengenai Taufiq tadi, ternyata andaiannya meleset sama sekali. Luqman diberitakan akan mengikutiku ke Jalan Hang Tuah. Jarum jam menunjukkan pukul 7.00 pagi. Aku segera menukar pakaian dan bergegas meluru bilik air dormku (atau boleh juga disebut dormiey - English campur Arab). Selesai sejuzuk rutin harianku itu, aku langsung memakai pakaian. Aku memilih untuk berbaju t-shirt hijau yang dihadiahkan Abang dan dikenakan dengan Jaket Ekslusif hitam hadiah Ayah serta berseluar slack hitam. Hamidi pula datang ke bilik. Beliau sudah bersiap untuk menghantarku ke Stesen KTM Nilai. Sempat aku mengecas hpku yang nyawa2 ikan. Kelalaianku yang tidak pupus2 menyebabkan aku lupa untuk mengecasnya semalam. Aku mencapai novel Detektif Indigo sentuhan Faisal Tehrani. Fikirku jika beliau ada di sana, bolehlah aku mengambil autograf beliau.
Pukul 7.40 pagi. Aku menuruni tangga sambil membuntuti Hamidi, Luqman dan Taufiq yang jauh di hadapan. Sempat Aku dan Taufiq mencucuh duit di ATM Muamalat di bangunan blok hadapan. Aku keluarkan not hijau bertulis RM 50.00. Agaknya cukup untuk perjalanan kami pergi balik, lebih dari cukup. Dalam dompetku masih ada baki duit yang telah seminggu dikeluarkan. Teringat kata2 Mak dan Ayah yang selalu menyuruhku kepada dua perkara iaitu berjimat dan jangan boros.
Naik saja kereta Kancil milik Hamidi, kenderaan itu langsung bergerak menuju ke destinasi yang telah dinyatakan. Dalam kereta, aku cuba miskol ayah, lantas ayah menelefon balik hpku. Ayah ketika itu masih di rumah dan sedang bersiap untuk ke Bandar KT. Aku memberitahu ayah tentang hajatku ke DBP. Ayah mengizinkan dan aku menyampaikan salam pada Mak dan adik-beradik di rumah. Sesampai kami di sana, aku cuba mengeluarkan dompetku untuk menghulurkan fulus buat menanggung kos minyak yang telah dibakar. Namun Hamidi yang kami kenal seorang yang agak baik hati dan suka menolong kawan2 menyatakan beliau tidak perlukan duitku itu. "Takpe la", kata beliau. "Terima kasih sahabat (dunia akhirat)!" ucapku penuh ikhlas.
Oleh kerana aku yang mengajak mereka (Luqman dan Taufiq) ke sana, maka aku terpaksa berkorban sedikit. Selesai membeli tiket komuter yang sepenuhnya ditanggung dengan wang poketku, kami menunggu komuter untuk ke Bandar Tasik Selatan. Tak sampai 15 minit menunggu, sampailah komuter yang dinanti sejak tadi. Tak perlulah kami berdiri kerana waktu itu tak ramai yang ada dalam gerabak tersebut sehinggalah sampai di Bangi dan UKM, barulah orang ramai nampak memenuhi ruang yang ada.
Di tepiku ada seorang lelaki tua, nampak pada wajah budak kecil yang didukungnya ala2 anak Cina. Aku menyapanya dan bertanya dari mana dan ke mana dia. Beliau menjawab, "Dari Bangi, pergi rumah anak. Ni nak balik Sungai Petani". Oh.. Melayu rupanya. Aku bertanya lagi (sifatku yang melekat2 sejak kecil kerana daya inkuiriku yang amat kuat), "Anak pak cik ke ni?". Jawabnya, "Tak, cucu. Emaknya ada di Kedah. Kami hanya berdua ke sini". Sempat juga aku mengambil gambar cucunya yang berumur 2 tahun itu. Comel.
Kami sampai di Stesen KTM Bandar Tasik Selatan tepat jam 9.30 pagi. Terus mengambil tiket untuk ke Hang Tuah. Sampai di Hang Tuah, aku bertanya pada abang yang berjaga di situ, "DBP kat mana?". Jawabnya "Amek LRT Bukit Bintang". Hah! aku tersentak dan tergamam seketika. Aik! kenapa perlu naik LRT lagi? Inform Kak Jamilah salah ke?". Aku cuba mengulangi soalanku, akhirnya beliau menyuruh kami mengambil jalan kiri dan terus sehingga nampak Dewan DBP yang tidak jauh. Abang tu kata dalam 10 minit begitulah. Boleh saja kami mengambil teksi, tapi kami tetap memilih berjalan kaki atas alasan murah dan jimat.
Jalan punya jalan, maka sampailah kami. Kami masuk ke pintu utama dan menaiki eskalator untuk ke aras 2. Di luar Dewan Seminar kami nampak meja pendaftaran dan penjualan buku. Kami mendaftar sekejap dan terus masuk ke dewan. Pukul 1 kami keluar dari dewan itu dan berjalan ke Stesen Hang Tuah. Sampai di Nilai, Luqman menelefon Afiq atau Peem, roomate kami untuk memintanya mengambil kami di sini.
Rasanya cukuplah sekadar itu untuk cerita tentang jaulahku hari ini. Seterusnya kita pergi kepada berita kemenangan PAS di Kuala Terengganu.
Selepas Maghrib aku diminta ke blok C untuk satu meeting berkenaan program Aurah Awareness Campaign anjuran BARSS dan MRC. Sampai di sana, aku bertanya Ayah mengenai PRK melalui sms. Ayah menelefonku dan memberitahu bahawa 'kita' telah menang. Ada sedikit khilaf mengenai angka sebenar majoriti kemenangan PAS. Di pihak PAS mengatakan 1700 undi, manakala di pihak BN pula 2000 lebih, Bebas tak diberitakan pula. Setinggi2 tahniah aku ucapkan kepada ayah atas komited beliau pada kerja yang ditaklifkan jemaah padanya iaitu Penolong Setiausaha Jentera Pilihan Raya PAS bagi PRK tersebut. Tahniah sekali lagi kerana mengajarku erti perjuangan dan pengorbanan yang sebenar. Insya ALLAH, anak2mu akan mengikut jejakmu dan meneruskan perjuanganmu yang masih berbaki itu!
Akhirnya selesai mesyuarat, Mak menelefonku. Ayat pertama yang keluar dari mulut sucinya itu ialah Allahu Akbar, ucapan membesarkan ALLAH. 3 kali Mak menyebutnya sehingga terasa sebak di dadaku. Inilah jiwa seorang muslimah yang sangat cintakan Islam. Ya ALLAH! Perturunkanlah roh perjuangannya padaku jua, ameen, sempat aku bermonolog (bukan monolog Rasya ye!). Mak bertanya samada aku telah menonton berita di TV atau tidak, jawapanku ialah tidak. Mak memberi jumlah sebenar atau angka rasmi iaitu 2631 undi yang mana kemenangan berpihak kepada PAS. Aku bermonolog lagi (ala2 Rasya), oh... telah datang pertolonganMu Ya ALLAH. Telah Kau kabulkan doa kami selama ini, "Allahumma anjizna ma wa'adtana". Beberapa kali juga aku berdoa dengan doa Nabi ketika menghadapi tentera kuffar itu. Doa Nabi ketika Perang Badar itu turut aku perturunkan kepada sahabatku, Al-Hafiz untuk dibacanya pada malam Grand Munajat kelmarin.
Inilah kemenangan yang dijanjikanNya selama ini. Walaupun aku bukan berada di Terengganu sekarang, namun aku amat memahami perasaan petugas PAS di sana saat ini lantaran aku pernah terlibat secara khusus dalam perang muwajahah silmiyyah umum yang lepas. Seingatku, hanya dua saja pilihan raya kecil yang mana aku pernah terlibat di dalamnya iaitu Kuala Berang dan Pengkalan Pasir. Permatang Pauh aku tidak berkesempatan kerana waktu itu ialah waktu lecturing. Jadi faham2 sajalah.
Status terakhirku pada YM ialah 'menanti kemenangan Islam: penuh debaran', bagi melahirkan debaran yang memuncak di dadaku ini. Apapun, aku dikhabarkan rakyat Kuala Terengganu sekarang ini semuanya sedang tersenyum girang (kecuali beberapa orang saja termasuk calon BN, Wan Ahmad Farid). Habislah Najib lepas ni, fikirku. Walaupun duit yang banyak telah ditabur dan isu2 murahan telah dijaja, namun rakyat tetap memilih the number one iaitu Hj Mohd Abdul Wahid Endut (Lim Guan Eng menyebut 'MAWE', singkatan nama beliau barangkali). Teringat bualan beberapa orang yang lebih tua dariku ketika minum pagi di DBP pagi tadi. Mereka sepakat mengatakan Wahidlah yang akan menang. Maka benarlah tajuk postingku yang lepas, Mohd Abdul Wahid Endut : Calon Terbaik. Alhamdulillah! Akhir sekali, selamat bertugas kepada MP Kuala Terengganu yang baru merangkap YB Wakaf Mempelam!
Wallahu Taala A'lam (bukankah ALLAH Maha Mengetahui segalanya?).
Pengikut yang Baik Hati
Jiwa Terasing @ Pesbuk!
Masih adakah lagi ghuraba'? Jika ada, kitakah ghuraba' itu?
Di saat orang lain memilih untuk meminum arak, kita menjadi terasing kerana sibuk mencari makanan yang halal.
Di kala orang lain terbiasa dengan skirt dan boxer, kita ganjil kerana tegar mempertahankan jubah dan kopiah di kepala.
Ketika orang lain merasa senang dengan bermain golf, kita dianggap pelik kerana berhenti dari permainan semata-mata untuk mengerjakan solat.
Tatkala orang lain merasa bangga punya kekasih yang ramai, kita diherdik dan diketawakan kerana masih belum punya teman wanita.
Jika anda pernah berasa asing, ganjil, pelik, ditertawa, disinis, disindir, atau diperlekeh kerana mempertahankan kehidupan yang berprinsip seperti itu, terimalah khabar gembira yang disampaikan oleh Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.
Tooba lil Ghurabaa’!
Di kala orang lain terbiasa dengan skirt dan boxer, kita ganjil kerana tegar mempertahankan jubah dan kopiah di kepala.
Ketika orang lain merasa senang dengan bermain golf, kita dianggap pelik kerana berhenti dari permainan semata-mata untuk mengerjakan solat.
Tatkala orang lain merasa bangga punya kekasih yang ramai, kita diherdik dan diketawakan kerana masih belum punya teman wanita.
Jika anda pernah berasa asing, ganjil, pelik, ditertawa, disinis, disindir, atau diperlekeh kerana mempertahankan kehidupan yang berprinsip seperti itu, terimalah khabar gembira yang disampaikan oleh Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.
Tooba lil Ghurabaa’!
Saturday, January 17, 2009
ALLAHlah yang Memberi Kemenangan
Lakaran Cinta:
Naseh Ulwan
at
7:09 AM
Kolum:
Berita,
Catatan Diri,
Jaulah,
PAS,
Politik,
Program,
Respons Isu,
Santai,
Terengganu,
Umno
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Daripada Tuan Punya Blog
1. Minat menulis adalah datang daripada kesedaran dan rasa tanggungjawab di atas saranan Assyahid Imam Hasan Albanna kerana katanya: "Jangan kamu melawan globalisasi, kerana kamu akan kalah. Hendaklah kamu melawan globalisasi dengan globalisasi juga."
2. Segala kandungan yang ada dalam blog ini adalah pandangan/idea penulis dan tidak semestinya ia betul belaka.
3. Penulis berhak menulis, menganalisis atau mengkritik apa saja (kecuali perkara sensitif) atas dasar 'kebebasan bersuara'.
4. Sesiapa saja berhak menyalin, mengambil atau mencetak mana-mana bahagian dalam blog ini kecuali untuk tujuan selain dakwah seperti untuk tujuan duit dan perniagaan, maka perlu mendapat keizinan daripada penulis.
5. Sesiapa jua boleh menyatakan pandangan atau komen terhadap blog ini atau terhadap penulis sendiri.
6. Penulis boleh dihubungi melalui emel berikut: nasehulwan@gmail.com.
2. Segala kandungan yang ada dalam blog ini adalah pandangan/idea penulis dan tidak semestinya ia betul belaka.
3. Penulis berhak menulis, menganalisis atau mengkritik apa saja (kecuali perkara sensitif) atas dasar 'kebebasan bersuara'.
4. Sesiapa saja berhak menyalin, mengambil atau mencetak mana-mana bahagian dalam blog ini kecuali untuk tujuan selain dakwah seperti untuk tujuan duit dan perniagaan, maka perlu mendapat keizinan daripada penulis.
5. Sesiapa jua boleh menyatakan pandangan atau komen terhadap blog ini atau terhadap penulis sendiri.
6. Penulis boleh dihubungi melalui emel berikut: nasehulwan@gmail.com.
No comments:
Post a Comment