Semalam merupakan tarikh lahirku. 2 Januari pada 18 tahun yang lepaslah aku dikeluarkan dari perut ibuku. Terasa sangat bertuah dilahirkan dari ibu dan bapa yang sangat menyayangi anak-anaknya. Tiada ucapan yang boleh menggambarkan begitu gembiranya aku. Terima kasih atas tarbiyyah Islam yang dicurah dan disemai ke dalam diri ini.
Sudah menjadi kebiasaan, apabila tibanya besday pastinya ada ucapan selamat hari lahir. Banyak juga wish yang aku terima, samada secara langsung atau melalui sms.
Pada malam 1 hari bulan, iaitu Jumaat malam Sabtu lepas, aku dan keluarga (tidak termasuk Kekti, Yah, dan Baiyinah) pergi ke Stadium Negeri, kerana pada malam itu ada Majlis Pengisytiharan Calon PAS bagi PRK P.036 Kuala Terengganu yang mana calonnya yang diumumkan oleh Tuan Guru Presidan ialah Hj. Abdul Wahid Endut. Selepas sahaja tamat program kami terus pulang dan sebelum itu singgah sebentar di sebuah kedai makan di Seberang Takir untuk makan kerana perut kami mula berkeroncong ketika itu. Sampai saja di rumah iaitu kira2 pukul 12.00 lebih, ayahku terus berkata “Eh, hari ni hari lahir Nasih”. Ayahku terus memelukku sambil mengucapkan selamat hari lahir diikuti oleh ibu dan adik-beradik yang lain. Sejurus selepas itu, spontan ayahku berkata, “Kita makan di kedai tadi kira jamuan hari lahir la ye”. Apapun aku terasa sungguh terharu dan bahagia. Ingat juga mereka pada tarikh lahirku. Hik2..
Disini aku sediakan mesej2 yang telah dihantar kepadaku sempena hari lahir. Terima kasih tidak terhingga atas ingatan semua.
Abg Lim (2-Jan-2009, 5:04am): Salam..slmt mnymbut ulgthn Kelahiran yg ke-18.smga m’jd ank yg soleh kbggaan mak ayh,n trus thabat dlm mnympaikan dkwh mlalui mdium blog..TAKBIR!!
aL_aMiN JoHoRi (2-Jan-2009, 8:08 am): “Sukar utk menilai pribadi..apath lg utk mnyelami hati..namun mlalui iktn iman kpd Allah,akn trbitlah ukhwah sjati..ikhlas pd rabbi,mnuju firdaus abadi”… -Hepy new year - smogaceria n bhgia…”,) hepi besday 18. May Allah bless u always. Islam is our life.
Hamidi Zamri (2-Jan-2009, 9:07 am): Lakal hamd..SLMT HR LAHIR YG K 17.. mg kta tgolong sbgaimana y Allah sbut dlm Quran glgn yg “Wa robatna ‘ala quluubihim..” Allahumma ja’alna min ansarillah,min hizbillah,min ‘ibadir rahman.wa la taj’alna min khoinun diinullah..istajibillahumma du’aana Ya Allah Ya Mujib..amin.
Asyraf Sharunuddin (2-Jan-2009, 9:11 am): Sanah helwa ya hubbiy akhi.. Nasih.. Smoga d rhmati dn lbey d berkati smpena hari ulangthn.. Smoga pnjg umur murah rzki.. Smoga lbey bjaya dunia akhirat.
Luqman Mat Rani (2-Jan-2009, 11:14 am): Epi bihday..dh bleh la blnje kfc ari ni,huhu..
Afiq Jusnaidi (2-Jan-2009, 3:38 pm): Selamat hari lahir dood..
Ihsan Mamat (2-Jan-2009, 4:53 pm): Salam..naseh hepy birthday
Fathi Mat Noor (2-Jan-2009, 8:18 pm): Hai anak Adam! Engkau mngharapkn rhmtKu,maka lazimknlh taat kpdKu..Jikalau engkau tkut dr siksaKu,maka tingglknlh mksiat kpdKu spya engkau broleh kemuliaanKu d akhrt (Hadis Qudsi) Selamat Hari Ulang Tahun Kelahiran kali ke-18..smg chat walafiat..jmpe kat Nilai..!
Kak Aida Ghani (2-Jan-2009, 8:47 pm): Happy birthday to you..sorry,akak lmbt wish..smoga dimurahkan rezeki…
Terima kasih juga kepada Abang Lim atas postingnya yang berbaur perkauman. Hahaha… Bukan, terima kasih atas postingnya yang berkisarkan tentang aku sempena hari lahirku. Klik disini untuk melihat : ..Sanah Helwah Ya Akhuya..
Entah mengapa bila tibanya hari lahir mesti kena ada kek dan lilin. Bukanlah aku mengatakan bahawa salah jika meraikan hari lahir dengan kek dan sebagainya. Tapi bukankah lebih elok jika diraikan dengan solat hajat dan bacaan doa selamat. Barulah lebih islamik. Tambahan, aku masih ingat kata2 ustazku bahawa meniup lilin kek hari lahir itu adalah simbolik bagi yahudi iatu sebagai memadamkan cahaya Islam. Sungguh dahsyat!
Hah! Satu lagi… hadiah! Aku ada juga terima hadiah dari ayah iaitu pen yang agak mahal. Hahaha.. Terima kasih sekali lagi.
Jadi, ingatlah bahawa semakin bertambah umur kite bermakna semakin dekat kite untuk bertemu denganNya. Ingat2lah mati. Mudah2an kita tergolong dari kalangan yang sedikit. Amiin..
*************************************************************************************
Selamat, selamat, selamat hari lahir
Selamat dari kemurkaan Allah
Selamat dari maksiat zahir dan batin
Selamat bersyukur selamat bersabar
Dari Allah kita datang kepada Allah kita kembali
Umur yang dipinjamkan hargailah
Bila dapat nikmat malulah denganNya
Bila dapat ujian redalah dengaNya
Bersiaplah untuk pulang padaNya
Hidup didunia sebenarnya tipu daya
No comments:
Post a Comment