Halaman Blog

Pengikut yang Baik Hati

Jiwa Terasing @ Pesbuk!

Masih adakah lagi ghuraba'? Jika ada, kitakah ghuraba' itu?

Di saat orang lain memilih untuk meminum arak, kita menjadi terasing kerana sibuk mencari makanan yang halal.

Di kala orang lain terbiasa dengan skirt dan boxer, kita ganjil kerana tegar mempertahankan jubah dan kopiah di kepala.

Ketika orang lain merasa senang dengan bermain golf, kita dianggap pelik kerana berhenti dari permainan semata-mata untuk mengerjakan solat.

Tatkala orang lain merasa bangga punya kekasih yang ramai, kita diherdik dan diketawakan kerana masih belum punya teman wanita.

Jika anda pernah berasa asing, ganjil, pelik, ditertawa, disinis, disindir, atau diperlekeh kerana mempertahankan kehidupan yang berprinsip seperti itu, terimalah khabar gembira yang disampaikan oleh Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.

Tooba lil Ghurabaa’!

Friday, January 9, 2009

Mohd Abdul Wahid Endut : Calon Terbaik


Kata2 Presiden PAS, YB Dato' Seri TuanGuru Haji Abdul Hadi Awang;
"Ahli PAS yang faham serta mendokongi perjuangan Islam perlu mentaati arahan kepimpinan yang dibuat secara kolektif dan syura. Taat diwaktu senang dan susah. Mentaati dalam semua keadaan. Setuju kita taat dan tidak setuju pun kita taat. Apa sahaja arahan yang diberi oleh pemimpin. Jika tahu calon dahulu baru hendak taat, itu bukan ajaran dari Allah SWT. Kita tidak menang jika ada golongan macam ini dalam PAS. Jika hendak dengar amanat kena taat dan patuh..."
- Kuala Terengganu, Jan 1 2009.

KUALA TERENGGANU, 2 Jan (Hrkh)-"Usah sekali-kali mencari musuh, tetapi jika musuh datang kita akan menghadapinya. "

Begitulah prinsip calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut, 52 yang diumumkan oleh Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada satu Majlis Perisytiharan Calon yang diadakan di Stadium Negeri Kuala Terengganu, malam semalam

PAS Terengganu menaruh harapan serta keyakinan yang tinggi mampu memenangi Pilihan Raya Kecil P.36 Kuala Terengganu yang akan diadakan pada 17 Januari ini dengan melatkkan calon yang berkaliber dan berwibawa.

Beliau merupakan Adun Wakaf Mempelam, iaitu salah satu Adun dalam Parlimen Kuala Terengganu. Wahid juga adalah Adun sejak lima penggal dari tahun 1990 lagi memiliki rekod yang cemerlang sebagai Adun atau Exco selama sepenggal dan sebagai Adun pembangkang.

Beliau dilahirkan pada 29 September 1957 di Kampung Pulau Rusa dan kini menetap di Kampung Seberang Baruh Kiri, Jalan Kelantan, Kuala Terengganu.

Mempunyai seorang isteri bernama Wan Fatimah Wan Abdullah bersama 9 orang anak yang terdiri dari dua lelaki dan tujuh orang perempuan. Isterinya, merupakan seorang warga pendidik yang gigih di sebuah sekolah kerajaan di negeri ini.

Wahid mula mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu. Sekolah Menengah Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu dan menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi di Universiti Pertanian Malaysia (UPM).

Beliau juga mempunyai pengalaman bekerja sebagai Pegawai tadbir di UPM, menjalankan perniagaan berasaskan pertanian, pernah dilantik sebagai Ahli Majlis Menyuarat Kerajaan (Exco) negeri Terengganu dari tahun 1999-2005.

Kini, sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Wakaf Mempelam sejak dari tahun 1990 hingga sekarang. Selain itu, pengalamannya dalam parti PAS pernah memegang jawatan Bendahari Dewan Pemuda PAS Pusat dan Ketua Pemuda PAS Terengganu dari tahun 1991/ 1993.

Wahid masih lagi sebagai Bendahari Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu dan Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Terenganu.

No comments:


Daripada Tuan Punya Blog

1. Minat menulis adalah datang daripada kesedaran dan rasa tanggungjawab di atas saranan Assyahid Imam Hasan Albanna kerana katanya: "Jangan kamu melawan globalisasi, kerana kamu akan kalah. Hendaklah kamu melawan globalisasi dengan globalisasi juga."

2. Segala kandungan yang ada dalam blog ini adalah pandangan/idea penulis dan tidak semestinya ia betul belaka.

3. Penulis berhak menulis, menganalisis atau mengkritik apa saja (kecuali perkara sensitif) atas dasar 'kebebasan bersuara'.

4. Sesiapa saja berhak menyalin, mengambil atau mencetak mana-mana bahagian dalam blog ini kecuali untuk tujuan selain dakwah seperti untuk tujuan duit dan perniagaan, maka perlu mendapat keizinan daripada penulis.

5. Sesiapa jua boleh menyatakan pandangan atau komen terhadap blog ini atau terhadap penulis sendiri.

6. Penulis boleh dihubungi melalui emel berikut: nasehulwan@gmail.com.