- B2-1-2, Mahallah Abdul Rahman Ibn 'Auf, CFSIIUM, Nilai.
Aku bukanlah pengalisis politik, bukan juga pemerhati politik. Sekadar ahli kepada sebuah parti politik, belum pasti aku mampu merungkai dan merungkai satu-persatu tentang politik. Namun, apakan daya, itulah minatku sejak kecil. Dilahirkan dalam sebuah keluarga yang kuat politik, memungkinkan aku untuk belajar dari persekitaran. Buku2 politik dan akhbar seperti Harakah, Siasah, Wasilah dan Watan sekali-sekala, memberi aku faham akan politik itu sendiri, masakan tidak.
Penglibatan ayahku dalam politik PAS sejak zaman mudanya, menjadi pendorong baginya untuk mewakafkan semua anaknya pada perjuangannya itu termasuk aku sendiri. Ayah turut menginfaqkan dirinya untuk kerja2 Islam. Bukan mudah untuk menjadi ahli politik Islam atau pejuang Islam kerana segala yang kita buat pasti ada yang tidak kena. Buat ini salah, buat itu salah. Semuanya salah. Aku berpegang kepada pepatah arab "رضا الناس غاية لا تدرك" yang membawa maksud keredhaan manusia adalah matlamat yang tidak akan tercapai. Ayah juga selalu menceritakan kami kisah Luqmanul Hakim bersama anak dan keldainya yang sarat dengan unsur pengajaran. Oleh itu, kritikan, celaan, pujian, dan tohmahan harus dipikul oleh seorang pejuang dan mungkin mereka sudah lali dengan semua itu. Mehnah dan tribulasi, itu yang ingin aku tegaskan.
Berbalik pada tajuk kita, pilihan raya kali ini sangat dianggap penting bagi semua yang bertanding kecuali calon Bebas, mungkin. Walaupun bunyinya pilihan raya kecil, namun ia membawa erti yang sangat besar kepada rakyat Malaysia. Sekiranya PAS menang kali ini, ia merupakan kesinambungan kepada tsunami politik (yang selalu disebut) atau ledakan politik (yang disebut Tuan Guru Presiden) dan bakal berulang pada pilihan raya ke-13 akan datang. Apa untungnya jika PAS menang? PAS akan mempunyai lebih banyak suara dalam parlimen. UMNO/BN mengatakan calon PAS tetap tidak akan rugi jika kalah, kerana tetap sebagai ADUN Wakaf Mempelam. Isu ini aku sudah rasakan akan diputarbelit oleh mereka. Ayah juga telah meramalkan perkara ini berlaku, namun beliau merujuk kepada YB Syed Azman Syed Nawawi, sekiranya beliau dicalonkan.
Sebenarnya aku pun tidak mampu menilai apa yang ada dalam hati para pengundi di Kuala Terengganu, walaupun aku memang orang sana. Sebabnya, faktor ledakan politik yang tidak berlaku mana di Terengganu. Tapi aku akui bahawa pertambahan 100% kerusi PAS di Terengganu, dari 4 kepada 8 kerusi. Apapun kita sebagai orang yang mengaku Islam, mesti dan wajib yakin bahawa ALLAH pasti memenangkan Islam.
Aku difahamkan bahawa hampir 40,000 ribu penyokong PAS dan Pakatan Rakyat telah hadir pada hari penamaan calon, manakala di pihak lawan pula hanya sekitar 10,000 ribu orang sahaja (cukup menyedihkan). Inilah petanda besar kemenangan yang aku maksudkan. Juga ikatan utuh antara Pakatan Rakyat pastinya akan membawa kemenangan besar kepada PAS. PAS sangat mengharapkan undi daripada bukan Islam. Mereka adalah penentu besar pilihan raya kali ini.
UMNO/BN pastinya mempunyai 'ikhtiar' untuk memenangi PRK kali ini. Mereka pasti berusaha habis-habisan untuk menang. Beberapa 'ikhtiar' tersebut juga sudah kelihatan antaranya pemalsuan kad pengenalan dan yang terbaru penggunaan vest yang mempunyai 2 lambang, di depannya logo PKR manakala di belakang terpampang logo BN, seperti yang dilaporkan oleh Pengarah Pilihan Raya AMK, Fariz Musa. Turut dilaporkan oleh Dato' Mustafa Ali, Pesuruhjaya PAS Terengganu, mengenai sifat keji BN membeli undi dengan pemberian rasuah RM 500.00. Ramai mengatakan bahawa BN tidak dapat hidup tanpa rasuh dan penipuan, mungkin ada benarnya.
Sebelum kita pergi kepada perenggan terakhir, ingin aku ucap syabas, tahniah dan takziah pada rakan2 di UKM yang telah menang 4 kerusi secara percuma dalam pilihan raya kampus di sana. Sesungguhnya itu adalah signal awal kepada kemenangan kita di UKM, Insya ALLAH. Juga buat sahabat2 di UIA Gombak yang akan menghadapi PRK pada 19hb Januari ini selepas penamaan calon dibuat pada 16hb, selamat berjuang! Difahamkan tarikh tersebut adalah tarikh yang telah ditunda atas sebab untuk membantu pihak Aspirasi dalam PRK kali ini. Pelbagai taktik kotor telah dilancarkan oleh pihak pro-kerajaan ini. Kita tahu bahawa UIA merupakan satu2nya kubu kuat pro-mahasiswa di Malaysia yang tercinta ini.
Buat pengundi di Kuala Terengganu, sekali lagi ingin aku guna ayat penyudah yang pernah aku gunakan ketika 'kempen' pilihan raya Majlis Perwakilan Asrama di SMAASZA dulu, "UNDI ANDA PENENTU MASA DEPAN ISLAM". Sebelum itu hayatilah 2 video yang aku ambil dari Terengganukini.net ini. Mudah2an ALLAH membuka pintu hati kita semua. Sekian.
Sajak Pesan Ayah sempena PRK Kuala Terengganu
Sketsa Warung Kopi
No comments:
Post a Comment