-MARA, CFSIIUM Nilai.
Saat ini, semua tertumpu pada episod drama kebobrokan dan kebangsatan BN di Perak. Masing2 ingin tahu apakah kesudahan semua ini. Bagiku mudah saja, kita lihat saja apa yang akan berlaku selepas ini dan berdoa supaya pemimpin PAS di Perak masih istiqamah dan thabat pada prinsip perjuangan mereka.
Jangan luntur semangat. Jangan futur! Prinsip perjuangan bukan untuk digadai dan dijual sesuka hati, tapi untuk dipegang dan dipertahankan.
Nasihatku, bersabarlah dan teruskan bersabar. Yakinlah bahawa ALLAHlah yang menentukan segalanya. Serahkan padanya!
Ambillah peringatan daripada ayat ALLAH;
قُلِ اللَّهُمَّ مَالِكَ الْمُلْكِ تُؤْتِي الْمُلْكَ مَن تَشَاءُ وَتَنزِعُ الْمُلْكَ مِمَّن تَشَاءُ وَتُعِزُّ مَن تَشَاءُ وَتُذِلُّ مَن تَشَاءُ ۖ بِيَدِكَ الْخَيْرُ ۖ إِنَّكَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ ﴿٢٦﴾ |
(26) Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. |
Konklusi awal yang aku buat ialah : Selepas pada ini, kita boleh lihat bagaimana BN memerintah Perak dalam keadaan BN Perak sendiri huru-hara dan bergolak. Sebelum ini sendiripun Tajul Rosli telah meletak jawatan sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO negeri itu. Lihatlah berapa lama mereka boleh bertahan nanti.
Kotornya Politik UMNO
Malam tadi Pak Lah PM kongkalikong mengumumkan Dr. Zambry Abdul Kadir selaku Menteri Besar Perak yang baru. Esok beliau akan mengangkat sumpah di Istana Iskandariah di hadapan Sultan Perak.
Cuba anda perhatikan betul2 fakta ini yang aku rembat dari TVPas.com.;
Menurut peruntukan undang-undang, pertukaran kerajaan negeri boleh berlaku melalui tiga cara:-
1. Kerajaan yang sedia ada tidak ada upaya dan menarik diri dengan meminta perkenan Sultan.
2. Melalui ‘undi tidak percaya’ oleh dua per tiga ADUN dalam satu-satu sidang DUN. Jika cara ini akan digunakan UMNO Barisan Nasional, ini bermakna mereka perlu menunggu sidang DUN Perak yang dijadual paling awal berlangsung bulan April.
3. Melalui pembubaran Kerajaan Negeri oleh seseorang Ketua Kerajaan Negeri (Menteri Besar) dengan mendapat perkenan Sultan; Jika cara ini akan digunakan Umno Barisan Nasional, ini bermakna mereka perlu melalui proses pilihan raya setelah DUN dibubarkan.
Jadi aku rumuskan bahawa kerajaan yang akan dibentuk ini adalah tidak sah di sisi undang2 (tak gitu?), malah diakui sendiri oleh pengamal undang2 di Malaysia.
Sememangnya UMNO tidak boleh lari dari politik jahat, tidak kiralah samada melalui tipu, rasuah, dan segala macam yang kotor. Cilanat dan lahanat UMNO ini tak akan dapat berdiri tanpa itu semua. Memang sinis tapi ada benarnya. Kalau tak bohong bukan UMNO namanya!
Prinsip dan Perjuangan
Apalah maknanya perjuangan tanpa prinsip yang memaknakannya. Begitulah politik dan kepimpinan hari ini. Pemimpin mesti punya prinsip. Ke mana saja mesti bawa prinsip. Prinsip itu mestilah tidak boleh digugat hatta dengan apa benda sekalipun.
Semalam kawanku, Al-Amin bertanyakanku melalui SMSnya yang agak panjang. Salah satu dari soalan yang diajukan ialah berbunyi begini : "Politik tanah air, siapa yang lebih berprinsip? PKR, DAP, PAS atau BN". Maka aku menjawab mudah melalui SMS yang kuhantar kembali kepadanya, begini lebih kurang, "PAS yang lebih berprinsip kerana perjuangannya berpijak di bumi yang nyata dan berpegang pada dasar Islam. Wakil mereka tidak mudah dibeli".
Prinsip PAS ialah Islam. Tidak pernah lari sejak penubuhannya pada 58 tahun yang lalu. Walaupun telah melalui dan menempuh terlalu banyak ujian getir, mehnah dan tribulasi, namun PAS masih kekal sebagai Gerakan Siyasah, Dakwah dan Tarbiyah berwadahkan Islam. PASlah satu2nya parti politik yang mana prinsipnya 'jijjok' (kata orang Teganu).
Lain pula nasib yang berlaku kepada rakan PAS dalam Pakatan Rakyat iaitu tidak lain dan tidak bukan, PKR dan DAP, yang mana wakil mereka mudah dibeli dengan wang ringgit di dunia. Mereka terlalu mudah termakan dengan habuan dunia. Mereka 'koya' apabila dijanjikan dengan hidangan berupa nikmat yang fana' itu. Kerana apa? Mereka tidak punya prinsip seperti PAS. Mereka tidak mengamalkan konsep dosa pahala dalam berpolitik, itulah sebabnya!
Perjuangan yang tidak berpaksikan Aqidah Islamiyyah tidak akan ke mana2. Percayalah!
Usah sebutlah tentang prinsip UMNO, hampeh!
Tidak mudah untuk berpegang pada prinsip. Kerana itulah kita melihat, begitu mudah dan ringkas sekali 2 Adun PKR (Changkat Jering dan Behrang) dan 1 Adun DAP (Jelapang) keluar dari Pakatan Rakyat dan menjadi calon Bebas yang berkiblatkan BN. Malah tidak dilupakan, Adun Bota yang main spring dengan hebat sekali, tahniah!
Kamu langsung tidak layak menjadi pemimpin, apatah lagi untuk digelar pemimpin. Pemimpinkah orang yang tidak bermaruah? Tidak fikirkah kamu pada rakyat yang telah mengundi dan memilih kamu sebagai meletakkan harapan yang tinggi di bahu kamu? Bodohlah kamu ni!
Wajah Bakal PM
Inilah wajah sebenar bakal PM yang kita nantikan. Tak lama lagi akan muncul sebagai orang No.1 (Bulan Mac). Inilah sikap sebenar beliau. Terang2 beliau menjaharkan 'keluhuran pekerti' beliau, tanpa segan silu langsung.
"RM 50 juta bukan sikit syeikh, sapa tak terliur", kata sahabatku.
Buat Najib, anda adalah yang terbaik saat ini! The best kata orang! Terima kasih kerana mengenalkan kami pada diri anda yang sebetulnya. Rakyat sudah mengenali anda saat ini. Diharap sandiwara yang anda wayangkan bakal memuakkan lagi rakyat yang sedia muak dan luga pada anda!
UMNO Bakal Berkubur Buat Selamanya
Hanya menanti masa. Siapkan keranda UMNO sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Selamat tinggal UMNO!
No comments:
Post a Comment