Halaman Blog

Pengikut yang Baik Hati

Jiwa Terasing @ Pesbuk!

Masih adakah lagi ghuraba'? Jika ada, kitakah ghuraba' itu?

Di saat orang lain memilih untuk meminum arak, kita menjadi terasing kerana sibuk mencari makanan yang halal.

Di kala orang lain terbiasa dengan skirt dan boxer, kita ganjil kerana tegar mempertahankan jubah dan kopiah di kepala.

Ketika orang lain merasa senang dengan bermain golf, kita dianggap pelik kerana berhenti dari permainan semata-mata untuk mengerjakan solat.

Tatkala orang lain merasa bangga punya kekasih yang ramai, kita diherdik dan diketawakan kerana masih belum punya teman wanita.

Jika anda pernah berasa asing, ganjil, pelik, ditertawa, disinis, disindir, atau diperlekeh kerana mempertahankan kehidupan yang berprinsip seperti itu, terimalah khabar gembira yang disampaikan oleh Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.

Tooba lil Ghurabaa’!

Sunday, January 25, 2009

Almarhum Ustaz Hatta dalam Kenangan

-1.00 pg (26 Jan 2009)
-Atas meja studi Kerol, B2-1-2, Mahallah Abdul Rahman ibn 'Auf.



Sedih dan sebak.

Itulah perasaan aku sebaik saja mengetahui, mendengar dan membaca berita berkenaan kepergian seorang sahabat bagi bertemu Tuhannya. Pergi almarhum bukan seminit dua, tapi selama2nya.

Mengenali almarhum Ustaz Hatta adalah suatu kenangan yang pasti tidak akan kulupakan. Almarhum sememangnya seorang yang soleh dan berjiwa besar ketika hayatnya. Pertama kali bertemu dengan almarhum ialah ketika menghadiri satu meeting yang dianjurkan oleh sebuah badan dakwah sekolah2 di negeri Terengganu. Pengalaman itu cukup berharga!

Mesyuarat tersebut dimulakan dengan agenda tazkirah. Almarhum antara orang yang pertama memberikan tazkirah. Antara mutiara yang sempat almarhum lontarkan ialah tentang kata2 Assyahid Imam Hassan Al-Banna iaitu, "Islam itu ibarat bangunan yang runtuh. Aku akan mencari ke seluruh pelusuk dunia hati2 yang ingin bersamaku membina kembali Islam menjadi bangunan yang tersergam indah". Kata2 itu pertama kali didengar dan aku semat kemas sehingga ke hari ini. Tazkirah almarhum cukup terkesan dalam diri yang mendengarnya ketika itu. Seolah2 ruh Assyahid Imam Hassan Albanna mengalir dalam batang tubuh almarhum. Moga2 almarhum turut dikurnia dengan gelaran assyahid. Almarhum turut memberi tasyji' dalam tazkirahnya bahawa disiplin sangat penting kepada daie. Disiplin ilmu, akhlak dan masa antara yang ditekankan almarhum ketika itu.

Almarhum sememangnya terkenal sebagai seorang yang berwibawa dan punya daya kepimpinaan yang cukup tinggi. Ramai yang 'tidak berani' dengannya atau 'malu muka' bila bertemu dengannya ketika almarhum memimpin Dewan Perwakilan Pelajar (DPP) Maahad Tahfiz Al-Quran Negeri Terengganu (kini Institut Al-Quran Terengganu). Almarhum sememangnya cukup disegani dan dihormati oleh para pelajar di sana, malah oleh rakan2 yang sebaya dengannya.

September tahun lalu almarhum berangkat ke bumi anbiya' bagi meneruskan cita2nya untuk Islam. Almarhum mengambil jurusan Usuluddin dalam tahun satu di universiti tertua di dunia, Al-Azhar Assyarif.

Menurut Ablim menerusi blognya:
Almarhum telah seminggu diserang sakit yang sehingga kini doktor masih belum dapat mengesahkan penyakit yang dihidapinya. Ada yang kata Paru-paru berair, dan ada setengah hospital pula enggan menerima untuk memberikan rawatan kepadanya kerana dikatakan almarhum dihinggapi penyakit Tibi (dikhuatiri akan dijangkiti kepada pesakit lain),
wallahu a'lam, hanya Allah Taala saja yang tahu akan hakikat ujian yang di'kurniakan' ke atas hambanya yang soleh ini..

Jenazah almarhum akan disembahyangkan pada pagi ini, jam 10.30 pagi di Kompleks Hayyu 'Asyir, Kaherah. Kemudian jenazahnya akan diterbangkan ke Malaysia pada awal pagi esok, kira-kira jam 3 pagi.
Walaupun aku tidak sempat menziarahi almarhum di saat kematiannya di sana, namun cukuplah aku mengutuskan doa kesejahteraan ke atas almarhum. Moga2 ruhnya dicucuri rahmat ALLAH dan ditempatkannya sebaris dengan solihin dan muttaqin. Mudah2an juga ALLAH turut mengampunkan dosa2nya ketika di dunia, Ameen. Buat keluarga almarhum, takziah aku ucapkan, ingatlah kata ALLAH dalam surah Luqman, وَٱصْبِرْ عَلَىٰ مَآ أَصَابَكَ "Dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu."

Kematian adalah satu kepastian!

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Lagu ini aku dedikasikan buat almarhum dan semua yang mengenali beliau. Mudah2an beliau tenang di sana!

Detik Kematian

Tertulis kematian
Pada suratan kehidupan
Namun hanya ALLAH yang tahu
Bilakah ajal bakal bertamu

Detiknya menghampiri
Tanpa petanda yang menanti
Bila tiba saatnya nanti
Tak siapa dapat melarikan diri

Itu hakikat dan kepastian
Hadirnya tidak pernah kita alukan
Tua dan muda, miskin dan kaya
Semua insan pasti melaluinya

Sakit dirasa tidak terkata
Tika dipisahkan jiwa dari jasadnya
Hanya amalan bisa redakan
Bebanan derita di ambang kematian

Denyutan nadi akhirnya terhenti
Bersama nafas yang tak terhela lagi
Kerana jiwa meninggalkan pergi
Pulang kembali untuk menghadap Ilahi

Dari ALLAH kita datang,
KepadaNya kita pasti pulang

Detiknya pasti tiba
Adakah kita bersedia?

p/s: Alfatihah buat almarhum Ustaz Mohd Hatta bin Mohd Hanafi.

1 comment:

Anonymous said...

hurmm..prnh bace sal ni kat blog ikram..
takiah2~


Daripada Tuan Punya Blog

1. Minat menulis adalah datang daripada kesedaran dan rasa tanggungjawab di atas saranan Assyahid Imam Hasan Albanna kerana katanya: "Jangan kamu melawan globalisasi, kerana kamu akan kalah. Hendaklah kamu melawan globalisasi dengan globalisasi juga."

2. Segala kandungan yang ada dalam blog ini adalah pandangan/idea penulis dan tidak semestinya ia betul belaka.

3. Penulis berhak menulis, menganalisis atau mengkritik apa saja (kecuali perkara sensitif) atas dasar 'kebebasan bersuara'.

4. Sesiapa saja berhak menyalin, mengambil atau mencetak mana-mana bahagian dalam blog ini kecuali untuk tujuan selain dakwah seperti untuk tujuan duit dan perniagaan, maka perlu mendapat keizinan daripada penulis.

5. Sesiapa jua boleh menyatakan pandangan atau komen terhadap blog ini atau terhadap penulis sendiri.

6. Penulis boleh dihubungi melalui emel berikut: nasehulwan@gmail.com.