Halaman Blog

Pengikut yang Baik Hati

Jiwa Terasing @ Pesbuk!

Masih adakah lagi ghuraba'? Jika ada, kitakah ghuraba' itu?

Di saat orang lain memilih untuk meminum arak, kita menjadi terasing kerana sibuk mencari makanan yang halal.

Di kala orang lain terbiasa dengan skirt dan boxer, kita ganjil kerana tegar mempertahankan jubah dan kopiah di kepala.

Ketika orang lain merasa senang dengan bermain golf, kita dianggap pelik kerana berhenti dari permainan semata-mata untuk mengerjakan solat.

Tatkala orang lain merasa bangga punya kekasih yang ramai, kita diherdik dan diketawakan kerana masih belum punya teman wanita.

Jika anda pernah berasa asing, ganjil, pelik, ditertawa, disinis, disindir, atau diperlekeh kerana mempertahankan kehidupan yang berprinsip seperti itu, terimalah khabar gembira yang disampaikan oleh Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.

Tooba lil Ghurabaa’!

Wednesday, January 21, 2009

UIAM Abaikan Konsep Islam

Rakan2 yang membelek helaian akhbar Utusan bertarikh 21 Januari 2009 agak sugul dan terkejut apabila ada berita tentang UIA dan berita itu bukanlah mengenai kejayaan anak didik UIA, tapi tentang keburukan dan kejelekan akhlak serta sakhsiah mereka. Sudahlah begitu, ditambah pula yang memberitakannya adalah pelajar UIA sendiri. Lebih mengecewakan lagi, disebut pula UIA Nilai, amat memalukan! UIA ada banyak, ada main campus iaitu di Gombak, ada kampus Kuantan, Petaling Jaya dan Nilai. Satu tamparan hebat buat warga 'Taman ILMU dan BUDI', terutamanya pihak pentadbiran. Aku bukanlah ingin mengulas tentang kebenarannya yang memang sedia benar, namun aku ingin tahu jawapan dari Rektor atau Dean UIA, sangat ingin tahu, itu saja!

Ini ialah artikel berita yang diambil dari laman web Utusan;
Sumber: Utusan Malaysia Online - Forum


UNTUK menyebarkan agama Islam, kerajaan kita dengan kerjasama negara-negara Islam telah bersepakat menubuhkan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Pada ketika ini umat Islam seluruh dunia amat memandang tinggi institusi ini. Ini kerana UIA menekankan ciri-ciri Islam kepada pelajar-pelajar dan pekerja. Malah pelawat luar juga dikenakan peraturan untuk menutup aurat apabila memasuki kawasan kampus UIA dan kepada pelawat bukan Islam sekurang-kurangnya memakai selendang bagi perempuan.

Namun pada ketika ini peraturan dan undang-undang yang diwujudkan itu semakin diabaikan oleh pelajar, malahan tiada penguatkuasaan terhadap pelawat yang tidak menutup aurat. Ini dapat dilihat pelajar-pelajar perempuan UIA hanya mengenakan tudung yang jarang, nipis dan amat singkat.

Pelawat yang datang juga hanya mengenakan pakaian paras lutut dan baju tanpa lengan, perkara ini dapat dilihat pada hari pendaftaran. Begitu juga pembekal yang menghantar barang ke dalam kampus.

Saya amat bimbang mengenai perkara ini sekiranya tiada tindakan yang diambil oleh pihak universiti. Jika perkara ini diabaikan lama-kelamaan UIA akan dipandang hina oleh masyarakat dan negara luar terutamanya negara-negara Islam.

Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Nilai

Oleh itu saya amat berharap pihak bertanggungjawab di UIA dapat mengambil inisiatif mengatasi perkara tersebut. Saya juga dengan rasa prihatin ingin mencadangkan supaya perkara ini dapat dibincangkan oleh pihak dekan, bahagian disiplin dan juga pihak pengawal keselamatan.

Perkara ini juga meliputi akhlak pelajar-pelajar UIA Kampus Nilai yang mana disiplin mereka berada pada tahap yang agak kritikal apabila tiada sebarang tindakan yang diambil oleh pihak pentadbiran. Ini kerana Kampus Nilai terbuka dan tanpa pengawasan dari pengawal dan pihak bertanggungjawab. Perkara ini amat dikesali kerana di Kampus Nilai dapat dilihat pelajar UIA ada yang tidak mengenakan tudung apabila keluar dari kawasan kampus dan pelajar lelaki hanya memakai seluar pendek apabila keluar dari bilik.

Saya amat berharap pihak bertanggungjawab dari UIA dapat mengambil tindakan yang tegas dan mengetatkan peraturan-peraturan di kampus agar UIAM dapat mengekalkan imej Islam di mata masyarakat.

LOVE ISLAM,

UIA.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

p/s: Buat sahabat2 di UIA Gombak yang akan membuang undi esok hari, 22 Januari, ana mendoakan kesejahteraan kalian. Mudah2an ALLAH memberkati perjuangan dan penat lelah kalian menegakkan Islam dan membina biah solehah di main campus, insya ALLAH. Pesananku, undi elok2 ya! Jangan tersalah pangkah pula, susah nanti! Hehe...

2 comments:

radhiahsyahida said...

alhamdulillah, insyaAllah lepas ni harap ada org akan buka mata, buka hati..
baru baca sakni dalam bilik..tapi buka kat utusan on9 ar..
baca kuat2..biar diri sendiri n sume dengor..hehe

al-aman said...

Salam, ana pernah lihat satu video tentang UIAM. Video tu siarkan tentang konsert, funfair, ikhtilat d UIAM. Sedih rasanya... Mana pihak universiti? Maka, wajib utk kembalikan semula 'kerajaan Islam' yg telah hilang d UIAM. Kami doakan kemenangan anda!


Daripada Tuan Punya Blog

1. Minat menulis adalah datang daripada kesedaran dan rasa tanggungjawab di atas saranan Assyahid Imam Hasan Albanna kerana katanya: "Jangan kamu melawan globalisasi, kerana kamu akan kalah. Hendaklah kamu melawan globalisasi dengan globalisasi juga."

2. Segala kandungan yang ada dalam blog ini adalah pandangan/idea penulis dan tidak semestinya ia betul belaka.

3. Penulis berhak menulis, menganalisis atau mengkritik apa saja (kecuali perkara sensitif) atas dasar 'kebebasan bersuara'.

4. Sesiapa saja berhak menyalin, mengambil atau mencetak mana-mana bahagian dalam blog ini kecuali untuk tujuan selain dakwah seperti untuk tujuan duit dan perniagaan, maka perlu mendapat keizinan daripada penulis.

5. Sesiapa jua boleh menyatakan pandangan atau komen terhadap blog ini atau terhadap penulis sendiri.

6. Penulis boleh dihubungi melalui emel berikut: nasehulwan@gmail.com.