-B2-1-2, Mahallah Abdul Rahman Ibn 'Auf, CFSIIUM, Nilai.
Tarikh 9 Januari 2009 merupakan tarikh yang sangat bermakna dalam sejarah perjuangan mahasiswa di Malaysia. Pada tarikh itu berlangsungnya satu Demonstrasi Mengutuk Tindakan Israel ke atas Palestin di Kedutaan Mesir anjuran Gabungan Mahasiwa Islam Se-Malaysia (GAMIS). Kira-kira seramai 5,000 mahasiswa (suatu angka yang cukup besar) dari kebanyakan universiti di Malaysia hadir.
Usai sahaja tamat kelas Listening and Speaking, aku bersama sahabatku merancang untuk ke sana. Aku, Fathi, Al-Hafiz dan Izzudin cuba memikirkan alternatif yang ada sebagai transport yang dapat menghantar kami ke sana. Pada mulanya kami sepakat untuk menyewa kereta kancil milik Syafie, senior kami. Namun yang menjadi masalahnya ialah tiada seorangpun di kalangan kami yang kenal jalan ke KLCC. Fathi walaupun mempunyai lesen tetapi tidak biasa memandu di lebuh raya, lain pula dengan Izzudin, beliau tidak mampu membawa kereta gear manual. Akhirnya, kami mengambil keputusan untuk pergi dengan menaiki komuter. Nasib kami baik, ketika kami menunggu sambil menahan teksi, tiba2 muncul sebuah teksi lama mengajak kami menaikinya. Walhal, dalam teksi itu sudah ada 2 orang termasuk pemandu. Walaupun begitu, beliau tetap mengajak kami naik sambil menyatakan bahawa polis tidak akan buat road block pada hari ini, hari Jumaat.
Apa yang menarik, pemilik teksi tersebut menyatakan bahawa mereka ingin menghantar kami terus ke KLCC. Bukan hanya ke Stesen Komuter Nilai yang jauh lebih dekat. Tambangnya pula hanya RM20.00 untuk 4 orang. Kami terkesima seketika. "Ya, RM20.00! Kira untung la kamu ini. Hari ini saja kami buat offer", kata orang yang duduk di sebelah pemandu teksi tersebut. Ini kira baik, getus hatiku. Seterusnya sahabatku, Al-Hafiz berbisik, "ALLAH nak tolong kita!". Betul juga.
Kami sampai di Masjid As-Syakirin yang bersebelahan KLCC tepat pada masanya. Ketika kami berjalan menuju ke masjid, muazzin terus melaungkan azan. Kami menaiki tangga untuk ke ruang atas masjid, namun ruang solat di atas telah penuh. Kami mengambil wudu' sebelum mengambil tempat di kawasan rumput bersebelahan masjid. Khutbah yang disampaikan pada hari itu ialah berkenaan Palestin. Isinya cukup baik, tapi penyampaiannya sedikit hambar dan mengecewakan. Sepatutnya bila berkhutbah tentang Palestin mestilah bersemangat dan berkobar2, sepatutnya.
Sebaik selesai sembahyang jumaat, kami turun ke bawah untuk mencari tempat berkumpulnya mahasiswa yang akan berdemontrasi. Turun saja, terus nampak sekumpulan anak muda sedang melaungkan slogan jihad dan bertakbir. Ada yang memegang sepanduk dan memakai head band di kepala. Ada yang sibuk mengambil gambar dan ada juga yang menghulurkan flyers. Sempat juga aku merakam ucapan yang dilontarkan oleh pimpinan mahasiswa. Cukup berkobar2 dan berdegar2 ucapannya, lalu membangkitkan semangat yang sedia ada.
Ucapan Presiden Gamis, Saudara Dzulkhairi Md Nor
Kami pulang ke kampus selepas asar dengan menaiki komuter dari KL sentral ke Nilai. Itulah saja catatan jalanan yang sempat aku coretkan. Sesungguhnya pengalaman ini cukup berharga dan tiada nilainya.
p/s: Minggu ni sungguh padat dan sibuk dengan program dan hal akademik. Program Free Al-Quds Night yang akan diadakan pada 15hb ini, Rehlah anjuran Gabungan Anak Terengganu (GATE) pada 18hb, Syafawi test dan presentation bagi pelajaran Basic Themes of Al-Quran (BTQ), Writing test, Role play (Listening and Speaking), Imtihan Bahasa Arab pada 14hb dan tidak ketinggalan program yang agak grand, Islamic Enterprenours week (i-scent) kelolaan Entrec.
**********************************************************************************************************
Ini ialah berita yang aku kutip dari laman web gamisdaily.com.
Presiden GAMIS Menyampaikan Pidatonya
Jumaat, 9 Januari, Kuala Lumpur : Hampir 3,000 mahasiswa Islam berjaya dikumpulkan oleh Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia untuk berhimpun di depan kedutaan Mesir bagi menyuarakan bantahan dan kutukan di atas tindakan Mesir menutup sempadannya dari menerima kemasukan pelarian Gaza yang terpaksa menyelamatkan diri dari serangan 14 hari bertubi-tubi Israel laknatullah. Rejim Husni Mubarak bukan sekadar bersekongkol dengan Israel membunuh kanak-kanak dan wanita Palestin, malah menangkap dan membantai rakyatnya sendiri yang terlibat di dalam demo mempamerkan solidariti bersama rakyat Gaza. Mubarak yang sangat degil dan bongkak tidak mahu membuka pintu sempadan Gaza-Mesir di Refah. Ini mengakibatkan bantuan kemanusiaan dunia tidak akan dapat dibawa masuk. Maknanya makanan akan kehabisan, hospital akan kehabisan bekalan ubatan, rakyat Gaza akan mati secara beramai-ramai!!!
Demontrasi tersebut telah berjaya membabitkan semua Persatuan Mahasiswa Islam dan NGO Mahasiswa dari seluruh Malaysia, khususnya dari GAMIS peringkat negeri seperti Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan seluruh Malaysia. Turut sama menjayakan demontrasi ini adalah Solidariti Mahasiswa Malaysia, Pro Mahasiswa Nasional, PKPIM dan beberapa mahasiswa antarabangsa.
Demontrasi kali ini mencatat sejarah penting pada mahasiswa Islam dan GAMIS khususnya kerana kerahan yang begitu besar membabitkan hampir belasan bas dari serata Malaysia bagi menunjukkan simpati, sokongan dan semangat jihad yang tinggi anak muda Islam di Malaysia kepada gerakan Islam HAMAS yang sedang berjuang mempertahan Gaza dari serangan Yahudi Israel.
No comments:
Post a Comment