Halaman Blog

Pengikut yang Baik Hati

Jiwa Terasing @ Pesbuk!

Masih adakah lagi ghuraba'? Jika ada, kitakah ghuraba' itu?

Di saat orang lain memilih untuk meminum arak, kita menjadi terasing kerana sibuk mencari makanan yang halal.

Di kala orang lain terbiasa dengan skirt dan boxer, kita ganjil kerana tegar mempertahankan jubah dan kopiah di kepala.

Ketika orang lain merasa senang dengan bermain golf, kita dianggap pelik kerana berhenti dari permainan semata-mata untuk mengerjakan solat.

Tatkala orang lain merasa bangga punya kekasih yang ramai, kita diherdik dan diketawakan kerana masih belum punya teman wanita.

Jika anda pernah berasa asing, ganjil, pelik, ditertawa, disinis, disindir, atau diperlekeh kerana mempertahankan kehidupan yang berprinsip seperti itu, terimalah khabar gembira yang disampaikan oleh Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.

Tooba lil Ghurabaa’!

Tuesday, January 27, 2009

Perutusan Tahun Baru Cina - Presiden PAS

Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Mon | Jan 26, 09 | 2:26:18 am MYT

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua anggota masyarakat Tionghua di Malaysia. Semoga tahun yang baru ini akan membawa kesejahteraan dan keamanan kepada semua, dan mudah-mudahan ia menjadi tahun yang baik, malah lebih baik dari yang terdahulu khasnya dari segi ekonomi dan politik buat negara kita yang tercinta dan seluruh dunia amnya.

Sesungguhnya masyarakat Tionghua tempatan telah memainkan peranan yang penting dalam membentuk dan mempengaruhi lanskap politik baru di Malaysia dan dengan dokongan kaum-kaum lain termasuklah orang-orang Melayu dan India, kita telah bersama-sama memberikan harapan baru ke arah lahirnya nanti satu negara Malaysia yang lebih adil dan aman buat semua.

Terbaru adalah peranan mereka dalam memenangkan calon PAS dari Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu.

PAS akan sentiasa menghormati dan mengiktiraf kehadiran dan peranan masyarakat Tionghua di Malaysia dalam membentuk sebuah kerajaan yang lebih adil dan makmur.

PAS juga kini melalui Kelab Penyokongnya telah berjaya menjalin hubungan baik dengan masyarakat Tionghua khususnya dalam saling memahami dan hormat-menghormati serta tolong-menolong di antara satu sama lain. Semoga sifat persefahaman dan saling menghormati ini akan terus diperkasakan.

Allah s.w.t. sendiri menyeru agar hubungan seumpama ini sentiasa dibentuk sebagaimana firman Nya dalam surah al-Hujuraat ayat 13 yang bermaksud:

"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain)."

Gong Xi Fa Cai kepada semua. - azm


Ikhlas,
Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang
Presiden PAS _

1 comment:

caito said...

saludos terricolas
www.loshienas.com.ar

pasen por aqui.
good luck
caito


Daripada Tuan Punya Blog

1. Minat menulis adalah datang daripada kesedaran dan rasa tanggungjawab di atas saranan Assyahid Imam Hasan Albanna kerana katanya: "Jangan kamu melawan globalisasi, kerana kamu akan kalah. Hendaklah kamu melawan globalisasi dengan globalisasi juga."

2. Segala kandungan yang ada dalam blog ini adalah pandangan/idea penulis dan tidak semestinya ia betul belaka.

3. Penulis berhak menulis, menganalisis atau mengkritik apa saja (kecuali perkara sensitif) atas dasar 'kebebasan bersuara'.

4. Sesiapa saja berhak menyalin, mengambil atau mencetak mana-mana bahagian dalam blog ini kecuali untuk tujuan selain dakwah seperti untuk tujuan duit dan perniagaan, maka perlu mendapat keizinan daripada penulis.

5. Sesiapa jua boleh menyatakan pandangan atau komen terhadap blog ini atau terhadap penulis sendiri.

6. Penulis boleh dihubungi melalui emel berikut: nasehulwan@gmail.com.