Pengikut yang Baik Hati

Jiwa Terasing @ Pesbuk!

Masih adakah lagi ghuraba'? Jika ada, kitakah ghuraba' itu?

Di saat orang lain memilih untuk meminum arak, kita menjadi terasing kerana sibuk mencari makanan yang halal.

Di kala orang lain terbiasa dengan skirt dan boxer, kita ganjil kerana tegar mempertahankan jubah dan kopiah di kepala.

Ketika orang lain merasa senang dengan bermain golf, kita dianggap pelik kerana berhenti dari permainan semata-mata untuk mengerjakan solat.

Tatkala orang lain merasa bangga punya kekasih yang ramai, kita diherdik dan diketawakan kerana masih belum punya teman wanita.

Jika anda pernah berasa asing, ganjil, pelik, ditertawa, disinis, disindir, atau diperlekeh kerana mempertahankan kehidupan yang berprinsip seperti itu, terimalah khabar gembira yang disampaikan oleh Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.

Tooba lil Ghurabaa’!

Sunday, February 8, 2009

Abecih : Piyah Dah 9 Tahun, Dah Besar! Huhu

-7.30 pg (9 Feb 2009)
-Satu bilik daripada bilik2, Cenfos UIA Nilai.


SOFIYYAH SOBIHAH BINTI ZAKARIA,

SELAMAT ULANG TAHUN HARI KELAHIRAN KALI YANG KE-9!


Kali ini aku ingin mencoretkan serba sedikit mengenai adik perempuanku yang seorang ini. Semalam (8 Februari) merupakan hari di mana beliau dilahirkan ke dunia. Adikku yang kami panggil Piyah ini sangat comel orangnya (sekali-sekala memuji adik sendiri). Tengoklah pula siapa abangnya (Huhu!). Piyah punya 5 orang abang lelaki (mestilah lelaki, takkan abang perempuan kot!) dan 2 orang kakak perempuan. Bermula dengan Abang, seterusnya Ablim, Abreh, Kekti, Abecih (aku), Abyik dan Kak Yah. Manakala beliau mempunyai seorang adik perempuan, iaitu Benah @ Bayyin.

Piyah sangat disenangi dalam keluarga kami kerana kepintaran dan kebolehannya yang agak menonjol. Beliau seorang yang cepat belajar dan matang berbanding 'kakaknya yang seorang itu'. Buktinya ketika beliau hadir ke Majlis Pengisytiharan Calon PAS PRK KT yang lepas, beliau mampu mengingati nama Wahid Endut ketika pulang. Abrih yang online melalui YM ketika itu bertanya siapa calon PAS, lalu beliau mampu membalas dengan menaip pada keyboard. Keanehan timbul apabila emak dan kakak sulungku sendiri tidak mampu untuk mengakses komputer apatah lagi untuk menaip.

Piyah mendapat jolokan Mantut. Itulah nama manja beliau yang telah direka cipta khas oleh aku. Ketika itu aku bersama adik lelaki tunggalku, Payid sedang bersembang di hadapan tv. Tiba2 jolokan tersebut terpacul dari mulutku, lantas nama tersebut dikenakan dengan Piyah. Jolokan tersebut juga mempunyai kaitan dengan imam surau kampungku, Hj Mohd Tok atau disebut ringkas Mat Tok. Asalnya beliau dipanggil dengan Mohd Tok Imam, tetapi akhirnya dipendekkan begitu sahaja. Huhu... (sejarah yang agak panjang).

Piyah juga aktif dalam bidang suara. Beliau turut dikurniakan bakat menyanyi (maksud aku nasyid) seperti adik-beradik yang lain. Suaranya mampu memukau hadirin dan khalayak yang mendengar. Sememangnya bakat semula jadi itu adalah kurnian ALLAH kepadanya dan pasti mempunyai hikmah yang banyak.

Rasanya cukuplah sekadar itu celoteh aku pada kali ini. Ada masa kita ketemu lagi. Cuma;

Abecih ingin berpesan pada Piyah:
  1. Jadilah anak solehah yang menjadi kebanggan mak ayah, adik-beradik, masyarakat dan umat.
  2. Buatlah yang terbaik dalam periksa, jadi pelajar yang hormat pada guru, jangan ponteng sekolah, kerja sekolah tu buat deh!
  3. Berakhlaklah dengan akhlak Nabi, moga jadi qurratu a'yun (penyejuk mata) buat semua orang. Jaga imej ayah.
  4. Kawan mollek, jangan salloh saing! huhu..
  5. Kekalkan imej Islam, tudung tu jangan tinggal, kena pakai sokmo.
  6. Banggalah menjadi anak pejuang Islam!
  7. Dan akhir sekali, semua orang sayang Piyah! Abecih pun sayang 'bangat' kat Piyah!
p/s: Kurang2kan tengok tv, nak2 Intan, Tom2 Bak, Adi dan Ayah, dan Geng Bas Sekolah, tengok la cite lain tek! Pastu jangan nakal2 sangat, Piyah kan dah besar!

p/s/s: Maaf kiranya Abecih tak dapat jadi abang yang baik. Insya ALLAH, Abecih akan cuba perbaiki kelemahan yang ada. Tegurlah Abecih sekiranya Abecih silap! Ilal liqo', Ma'as salaamah!

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Foto yang ku sedut dari hensetku, masih berkisarkan Piyah.

Piyah bersama satu2nya adik beliau.

Mami Jarum bersama Mek Kerinting dan Khete We.

Dik, wat gaya peace. Tau dok gaya peace tu nape?

Nok makan pon ambek gambo gok!

Piyah dan Benah dengan gaya bebas terlentang.

p/s: Untuk catatan lain mengenai Piyah: Ayah dan Ablim.

6 comments:

Ibn 'AbdiLLAH as-Sarawaki said...

Salam'alaik, akhi..

saja2 nak mencapap di cni,

masyaALLAH, beruntungnya piyah dpt abg dan keluarga yg btul2 mnjaganya.

by the way, nta bukak vacancy utk calon adik ipar tak? ana first in line...heheheh, gurau je syeikh...

semoga menjadi abg yg berjaya membimbing adiknya...barakaLLAHufiik abecih! (",)

Nasih Ulwan said...

salam ya akhi...

x mengapa buat la apa yg nta ske.. hmm.. mencacap 2 ape ek.. sory,ana xtau...huhu

ana bkk je..hehe...nk isi borang k? tp kena jumpa ayh ana dulu la..haha

insya ALLAH, berkat doa nta.. syukron 'ala kulli haal

Ibn 'AbdiLLAH as-Sarawaki said...

salam'alaik akhi, mencapap ni men-car-pub atau dlm bahasa panjangnya mencari publisiti. ana saja je guna istilah tu...bukan nak cari publisiti pun,heheheh.

Nasih Ulwan said...

Ohh..igtkn ape td..bgus2,ana dpt istilah baru ari ni..huhu
tak mengapa nta nk mencapap kt blog ana pon,lg ana ske ade la..hehe

monolograsya said...

ho baru tringat..
sofiyyah ni ah op hok wat show skali nge alim n de geng ms kecek2 dulu..
rase2 pnh tgk skali ms g ngn syakirah dulu..kat ane xpasti lop..tapi prog pasti rasenye..
come mcm izah je..hehhe~

Nasih Ulwan said...

oo..nsyid kt wakaf tengah ri2..woh,nk puji gok izah ye or..huhu


Daripada Tuan Punya Blog

1. Minat menulis adalah datang daripada kesedaran dan rasa tanggungjawab di atas saranan Assyahid Imam Hasan Albanna kerana katanya: "Jangan kamu melawan globalisasi, kerana kamu akan kalah. Hendaklah kamu melawan globalisasi dengan globalisasi juga."

2. Segala kandungan yang ada dalam blog ini adalah pandangan/idea penulis dan tidak semestinya ia betul belaka.

3. Penulis berhak menulis, menganalisis atau mengkritik apa saja (kecuali perkara sensitif) atas dasar 'kebebasan bersuara'.

4. Sesiapa saja berhak menyalin, mengambil atau mencetak mana-mana bahagian dalam blog ini kecuali untuk tujuan selain dakwah seperti untuk tujuan duit dan perniagaan, maka perlu mendapat keizinan daripada penulis.

5. Sesiapa jua boleh menyatakan pandangan atau komen terhadap blog ini atau terhadap penulis sendiri.

6. Penulis boleh dihubungi melalui emel berikut: nasehulwan@gmail.com.