-Study Room
Minggu lepas, aku bersama sahabat2 seperjuangan, Medee, Abah, Pok Jak berkesempatan ke suatu ceramah penerangan, yang mana penceramah terdiri daripada Tok Guru Nik Abdul Aziz, YB Salahuddin dan Ustaz Misbahul Munir. Kami bersama2 menaiki kancil yang agak 'cun' sambil meluru ke Taman Melewar. Kancil tersebut dijangka tiba pada pukul 8.00 malam ke sana. Kami bertolak sekitar pukul 7.00 malam dari sini.
Ketika sampai di sana, kelihatan orang ramai dan gerai2 yang bergemerlapan dan bercahaya dari jauh. Kami berjalan sambil mata kami melilau melihatkan stalls yang sangat banyak dibuka. Perut mula lapar. Kami mengambil keputusan untuk menyantap jasmani kami terlebih dahulu sebelum masuk ke dewan. Kami memilih laksa yang agak sedap dimakan. Masing2 pula dengan minuman berupa air pilihan masing2.
Ketika di dalam kereta, Medee mengingatkan kami yang kerja Islam telah menanti di sana. Kami menerimanya dengan hati yang terbuka dan lapangnya selapang padang bola Kg. Batin. Entah kerja apa yang menanti tidak pula kami ketahuan, namun aku ungkapkan pada rakan2, "kalau kutip derma pun apa salahnya, ana sanggup!". Rakan2 yang lain menyetujui sambil bersahutan, "ya, sheikh...".
Seusai kami menjamu selera walaupun belum mencapai tahap kekenyangan yang memuaskan hati, kami menuju ke Dewan Hj Fadzil Noor. Kami ditahan seorang lelaki yang meminta kami duduk di suatu sudut sambil menjaga booth sebuah persatuan anak negeri Perak. Apa yang perlu kami lakukan ialah mengutip sebanyak mungkin tanda tangan orang ramai yang datang ke majlis penerangan tersebut. Tanda tangan itu ialah bagi menyatakan bantahan terhadap kerajaan haram BN di Perak. 2 borang disediakan bagi tujuan itu. Yang pertama hanya diisi oleh anak Perak yang akan dihantar kepada Sultan Azlan Shah. Manakala yang keduanya untuk semua rakyat Malaysia yang akan disubmit kepada Yang Dipertuan Agong.
Memang ramai benar yang 'menyain' pada borang2 tersebut sehingga tak terkira dek aku, lebih indah lagi bunyinya, sehingga tidak kepalang banyaknya. Gembira melihat orang ramai yang berbondong2 datang dari segenap kawasan ke program tersebut dan sempat menurunkan tanda tangan mereka. Sangat ramai. Aku kagum! Bagaimanapun, agak menyedihkan bercampur redha, pen yang dihadiahkan Ayah kepadaku telah diwakafkan untuk kerja itu. Dan aku pula tidak teringat untuk mengambilnya sebelum pulang. Huhu.. sadis!
TGNA: UMNO Derhaka Kepada ALLAH. Itulah tajuk aku kali ini. Tok Guru Nik Abdul Aziz mentaqdimkan ucapan beliau dengan ayat Al-Quran dari Surah Sajdah, begini bunyinya;
وَلَوۡ تَرَىٰٓ إِذِ ٱلۡمُجۡرِمُونَ نَاكِسُواْ رُءُوسِہِمۡ عِندَ رَبِّهِمۡ رَبَّنَآ أَبۡصَرۡنَا وَسَمِعۡنَا فَٱرۡجِعۡنَا نَعۡمَلۡ صَـٰلِحًا إِنَّا مُوقِنُونَ
Ayat yang cukup signifikan untuk umat akhir zaman kini. Yang mana di kalangan mereka ada yang baik dan yang jahat. Dalam ayat tadi menceritakan perkara yang akan berlaku di hari kiamat. Inilah kelebihan Kitab Suci kita yang tidak ada pada mana2 kitab suci agama lain iaitu boleh mengisahkan the stories of the future.
Pada mulanya Tok Guru mengatakan bahawa ketika ini kesedaran untuk mencari ilmu semakin membuak2 di kalangan rakyat. Di mana2 sahaja diadakan ceramah pasti akan dihadiri dengan sekian ramai manusia. Ini merupakan suatu perkembangan yang sangat baik.
Seterusnya Tok Guru menyatakan hari ini pihak UMNO menyatakan bahawa PAS dan Pakatan Rakyat atau YB Ir. Nizar sendiri sebagai penderhaka. Beliau dengan nada yang tegas menyatakan, UMNO yang derhaka kepada ALLAH. Maka apa yang nak dikisahkan dengan derhaka kepada Raja. UMNO sejak awal penubuhannya lagi yang menolak Islam, menyanggah hukum ALLAH dan menghalang usaha ke arah melaksanakan Islam. Mereka telah berbalah dengan ALLAH.
Raja pun sama saja dengan kita. Raja wajib solat macam kita juga. Raja berdosa kalau tinggal solat. Yang haram pada Raja, haram pada rakyat. Begitulah juga yang wajib pada Raja, maka wajib juga pada Raja.
UMNO mengatakan bahawa PAS adalah alat DAP. Maka tidak bolehkah kita katakan UMNO adalah alat MIC dan MCA. Siapa yang mengajar kamu tolak Islam kalau bukan MIC dan MCA. Kamu buang tulisan Jawi, siapa yang ajar kamu? Sekarang ini mulalah sibuk dengan J-QAF. Buat apa semua tu? Budak2 sekarang nak baca dekat mana Jawi? Buku2 dan surat khabar hari ini tidak lagi ditulis dengan Jawi.
Hari ini bila PAS mengadakan ceramah, maka akan dihadiri oleh kaum Cina dan India. Kita tidak pernah menjangkakan perkara ini berlaku. Pernahkah kita fikir bahawa Melayu akan berbaik dan berkawan dengan Cina dan India?
PAS komited dalam melaksanakan Islam. Contohnya di Kelantan. Ketika mula2 mengambil alih kerajaan Kelantan, kita menukar akaun kerajaan negeri dari bank2 konvensional ke bank2 Islam. Selama ini mana ada kerajaan negeri yang menarik duit kerajaan ke bank Islam. Kita tak mahu pemerintahan kita terpalit dengan dosa riba. ALLAH sudah terang2 menyatakan bahawa riba itu haram. Namun, UMNO tetap tolak dan tentang kita.
Sebodoh2 rakyat Kelantan pun kenal dosa pahala dan halal haram. Tapi UMNO yang cerdik itu tak tahu halal haram. Macam mana kita nak katakan UMNO tidak derhaka kepada ALLAH.
Tok Guru menempelak dengan menyebut istilah 'menatang' kepada orang UMNO yang mana mereka merasuah dalam urusan yang melibatkan projek masjid. Jarang sekali kita mendengar beliau menyebutnya sebelum ini. Tapi sememangnya sangat layak buat mereka.
Tok Guru mengingatkan bahawa bekal dalam kehidupan kita ialah Taqwa. Taqwa dalam perniagaan, pemerintahan dan sebagainya. Jangan kamu banyak harta di dunia tapi di akhirat kamu papa kedana. Tiada sebab untuk kita tolak Al-Quran dan tiada sebab langsung untuk kita menyokong UMNO.
Sebelum mengakhiri ucapan beliau, Tok Guru sempat berdoa, sekiranya 'mereka' ini ada peluang untuk diberi hidayah maka bukakanlah pintu hati mereka. Sekiranya tiada peluang untuk mereka, maka hapuskanlah harta mereka di atas dunia ini.
1 comment:
bagus ah anta dohlah berjuang through as a blogger dgn madah yang terusik,pahtu berjuang melalui dunia realiti dgn pnuh semangat.........salute
Post a Comment