Halaman Blog

Pengikut yang Baik Hati

Jiwa Terasing @ Pesbuk!

Masih adakah lagi ghuraba'? Jika ada, kitakah ghuraba' itu?

Di saat orang lain memilih untuk meminum arak, kita menjadi terasing kerana sibuk mencari makanan yang halal.

Di kala orang lain terbiasa dengan skirt dan boxer, kita ganjil kerana tegar mempertahankan jubah dan kopiah di kepala.

Ketika orang lain merasa senang dengan bermain golf, kita dianggap pelik kerana berhenti dari permainan semata-mata untuk mengerjakan solat.

Tatkala orang lain merasa bangga punya kekasih yang ramai, kita diherdik dan diketawakan kerana masih belum punya teman wanita.

Jika anda pernah berasa asing, ganjil, pelik, ditertawa, disinis, disindir, atau diperlekeh kerana mempertahankan kehidupan yang berprinsip seperti itu, terimalah khabar gembira yang disampaikan oleh Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.

Tooba lil Ghurabaa’!

Monday, February 23, 2009

PAS ada ‘Baiah’ elak lompat parti - Presiden

Dipetik dari HarakahDaily.Net

Oleh Mohd Sabri Said

ImageKEPALA BATAS, 23 Feb (Hrkh) - “Baiah merupakan akuan bersumpah di hadapan Allah s.w.t dan kepimpinan dalam parti ketika dilantik menjadi calon dalam setiap pilihan raya sama ada umum atau kecil.”

Presiden PAS, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang mendedahkan, PAS nyata mempunyai rahsia tersendiri untuk menyekat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) daripada mengambil sikap melompat parti kerana tindakan itu bukan sahaja membelakangkan kehendak Allah s.w.t bahkan meninggalkan amanah manusia yang mahu seseorang Adun itu melaksanakan tugas dengan cemerlang.

Katanya rahsia tersebut ialah ‘Baiah’ yang merupakan akuan bersumpah di hadapan Allah s.w.t dan kepimpinan dalam parti berbanding parti lain ketika dilantik menjadi calon dalam setiap pilihanraya samada umum atau kecil.

“Perbezaan kekuatan Adun-adun PAS ialah ‘Baiah’ berjanji dengan Allah s.w.t sekiranya kami menipu, khianat, menyeleweng kami akan dilaknat oleh Allah.s.wt, oleh malaikat dan segala yang melaknat.

“Itulah yang tiada dalam parti lain kerana masing-masing mengambil agama suku, politik suku, ” ujarnya ketika berceramah di pekarangan Markaz Tarbiyah PAS Pulau Pinang di Pongsu Seribu, Kepala Batas baru-baru ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang, Terenganu memberitahu, walaupun ada Adun atau kepimpinan yang melompat keluar parti, semua pihak boleh melihat di mana ‘kedudukan’ mereka tika ini.

Sambungnya, golongan terbabit kehilangan maruah dan kehebatan bahkan jika berada dalam parti lain hanya sekadar melukut di tepi gantang bukan lagi diberikan kepercayaan sebagai kepimpinan sepertimana dalam PAS sebelum ini.

“Kita tengok mereka yang lari dari PAS apa yang mereka perolehi sebagai hukuman di dunia.

“Mereka hilang maruah, hilang kehebatan dan tidak ke mana walhal golongan terbabit mempunyai pengetahuan agama yang tinggi. Itulah perhitungan antara dosa dan pahala, ” tegasnya.

Justeru itu, PAS tetap berusaha mengajak parti lain untuk bersama PAS memperjuangkan kedaulatan demi menjaga maruah yang tinggi tidak kerana pandangan manusia sebaliknya kerana Allah s.w.t.

PAS katanya, tidak memaksa parti lain terutamanya bukan Islam menerima Islam semata-mata menjatuhkan Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang sudah menyelewengan amanah rakyat dengan melakukan berbagai kekejaman dan kezaliman.

Menyentuh mengenai peralihan kuasa antara Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi dengan timbalanya, Dato’ Seri Najib Razak sepatutnya belum lagi waktunya kerana Perdana Menteri tidak lagi ’selesai’ dengan amanahnya terhadap rakyat sebagaimana janjinya sewaktu mula memegang tampuk pemerintahan daripada mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad beberapa tahun lalu.

Janji Abdullah katanya untuk menyelesaikan masalah kehakiman, rasuah, polis, SPR dan pekerti kalangan kepimpinan Umno masih jauh. “Beliau seharusnya berusaha untuk menanganinya sehingga selesai bukan memberi jalan berundur kepada orang lain yang pastinya mempunyai agenda lain dalam pentadbiran baru kelak.

“Penubuhan Suruhanjaya Kehakiman, Suruhanjaya Polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah tidak setakat itu sahaja malahan kena bersama parti lain di luar BN kerana ia bukan masalah Umno. Ia masalah semua rakyat dan ia perlu dengan sistem demokrasi yang betul, ” Kata Ahli Parlimen Marang itu.

Beliau berucap di dalam program anjuran Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang itu lagi.Turut berceramah pada malam itu ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, Ustaz Hafiz Nordin dan Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu yang turur dihadiri oleh Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Saleh Man. - azm

No comments:


Daripada Tuan Punya Blog

1. Minat menulis adalah datang daripada kesedaran dan rasa tanggungjawab di atas saranan Assyahid Imam Hasan Albanna kerana katanya: "Jangan kamu melawan globalisasi, kerana kamu akan kalah. Hendaklah kamu melawan globalisasi dengan globalisasi juga."

2. Segala kandungan yang ada dalam blog ini adalah pandangan/idea penulis dan tidak semestinya ia betul belaka.

3. Penulis berhak menulis, menganalisis atau mengkritik apa saja (kecuali perkara sensitif) atas dasar 'kebebasan bersuara'.

4. Sesiapa saja berhak menyalin, mengambil atau mencetak mana-mana bahagian dalam blog ini kecuali untuk tujuan selain dakwah seperti untuk tujuan duit dan perniagaan, maka perlu mendapat keizinan daripada penulis.

5. Sesiapa jua boleh menyatakan pandangan atau komen terhadap blog ini atau terhadap penulis sendiri.

6. Penulis boleh dihubungi melalui emel berikut: nasehulwan@gmail.com.