Halaman Blog

Pengikut yang Baik Hati

Jiwa Terasing @ Pesbuk!

Masih adakah lagi ghuraba'? Jika ada, kitakah ghuraba' itu?

Di saat orang lain memilih untuk meminum arak, kita menjadi terasing kerana sibuk mencari makanan yang halal.

Di kala orang lain terbiasa dengan skirt dan boxer, kita ganjil kerana tegar mempertahankan jubah dan kopiah di kepala.

Ketika orang lain merasa senang dengan bermain golf, kita dianggap pelik kerana berhenti dari permainan semata-mata untuk mengerjakan solat.

Tatkala orang lain merasa bangga punya kekasih yang ramai, kita diherdik dan diketawakan kerana masih belum punya teman wanita.

Jika anda pernah berasa asing, ganjil, pelik, ditertawa, disinis, disindir, atau diperlekeh kerana mempertahankan kehidupan yang berprinsip seperti itu, terimalah khabar gembira yang disampaikan oleh Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.

Tooba lil Ghurabaa’!

Sunday, January 11, 2009

Emak Sudah Tua



8:00 mlm (Ahad 11 Januari 2009).
B2-1-2, Mahallah Abdul Rahman Ibn 'Auf, CFSIIUM, Nilai.

Assalamualaikum!

Maafkan aku! Tajuk sebenar posting kali ini ialah Emak Sudah Tua, tapi Masih Nampak Muda. Sengaja aku pendekkan kerana bimbang terlalu panjang. Harap kalian faham.

Persoalannya, mengapa emak aku masih nampak muda? Sedangkan umurnya sudah mencecah 47 tahun (3 tahun lagi untuk sampai kepada 50 tahun), agak tua atau lebih manis disebut lama atau dewasa. Jawapan yang boleh aku kemukakan mungkin kerana wajahnya yang masih muda atau juga jiwa perjuangannya yang sentiasa kuat seperti orang muda. Itu belum lagi aku sebutkan tentang semangat pengorbanannya untuk Islam. Malah sangat jauh jika dibandingkan dengan aku.

Mungkin ada yang bertanya, mengapa tiba2 aku menulis tentang perihal ibuku yang aku panggil emak itu? Jadi, mudah cerita sebenarnya tanggal 10 Januari lepas merupakan ulang tahun kelahirannya. Yang pasti aku cukup berbangga punya ibu sepertinya. Di hari bahagianya itu, aku sempat menghantar ucapan melalui sms yang bagiku agak touching (Hahaha), sejurus kemudian beliau terus menelefon handset Sony Ericsson K800i milikku. Ketika dalam bualan, emak nampak seperti tidak keruan, atau orang kata cuak saja. Ada juga aku terdengar hiruk-piruk suara adik-adikku di rumah mengatakan emak menangis tadi, mungkin terlalu tersentuh dengan sms yang ku hantar tadi. Sebelum mengakhiri bualan, emak sempat mengucapkan terima kasih padaku. Syukur Ya ALLAH.

Mulanya aku berasa agak malu untuk meletak sms tersebut. Namun dengan tekad yang tinggi, ah! nak malu apa. Kalau Ablim boleh letak, takkan aku tak boleh letak, kan?
.Ummiey (5:07 pm, 10-Jan-2009) : Slmt ulg thun hari klahirn kli k47 wat mok yang istimewa tiada 2,hnya kau 1 d dunia ini..siapa aku tanpa engkau..without u,i will not be as i am now..Doakn ankmu d cni..time ksih jge asih slame ni,mse asih sht,asih skit,mok ade sokmo. Juge krne mmbsrkn fizikal n jiwa asih dgn islam..syukron ya ummiey mahbub..moga kite btemu d syurga yg tlh d jnjikn..ASIH SAYANG MOK SELAMANYA.

Itulah sedikit-sebanyak yang mampu aku sampaikan. Kalau nak dikira dengan pengorbanan emak yang tak berbelah bagi selama ini, samada risaukan aku, tak tidur malam menjagaku, memberi makan minum dan segala2nya, memang tak padan dengan apa yang aku balas selama ini. Emak selalu berkata yang beliau sanggup tidak makan untuk melihat anak2 dapat makan. Emak sanggup berkorban apa saja untuk anak2nya. Emak tidak pernah merungutpun, apatah lagi sifat ayahku sebagai seorang pejuang Islam yang selalu sibuk. Itulah yang menguatkan lagi jiwa kentalnya sebagai sayap kiri yang tidak jemu2 membantu perjuangan suami. Beberapa kali aku melihat emak menangis samada keranaku atau adik-beradik yang lain. Ah! terlalu banyak jasa emak. Aku insan hina memang tak dapat menghitung dan menulis semuanya, aku akui!



Jadi, akhirnya aku menyeru di sini agar sama2lah kita taati ibu bapa kita walau dalam keadaan apa sekalipun. Aku berpesan pada diriku jua, kerna aku tahu aku pun bukanlah di kalangan yang terbaik. Namun, cukuplah kita sekadar menggembirakan hati keduanya, jangan sekali2 derhaka, nanti masuk neraka. Jadilah anak kebanggaan ibu bapa, apa lagi kebanggaan ummah. Jangan lupa setiap kali berdoa, doakan keampunan dan kesejahteraan pada mereka. Mudah2an dosa kita pada mereka dan pada ALLAH terhapus jua. Bodohlah kita sekiranya ingin menjadi anak soleh, tetapi tidak pernah mendoakan ibu bapa.

p/s: Mok, ayoh, doa ke Asih etek deh, doa mok ayoh takdok hijab.. ALLAH makbul serta-merta!

Bersama Mak, Ayah dan adik2

Pasangan romantik dunia akhirat, insya ALLAH

Ibu kepada mak, Tok Pat. Sayang Tok!

Persatuan Anak Menantu Tok Lah. (Mak kiri sekali)

Tok Lah yang dimaksudkan. Sayang Tok juga!

************************************************************************************************************

Lirik lagu yang sempat aku cipta ketika sedang 'sakit'. Emak suka mendengar lagu ini. Beberapa kali aku disuruh untuk menyanyikannya. Maaf jika tak mampu tunaikan setiap permintaan emak.


Aku hina dina
Yang mengharap kasihNya
Namun terlontar di fikiran
Layakkah aku untuk cintaNya

Aku jauh Engkau dekat
Aku lari jauh dariMu
Ku ditinggal sendirian
Meratap sepi dalam menyedari

Kau yang memiliki diri ini
Ampunkanlah dosa mereka
Mungkin salahnya diri ini
Kerna sangkaan berdusta

Kau jauhkanlah diri ini
Wahai Pemilik hati
Wahai Pentadbir diri
Dari syaitan diri insani

Beratnya bebanan ini
Tak tertanggung rasa di jiwa
Bersabar anggaplah ujian Allah
Tarbiah tanda sayangNya padaku

Mujur ada teman di sisi
Beri inspirasi penerang diri
Kau tabur sakinah di lubuk hati
CintaMu Tuhan kini aku memahami


Anak Soleh - Ae-Man

2 comments:

Abdullah Haris Zakaria at-Takeeriy said...

salam ulangtahun kelahiran ke47 buat mok tsayang.
semoga Alloh panjangkan umur mok dalam keadaan sihat & dimurohkan rezeki yang halal.
kekalkan title isteri solehah kpd suami soleh & ibu mithali kpd anok2 soleh & solehah.
semoga mok diberi kekuatan untuk menempuh dugaan & cabaran jihad.
semoga mok kekal menjadi pendokong, penyokong, & pemberi semangat kepada ayoh dalam perjuangan islam.
semoga mok masyhur & dikenali oleh makhluk di langit & di bumi.
semoga mok dikasihi oleh Alloh, keluarga, & semua manusia.
semoga nama mok tercatat dalam senarai para kekasih Alloh & RosulNya.
doakan kesihatan, keselamatan, panjang umur, & kejayaan cemerlang areh di bumi Mesir.
areh sangat sayangkan mok. semoga Alloh kabulkan doa areh & doa mok...ameen

Abdullah Haris Zakaria at-Takeeriy said...

semoga kehidupan kite sekeluarga dibawah rahmat & mardhotillah...ameen


Daripada Tuan Punya Blog

1. Minat menulis adalah datang daripada kesedaran dan rasa tanggungjawab di atas saranan Assyahid Imam Hasan Albanna kerana katanya: "Jangan kamu melawan globalisasi, kerana kamu akan kalah. Hendaklah kamu melawan globalisasi dengan globalisasi juga."

2. Segala kandungan yang ada dalam blog ini adalah pandangan/idea penulis dan tidak semestinya ia betul belaka.

3. Penulis berhak menulis, menganalisis atau mengkritik apa saja (kecuali perkara sensitif) atas dasar 'kebebasan bersuara'.

4. Sesiapa saja berhak menyalin, mengambil atau mencetak mana-mana bahagian dalam blog ini kecuali untuk tujuan selain dakwah seperti untuk tujuan duit dan perniagaan, maka perlu mendapat keizinan daripada penulis.

5. Sesiapa jua boleh menyatakan pandangan atau komen terhadap blog ini atau terhadap penulis sendiri.

6. Penulis boleh dihubungi melalui emel berikut: nasehulwan@gmail.com.