-B2-1-2, Mahallah Abdul Rahman Ibn 'Auf, CFSIIUM, Nilai.
(Ini ialah isi pamplet untuk Grand Munajat : Free Gaza, Save Palestine yang diadakan di UIA Nilai pada malam ini)
Bilakah lagi umat ini akan bersatu menentang kuffar???
Hari ini, pemimpin negara umat Islam hanya berdiam diri. Masing-masing menyalahkan orang lain. Sampai bila perkara ini harus berlaku? Kita sibuk menyalahkan orang sedang kita langsung tidak berusaha apa-apa untuk umat Palestin. Umat di sana sedang bermandi darah dan bertarung nyawa. Tapi kita di sini masih lagi sempat bergurau senda dan ketawa sepuas-puasnya. Adilkah kita terhadap mereka?
Di manakah tentera Muhammad yang dilaungkan selama ini? Adakah sekadar slogan retorik sahaja?
Apakah tindakan kita? Kita bodoh sekiranya hanya menjadi penonton biarpun kita adalah mahasiswa. Kita adalah mahasiswa paling bodoh jika begitu!
Apa peranan kita selaku mahasiwa? Tidak bolehkah kita berkorban atas nama pencinta keamanan??
Teruskan memboikot!
Mahu Sertai HAMAS? Sesiapa yang sedang MEMBOIKOT ('berpuasa' daripada membeli) produk Amerika dan Israel, orang itu sudah dikira sebagai seorang pejuang/mujahid HAMAS. Tahniah kepada anda yang sedang menganggotai HAMAS! Kepada yang belum, sertai HAMAS hari ini juga. *Para peniaga kedai runcit dan kedai makan punya kuasa. Gunakan kuasa yang dianugerahkan Allah kepada anda. Jangan ambil stok baru produk-produk AS dan Israel.
Jangan pula kita menjadi penyumbang kepada Israel laknatullah!!!
Setitis darah rakyat Palestin yang tumpah, kita bertanggung jawab ke atasnya!
1 comment:
Very tthoughtful blog
Post a Comment