Halaman Blog

Pengikut yang Baik Hati

Jiwa Terasing @ Pesbuk!

Masih adakah lagi ghuraba'? Jika ada, kitakah ghuraba' itu?

Di saat orang lain memilih untuk meminum arak, kita menjadi terasing kerana sibuk mencari makanan yang halal.

Di kala orang lain terbiasa dengan skirt dan boxer, kita ganjil kerana tegar mempertahankan jubah dan kopiah di kepala.

Ketika orang lain merasa senang dengan bermain golf, kita dianggap pelik kerana berhenti dari permainan semata-mata untuk mengerjakan solat.

Tatkala orang lain merasa bangga punya kekasih yang ramai, kita diherdik dan diketawakan kerana masih belum punya teman wanita.

Jika anda pernah berasa asing, ganjil, pelik, ditertawa, disinis, disindir, atau diperlekeh kerana mempertahankan kehidupan yang berprinsip seperti itu, terimalah khabar gembira yang disampaikan oleh Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.

Tooba lil Ghurabaa’!

Tuesday, April 14, 2009

Bertemu Pemimpin Masyarakat

14 April 2009

Salam Transformasi,

Semalam, tanggal 13 April 2009, kami sempat bertemu dengan pemimpin masyarakat yang tidak asing lagi di Malaysia, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man. Siapa tidak kenal beliau. Beliau sebelum bergiat aktif dalam politik, sangat terkenal dengan kepetahan berucap dalam siri ceramah beliau termasuk rancangan TV yang sangat masyhur di era 90-an, Forum Perdana Hal Ehwal Islam.

Pertemuan yang tidak dijangka ini sangat besar maknanya bagi kami kerana sempat bersalaman dan bergambar dengan beliau. Kami juga sempat mendengar tasyji' dan nasihat yang sangat berguna daripada beliau.

Beliau kini memegang kapasiti sebagai Pesuruhjaya Pas Negeri Pahang. Insya ALLAH, beliaulah yang kami jangkakan akan menjadi Menteri Besar negeri itu selepas PRU ke-13 akan datang.

Kami sangat berbesar hati dapat berjumpa dengan beliau dan mengambil semangat beliau untuk dibawa ke medan perjuangan kami, maksud kami di alam studi dengan mencontohi anak kandung beliau yang merupakan pelajar terbaik di CENFOS IIUM, PJ pada tahun lepas yang mendapat 4 flat dalam semua semester yang diduduki.

Tahniah kepada beliau kerana berjaya mentarbiyyah anak beliau, bukan saja dari sudut akhlak dan kepimpinan, bahkan akademik juga. Sesungguhnya kejayaan anak beliau itu adalah berkat daripada perjuangan beliau untuk Islam. Seperti kata ALLAH yang mafhumnya, "Jika kamu menolong (agama) ALLAH, nescaya ALLAH akan menolong kamu".

Sunday, April 12, 2009

Adib dan Hari Lahir Beliau

13 April 2009

Salam Terasing,

Najib PM Terakhir BN?

13 April 2009

Salam Terasing,

Kabinet ikan busuk?? haha...

Siapa bakal PM selepas Najib?

Nizarkah?

Husamkah?

Salahuddinkah?

Atau Anwar?

Mungkinkah TG Haji Abdul Hadi?

Atau mungkin beliau ni! (huhu...)

Selamat jalan, BN!


Wednesday, April 8, 2009

E-mel buat YB Khalid Samad

9 April 2009


Salam Terasing,


Bertemu lagi kita di ruangan maya serba canggih ini, bak kata pepatah Celcom, 'Segalanya di tangan anda'. Jadi untuk post kali ini, aku dengan penuh khusyuk dan tawaduk ingin menyiarkan e-mel yang ku hantar pada YB Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam. Niatku tidak lain tidak bukan hanyalah untuk mendapat penjelasan daripada YB sendiri dan ingin mendengar dari mulut beliau sendiri. Sebelum ini hanya mendengar cakap2 orang saja. Oleh itu, ikuti soal-jawab antara aku dan beliau;


YB,


1. Apakah tujuan Suara Islam ditubuhkan? Adakah benar yang dikatakan sesetengah pihak bahawa untuk melawan PAS? Jika ya, adakah penubuhannya atas dasar tidak puas hati?


Suara Al-Islam ditubuh demi memperjuangkan Islam di Malaysia. Ianya ditubuh pada tahun 1975/6 oleh beberapa pelajar Islam Malaysia di UK. Pada masa itu PAS masih bersama BN dan Dato’ Asri adalah Presidennya.


Pada masa itu, PAS dan juga ABIM belum lagi aktif di kalangan pelajar2 UK. Namun, pelajar2 kita mendapat pendedahan kepada perjuangan Islam melalui pelajar2 post-graduate Arab dan Pakistan yang sedang menuntut di UK. Oleh itu pelajar2 Malaysia terbagi kepada dua kumpulan besar, iaitu yang ingin bersama perjuangan Islam dan yang tenggelam dengan budaya barat.


Yang ingin mengikut perjuangan Islam pula terbahagi kepada beberapa kumpulan, yang paling dikenali adalah IRC dan Suara Al-Islam. Group IRC mencontohi gerakan Al-Ikhwanul Muslimun. Oleh kerana pada masa itu Ikhwan bergerak secara Siir atau rahsia, maka IRC mencontohi cara pergerakan yang sebegini. Tuan kena tanya orang IRC untuk penjelasan yang lebih terperinci berhubung konsep perjuangan IRC.


Kumpulan Suara pula merupakan kumpulan yang lebih minat bergerak secara terbuka dan melalui arena politik. Kami banyak membaca tulisan Maududi tetapi tidak bersetuju dengan corak Jamaat Islami yang kelihatan terlalu elitist. Kami melibatkan diri dalam perbahasan dengan berbagai kumpulan politik di UK termasuk golongan kiri. Kami juga mengikuti perkembangan perjuangan Islam seluruh dunia, termasuk gerakan Islam di Turki dan di Iran. Ahli2 kami turun bersama pelajar2 Iran tunjuk perasaan anti-Shah di London.


Kami akhirnya bercadang untuk membentuk parti Islam yang baru apabila balek ke Malaysia kerana dilihat PAS pada masa itu tenggelam dalam BN dan risalah Islam yang ingin dibawanya agak kabur. Perjuangan PAS juga diadunkan dengan semangat nasionalisma Melayu pada masa itu.


Setelah kembali kami cuba membentuk Parti Negara Islam Malaysia pada tahun 1981. Permohonan kami ditolak. Pada Pilihanraya 1982 kami meletak 2 calon di kawasan PAS tidak bertanding. Kawasan2 ini majoriti penduduknya adalah orang Cina. Bagi kami ianya tiada masalah kerana kami memahami Islam adalah untuk semua. Tiada niat nak lawan PAS tetapi ingin mempengaruhinya supaya risalah Islam yang dibawa lebih menonjol dan perlu PAS bergiat dikalangan semua kaum dan ugama.


Pada tahun yang sama, selepas PRU ke-6, PAS mengadakan Muktamarnya. Perubahan pimpinan berlaku dan konsep kepimpinan ulama’ ditegaskan. Al-Marhum TG Yusuf Rawa dipilih sebagai Presiden. Saya masuk PAS pada 1983 dan bergerak bersamanya sejak itu. Beberapa ahli Suara turut menyertai PAS.


2. Mengapakah YB dipecat dari jawatan Timbalan Pesuruhjaya 1 Selangor? Benarkah berlaku krisis antara YB dengan pimpinan di peringkat pusat?


Saya dipecat kerana tidak sehaluan dengan Dato PJ. Tiada krisis antara saya dengan pimpinan peringkat pusat. Soal tegur menegur sepatutnya merupakan perkara biasa dalam kita mengemudi jemaah Islam. Teguran saya terhadap beberapa pimpinan, khususnya Cikgu Pa dalam soal kenyataan peribadi beliau tidak sepatutnya dilihat sebagai krisis di antara saya dengannya. Kenyataannya melibatkan rakyat umum maka teguran saya juga melibatkan rakyat umum.


Saya masih ahli lujnah politik PAS Pusat dan ini adalah bukti bahawa tiada apa2 krisis di antara saya dan pimpinan pusat.


3. Benarkah dakwaan bahawa di dalam PAS ada beberapa kumpulan seperti pro-presiden dan pro-erdogan? Mengapakah istilah Erdogan digunakan dan adakah YB termasuk dalam kalangan pro-erdogan ini?


Ini dakwaan yang dibuat oleh mereka2 yang ingin melaga-lagakan ahli2 PAS satu sama lain. Bagi saya kumpulan2 ini tidak wujud tetapi saja diada-adakan. Dalam menangani keadaan baru kita di mana kita telah berjaya membentuk kerajaan PR di beberapa negeri, ada perbezaan pendapat. Ada yang tak selesa dengan pembentukan kerajaan PR di Penang, Perak dan Selangor kerana PAS minoriti. Ada yang lebih suka kita bersama BN atau terus bersendirian. Ada juga yang meletakkan syarat TGHH mesti disebut sebagai bakal Perdana Menteri, bukan DSAI walaupun tidak mungkin kita dapat melakukannya disebabkan jumlah kerusi dan keengganan DAP.


Oleh kerana kami lebih cenderung kepada PR dan sanggup menerima hakikat bahawa dalam keadaan sekarang DSAI sahaja yang boleh diterima oleh semua pihak, maka kami dilabel sebagai ‘kumpulan Erdogan’.Erdogan adalah Presiden Turki. Dia meninggalkan parti pimpinan Erbakan dan menyertai pilihan raya atas isu kerajaan yang bersih serta atas prinsip keadilan. Isu Islam dan Negara Islam tidak ditonjolkan sangat kerana memang di Turki isu ini diharamkan. Mereka melihat kami seperti itu dan gelaran itu adalah bertujuan menghina kami. Namun sekarang, nama Erdogan semakin wangi. Mungkin mereka kena cari nama lain tak lama lagi. Ya saya digolongkan oleh mereka, entah siapa tetapi golongan yang membaling batu dan sembunyi tangan, sebagai anggota golongan Erdogan.


4. Apakah perubahan yang telah dilakukan oleh YB di kawasan YB teruatamanya dan Selangor umumnya? Dan apa pula yang telah dilakukan ke arah usaha mengislah atau meng'islam'kan lagi rakyat Selangor selepas tertubuhnya kerajaan PR di negeri tersebut.


Kita berusaha kearah kerajaan yang bersih rasuah. Kita mengusahakan kerajaaan yang mementingkan kebajikan rakyat. Rakyat miskin dikenal pasti dan bermacam2 usaha dijalankan untuk membantu mereka. Kita ingin menentukan kekayaan Negeri dinikmati rakyat, khususnya rakyat yang miskin. Ini semua sebahagian dari tuntutan Islam.


JKK dan Ketua kampung ditukar dengan orang2 yang lebih amanah seperti juga ahli2 majlis PBT2. Wakil2 rakyat pula kerap turun bertemu rakyat melalui berbagai progrem. Kita cuba memberi contoh kepimpinan yang berakhlak. Ini semua juga dari ajaran Islam.


Dari sudut ‘Islam’ mengikut kefahaman terhad, kita membebaskan Masjid2 dan Surau2 supaya mereka boleh mengadakan progrem2 mendidik rakyat supaya lebih memahami Islam. AJK Masjid baru dan Nazir baru dipilih.Penceramah2 Ugama yang dulu disenarai hitam disenarai putihkan dan khutbah2 Jumaat semakin mantap. Sekolah2 ugama rakyat diberi sokongan dan guru2 agama dinaikkan gaji. Ini bererti kita bergerak membina kefahaman ummat Islam.


Dalam interaksi dengan masyarakat bukan Islam dan Islam UMNO, kita berusaha menjelaskan semua yang baik seperti di atas adalah tuntutan ajaran Islam. Ini merupakan aspek dakwah yang bermula dengan menghilangkan ketakutan mereka terhadap Islam.


Dari sudut fahaman Islam yang teramat sempit, kita belum lagi mengharamkan arak, judi dan belum lagi melaksanakan hukum hudud.


Analisa Blog Sepanjang 4 Bulan Pertama

10 April 2009

Salam Terasing,

Berikut adalah analisa untuk blog aku yang sudah menghampiri usia 4 bulan lebih. Idea menganalisis blog ini datang daripada pembacaanku di blog Rdhanz (kredit untuk beliau!). Idea ini sangat bagus dan bernas untuk blogger2 sebenarnya. Kita dapat mengkaji dan menganalisis pencapaian dan kesan blog kita kepada umum. Dakwah melalui blog sangat berkesan sebenarnya dan paling diminati berbanding ceramah dan penulisan agama yang agak skema, walaupun dinafikan beberapa pihak (kesan dakwah melalui blog). Sebagai contohnya kekalahan teruk BN pada PRU ke-12 yang lepas adalah kesan daripada penulisan blog. Semua mengakuinya termasuk pimpinan daripada kedua2 belah pihak, PR dan BN sendiri.

Justeru itu, inilah antara hasil daripada analisis ringkas yang dibuat;

Bilangan post sepanjang 4 bulan pertama:

49

Purata post setiap bulan:
12/13

Purata post setiap hari:
0.5 (Maknanya 2 hari 1 post, lebih kurang r)

Post paling mendapat perhatian:
1. Malang yang Tersumbat Hidungnya (8 komen)
2. Abecih: Piyah dah 9 Tahun, Dah Besar! Huhu (6 komen)
3. Annual Grand Dinner BAR Students Society (4 komen)
4. Sambungan Kisah di Sebalik Perjalanan (3 komen)
5. Menjawab Tag untuk Kali yang Kedua (3 komen)
6. Pertama Kali Ditag Orang (3 komen)
7. Berbual dengan Encik Joe di Internet (3 komen)
8. Sambutan Tahun Baru Cina di Mid Valley (2 komen)
9. UIAM Abaikan Konsep Islam (2 komen)
10. Emak Sudah Tua (2 komen)

Post pilihan admin blog:
1. ALLAHlah yang Memberi Kemenangan
2. Hari Esok: Khabarku buat Kuala Terengganu
3. Study Circle: Hudud dan Pelaksanaannya di Malaysia
4. Muhasabah: Ada Apa dengan Hijrah
5. Hari Ini dalam Sejarah
6. Kufur Nikmatkah Kita?
7. TGNA: UMNO Derhaka kepada ALLAH
8. Catatan Jalanan
9. Perak oh Perak: Antara Prinsip dan Maruah
10. Antara Katak, Lembu, Bukit, Bogel dan Bahasa

Pengunjung paling kerap:
1. Penerus Perjuangan (Ayoh)
2. Catatan Perjuangan (Ablim)
3. Pengemis Redha Ilahi ('Abid)
4. Lempengterbakar (Nik)
5. Buku Nota (Rdhanz)
6. Monolog Rasya (Dhiah)
7. Ninja Sufi (Syahir)
8. Pahlawan Berkuda (Faris)
9.
Bekerja untuk Islam (Ayah Mie)
10.
Nasikerabupetro (Kak Baity)
+. Ayah Wa
++. Abreh
+++. Dan lain2 lagi

Blog paling kerap dikunjungi admin:
1. Penerus Perjuangan
2. Catatan Perjuangan
3. Buku Nota
4. Tg Idham Corner
5. Aduka Taruna
6. Saiful Islam
7. Lempengterbakar
8. Bekerja untuk Islam
9.
(^_^)
10. Monolog Rasya
+.
Al-Haqqani
++.
Smile 4 All
+++. Wardatul Syuhada
++++. Read, You'll Conquer The World
+++++. Nur Kasih

Sebagai penghargaan kepada 10 pengunjung paling kerap, aku dengan rendah dirinya nak 'buwi' (bagi) anugerah. Hehe... Ni dia anugerahnya. Kepada nama2 di atas, sila save gambar tersebut ke dalam komputer anda dan kalau boleh letaklah dalam blog anda (kepada yang ada blog je!). Terima kasih! Syukron! Thank you! She She! Arigato! Trimas! Dan lain2 lagi...

Islam Wajib Menang

9 April 2009

Salam Terasing,

Islam Wajib Menang! Tiada istilah kalah dalam perjuangan. Samada menang atau syahid!

Sebaik saja mengetahui kemenangan PR di dua kerusi, satu kerusi P.059 Bukit Gantang yang menjadi milik Pas, dan satu kerusi N.25 Bukit Selambau milik PKR, hatiku langsung tersenyum puas. Penat lelah 'kita' akhirnya bermanifestasikan najitah yang sangat baik. Sangat baik.


Menurut akhbar Sinar Harian, main berita semalam ialah Pakatan Rakyat kuasai dua 'bukit': Barisan Nasional kekalkan kerusi di DUN Batang Ai. Lebih baik berbanding Utusan iaitu BN menang di Batang Ai. Bangang punya akhbar! Jom boikot!

Tahniah ku kalungkan buat YB. Ir. Mohamad Nizar Jamaluddin atas kejayaan beliau mengekalkan kerusi PAS di Bukit Gantang!


Ini pula komen yang aku selatankan di profail facebook aku: gumbiranya PR menang di 2 bukit! biarlah yg 1 batang tu.. PAS perlu menang di Bkt Gantang utk buktikn bhwa rakyat mrh pd BN sbb rampas kuasa scr zalim n nak tunujkkan bahawa org masih tak ske umno walau dah tranform (kononnya). N PKR perlu menang di Bkt Selambau utk menjamin survival kerajaan PR di Kedah! Apapun, syukurlah! ALLAHU AKBAR!!!


Bersyukurlah kepada PEMBERI KEMENANGAN. Dekatkan dirimu padaNYA!

Apapun, berdoalah supaya diberikan jalan lebih mudah buat para pendokong Islam dan perindu Daulah!

Iftor Jamaie

8 April 2009

Salam Terasing,

Hari Isnin yang lepas kami sebilik telah bersetuju untuk berpuasa secara berjemaah dan pastinya berbuka juga secara berjemaah. Alhamdulillah program yang telah direncana dapat dijayakan dengan baik. Ditambah lagi dengan sambutan ulang tahun kelahiran salah seorang adik-beradik kami, Anuar. Beliau juga sempat memberi ucapan sebelum Al Hafiz membaca doa makan dan kami pun makan dengan enaknya.

Ini antara gambar2 yang sempat dirakam. Mungkin agak kontroversi sikit kerana adanya gambar2 nasi campur yang dicampur dengan nasi lemak, nasi ayam dan sebagainya. Sebelum itu, maaf dipinta.











Daripada Tuan Punya Blog

1. Minat menulis adalah datang daripada kesedaran dan rasa tanggungjawab di atas saranan Assyahid Imam Hasan Albanna kerana katanya: "Jangan kamu melawan globalisasi, kerana kamu akan kalah. Hendaklah kamu melawan globalisasi dengan globalisasi juga."

2. Segala kandungan yang ada dalam blog ini adalah pandangan/idea penulis dan tidak semestinya ia betul belaka.

3. Penulis berhak menulis, menganalisis atau mengkritik apa saja (kecuali perkara sensitif) atas dasar 'kebebasan bersuara'.

4. Sesiapa saja berhak menyalin, mengambil atau mencetak mana-mana bahagian dalam blog ini kecuali untuk tujuan selain dakwah seperti untuk tujuan duit dan perniagaan, maka perlu mendapat keizinan daripada penulis.

5. Sesiapa jua boleh menyatakan pandangan atau komen terhadap blog ini atau terhadap penulis sendiri.

6. Penulis boleh dihubungi melalui emel berikut: nasehulwan@gmail.com.